SO Staff

OSEM HAN Lebar Sayap Ke Malaysia Dengan “Pilihanku”

Selepas hampir 30 tahun terbabit dalam dunia seni, penyanyi kelahiran Singapura, Osem Han memberanikan diri untuk tampil dengan single solo pertama berjudul Pilihanku hasil ciptaan Reyza Hamizan manakala lirik ditulis oleh Osem Han.

Biarpun perjalanan seni Osem boleh dikatakan agak lambat, namun jejaka berusia 40 tahun ini tidak pernah memandang perkara itu sebagai penghalang untuk terus mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

Kata Osem, sebelum ini percubaan dalam bidang muzik agak mencabar, tambahan dia perlu memberi perhatian terhadap kedai gunting rambut yang diusahakan di Singapura, Osem Handsome.

“Dulu nak ‘survive’ dalam bidang muzik agak mencabar. Saya perlu mencari pendapatan yang boleh menampung kos hidup di Singapura.

“Disebabkan itu saya terpaksa melupakan kerjaya nyanyian buat sementara waktu dan mengambil keputusan membuka sebuah kedai gunting rambut.

“Barangkali ramai yang akan tertanya-tanya  kenapa selepas 30 tahun saya nak kembali aktif dalam bidang ini dan jawapannya sudah tentu saya tiada masalah besar yang perlu saya tanggung sekarang.

“Saya sangat bersyukur dengan kehidupan yang saya nikmati hari ini dan kali ini saya ingin kejar semula impian yang sudah lama tertangguh,” katanya.

Tambah Osem, antara alasan lain dia ingin kembali aktif dalam bidang seni juga adalah  kekangan peluang ketika itu.

“Dulu saya bersama sebuah band dan diakui nak mencipta nama dalam bidang seni ini tidak mudah dan nak dapat peluang waktu itu sangat sukar.

“Jadi saya harap ini adalah waktu terbaik untuk saya kembali dan mengembangkan bakat bukan saja di Singapura tetapi di Malaysia,” katanya.

Bercerita mengenai lagu Pilihanku, Osem berkata, keistimewaan lagu terbabit adalah dia tampil dengan genre yang berbeza.

“Memandangkan ini adalah single solo yang pertama, Reyza mahu saya bereksperimentasi dan cuba membawakan genre yang berbeza.

“Selain itu, Pilihanku juga dekat dengan jiwa setiap pendengar kerana lagu ini bercerita mengenai diri setiap individu yang mempunyai pelbagai pilihan dalam hidup,” katanya.

Yakin dengan kemampuan lagu Pilihanku, Osem berharap percubaan untuk kembali aktif akan membuahkan hasil terbaik.

“Kalau kita semua dapat putar kembali waktu, sudah pasti kita nak mencipta kejayaan pada zaman muda tapi malangnya setiap daripada kita ada jalan hidup yang berbeza-beza.

“Mungkin kehidupan yang saya lalui ini tidak bernasib baik kerana saya tidak dapat peluang yang orang lain terima ketika itu, tapi saya tidak pernah berputus asa untuk terus perjuangkan minat dalam muzik,” katanya.

Dalam pada itu, Osem turut bercerita mengenai nama Osem Han yang digunakan sebagai nama pentas.

“Han ialah nama sebenar saya manakala Osem pula adalah nama bisnes gunting rambut yang usahakan sekarang ini.

“Disebabkan ramai kenalan lebih mengenali saya dengan nama Osem, jadi saya kekalkan saja nama itu. Lagipun nama Osem itu saya rasa unik dan sudah sebati dengan saya,” katanya.

Pilihanku sudah boleh dimuat turun di kesemua pelantar digital termasuk ditonton di YouTube Osem Records.

Sehingga kini Pilihanku sudah menerima lebih 183,000 tontonan di aplikasi terbabit.

Filem “Syaitan Munafik” Bakal Menjengah Pawagam Pada September 2023

Buat julung kalinya, Penerbit Filem Syaitan Munafik, Dato’ Mohd Rusdi Shair,Pengarah Urusan ) Penerbit kepada Syarikat United Nine Creative Sdn. Bhd (UNC) , menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, di Seri Pasific Ballroom, Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur. Kemeriahan sambutan Rumah Terbuka Raya ini disambut dengan penuh kesyukuran dan sederhana.

Majlis Rumah Terbuka ini bertujuan meraikan kakitangan dan pelakon yang terlibat dalam menjayakan Filem Syaitan Munafik , bersesuaian dengan majlis itu pastinya ia menjadi platform terbaik untuk menampilkan pelakon-pelakon baru dengan gandingan pelakon yang sedia ada, bagi tujuan memperkenalkan sekaligus mempromosikan Filem itu kepada umum.

Antara pelakon baru yang bakal ditampilkan adalah Bandi Amuk, Wom UG14, Reedzwan, ERIN CTJ, Affie Rania, Adia dan Siti Khadijah.Dalam pada itu Dato’ Rusdi turut berkongsi berita gembira yang mana Filem Syaitan Munafik kini sudah pun siap sepenuhnya dan menanti untuk tayangan.Teaser Filem Syaitan Munafik akan ditayangkan dan akan ada gimik serta menampilkan persembahan ‘tribute song filem’ dari penyanyi baru Adia.

Di majlis tersebut akan diadakan penyerahan memorandum persefahaman kerjasama dari UNC kepada Pengerusi P3K, Dr Noor Haliza Yussoff bagi mencari Dana untuk mereka yang memerlukan khususnya dalam penjagaan kesihatan.Pelancaran Teaser Filem Syaitan Munafik di lancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas, YB.rs Prof Dr. MD Nasir B. Ibrahim.

Ditanya mengenai cabaran dan perasaan Dato’ Rusdi sebaik Filem ini siap dan tentunya ada kata kata yang kurang menyenangkan bila mana mengetahui Filem ini sudah terperap lebih 12 tahun untuk ditayangkan.. Dato’ Rusdi mempunyai alasan dan jawapan tersendiri.

“Sudah tentunya saya berasa bersyukur dan terharu dengan penghasilan Filem ini, kerana selama ini terlalu banyak cabaran dan rintangan untuk menyiapkan pembikinan Filem ini dan mengambil masa yang lama untuk memperbaiki, dan prosesnya sangat teliti. Bukan mudah hendak melaksanakan tugasan reconstruct serta ‘restore’ kerja yang lama untuk mendapatkan kualiti warna dan plot yang lebih baik dan menarik dibantu dengan teknik CGI.

“Mengenai soalan atau pandangan negatif, saya tidak kisah jika ada yang hendak memperkecilkan usaha saya dengan kata-kata nista dan sebagainya, apa yang saya inginkan adalah kualiti. Saya akan teruskan usaha saya bersama team dan saya yakin Filem ini akan diterima ramai. Filem ini juga bakal ditayangkan Serentak inshaallah pada September 2023 di pawagam Malaysia,Singapore,Brunei,Indonesia dan FilipIina.

“Jika org nk memperkecilkn usaha saya terpulanglah, itu urusan mereka.Saya akan teruskan usaha saya bersama team.”demikian luah Dato’ Rusdi menepis pandangan negatif luar, malah beliau kini sedang rancak menerbitkan sebuah lagi Filem dimasa akan datang.

LOUD SPEAKER CAWANGAN KE-13 JADI TARIKAN LOKASI KARAOKE YANG SIHAT

Cawangan terkini jenama pusat karaoke terkenal Loud Speaker di pusat beli-belah Datum Jelatek di sini, berjaya menarik perhatian ‘kaki karaoke’ sekitar ibu negara sebagai lokasi berkaraoke yang eksklusif dan sihat.

Ini kerana, selain penerapan beberapa elemen terkini yang terdapat pada dekorasi dalaman cawangan ke-13 ini, ia juga menyediakan persekitaran karaoke tanpa alkohol sekaligus sesuai untuk dikunjungi oleh pelbagai bangsa.

Malah, lokasi cawangan baru ini ternyata lebih strategik kerana terletak di tengah ibu kota dan mudah diakses oleh transit aliran ringan (LRT) iaitu berlokasi di stesen Jelatek.

Pengerusi Loud Speaker, Encik Damien Soh berkata, Objektif penubuhan cawangan baru ini ialah sebagai memenuhi permintaan ramai peminat pusat karaoke berkenaan.

“Walaupun Loud Speaker sudah pun menjadi jenama terkenal dikalangan masyarakat berbangsa Cina, namun matlamat kami seterusnya ialah untuk menarik dan melayani permintaan khalayak yang pelbagai dengan menyediakan persekitaran karaoke bebas alkohol.

Objektif ini sejajar dengan pernyataan visi kami di Loud Speaker untuk menyediakan keseronokan untuk semua, tanpa mengira latar belakang atau etnik,” katanya.

Cawangan ke-13 ini, menyediakan kemudahan serba baharu dengan kesan pencahayaan dan muzik yang dipertingkatkan, serta skrin definisi

tinggi yang besar tersedia di semua bilik Loud Speaker.

Kelebihan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana bertenaga tinggi sematamata untuk memberikan kepuasan terbaik kepada setiap pengunjung yang datang ke Loud Speaker cawangan ini.

Tidak ketinggalan dengan kewujudan Studio Mini yang menjadikannya sesuai untuk kunjungan kumpulan kecil, umpama studio rakaman sebenar yang menawarkan pengalaman menyanyi bak artis rakaman terkemuka.

Cawangan pertama Loud Speaker mula di buka pada 8 Ogos 2009 iaitu di Taman Sutera Utama, Johor Bahru.

Sehubungan itu, menurut Encik Damien Soh, pihaknya mensasar untuk mencapai 30 lokasi menjelang akhir 2024 dengan skim francais yang terancang.

Tambahnya, cawangan baru di Datum Jelatek merupakan salah satu cawangan terbesar dengan keluasan melebihi 14,000 kaki persegi.

“Di sini kami memiliki 47 bilik karaoke yang jauh lebih besar daripada kebanyakkan bilik karaoke dan tidak ketinggalan 6 Mini Studio yang menjadi keunikan di sini.

“Kami juga mempunyai sebuah bilik VVIP terbesar kami yang berkeluasan lebih 1000 kaki persegi dengan dilengkapi tandas peribadinya sendiri.

“Reka bentuk bilik VVIP ini, mempunyai pentas dan tempat duduk dalam bentuk konsep lounge, yang menjadikannya sesuai untuk diubah bagi disesuaikan dengan apa-apa jenis majlis dan acara.

Bagi memperkenalkan cawangan terbaru berkenaan, Loud Speaker telah menganjurkan Rumah Terbuka Loud Speaker yang telah dihadiri ramai selebriti popular seperti Dolla, Bella Astillah dan Rief Daniel.

Tidak ketinggalan beberapa bintang media sosial dan rakan media tempoatan untuk berhibur bersama-sama sempena pembukaan cawangan baru berkenaan.

Pada majlis berkenaan, Loud Speaker turut berbesar hati dengan menghulurkan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) hasil kutipan daripada kempen #JomSingOutLoud.

Kempen yang berjalan menerusi platform TikTok itu telah dilancarkan sejak 8 May lalu dan akan berakhir pada 31 May ini.

Untuk mengambil bahagian di dalam kempen berkenaan, pengunjung perlu melayari laman TikTok Loud Speaker iaitu https://www.tiktok.com/@loudspeakerktv kemudian gunakan hashtag #JomSingOutLoud di TikTok dan ikuti langkah seterusnya.

Sempena pembukaan cawangan baru, Loud Speaker turut menyediakan harga promosi sehingga 31 Mei ini, pada setiap Isnin hingga Khamis. Pelanggan yang hadir sebelum jam 5 petang, dapat menikmati harga tawaran RM13 seorang, manakala RM18 selepas jam 5 petang.

Satu keistimewaan yang lebih lagi adalah para pelanggan dapat menikmati promosi pembelian Pas Keahlian selama 12 Bulan dengan hanya RM12 (ORP: RM38) sahaja apabila mereka melakukan mana-mana pembelian sesi karaoke.

Bukan itu sahaja, semua ahli JOM K Kakee berpeluang menikmati faedah eksklusif tambahan, termasuklah promosi Hari Keahlian (Membership Day) yang akan ditawarkan pada setiap hari Isnin. Selain itu juga, mereka boleh bernyanyi selama 3 jam dengan hanya RM10 seorang sepanjang tarikh promosi ini berlansung. Cukup berbaloi!

Tambahan lagi, kesemua pengunjung dapat menikmati free-flow minuman dan ais krim bagi setiap sesi 3 jam karaoke yang dibeli oleh mereka, agar dapat merasai pengalaman seronok secara maksima di Loud Speaker.

Keistimewaan yang ditawarkan ini adalah untuk memberi ruang kepada para pengungjung untuk merasai kualiti karaoke yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari https://loudspeakerktv.my/ atau hubungi pihak Loud Speaker cawangan Datum Jelatek Shopping Centre di talian 03-3855 6088

Jenis-Jenis Bilik di Loud Speaker Datum Jelatek # 47 jenis bilik dengan pelbagai size:
– A. Small (4-6 orang)
– B. Medium (7 – 9 orang)

– C. Large (10 – 12 orang)
– D. VIP (14 – 17 orang)
– E. VVIP (Boleh memuatkan sehingga 40 orang) # 6 bilik Mini Studio (1-2 orang

Alamat:

L2-01, Datum Jelatek Mall, Jln Jelatek, Jelatek, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur.

Kenyataan Media: Tajuk: Cawangan Ke-13 Loud Speaker Jadi Tarikan Lokasi Karaoke Yang Sihat

Waktu Operasi:
12 tengahari – 3 pagi (semua cawangan)
11 pagi – 2 pagi (Tropicana Mall dan MyTown) 11 pagi – 3 pagi (Johor)

AirAsia rai penerbangan pertama dari Kuala Lumpur ke Kertajati

AirAsia Malaysia (AK) hari ini meraikan penerbangan pertamanya dari Kuala Lumpur ke Kertajati di Jawa Barat, Indonesia.

Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) pada jam 9.05 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati pada hari yang sama pada jam 10.20 pagi waktu tempatan. Para tetamu dalam penerbangan AK418 disambut dengan meriah semasa ketibaan oleh Bapak Drs. Benny Bachtiar M.SI, Ketua Pelancongan dan Kebudayaan, Wilayah Jawa Barat; Tuan Yang Terutama Dato’ Syed Md Hasrin, Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia; Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat; dan para tetamu kenamaan dalam industri.

Pelancaran laluan baharu itu turut menandakan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah pertama yang terbang ke laluan antarabangsa ke dan dari Kertajati selepas pandemik. Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati ialah lapangan terbang kedua terbesar di Indonesia, dan berfungsi sebagai hab utama yang menghubungkan pengembara ke Bandung Raya, Cirebon dan kawasan sekitarnya, wilayah Jawa Barat dan sebahagian Jawa Tengah.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Kami berbesar hati menjadi syarikat penerbangan tambang rendah pertama yang menghubungkan pengembara ke Kertajati, permata Indonesia yang belum diterokai. AirAsia memulakan penerbangannya dari Malaysia ke Indonesia pada tahun 2004, membolehkan pengembara merasai keindahan dan keajaiban kedua-dua buah negara, serta menghubungkan mereka dengan orang tersayang dengan mudah. Kami telah menerbangkan lebih daripada 2.5 juta tetamu antara kedua-dua negara sehingga tahun 2019 dan mengembangkan rangkaian kami ke 12 destinasi di Indonesia dengan 151 penerbangan mingguan.

“Misi kami adalah untuk menjadikan Jawa Barat dan Indonesia secara keseluruhannya sebagai destinasi yang harus dilawati di Asean. Dengan laluan baharu ini, lebih ramai penduduk tempatan dan pengembara akan berpeluang melihat keunikan Kertajati dan kawasan serta tarikan-tarikan yang berdekatan. Wilayah Majalengka, yang menempatkan Kertajati hanya sejam dari Bandung yang turut dikenali sebagai syurga membeli-belah. Permulaan penerbangan dari Kuala Lumpur ini bukan sahaja akan memperkenalkan Kertajati kepada pelancong dari Asean dan seterusnya, malah akan mewujudkan pelbagai peluang ekonomi dan pekerjaan untuk penduduk tempatan.

“Sebagai kumpulan syarikat penerbangan yang mempunyai rangkaian luas di Asean dan Asia Pasifik, bersama syarikat Indonesia AirAsia, kami teruja untuk terus memainkan peranan dalam membawa pelancong asing terus ke pelbagai bandar-bandar popular dan kurang mendapat perkhidmatan di Indonesia dan Malaysia. Kami juga berharap dapat menyumbang kepada usaha kedua-dua kerajaan untuk menarik berjuta-juta pelawat asing pada 2023.”

Sempena meraikan penerbangan sulungnya, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua* dari Kuala Lumpur ke Kertajati daripada RM141 sehala. Tambang bernilai hebat ini juga tersedia untuk penerbangan pergi balik daripada IDR616,600 sehala. Promosi ini tersedia bermula hari ini hingga 21 Mei 2023, untuk tempoh perjalanan antara 1 Jun dan 14 Disember 2023.

Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Kertajati (KTJ):

*Tambang semua termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan sebarang caj lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

PM berikrar untuk terus perangi rasuah selepas tayangan khas ‘Anwar, The Untold Story’

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menahan rasa sebak selepas menonton filem biografi ‘Anwar, The Untold Story’ semasa acara tayangan media khas dan VIP di Dadi Cinema Pavillion KL malam tadi (8Mei).

Perdana Menteri mengimbau kembali kenangan perjuangannya memerangi ketidakadilan dan rasuah menerusi filem satu jam 30 minit arahan pengarah Viva Westi Indonesia yang turut menghadiri acara tayangan khas tersebut.

Anwar yang turut mengadakan sidang akhbar dengan media tempatan dan antarabangsa selepas menonton filem itu berkata beliau amat terharu kerana dapat mengimbau kembali episod penting dalam hidupnya serta memuji kebolehan pelakon serta pengarah kerana berjaya membawa wataknya.

“Ini cerita yang mesti diceritakan, perjuangan menentang rasuah perlu diteruskan. Sekarang saya menjadi perdana menteri, saya mahu menyelamatkan negara ini dan memerangi rasuah dan perangi mereka bersungguh-sungguh,” katanya dengan disambut tepukan gemuruh.

Filem tersebut, berlatarbelakangkan tahun 1993 hingga 1998 mendedahkan kisah Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia sambil menonjolkan perjuangannya yang secara konsisten menentang amalan rasuah tetapi berakhir di penjara.

Pelakon tempatan Malaysia Farid Kamil Zahari memegang watak utama sebagai Anwar Ibrahim manakala pelakon terkenal Indonesia Acha Septriasa memainkan watak sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Acara tersebut dianjurkan oleh DMY Creation, syarikat yang juga merupakan pengedar rasmi untuk filem ‘Anwar, The Untold Story’.

DMY Creation adalah sebuah syarikat yang mengedar filem antarabangsa dan tempatan serta penganjur rancangan hiburan langsung utama.

Pengasas dan pengerusi DMY Creation Datuk Mohamed Yusoff menggalakkan orang ramai untuk menonton filem tersebut bagi merasai perjuangan yang dilalui perdana menteri dan menyaksikan sekilas perjalanannya yang merupakan salah satu perubahan politik paling luar biasa dalam sejarah Asia Tenggara moden.

“Kami berharap semua terutama golongan belia menyokong dan menonton filem ini untuk mengetahui perjuangan sebenar perdana menteri kita. Filem ini menunjukkan kepentingan membasmi rasuah di negara ini,” katanya.

Anwar menonton filem itu bersama beberapa ahli keluarga terdekat termasuk mereka dari industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.

Seramai 1,870 tetamu termasuk 500 media tempatan dan antarabangsa menonton filem tersebut di 13 dewan khusus.

Antara yang menghadiri majlis tersebut adalah Dr Wan Azizah Wan Ismail, penyanyi Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, pemuzik, pelakon dan artis Datuk M Nasir, pelakon dan penerbit veteran Fauziah Ahmad Daud, pengasas dan pengerusi DMY Creation Datuk Mohamed Yusoff, penulis lirik dan penulis skrip prolifik Habsah Hassan, penerbit filem tempatan Datuk Yusof Haslam dan pembuat filem popular Datuk David Teo.

Turut hadir pada majlis itu ialah pengerusi eksekutif Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd Puan Sri Cindy Lim, Pengarah Urusan Yusrych Global Yusry Makmor.

Tayangan awam ‘Anwar, The Untold Story’ akan ditayangkan di semua pawagam utama di seluruh negara mulai 18 Mei 2023. Tempahan awal untuk filem itu akan dibuka tidak lama lagi.

#AnwarTheUntoldStorybyDMY

PISTON PROJECT BY PULZAR

Piston Project was a racing team more than 10 years of experience in Malaysia motorsports industry. In year 2023, our team founder Mr. Roni Risman partnering with our Malaysia regular race driver Mr. Hugo Chai to form up a team and supported by Pulzar Malaysia principle Mr. KC Lim.

In conjunction with Malaysia Autoshow, Pulzar Malaysia & Piston Project reveal 2 female driver Gladys Lam & Vera Teh that going to participate in Malaysia Championship Series 2023. Our objective is to inspired more female driver in or outside Malaysia to participate motorsports industry.

For Malaysia Championship Series 2023, our team going to participate the race series total up 3 cars, 2 Suzuki Swift and 1 Honda Fit in MTC class & SP2 category. Our 1st debut race will be on 23rd-25th June 2023 Malaysia Championship Series 2023 that held at Sepang International Circuit.

Our driver lines up will be Mr. Roni Risman, Mr. Hugo Chai, Mr. Shafiq Samsudin, Mr. Ahmad Nadzrie, Ms. Gladys Lam & Ms. Vera Teh.

Miss & Mister Celebrity International 2023

International Celebrity Pageant Group Sdn Bhd, the main organizer of Miss & Mister Celebrity International 2023 has announced that the pageant will be held on 1st May 2023, will be hosted at HGH Convention Centre, Sentul from 5PM.

‘We are very glad to announce that this is the very first time Miss & Mister Celebrity International Pageant held internationally and would like to take this opportunity to say a million thanks for the overwhelming responds and support. Let’s begin this meaningful pageantry journey and become more than just a beauty Kings and Queens in the eyes of the nation.’ said Lennard Tan, the Director of International Celebrity Pageant Group Sdn Bhd.

A young enthusiastic lad in his early 30’s, would love to aim and create a platform of endless boundaries to inspire people from all around the world. A platform without judgement and prejudice, embracing all walks of life regardless of its culture nor background, skin tone nor the body sizes even matters. The team that holds believe that the definition of beauty is not in the face itself but it instead it is the light in the hearts of a beholder and it grows within oneself.

In line with International Celebrity Pageant Group Sdn Bhd, to incubate and to build a community that empower all walks of life and to be able to raise by lifting others up we hold strong believes in supporting various causes.

Lennard Tan,Director of International Celebrity Pageant Group Sdn Bhd

Such as ‘Zero Hate – Equality & Opportunity’. Say NO to any forms of hates, a platform that provides and believes that every living souls should be provided with equality and to be treated as fairly as possible. Neither any individuals should have poorer life chances because of the way they were born, nationality, race, skin tone, family upbringing, gender nor what they believe even if they have any disabilities or terminal illness. Being the voice and offering genuine support physically, mentally and chances of the unfortunates or communities that is neglected in our world and making them heard.

Also supporting ‘Zero Waste’ as the aggressive climate changes and endangered animals. It is time to educate people widely in building a waste free and sustainable future to the world and our grandchildren. As reducing, recycling and reusing might sound like a hassle to start of but thus habit will gradually grow and changes if we took baby steps daily and have this causes highly educated within the young at schools itself. We strongly believe that this movement are able not only to protect the environment, but also benefits the communities in the long run and also supports the local economy indirectly. Thus we are here, to be part of the role models in educating and borrowing a helping hand in making the world a better place and well preserved for the future generations to enjoy the beauty of it.

‘It is a prestigious opportunity to be able to host Miss & Mister Celebrity International Pageant in my home country and positively showcasing the beauty of Malaysia to the global viewing audiences from 26 countries participating. said Lennard. The journey will not be only focusing on the competition, but also exposing the contestant to multiple trainings also having some leisure moments visiting Malaysia famous landmarks and Kuala Lumpur hotspots in the time frame of 46 contestant be in Malaysia.

For further updates of Miss & Mister Celebrity International Pageant 2023, do explore :

Facebook : https://www.facebook.com/intcelebritypageantgroup Instagram : https://www.instagram.com/intcelebritypageantgroup/

EVERYTHING BUT THE GIRL REVEAL NEW TRACK NO ONE KNOWS WE’RE DANCING

Everything But The Girl have today revealed their new track No One Knows We’re Dancing and its accompanying lyric video. No One Knows We’re Dancing is taken from the duo’s upcoming new album Fuse, out this Friday, 21 April and follows recent releases Run A Red Light, Caution To The Wind and Nothing Left To Lose. The album’s previous tracks have received a great reception at press (‘Each new song from Everything But The Girl is something to be cherished‘ – Clash; ‘Real heft, as well as a kind of lived-in ease’ – Pitchfork); at radio (two songs on the BBC 6 Music A-List Playlist); and at editorial playlists (New Music Friday, All New Indie, The Other List, Loops).

Speaking about No One Knows We’re Dancing, Tracey says:

I think we all missed the communality of nightlife and going out during the pandemic. The song is a eulogy to the heyday of packed Sunday clubs – the faces, the secret life, the clubs where Ben DJ’d in the early 2000s.

The tempo is deliberately dreamlike,” adds Ben. “Slowed-down disco, like a memory. We asked producer-DJ Ewan Pearson to add some body to the groove and he sprinkles some delicious extra synth lines and thickens the Italo-flavoured drums.”

Written and produced by Ben Watt and Tracey Thorn over the spring-summer of 2022, Fuse is a modern take on the lustrous electronic soul the band first pioneered in the mid-90s. Thorn’s affecting and richly-textured voice is once again up front in Watt’s glimmering landscape of sub-bass, sharp beats, half-lit synths and empty space, and as before, the result is the sound of a band comfortable with being both sonically contemporary, yet agelessly themselves.

The pair recorded in secret at home and in a small riverside studio outside Bath with friend and engineer Bruno Ellingham. For the first two months, the artist name on the album files was simply TREN (Tracey and Ben), and early takes focussed on ambient sound montages and improvised spectral piano loops recorded by Ben on his iPhone at home during his enforced pandemic isolation – ideas which later blossomed into atmospheric tracks such as When You Mess Up and Interior Space.

Everything But The Girl broke through on the UK indie scene in 1982 with a stark jazz-folk cover of Cole Porter’s Night and Day. They then released a string of UK gold albums throughout the 80s, experimenting with jazz, guitar pop, orchestral wall-of-sound and drum-machine soul. After Watt’s near-death experience from a rare auto-immune condition in 1992, the pair returned unbowed with the million-selling ardent folktronica of Amplified Heart in 1994. It includes their biggest hit, Missing, after New York DJ-producer Todd Terry’s remix unexpectedly made the leap from heavy club play to global radio success (Number 2 US Hot 100; Number 3 UK Top 40). The sparkling Walking Wounded – emotional songs brimming with ideas from the mid 90s electronic scene – followed in 1996 (Number 4 UK Album Chart). Spawning four UK Top 40 hits, the record became the band’s first platinum selling album. After their final show at the Montreux Jazz Festival in 2000, the pair chose to quit Everything But The Girl on a high.

Everything But The Girl’s new track No One Knows We’re Dancing is out now and the new album Fuse is out this Friday, 21 April.

Lee Seung-gi “The Dreamer’s Dream – Chapter 2” tour

South Korean singer and actor Lee Seung-gi is set to make a stop in Malaysia on June 5th, 2023, as part of his Asia “The Dreamer’s Dream – Chapter 2” tour. The one-day concert will be held at Megastar Arena in Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


Lee Seung-gi rose to fame with his debut song, “Because You’re My Woman,” in 2004 and has since become a popular icon in the South Korean entertainment industry. He has released many hits such as “Delete,” “Will You Marry Me,” “Return,” and “Love Taught Me to Drink,” which have captivated audiences all over the world.

This tour marks Lee Seung-gi’s first tour in four years, and he is putting in extra effort to make it a memorable experience for his fans. The tour will commence in Seoul from May 4th to May 7th and continue on to other countries such as Japan, Taiwan, Phillipines, Indonesia, Singapore and Thailand.
Fans of Lee Seung-gi in Malaysia can look forward to an exciting night of live music, high-energy performances, and an unforgettable experience with their idol.

Tickets to Lee Seung Gi “The Dreamer’s Dream – Chapter 2” concert priced at RM 898 (VIP) , RM 698 (PS2) , RM 498 (PS3) and RM198 (PS4) will be available for purchase through online ticketing platforms and official ticketing partners. Stay tune for ticket sales date announcement on www.facebook.com/jsconcertproductions and ticketing agent BookMyShow at my.bookmyshow.com .

NUKILAN ROHANI EDDIE G & ASFAN SHAH DALAM ‘YATAGHAYAR’

Syarikat rakaman tempatan yang semakin meraih populariti, ACE Talents mencipta kelainan pada tahun ini dengan tidak menerbitkan lagu Raya yang lazimnya dilakukan oleh label-label tempatan ketika bulan Ramadhan, sebaliknya tampil melancarkan sebuah single berunsur kerohanian berjudul ‘YATAGHAYAR’ nyanyian oleh rapper berpengalaman, Eddie G dengan penyanyi-penulis lagu berbakat besar, Asfan Shah, hasil ciptaan bersama penyanyi rap terkenal, Luca Sickta, bertempat di Hotel Grand Barakah, Ampang, Selangor.

“Lagu ini saya ciptakan secara kebetulan, seakan sebuah aliran yang lancar sehingga terciptanya YATAGHAYAR, yang diambil dari perkataan bahasa Arab yang membawa maksud ubah atau perubahan.

“Setiap insan akan sampai ke satu titik noktah dalam hidup yang tidak mahu apa-apa dan merasa kosong dalam kehidupan. Pelbagai persoalan bermain di fikiran – apa yang perlu di isi? Apa yang kita mahukan dalam kehidupan? Mengapa hidup semakin sukar? Dan bermacam lagi persoalan yang memerlukan jawapan, dan jawapannya terkandung dalam bait-bait lagu ini,” jelas Eddie yang merupakan duta jenama terunggul dari Britain, Fred Perry.

Mungkin ramai yang kurang mengenali Eddie di muzik arus perdana tempatan, namun baginya minat yang mendalam terhadap muzik hip-hop bertitik tolak ketika umurnya 14 tahun lagi sewaktu berada di tingkatan 2, selain itu dia juga turut meminati sukan skateboarding, katanya, “Saya suka dengan kehidupan ‘street’, seperti kehidupan bangsa kulit hitam di Amerika Syarikat yang susah kerana ditindas di negara sendiri, saya jadikan kisah perjuangan hidup mereka sebagai motivasi untuk maju ke depan.

“Saya sering berangan-angan untuk menjadi seorang ‘rapper’ pada satu hari nanti, diam tidak diam masa pun berlalu, dan saya masih lagi berjuang sehingga ke hari ini.

Berkonsepkan kerohanian Islamik, single YATAGHAYAR yang mengambil masa selama sehari untuk disiapkan jatuh dalam nuansa hip-hop dengan melodi yang tidak ‘keras’ dengan lirik yang umum, mudah diamati oleh setiap pendengar.

“Saya ‘perlahankan’ lagu rap ini dan tidak terlalu agresif dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami, sesuai untuk pendengaran anak-anak sekolah rendah yang cepat ‘tangkap’, dan sesuai untuk majlis ilmu, serta Asfan saya pilih sendiri sebagai rakan kolaborasi kerana bakat yang dimilikinya dan pendekatan kerohanian yang diutamakannya sekarang,” tambah Eddie.

Menurut Madam Azuein Alonto, selaku Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas ACE Talents, “Saya mengambil pendekatan pada tahun ini untuk tidak menerbitkan lagu Raya untuk mencipta kelainan, dan lagu YATAGHAYAR ini ‘kena’ dengan bulan yang mulia ini kerana maksudnya yang mengajak ke arah perubahan yang baik dan bulan mana yang lebih sesuai kalau tidak di bulan Ramadhan.

“Selain itu, bakat yang dimiliki Eddie G dan Asfan Shah wajar diberi perhatian kerana pengalaman yang mereka ada cukup dalam dan faham selok-belok industri kita, dan ACE Talents tidak teragak-agak untuk menerbitkan karya yang bermutu ini.

Sebagai anak seni yang sudah lama berada dalam industri muzik Malaysia, Eddie tidak mengharapkan apa-apa dan lebih menyerahkannya segala-gala pada yang Maha Kuasa, katanya, “Saya tidak berharap pada makhluk, ini semua kerja Tuhan, namun usaha saya tidak pernah henti, ini hanyalah ‘pit-stop’ sebelum saya ke destinasi yang seterusnya, saya berimpian agar lagu ini sampai ke negara seberang, Indonesia.

“Pesan saya, jangan takut untuk ‘berubah’ dan sedarlah bahawa hidup ini hanya sekali.

Lagu ‘YATAGHAYAR’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala lirik video single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube ACE Talents.

Sandhy Sondoro lancar single baharu ‘Salawat’, kolaborasi bersama Datuk Kamarudin Meranun dari Capital A

Sandhy Sondoro, penyanyi dan penggubah lagu antarabangsa yang berasal dari Indonesia telah melancarkan single baharu bertajuk ‘Salawat’, sebuah kolaborasi bersama Datuk Kamarudin Meranun yang merupakan Pengerusi Eksekutif Capital A Berhad.

Lagu ‘Salawat’ yang bertemakan ketaatan dan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan doa ke atas junjungan Rasulullah SAW akan tersedia di semua platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music dan banyak lagi bermula 14 April ini.

Lirik lagu ‘Salawat’ hasil nukilan Datuk Kamarudin Meranun, berdasarkan sebuah sajak yang dicipta oleh beliau dan telah digubah menjadi lagu ‘Salawat’ oleh Sandhy Sondoro.

Sandhy Sondoro berkata, “Ini adalah kali keempat saya menggubah dan mempersembahkan lagu bergenre kerohanian, dan saya amat berpuas hati dan berbangga dengan kolaborasi yang pertama kali ini bersama Datuk Kamarudin Meranun. Kami berharap semua aspek lagu ini, daripada lirik hingga gubahan lagu akan melahirkan perasaan cinta yang mendalam kepada semua pendengar terhadap Rasulullah SAW dan akan mengajak mereka untuk berselawat ke atas Baginda SAW.”

Datuk Kamarudin Meranun juga berkata, “Saya bertemu Sandhy Sondoro pada awal tahun 2020 dan keterampilan serta bakat beliau amat terserlah, terutamanya pengalaman beliau sebagai seorang artis antarabangsa. Tahun berikutnya semasa pandemik, saya telah mengarang sebuah sajak yang bertemakan perasaan saya terhadap Rasulullah SAW dengan niat untuk menjadikannya sebagai sebuah lagu kerohanian. Saya pasti Sandhy merupakan artis yang paling sesuai untuk menjayakan lagu ini dan hasilnya adalah halwa telinga yang penuh jiwa dan bermakna.”

Single ‘Salawat’ ini adalah terbitan Studio Sinetone dan akan disertai video muzik yang akan dimuat naik ke halaman media sosial tidak lama lagi untuk tatapan semua.

Sandhy Sondoro adalah seorang penyanyi dan penulis lirik terkenal yang berasal dari Indonesia. Beliau memulai karier muzik antarabangsanya di negara Jerman dan pernah memenangi beberapa anugerah berprestij seperti “Foreign Performer of the Year 2018 di Bravo International Music Award Russia, Pemenang Vokal Terbaik Artis Baharu di Anugerah Planet Muzik 2011, Pemenang Artis Solo Terbaik Kategori Pop di Anugerah Muzik Indonesia ke-14. Sandhy Sondoro juga merupakan pelantun lagu-lagu popular antaranya Tak Pernah Padam, Malam Biru, End of the Rainbow dan banyak lagi.

AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia bermula 17 Mei 2023.

Sebagai syarikat penerbangan yang menawarkan satu-satunya sambungan antarabangsa dari Kertajati, AirAsia akan menghubungkan kawasan Bandung Raya dan Cirebon, serta sebahagian wilayah Jawa Barat dan Jawa Tengah, lebih dekat dengan Kuala Lumpur, seterusnya merangsang ekonomi dan pertumbuhan pelancongan kedua-dua buah negara.

Dua penerbangan mingguan tersebut akan mendarat dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati terletak di Kabupaten Majalengka di wilayah Jawa Barat, yang juga merupakan lapangan terbang kedua terbesar di Indonesia.

Sebagai laluan ke-12 AirAsia Malaysia ke Indonesia, Kertajati mengukuhkan komitmen berterusan syarikat penerbangan itu kepada Indonesia sebagai pasaran terasnya dan mengukuhkan misinya untuk mendemokrasikan perjalanan udara dengan menghubungkan destinasi yang kurang mendapat perkhidmatan di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata: “Kami teruja untuk menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati bermula pada bulan depan. Laluan ini bukan sahaja akan meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi di negara masing-masing, malah mengeratkan hubungan antara kedua-dua buah negara.

“Menghubungkan destinasi yang kurang mendapat perkhidmatan adalah teras jenama kami. Sebagai sebuah kumpulan syarikat penerbangan yang mempunyai rangkaian yang meluas di Asean dan Asia Pasifik, bersama-sama Indonesia AirAsia (QZ), kami akan menghubungkan pengembara secara terus ke lebih banyak bandar unik dan kurang mendapat perkhidmatan di Indonesia dan Malaysia serta lain-lain.

“Sama seperti kami memperkenalkan rangkaian ke Bandung pada tahun 2004, kami tidak sabar untuk membawa lebih ramai orang melawat ke Jawa Barat untuk menikmati kekayaan budaya dan keajaiban alam semula jadinya yang luar biasa. Kami juga tidak sabar untuk menerbangkan lebih ramai pengembara ke Kuala Lumpur dan menghubungkan mereka ke seluruh Asean dengan rangkaian kami yang luas.”

Sempena sambutan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua* sehala daripada RM149 bermula hari ini hingga 16 April 2023 untuk tempoh perjalanan antara 17 Mei dan 23 Oktober 2023 di airasia Super App atau airasia.com.

Dari Kertajati, para pengembara boleh menerokai tarikan terbaik di wilayah Majalengka termasuk air terjun Muara Jaya, pemandangan yang menakjubkan di Terasen Panyaweuyan, tasik berwarna biru di Situ Cipanten, taman teh lereng bukit di Ladang Teh Cipasung dan banyak lagi, atau terus ke bandar tanah tinggi Bandung.

Para tetamu juga boleh bertanya, berhubung dan berkongsi pengalaman dengan pengembara lain yang akan menuju ke Kertajati melalui ciri komuniti airasia Super App dengan menekan ikon “Chat”.

AirAsia Malaysia (AK) kini terbang ke 11 laluan di Indonesia dari Kuala Lumpur ke Banda Aceh, Jakarta, Bali (Denpasar), Medan, Padang, Pekanbaru, Makassar, Yogyakarta dan Balikpapan, serta dari Pulau Pinang ke Jakarta dan Medan.

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Kertajati (KTJ):

*Tambang promosi termasuk semua termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan sebarang caj lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.