Filem Lal Salaam ini diarahkan oleh anak perempuannya Aishwarya Rajinikanth, telah pun berada di pawagam pada 9 Februari 2024. Filem berasaskan sukan berbahasa Tamil ini mengambil tema penindasan kasta dan diskriminasi agama.
Filem ini di tayangkan di 80 pawagam sekitar Malaysia.Rajinikanth hanya muncul dalam watak cameo di Lal Salaam.
Lal Salaam dibintangi Vishnu Vishal dan Vikranth dalam watak utama, manakala Rajinikanth dilihat dalam kameo lanjutan sebagai Moideen Bhai.Filem ini mempunyai tema yang bagus namun dengan kehadiran cameo Rajinikanth, filem ini tidak mungkin mencapai kutipan yang memberangsangkan.
Memberi penarafan dua setengah bintang kepada filem itu, dia menulis, “Adalah agak berani Aishwarya Rajinikanth untuk membuat Lal Salaam kerana ia mempunyai potensi untuk menimbulkan kontroversi memandangkan subjek sensitif dan politik semasa. Pasukan Thiru yang semuanya beragama Hindu dipanggil India, dan pasukan Samsu yang beragama Islam dipanggil Pakistan. Dan mereka bergaduh. Tidak ada kehalusan di sini.”
Dengan Lal Salaam, Aishwarya Rajinikanth kembali ke kerusi pengarah selepas berehat selama tujuh tahun. Rajinikanth kali terakhir membintangi filem blockbuster hit Jailer, yang merupakan antara filemnya yang mendapat kutipan tertinggi.
Setelah diantisipasi sejak tahun lalu, Modest Fashion & Womenpreneur Summit (MFWS) 2024 akhirnya diadakan. Acara yang berlangsung pada 8 dan 9 Februari lalu di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur, MFWS 2024 menampilkan 13 usahawan dan pemimpin wanita serta 12 jenama modest fashion dari berbagai negara.
Pada persembahan buat julung kali diadakan ini, MFWS 2024 segera merealisasikan misi besar untuk membina komuniti usahawan wanita antarabangsa (International Womenpreneur Community). Komuniti ini amat efektif untuk menghimpunkan usahawan wanita dari seluruh dunia dan semua jenis sektor perniagaan untuk mewujudkan support system bagi membantu perniagaan masing-masing berkembang melalui usaha sama.
Bagi merealisasikan misi ini, MFWS 2024 telah bekerjasama dengan pelbagai pihak yang mempunyai minat yang sama dalam dunia keusahawanan wanita. Antara yang telah memberikan sokongan paling ketara seperti jenama kecantikan terkenal dari Indonesia, Wardah yang bertindak sebagai penaja acara. Dini Ardi Wardini selaku Naib Presiden Inovasi dan Pembangunan Produk daripada Paragon Corp iaitu syarikat induk Wardah, melihat perkara ini sebagai lontaran idea yang bernas dan semangat yang selari dengan nilai yang diamalkan.“Sebagai penaja rasmi dan solekan dari rangkaian acara Modest Fashion & Womenpreneur Summit ini, Wardah turut menyumbang untuk membawa masuk beberapa penceramah yang merupakan pemimpin wanita daripada ekosistem syarikat mereka.
Ini termasuk Dini Ardi Wardini, Naib Presiden Inovasi dan Pembangunan Produk Paragon Corp yang disebut sebelum ini, serta Dayah Bakar selaku Jurucakap Wardah Malaysia yang juga juruhebah radio dan penyampai TV terkenal di negara jiran,” jelas Dini Ardi Wardini. “Kami percaya kepada kebaikan, kehormatan dan kesopanan dalam apa jua yang kamu lakukan. Disebabkan itu, saya percaya dua hari ini adalah peluang yang baik untuk berhubung antara satu sama lain bagi melahirkan lebih banyak kerjasama bagi golongan yang dahagakan ilmu,” jelas Dayah Bakar.Satu perkara menarik tentang MFWS 2024 ianya berbeza dengan persidangan perniagaan yang lain ini kerana adanya pertunjukan modest fashion show sebagai agenda utama pada hari pertama acara sehingga hari kelapan. Agenda ini menarik 11 jenama modest fashion terbesar dan paling berpengaruh dalam industri seperti Buttonscarves, By Ayu Dyah Andari dan Sall.
“Saya gembira menjadi sebahagian daripada MFWS tahun ini bersama-sama dengan tokoh-tokoh hebat dari modest fashion. Saya tidak tahu berapa banyak pertunjukan fesyen antarabangsa yang saya sertai, bermula di Dubai, Jakarta, Kuala Lumpur dan banyak lagi. Di MFWS 2024 Adrianna Yariqa akan memperkenalkan koleksi bertemakan Aidilfitri ‘Ayriangraya’,” katanya.
MFWS 2024 ialah acara berskala antarabangsa yang dianjurkan oleh PT Kreasi Mode Internasional. Acara ini berjaya menarik minat ribuan usahawan wanita dari 66 negara, walaupun hanya 22 negara yang terpilih untuk menyertai acara itu di Kuala Lumpur. Tambahan pula, PT Kreasi Mode International akan mengadakan MFWS di Qatar menjelang akhir tahun 2024.
Wang tidak pernah cukup! Kisah MONEY NO ENOUGH 3 mengisahkan tentang tiga sahabat baik dari zaman kecil: Ah Fai, Ah Qiang dan Ah Huang.Tiga sahabat baik ini membesar dengan kehidupan masing-masing dan mempunyai keluraga sendiri.
Ah Hui, merupakan seorang usahawan kedai makan terkenal. Dia berhasrat untuk mewarisi perniagaannya kepada anaknya, namun ternyata cadangan tersebut tidak disukai oleh anaknya yang masih muda. Kolot katanya.Ah Qiang, yang satu ketika dahulu merupakan usahawan hebat menghampiri kegagalan dalam perniagaannya akibat wabak yang melanda. Kehidupannya mula serabut lantaran kegagalan perniagaan ditambah pula masalah isteri dan anaknya.
Ah Huang pula yang merupakan bapa tunggal dan hidup saling bergantungan dengan anak perempuanya turut mengalami masalah kewangan. Ah Huang meminjam wang daripada sahabat baiknya, Ah Qiang dan Ah Hui untuk memulakan perniagaan haram.Konflik bermula apabila perniagaan salah seorang daripada tiga sahabat itu gagal dan perkara itu telah menjejaskan hubungan antara satu sama lain.
PENGHASILAN MONEY NO ENOUGH 3 Jelas pengarah dan penulis skrip, Jack Neo, idea untuk menghasilkan Money Not Enough 3 ini sudah digarap lama namun, dalam tempoh 10 tahun yang lalu,pemahaman masyarakat terhadap ekonomi dan wang belum cukup meluas.Tiada kaedah kewangan baharu yang diguna pakai sehinggalah dunia melalui fasa pandemik yang mewujudkan sistem e-wallet. Perubahan dalam sistem kewangan dunia mempengaruhi kehidupan dna pemikiran umum.
Tambah Jack Neo, Money Not Enough ini akan membawa penonton melihat wang dari enam sudut berbeza.“Kami tidak menunjukkan bagaimana cara seseorang menghasilkan wang. Tetapi anda bakal menyaksikan kehidupan dan hubungan yang terjalin sekian lama berantakan gara-gara WANG!”.
Jack turut mendedahkan, Mark Lee pada awalnya pernah menyuarakan keenggannya untuk berlakon dalam filem ini.Pengarah Leung mendedahkan bahawa Li Kwok-huang menolaknya kerana merasakan MONEY NO ENOUGH merupakan satu filem klasik yang tidak boleh dicabar.Namun Mark Lee kembali menyertai dua lagi sahabatnya dalam filem ini dan berharap agar filem yang menunggu 16 tahun untuk diterbitkan ini akan memberi perasaan berbeza kepada peminat mereka semua.
“Saya berharap agar filem ini membawa perasaan berbeza kepada semua peminat yang mungkin pernah menonton dua siri filem ini terdahulu. Usia kami semua, jika digabungkan melebihi 180 tahun! “Saya mengenali mereka sejak mula berkecimpung dalam dunia komedi dan seni. Tidak ramai yang masih boleh bekerjasama apatah lagi bergandingan selepas 20 tahun,” ujarnya. Bercakap tentang cabaran, Jack Neo berkata, babak letupan, pertempuran senjata dan peperangan tidak akan boleh menyaingi cabaran mengarahkan naskhah yang mempunyai skrip yang tebal!
“Apabila seseorang itu memiliki wang dan yang lainnya tidak mempunyai duit, apa yang akan mereka lakukan serta hasilkan adalah berbeza. Kelakuan seseorang ketika sedang kaya adakala membuat anda benci kepadanya. “Anda juga boleh jadi takut kepadanya juga. Segelintir mereka mungkin tidak akan mengaku saudara dan melakukan perbuatan yang tidak baik. Saya percaya kita akan melihat atau mungkin melalui perkara sebegitu dalam hidup kita.
“Namun persoalan yang paling penting, wang banyak banyak boleh menjadikan kita siapa? Itu yang harus disaksikan dan difahami penonton sendiri,” katanya.
Bercakap tentang sasaran pula, Jack Neo berkata, dia mengharapkan agar filem ini dapat mencatat kutipan pecah panggung seperti dua filem sebelumnya. “Semua ini bergantung kepada sokongan penoton daripada segenap lapisan masyarakat. Kisah kemanusiaan yang kami paparkan dalam MONEY NO ENOUGH 3 ini sememangnya berbaloi untuk ditonton.
“Filem berdurasi dua jam dan percayalah, tiada detik yang membosankan! Ayuh,datang untuk menyokong!”MONEY NO ENOUGH 3 bakal menggegarkan pawagam seluruh Malaysia bermula 10 Februari 2024 bersempena sambutan Tahun Baru Cina!
INFO MONEY NO ENOUGH 3 FILEM: MONEY NO ENOUGH 3 TARIKH TAYANGAN: 10 FEBRUARI 2024 TERBITAN: HIJACK PICTURES AND MM2 ENTERTAINMENT EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTIONS PENERBIT: JACK NEO, BOI KWONG PENGARAH: JACK NEO PELAKON: MARK LEE AS AH HUANG HENRY THIA AS AH HUI JACK NEO AS AH QIANG XIANG YUN AS AH HUI’S WIFE PATRICIA MOK AS AH HUI’S SISTER TANG MIAOLING AS AH QIANG’S WIFE
Ultimate Titan Sdn Bhd dgn kerjasama MPKJ, International Lighting Show dan Hallo Fight Club (Kelab Muaythai) kini menganjurkan Karnival Semarak Semenyih yang akan bermula pada 1 hingga 4 Februari 2024 di tapak ECOHILL WALK SEMENYIH.
Ia merupakan kesinambungan setelah menerima sambutan menggalakkan sebelum ini di Bangi (Karnival Semarak Bangi), dengan kunjungan lebih 40 ribu pengunjung.
Pengarah Ultimate Titan , Nik Baizura Datuk Sabiamad berkata pihaknya kali ini menjangkakan kehadiran lebih 50 ribu pengunjung memandangkan pengisian carnival yang semakin meriah dan mampu menarik kunjungan ramai.
Bukan sahaja pengunjung namun, pihaknya turut berbesar hati menerima Kerjasama dari pelbagai seperti Arjunasukma, Syabab & Brand minyak wangi terkenal Iba Dari Ahmad Iqbal.
“ Kami mahu memupuk kebersamaan dalam mengadakan karnival berprestij tinggi ini bersama belia setempat. Disamping memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan etnik. Kami berhasrat membantu usahawan-uasahan terdiri pelbagai golongan sekaligus meningkatkan ekonomi setempat dan disamping memperkenalkan industri sukan dan permainan tidak terkecuali industri hiburan tanah air dengan menampilakn usahawan-usahawan dalam kalangan artis tempatan.” Nik Baizura Datuk Sabiamad.
Pengarah Ultimate Titan , Nik Baizura Datuk Sabiamad
Karnival Semarak Semenyih yang dikuasakan App Proppy itu juga ingin membantu lebih ramai uasahawan dalm membina platform niaga yang lebih baik dengan latar belakang lokais yang dapat memuatkan lebih ramai pengunjung.
Justeru, Karnival Semarak ini akan meneruskan kesinambungannya dengan meneruskan penganjuran Karnival Semarak Kajang iaitu pada 29 hingga 3 Mac di Stadium Kajang sebelum mula jelajah Karnival ke negeri-negeri lain seluruh malaysia.
Menariknya lagi carnival ini juga menggariskan nama-nama besar artis-artis tempatan yang tak kurang hebatnya dalam industri seni dalam mendekati peminat. Peminat dapat beramah mesra dengan mereka sambal melunagkan masa membeli belah pelbagai produk yang diniagakan sebriti-selebriti ini. Mereka terdiri Pempengaruh terkenal Ahmad Iqbal, Penyanyi lagenda Nash Lefhanded, Ezlyn Hye Hye Bye Bye, Nazia Mustapha, Zarina Zainudin, Serina Chef Wan, Aida Aris, Raja Emma Mami Dedi dan ramai lagi.
“ Dengan megadakan karnival ini, kami juga berpeluang mengetengahkan beberapa artis atau selebriti yang menceburkan diri dalam perniagaan, sekaligus membantu mereka untuk terus berada dalam industri secara konsisten di samping menjana pendapatanuntukmereka.” ,ujarBaizuralagi.
Katanya, sambutan yang dietrima dari rakan penaja yang menaja aktiviti dan program memperlihatkan kejayaan yang dibuat sebelum ini oleh pihaknya di Bangi.
“ Kami turut berbesar hati menerima tajaan dari syarikat terkenal seperti Dupharma Biotech Berhad ( Champs & Proviton ) , Gtr Burger, Muiz Hot Chicken, G2g Animal Garden,AureliusNilaiHospital&JttStore.”
Karnival Semarak Semenyih akan bersama-sama program utama seperti International Lighting Show secara besar-besaran di tapak Ecohill Walk Semenyih dan juga akan menghimpunkan penggiat muaythai amatur dari seluruh Malaysia
Untuk kanak-kanak tidak terkecuali, jangan lupa untuk menangi hadiah menarik oleh para penaja untuk pertandingan dan aktiviti istimewa kanak-kanak seperti Pertandingan Mewarna By Champs, Pertandingan Peragaan, Pertandingan Karok Junior Dan Duo Pertandingan Azan Dan Iqamat serta Banyak Lagi.
Tak ada makanan tak carnival lah.. Maka Lebih 100 vendor makanan dan minuman viral turut mengambil bahagian.
So tunggu apa lagi… Jomlah kita ke tapak Karnival Semarak Semenyih bertempat di Ecohill Walk Semenyih 1 hingga 4 Februari 2024 !!!!!
Filem Banglo Seksyen 12 yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada filem tempatan diterbitkan oleh pelakon yang tidak asing lagi namanya dalam industri seni tanah air Malaysia iaitu Intan Ladyana. Beliau yang terkenal dengan lakonannya dalam filem-filem terkenal seperti Jangan Pandang Belakang dan Banglo Berkunci. Filem Banglo Seksyen 12 yang bakal menghantui peminat 25 Januari 2024 ini merupakan filem pertama terbitan Intan Ladyana.
Pihak produksi PRISMA PICTURES SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGANDIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan dan dapat menemui penonton di pawagam.
Dharma Nasution, pengarah bersama Intan Ladyana mempertaruhkan barisan pelakon yangtidak asing lagi di dalam industri tanah air seperti Intan Ladyana dan Mustaqim Bahadon sebagai tunjang utama Filem Banglo Seksyen 12 ini.Filem ini dibantu oleh barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, FaezMalek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi.
Filem Banglo Seksyen 12 mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.
Bersempena dengan sambutan ‘Thai Ponggal‘, pengedar filem-filem popular Tamil dari India, MSK Cinemas membawakan filem aksi Tamil terbaru berjudul “Captain Miller” ke pawagam seluruh Malaysia.
Tayangan gala filem itu yang diadakan baru-baru ini di GSC Cinemas, Quill City Mall Kuala Lumpur berlansung serentak dengan tayangan di India.
Lebih menarik, filem “Captain Miller,” juga turut merintis kemajuan dalam industri perfileman India apabila membawa pengalaman tontonan ke tahap yang lebih tinggi dengan penerbitan filem aksi Tamil pertama yang dipertontonkan dalam format IMAX Laser 12.0 .
Paparan filem dalam format IMAX Laser 12.0 menawarkan pengalaman sinematik yang tiada tandingan, membawa kejelasan visual dan bunyi yang mengasyikkan ke tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya. Teknologi ini mempertingkatkan setiap bingkai, membolehkan penonton menyelami visual yang menakjubkan dan merasakan setiap rentak aksi.
Diarahkan oleh Arun Matheswaran dan diterbitkan oleh Sathya Jyothi Films, “Captain Miller” merupakan filem pengembaraan aksi epik berbahasa Tamil India 2024 yang berlatar belakangkan tahun 1930-an, semasa era pemerintahan British di India .
Filem ini mengisahkan tentang Analeesan atau “Eesu,” seorang bekas tentera British yang bertekad untuk melindungi kota kelahirannya daripada musnah akibat serangan tentera British. Beliau telah menyaksikan satu kekejaman yang meragut nyawa abangnya, Sengolan, dan suami sahabat rapatnya, Velmathi. Dalam usahanya untuk melindungi dan membela rakyat, Captain Miller menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran yang menguji kesetiaan dan keberaniannya.
Watak Captain Miller dilakonkan dengan begitu menyerlah oleh Dhanush, yang terkenal dengan kemahiran lakonannya yang serba boleh. Filem ini turut menampilkan barisan pelakon pembantu yang cemerlang, terdiri dari Shiva Rajkumar, Priyanka Arul Mohan, Aditi Balan, Sundeep Kishan, Edward Sonnenblick, dan John Kokken. Gabungan persembahan lakonan yang hebat oleh setiap pelakon dalam membawa bakat unik mereka ke skrin, membenamkan penonton dalam jalan cerita yang mencengkam.
Salah satu babak menarik lakonan Dhanush yang membawa watak “Captain Miller”, memperjuang dan mmempertahankan kota kelahirannya dari penjajahan British di India.Skrip dan set filem mencipta suasana yang autentik dan memikat. Kesempurnaan set dan kostum memberikan kesan visual yang memukau, membenamkan penonton dalam jalan cerita yang berlatar belakang sejarah ini. Dengan pengarahan yang cermat dan perhatian terhadap butiran, penonton dapat merasai atmosfera zaman tersebut seperti yang mereka lalui bersama watak-watak filem.
Dengan alur cerita yang menarik, penampilan yang memukau, dan format IMAX Laser 12.0 yang inovatif, filem ini memberikan pengalaman menonton yang luar biasa. Keindahan visual dan kualiti bunyi yang istimewa meningkatkan lagi keseronokan menonton dan menjadikan filem aksi ‘Captain Miller’ sebagai satu pengalaman yang terbaik. Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini dan saksikan sendiri keajaiban dalam format IMAX Laser 12.0 di panggung wayang seluruh Malaysia bermula 12 Januari 2024.
Bertempat di TGV One Utama, Petaling Jaya telah berlangsungnya Malam Gala Tayangan Perdana Filem Jiwa 8 Belas yang membariskan gandingan pelakon baru dan berpengalaman seperti Sohpia Albarakbah, Shah Hazvee, Izuan Razali, A. Galak, Kanda Khairul, Faha Azhar, Dato Jalaluddin Hassan, Ikhram Juhari, Akim Nordin, Aman Graseka, Arif Mex, Acap S dan Datuk Fauziah Nawi.
Filem ‘Jiwa 8 Belas’ mengisahkan pasangan rakan karib, yang kemudiannya bertukar menjadi tragedi gara-gara terperangkap dalam sekumpulan penjahat yang memperdagangkan wanita ke Thailand. Kesan kegiatan haram mencetuskan masalah social tanpa kawalan menjebak anak muda sehingga melampaui batas sehingga melahirkan anak luar nikah.
Pengalaman pahit sepasang suami isteri apabila diculik oleh sekumpulan penjenayah pemerdagangan manusia membibitkan dendam yang membara dalam jiwa orang tua yang kehilangan anak tersayang sehingga sanggup pula mengambil tindakan di luar perundangan sehingga membunuh pelaku tersebut. Filem arahan sutradara S. Baldev Singh ini diterbitkan oleh White Merpati Entertainment Sdn Bhd serta diedarkan oleh Sri Saheb Production Sdn Bhd akan mula ditayangkan pada 18 Januari ini selepas tayangan awal filem tersebut tertangguh dan tertunda akibat pandemik Covid-19 yang lalu.
SINOPSIS : Filem ini mengisahkan tentang dua orang anak muda yang berkawan baik iaitu Isyq (Shah Hazvee) dan Fatien (Sohpia Albarakbah) dalam perjalanan ke negara Thailand. Dalam diam Isyq simpan perasaan terhadap Fatien namun gadis cantik tersebut menjalinkan hubungan cinta bersama Edd (Ikhram Juhari). Dalam perjalanan tersebut, mereka mengalami kemalangan jalan raya akibat terlanggar lori di hadapan. Kerana motor Isyq hancur dan tak boleh digunakan lagi, mereka berdua ambil keputusan untuk berjalan kaki saja menuju ke pekan berdekatan di kawasan tersebut untuk dapatkan bekalan makanan dan rawatan dengan menumpang kereta yang melalui jalan tersebut.
Pemilik kereta tersebut yang dikenali sebagai Mat Kitam (Izuan Razali) mula menunjukkan sikap yang tidak baik kepada mereka berdua sehinggakan perasaan takut menghantui apabila Fatien ternampak senjata api di bawah tempat duduk Mat Kitam yang rupa-rupanya adalah ketua geng pemerdagangan manusia.
Apakah yang bakal berlaku kepada pasangan tersebut ? Saksikan filem yang bakal ditayangkan pada 18 Januari ini di panggung berdekatan dengan anda.
South Korean singer Jessica Jung brought her solo concert, the Diamond Dreams Concert Tour to Kuala Lumpur on 13 Jan (Saturday)! The concert took place at Mega Star Arena and was co-organised by Sum Supreme Media, MSI Group, Bombear, 43, Ticatech and Cosense.
This was her first visit to Malaysia since 2017, a large number of “Golden Stars” (Jessica’s fandom name) swarmed the concert with their Golden Start official lightsticks, which lately turned the auditorium into a golden sea. Jessica kicked off her first solo concert in Malaysia with “Set Me Free”, “Summer Storm” and “Love Me the Same” which immediately liven up the atmosphere. The attendees chanted and yelled Jessica’s name to show their support and loves towards her. When came to “Love Me the Same”, Jessica performed a chair dance which surprised her fans and drew even more cheering and applause.
After interacting with fans, Jessica continued by singing “Because It’s Spring”, “Love U” and “Better Late Than Never”. She handed the microphone to the audience while singing the second song to invite them to sing along, and it turned out that she was “shocked” by the enthusiastic reaction of her fans. Jessica then gave a thumbs-up to indicate her approval to her fans. Along with performing her brand-new song “Beep Beep”, Jessica also sang well-known songs like “Snap Shot”, “Wonderland”, and “Beautiful Mind”. Dazzling in a silver and sparkling garment, Jessica covered Rihanna’s “Diamond”. When the song came to an end, a fan shouted “I have a big diamond!” and showed Jessica her enormous diamond ring. Seeing that, Jessica wished all her fans could “spark like a diamond”. The fans sang along with Jessica when she performed “The One Like You”, the OST of the K-drama “Cyrano Agency”.
The Korean artis was impressed by the attendees. “I am so touching,” said Jessica in Mandarin. Also, Jessica greeted her fan who had a birthday that night, she even sang the fan a birthday song, which made other fans envious and they all exclaimed: “Today is my birthday too!” Jessica couldn’t help herself from laughing and said: “You guys are lying.” During the encore session, Jessica gave a performance of “Get it? Got it? Good” and “Starry Night”. She said the staff overly tightened her belt after she finished singing, saying, “I would like to sing, and this makes me unable to take a breath.”
Her fans then shouted “Untie the belt”. Jessica exclaimed, “You guys are so energetic and enthusiastic!” As the singer doesn’t come to Malaysia often, her Malaysian Fans took this opportunity to express their love for her by making a surprise video. Jessica was stunned and moved when watching the video. After the video was played, Jessica was brought to tears. She said, “Thank you. I have nothing to give back to you, thanks for making this sincere video. She was so touched until could not speak a word, and her fans comforted her by yelling “Don’t cry”. Jessica grabbed a golden star ribbon off the stage and put it on her face to express her gratitude to the “Golden Star”.
When she had calmed down, Jessica played her last song of the night, “Fly”. She untied the overtightened belt and tossed it aside during the transition of the song. Fans erupted into laughter when she did that. Jessica concluded the concert by thanking all of her supporters before calling it a day.
For more information about the concert, please visit the official Facebook page and Instagram account of 43. #JDDBMY #JessicaDiamondDreamsMY #jungsooyeon #goldenstar #jessicasyj #JessicaJung #queensjessica #kpop
Melangkaui lima dekad pembabitannya dalam dunia muzik rantau ini, band legenda, Sweet Charity bakal kembali ke ibu kota, mengimbau nostalgia selepas kali terakhir muncul dalam sebuah konsert, 13 tahun lalu.Dianjurkan oleh Malaysia Shipowner’s Association, Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity yang berdurasi hampir tiga jam itu akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 26 Januari depan.
Iaitu, di tahun ke-55 penubuhan Sweet Charity yang diterajui Datuk Ramli Sarip sebagai vokalis yang juga pengasasnya bersama Rahman Sarbani (dram), dan turut dianggotai Rosli Mohalim (gitar) dan Ahmad Jaafar (keyboard dan vokalis kedua).Ramli berkata, lamaran untuk Sweet Charity kembali ke Kuala Lumpur ibarat pucuk dicita ulam mendatang.
“Konsert ini ada nilai sentimental kerana ia diadakan di Kuala Lumpur selepas kali terakhir kami beraksi di Stadium Merdeka pada 2011 yang menjadi fenomena. Sesuatu seperti ini kadang hanya datang sekali, atau dua kali, ia tidak boleh selalu melainkan ada momen istimewa.
“Sweet Charity dikenali dengan persembahan livenya, jadi pemilihan lagu yang tepat adalah penting. Selain bernostalgia, jangkakan sebuah persembahan yang segar kerana kami memiliki lagu-lagu yang boleh diolah, dibuat susunan baharu, termasuk antara 15 lagu dalam senarai all-time favourite seperti Batu, Kamelia, Teratai dan Zakiah.
“Dan kenapa Semalam di Malaya? Judul yang nostalgia, zaman kami di Singapura, merentasi Johor menaiki bas, tanpa perlu pasport sebelum ada pemisahan negara. Banyak kenangan di situ,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Biar pun tidak kembali ke stadium, menurut Ramli, Zepp Kuala Lumpur dengan kapasiti 2,500 orang itu berupaya memenuhi jangkaan persembahan kerana lokasi itu ada formula untuk mendukung sesebuah konsert, daripada suasana ke akustiknya, malah chemistry.Beliau malahan tidak mengenepikan kemungkinan untuk konsert yang mengenakan bayaran tiket pada kadar serendah RM180 itu berlanjutan dua hari.
“Penganjur ini, saya lihat, mahu buat sesuatu yang mereka lalui, ketika mereka membesar, namun memberi kebebasan untuk kami mengekspresikan seni. Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity ini sememangnya tidak harus dilepaskan peminat.
“Kerana Sweet Charity, persembahannya ada roh dan semangat yang tersendiri, seperti mana-mana band apabila sampai pada kedewasaannya. Mudah-mudahan persembahan kami lebih dewasa dengan perasaaan,” tambahnya.
Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity merupakan sebuah produksi Rasa Karya, bersama Mewah Event Management sebagai rakan strategik, manakala ilassotickets bagi pengurusan tiket.
Kuala Lumpur, kata Ramli, akan menyajikan kelainan rasa dalam persembahan Sweet Charity yang sebelum ini, tampil dengan dua konsert berskala besar, masing-masing di Johor Bahru dan Singapura, tahun ini.
“Sama tapi tak sama,” kata Ramli, merujuk perbandingan dengan konsert di Singapura, baru ini. “Persembahan di Kuala Lumpur akan lebih padat, malah ada peminat yang sudah menonton di Singapura, mahu ke Kuala Lumpur juga.
“Gaya persembahan, tentunya akan memberikan kelainan kerana Sweet Charity ada aura tersendiri, kekuatan tersendiri. Orang sukakan Sweet Charity kerana persembahan livenya dan itulah yang menjadi kekuatan kami selama lebih 50 tahun ini.
“Sweet Charity tidak begitu dipengaruhi oleh apa-apa kerana pada masa itu, pada era akhir 60an, tiada video, VHS pun tiada. Jadi kami mencipta identiti sendiri, membawa muzik rock,memberikan apa yang kami rasa, perasaan waktu membuat persembahan itu.”
Bagi apa jua yang dirancang, kata Ramli lagi, apa yang diharapkan tentulah kesihatan yang baik buat semua anggota Sweet Charity walaupun pada sebahagian masa, mereka perlu akur dengan cabaran dalam perjalanan.
“Mudah-mudahan kami sihat, dapat berikan yang terbaik untuk peminat, juga industri. Lima dekad perjalanan Sweet Charity moga jadi penggalak buat band tanahair, terutamanya pelapis. Kami cuba menghargai apa yang dikurniakan, apa yang dianugerahkan untuk dikongsi.
“Bukan saja dalam muzik atau persembahan, tapi juga perjuangan untuk dikongsi sama. Jika boleh jangan ada banyak pertelingkahan antara satu sama lain, mesti bersatu, tapi kalau terjadi juga kadang hal sebegini mengajar kita. Itu yang membuatkan kita terus ada,” katanya.
Tiket berharga RM180 (Batu – Free Standing), RM308 (Sejuta Wajah – Normal Seat), RM388 (Zakiah – Premium Seat) dan bermula RM15,000 bagi VIP Box boleh didapatkan dengan melayari www.ilassotickets.com atau hubungi hotline +60 11-1329 7822.
Melangkaui tiga dekad pembabitan mereka dalam dunia muzik di negara ini, dua kumpulan muzik pop rock lagenda, UK’s dan Slam buat pertama kalinya dalam sejarah bakal digabungkan di atas satu pentas, dalam satu persembahan yang sama (gabungan), akan membawa peminat-peminat mereka khayal dan menghayati alunan lagu dan muzik sambil mengimbau kembali nostalgia bersama dalam “CONCERT UK’SLAM MUSICAL”.
Dianjurkan oleh BOMBBAY LEGEND WORLDWIDE bersama AMIRUKS ENTERTAINMENT, “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” yang berdurasi hampir tiga jam itu akan berlangsung di STADIUM MALAWATI SHAH ALAM pada 3 FEBRUARI 2024.
Kumpulan UK’s yang diterajui Mohd Azmir Bin Muhammad Yusuf @ Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Bin Toni (gitar), dan turut dianggotai Mohamad Saleh Bin Mohd Alias (bass), Amiruddin Bin Shariff (drum) dan turut menampilkan Mustafa Kamal Bin Ahmad @ Mus Satira (gitar), pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan Uk’s.
Manakala kumpulan Slam diterajui Shah Nizam Bin Abdul Halim @ Shah (gitar) bersama Zamani Bin Ibrahin sebagai vokalis, Eddie Bin Ahmad (keyboard), Nor Azli Bin Masrani (bass) dan Othman Bin Khalid (drum).
Konsert ini juga bakal disertai oleh pemuzik-pemuzik undangan seperti Raja Mohd Sham (gitar akustik), Mirzan (keyboard), Mohar (seruling bambu), Pa’ang (perkusi) dan Shafiq (gitar).
UK’s dan Slam menyifatkan, lamaran untuk mereka bergabung dalam satu persembahan di satu pentas yang sama merupakan satu kelainan dalam sejarah penglibatan karier mereka dalam mengadakan konsert. Peluang yang diberikan ini dianggap sesuatu
Konsep persembahan ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai nilai sentimental dari segi garapan, susunan dan sentuhan penceritaan melaui elemen visual dan muzikal yang akan digabungkan bersama-sama di dalam persembahan oleh kedua-dua kumpulan.
“CONCERT UK’SLAM MUSICAL” kali ini, akan menyajikan kelainan rasa dalam persembahan di mana ia akan dibahagikan kepada beberapa segmen.
Kedua-dua kumpulan bakal mempertaruhkan gaya persembahan masing-masing, tentunya akan memberikan kelainan kepada peminat kerana masing-masing ada aura dan kekuatan tersendiri daripada pelbagai aspek dalam persembahan segmen solo.
Antara elemen yang akan diketengahkan di antara persembahan daripada setiap segmen ke segmen yang lain akan disulami dengan susunan gabungan audio visual secara muzikal.
‘Magis’ yang akan ditonjolkan bagi persembahan kali ini adalah ‘gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini melalui lagu dan muzik yang akan dimulai dengan susunan irama akustik.
‘Gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini seterusnya akan membawa kepada persembahan yang lebih bertenaga dan energatik menerusi segmen yang akan membawa para peminat UK’SLAM bergabung menjadi satu untuk bersama-sama menyanyikan keseluruhan irama lagu hingga ke akhir persembahan.
Kumpulan UK’s dan Slam dikenali dengan alunan lagu-lagu yang membelai jiwa yang bertenaga dengan alunan vokal yang lunak, merdu dan mendayu-dayu, disamping pemili- han lagu yang tepat antara himpunan lagu-lagu mereka yang menjadi siulan dan keilaan para peminat mereka adalah sangat penting bagi persembahan ini. Selain bernostalgia, konsert ini dijangkakan akan menjadi sebuah persembahan yang penuh malar segar dengan memori dan kenangan buat peminat mereka.
Oleh itu, persembahan ini akan menghidangkan himpunan seleksi 30 lagu terbaik dalam senarai all-time favourite bagi kedua-dua kumpulan seperti Rytham Si Jantung Hati, Untuk Apa, Di Luar Kemampuanku, Cintaku, Pahit Akan Manis Akhirnya , Kembali Mencari, Keka- sihku Di Menara, Seksa, Kau Satu Satunya, Rondo Cinta Buta, Minda Dan Jiwa, Siapa Yang Rampas Cintaku, Nafas Orang Kota, Bila Diri DiSayangi, Di Sana Menanti Di Sini Menuggu, Prosarasa dan Tergamak Kau bagi seleksi lagu kumpulan UK’s dan antara seleksi lagu-lagu kumpulan Slam adalah seperti Buat Seorang Kekasih, Gerimis Mengundang, Nurkasih, Kembali Merindu, Kembali Terjalin, Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani, Tak Mungkin Ber- paling, Mentari Muncul Lagi, Kita Terpaksa Bermusuhan, Maria Mariana, Manisnya Rindu, Falsafah Cinta, Satukan Hati Kita, Janji Di Pateri, Kurnia dan Bukan Niat Membalas Derita.
Konsert ini bakal diadakan di Stadium Malawati Shah Alam dengan kapasiti 7,000 orang itu akan menghimpunkan para peminat UK’s dan Slam dari seluruh pelusuk negara untuk menikmati persembahan mereka yang berskala besar di mana vanue ini telah terbukti berjaya dalam penganjuran konsert berskala besar bagi artis-artis di negara ini.
“CONCERT UK’SLAM MUSICAL” ini merupakan sebuah produksi Bombbay Legend Worlwide bersama AMIRUKS Entertainment dengan sokongan Johan Enterprise, Mewah Event Management, Mr Helibro, dan JBR Bundle sebagai rakan strategik, manakala ilassotickets bagi pengurusan jualan tiket.
Diharap kepada rakan-rakan media yang hadir pada hari ini akan dapat memberi sokongan penuh kepada “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” melalui apa jua liputan dan saluran media kepada para peminat di seluruh pelusuk Negara untuk hadir dan menyaksikan konsert ini, segala kerjasama dan bantuan daripada pihak rakan-rakan media amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih, hanya Allah swt sahaja yang dapat mem- balas segala jasa baik rakan-rakan media semua.
Tiket-tiket boleh didapati dengan melayari laman sesawang:
Dibawakan oleh Northbound Events dengan kerjasama Space Two Sdn Bhd sebagai agensi artis dengan bangganya mengumumkan konsert sensasi ‘Nidji : Pelangi Di Miri’ yang akan memikat hati penonton pada 3 Februari 2024 nanti. Konsert yang menampilkan penyanyi terbaru, Ubay, ke dalam keluarga Nidji bakal menerajui kebolehan vokal luar biasa dengan aura energik Nidji dijangka membawa pengalaman baru kepada peminat-peminat setia di Miri.
Konsert yang bakal berlangsung di Eastwood Valley Golf & Country Club ini dijangka dihadiri oleh 2500 peminat dari yang bukan sahaja dari sekitar Miri dan Brunei malah mendapat perhatian dari Nidjiholics dari Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.
Konsert ini turut dimeriahkan dengan penampilan 2 kugiran tersohor tempatan, D_Va dan MonoSterio yang bertindak sebagai artis pembuka konsert ini. D_Va yang kini dianggotai oleh Kesha, Zarul, Don Guerzo dan Amar Hamka, sedang giat dalam proses rakaman EP terbaru mereka yang bakal terbit pada tahun ini. Penampilan mereka kali ini turut menjadi langkah pemasaran dalam usaha mempromosi single terbaru mereka ‘Insta Famous’ yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.
Monosterio juga tidak ketinggalan dalam mempromosikan kemunculan muzik video terbaru ‘Jerangkung’ pada 4 Januari lalu yang turut menjadi OST filem ‘Banglo Seksyen 12’. Mereka yang kini giat beraksi dalam sirkit muzik indie tempatan turut meluahkan kegembiraan mereka sebagai artis pembuka konsert ini yang juga mencoret permulaan perjalanan mereka pada tahun 2024.
Tidak kurang juga, Nidji bakal melancarkan album baru mereka pada tahun ini yang bakal menyajikan Ubay buat pertama kali dalam album mereka selain repertoar yang mencakup hits terbaik Nidji, bersama dengan kejutan-kejutan khas untuk para peminat setia. Konsert ini akan menyaksikan pecahan yang dinamik, harmoni yang memukau, dan performa panggung yang luar biasa seterusnya bakal menjadi pengalaman tak terlupakan bagi peminat muzik di sekitar Miri.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan band yang telah merevolusikan dunia muzik Indonesia ini, secara langsung di Miri dan sertai kami untuk pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan.
Tarikh dan Masa:
Sabtu, 3 Februari 2024
Pintu dibuka pada jam 5 petang
Konsert bermula pada 8.30 malam
Tempat: Eastwood Valley Golf & Country Club
Tiket: RM520 (rockzone) 2x Meet&Greet tickets
RM440 (rockzone) 2x Laskar Pelangi tickets
RM360 (type b) 2x Hapus Aku tickets
RM300 (type c) 2x Biarlah tickets
Tiket boleh didapati di ZOSO MUSIC atau secara atas talian di laman sesawang Ilassotickets.com . Sebarang pertanyaan mengenai tiket, sila hubungi 011 1943 1705.
Sponsor dan Rakan Media:
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan strategik dan penaja seperti Coms Creative Studio, Space Two Sdn Bhd, HN Erika, Ilassotickets.com, Pullman Hotel Miri sebagai penaja penginapan rasmi, Eastwood Valley Golf & Country Club , MiriFm sebagai radio rasmi, Zoso Music, Sarawak Tourism Board yang bersama menyokong menjayakan konsert ini dan turut dibantu rakan media seperti MIRIFM, Kelkatu TV yang telah menyokong konsert ini. Terima kasih kerana menjadikan Konsert Nidji di Miri suatu realiti yang memukau!
Hubungi Media:
Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi Bahagian Hubungan Media Northbound Events di [Email] atau 011 1943 1705 bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai konsert ini
Mengenai Northbound Events
NORTHBOUND EVENTS merupakan sebuah syarikat yang berkebolehan di dalam pelbagai bidang seperti kerja-kerja pembekalan, pengurusan majlis, penganjuran konsert dan pameran. Sepanjang penglibatan kami di dalam bidang-bidang ini, kepuasan dan ketenangan pelanggan adalah keutamaan bagi pihak syarikat. Berhubung kait dengan kualiti kerja, kami sentiasa mengutamakannya supaya dapat melahirkan hasil yang memberansangkan dan terbaik. Visi dan misi kami adalah untuk menjadi yang terbaik di dalam setiap kerja-kerja, projek dan apa jua yang di amanahkan kepada kami. Keharmonian bergerak sederap juga haluan penting bagi kami.
Mengenai SPACE TWO SDN BHD
SPACE TWO SDN BHD/STSB merupakan sebuah agensi pengurusan majlis dan konsert yang telah bertapak dalam industri muzik tanah air. Sejak ditubuhkan sejak tahun 2022, syarikat telah menawarkan pelbagai aktiviti pembekalan dan perkhidmatan dalan soal urus produksi termasuk muzik video, pembikinan album/EP, terbitan filem pendek, perancangan media, pengurusan artis dan persembahan konsert di sekitar Semenanjung, Sabah dan Sarawak. STSB kini aktif bekerjasama dengan beberapa negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina dalam pengurusan artis dalam dan luar negara serta pembekalan bakat-bakat baru bagi siaran stesen TV dan penerbitan muzik.
Mengenai D_VA
Kumpulan D Va taleh ditubuh pada 2003 yang dianggotai oleh Am (dram), Faz (gitar vocal), Ayob (bass vocal) dan Zarul (gitar / vocal).
Mereka telah bernaung dibawah syarikat rakaman Broadway Entertainment bawah Universal Music.
Popular dengan lagu Cinta Sebenar, Cinta Boneka, Aku Dia Dan Kamu, D Va mengecapi kejayaan apabila tercalon dalam Top 5 AIM 12 sebagai Best New Artist / Best Album Cover, Top 5 Anugerah Era Lagu Rock Terbaik(Sekarang Anugerah Meletop Era), Finalis Hits 1 RTM di tahun 2005 dan Best Rock Song (Vima Awards) tahun 2012.
Setelah lama menyepikan diri, D Va telah mengeluarkan EP yang mengandungi sebanyak 6 lagu antaranya Tanpa Dirimu, Jangan Tinggalkan Aku dan terbaharu single “Insta Famous”. Anggota D Va dibarisi oleh Nur Keisyah (vocal), Zairul Addry (gitar), Amar Hamka (dram) dan Don Guerzo (bass).
Mengenai Monosterio
Kumpulan muzik yang baru sahaja ditubuhkan awal tahun 2023 bersama anggota asal OTwo yang bermula tahun 1997 kini menggelarkan diri mereka sebagai Monosterio. Dibarisi oleh Izan (vokal), Anep (drum) dan Alan (gitar), bergerak secara bebas tanpa bernaung dibawah mana-mana syarikat rakaman, manakala Asia Empire Record sebagai distributor digital.
Monosterio menampilkan konsep alternative art rock yang mana peluncuran single pertama “Monofonik” yang menonjolkan konsep serta identiti mereka sebelum mereka menghasilkan album penuh.
Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah menyelongkar kisah perjalanan Tok Gajah bersama para pahlawan yang tidak didendang yang tidak pernah diberitahu sebelumnya.
Peristiwa di dalam Filem Pendekar Awang ini berlaku selepas kebangkitan pahlawan melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang. Pengambaran Filem Pendekar Awang bermula pada bulan Januari tahun 2023 dan telah menelan kos sebanyak RM15 juta ringgit.Ia merupakan kesinambungan daripada Filem Mat Kilau pada 2022.
Filem ini juga diarahkan oleh dua pengarah iaitu Shahruddin Dali dan Saiful Reza. Ia juga menggandingkan pasangan selebriti terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura dalam sebuah karya yang mengangkat sejarah epik pahlawan tidak didendang.
Menurut Shaharudin Dali, dia berusaha untuk mendapatkan kisah kebangkitan Pahang daripada waris-waris serta cucu cicit selain mengunjungi kubur para pejuang di Kuala Lipis,Pahang.Mendedahkan kajian telah bermula sejak skrip filem pertama terbitannya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ditayangkan, Shaharudin telah bertemu beberapa waris Panglima Awang untuk meminta kebenaran.Menurut Shaharudin Dali juga filem ini merupakan filem fiksyen pahlawan melayu dan bukannya sebuah dokumentari.
Bagi penulis yang telah pun menonton kedua-dua filem dari Studio Kembara, beberapa ‘scene’ dalam Pendekar Awang seperti kehabisan idea dan seperti berulang-ulang ada beberapa ‘scene’ mengambil masa yang lama untuk di habiskan. Ia membuat penonton akan merasa bosan dalam menanti ‘scene’ yang seterusnya.Namun paparan visual sinematik boleh dikatakan lebih menarik daripada filem Mat Kilau.
Penulis memuji penampilan pertama Nadhir Nasar di layar besar, melakonkan karakter lelaki yang beremosi tapi bijak.
Filem ini bakal di tayangkan di pawagam berdekatan anda mulai 11 Januari 2024 ini.
Sinopsis
Berkisar tentang apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat. Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran. Berjayakah Awang menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong serta menewaskan askar terkuat di dunia yang diketuai Kapten Syers kali ini?
Watak Awang dibawa oleh pelakon utama Fattah Amin dan watak Sayang pula digalas oleh Nur Fazura. Berikut merupakan watak utama filem ini:
AWANG – Anak didik Tok Gajah ini berjiwa pahlawan, berani, mahir memanah. Tegas dengan cara perjuangannya yang berbeza dari Mat Kilau.
SAYANG – Isteri Awang yang setia dan cekal. Anak perempuan Haji Sulong ini dilatih ilmu persilatan dan memanah. Isteri yang sentiasa memberi sokongan kepada suaminya. Memahami konflik dalaman suaminya.
TAHIR – Anak lelaki Haji Sulong, adik kepada Sayang. Minat mendalam terhadap ilmu tabib, ilmu alam, ilmu hayat dan mahir ilmu menjejak di hutan.
TOK GAJAH – Pemimpin masyarakat Pahang, orang yang rapat dengan Sultan Ahmad, imam perang pahang dan istiqamah serta tegas melawan pencerobohan british.
HJ SULONG – Pemimpin penduduk Kuala Semantan, pengikut Tok Gajah yang setia. Tegas dan dipercayai Tok Gajah.
BRAHIM – Adik Mat Kilau yang sentiasa menjadi pendamping ayahnya Tok Gajah. Mahir bersenjata tekpi. Brahim kecewa dengan sikap Awang kerana tidak menyertai misi Tok Gajah ke Terengganu.