SO Staff

ONEREPUBLIC LIVE IN KUALA LUMPUR 2018

Kumpulan pop rock ternama Amerika Syarikat OneRepublic akan kembali beraksi di Malaysia pada 25 April (Rabu, 8 malam) ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Konsert OneRepublic Live in Kuala Lumpur 2018 anjuran WGW Entertainment merupakan sebahagian daripada rangka konsert bergerak mereka di Asia pada tahun ini. Selain itu, konsert ini juga bertujuan untuk mempromosi album keempat mereka yang berjudul Oh My My. Konsert ini mendapat sokongan daripada Malaysia Major Events (MME), bahagian Konvensyen dan Biro Pameran Malaysia (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Untuk konsert nanti, kumpulan OneRepublic bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu terkini, malah mereka akan memukau penonton dengan rangkaian lagu hit yang dipetik daripada album terdahulu yang sentiasa malar segar itu.

Bagi peminat kumpulan OneRepublic yang ingin menonton aksi hebat Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bes/cello/vokalis), jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket-tiket menerusi TicketCharge mulai 23 Februari ini.

Konsert yang bakal berlangsung ini akan menjadi persembahan pertama OneRepublic di Malaysia selepas hampir setengah dekad tidak beraksi di hadapan penonton negara ini sejak 2013.

Album terkini mereka Oh My My menduduki tangga ketiga dalam carta muzik di Amerika Syarikat selepas dipasarkan pada Oktober 2016. Sementara itu, single baharu, No Vacancy dan Rich Love telah berjaya melonjak nama kumpulan tersebut dalam kalangan pendengar platform digital daripada 13 juta hingga 21 juta.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2002, mula mendapat perhatian ramai menerusi sosial media MySpace sebelum bergelar artis dan menghasilkan lagu-lagu hit seperti Apologize, Stop and 2

Stare, Counting Stars, Secrets dan If I Lose Myself sehingga menjadi salah satu kumpulan yang paling berjaya dan popular dalam dekad ini.

Sepanjang perjalanan kerjaya muzik mereka, OneRepublic telah memenangi beberapa anugerah muzik dan pernah tercalon dalam pelbagai anugerah termasuk Grammy Awards, American Music Awards dan Billboard Music Awards.

Tiket untuk konsert OneRepublic Live in Kuala Lumpur 2018 adalah seperti berikut:

• RM668 (VIP, Tempat Duduk Bernombor)

• RM578 (Rock Zone)

• RM498 (CAT1, Tempat Duduk Bernombor)

• RM398 (CAT2, Tempat Duduk Bernombor)

• RM298 (CAT3, Tempat Duduk Bebas)

• RM178 (CAT4, Tempat Duduk Bebas)

*Semua harga termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Peminat-peminat boleh membeli tiket menerusi www.ticketcharge.com.my atau menerusi talian 03-9222 8811. Tiket-tiket juga boleh dibeli secara langsung daripada wakil-wakil jualan tiket rasmi yang terdapat di Eden Ultimate Sdn. Bhd, 1Shamelin Shopping Mall, The Mines, The School by Jaya One, Blonde & Brunette Sdn. Bhd, Quill City Mall KL, Eastern Records Sdn. Bhd (Rock Corner HQ), Rock Corner The Gardens dan rangkaian kedai Speedy yang terpilih.

Konsert OneRepublic Live in Kuala Lumpur 2018 dianjurkan oleh WGW Entertainment dan disokong oleh Malaysia Major Events (MME), bahaagian Konvensyen dan Biro Pameran Malaysia (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, ODR LUBRICANTS dan PREMIUMLOGY sebagai rakan kongsi rasmi, MIX sebagai stesen radio rasmi yang turut disokong oleh ERA, MY dan HITZ, OD RACING sebagai rakan kongsi pasukan perlumbaan rasmi, APOLLO ASIA TRAVEL GROUP sebagai ejen pelancongan rasmi, PARADIGM EVENT sebagai rakan kongsi roadshow rasmi dan UNIVERSAL MUSIC sebagai label rekod.

Untuk keterangan lanjut jangan lupa ikuti Facebook @wgwentertainment yang akan memaklumkan perkembangan terkini konsert OneRepublic Live in Kuala Lumpur 2018 atau layari www.onerepublic.com untuk maklumat mengenai konsert ini.

Hilton Announces Winners of South East Asia & India F&B Masters

Hilton held the highly-anticipated grand finale of its South East Asia & India F&B Masters 2017/2018 (Hilton ISEA F&B Masters 2017/2018) in Hilton Bali Resort last week. Following a series of rigorous competitions in the bar, barista, culinary, dessert and sommelier disciplines, five winners have emerged during the finals on February 13.

The results of the Hilton ISEA F&B Masters 2017/2018 are:
▪ Bar Challenge Winner: Larry Dimapilis of Conrad Manila
▪ Barista Challenge Winner: I Komang Karsana of Hilton Garden Inn Bali Ngurah Rai Airport
▪ Sommelier Challenge Winner: Gaurav Pandey of Conrad Pune
▪ Culinary Challenge Winner: Rakchanok Buangam of DoubleTree by Hilton Sukhumvit Bangkok
▪ Dessert Challenge Winner: Mulyadi Sain of DoubleTree by Hilton Jakarta-Diponegoro

Dessert Winner – Mulyadi Sain DoubleTree Jakarta

“Hilton South East Asia & India F&B Masters is a testament to our commitment as a global business leader to celebrate the amazing breadth of talent we have in this region. Through this competition, we seek to create meaningful opportunities for our Team Members and excellent F&B experiences for our guests,” says Paul Hutton, Vice President, Operations, South East Asia, Hilton. “As F&B continues to serve as a cornerstone of Hilton’s guest experience, we leverage on the competition to raise the bar of our F&B offerings and foster loyalty among guests as Team Members deliver exceptional and memorable dining experiences.”

At the Hilton ISEA F&B Masters 2017/2018 finals last week, 23 world-class talents from across eight countries – India, Indonesia, Malaysia, Maldives, Philippines, Singapore, Sri Lanka and Thailand – competed and demonstrated their skills, innovation and flair while using local produce sourced across Indonesia. These finalists competed and won against their peers at the hotel level competition, followed by the country / sub-regional level competition to earn their place in the finals. They shared a common passion in F&B and delivered superior palate sensations that have impressed the panel of judges in Bali.

Barista Winner – Komang Karsana HGI Bali

“In recognition of the region’s myriad of rich and flavorsome produce, the Hilton ISEA F&B Masters 2017/2018 placed huge emphasis on using locally sourced ingredients. This initiative also nods to the evolving preferences of our guests who are seeking authentic experiences wherever they travel,” says Markus Schueller, Vice President, Food & Beverage, Asia Pacific, Hilton on the use of locally sourced ingredients throughout the competition.

The Hilton ISEA F&B Masters is an internal competition open to all employees within Hilton properties across South East Asia and India. The 2017/2018 competition, which kicked off in July 2017, saw more than 800 participants from close to 40 Hilton properties across 10 countries including Myanmar and Vietnam competing in five disciplines – Culinary, Pastry, Barista, Sommelier and Bar.

Held for the fourth year running, the competition was incepted to identify, develop and celebrate top food and beverage talent across the Hilton portfolio in the region while giving them the opportunity to develop skills, hone their creativity, and gain real-world experience.
At the Hilton ISEA F&B Masters 2016/2017, over 1,600 new food, cocktail and coffee recipes were created by the contestants in South East Asia & India, and some of these creations have even been featured in the hotels’ menus as well as during promotions.

Karnival Belia Get2Gether @ Tangkak 16 -25 Feb

Karnival Belia Get2Gether @ Tangkak adalah kesinambungan daripada program sama yang telah di adakan di daerah pontian sebelum ini.  Karnival yang berkonsepkan pendidikan dan hiburan ini bukan sahaja mensasarkan golongan remaja mahupun belia tetapi ianya bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk serta masyarakat setempat mengenai pelbagai peluang yang boleh di kecapi ketika karnival ini berlangsung.

Karnival yang akan berlangsung pada 16 hingga 25 Februari di Dataran Ledang, Tangkak ini turut di sertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan juga swasta.  Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai pertandingan yang di jalankan semasa karnival berlangsung antaranya adalah Battle Of Buskers, Pertandingan mewarna dan melukis, Fun ride, kempen derma darah dan sebagainya.

Selain itu pengunjung juga bakal di terapkan dengan nilai-nilai estetika melalui forum agama yang akan di adakan pada 22 Februari di mana Ustaz Abdullah Khairi telah dijemput untuk mengisi program ini.  Persembahan daripada artis-artis tempatan pastinya akan menyemarakkan lagi karnival Belia Get2Gether ini.  Antara artis yang terlibat adalah Aiman Tino, Khai Bahar, Emma,Zarith Sofea, Dinamik, Samudera, Ukays, I Band dan Abam Bocey dan sebagainya.

Antara objektif lain program ini adalah memberi pendedahan kepada usahawan belia mengenal pasti peluang pemasaran yang berkesan, program itu juga merupakan salah satu usaha untuk memperluaskan lagi perniagaan golongan berkenaan. Ia juga bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran usahawan belia di samping mewujudkan jaringan perniagaan antara mereka.

Selepas 3 Dekad Juara Juara Rock Kembali Bersatu

Sejarah kewujudan kumpulan rock di Malaysia bermula secara meluas pada awal tahun 1980-an menerusi beberapa siri pertandingan yang di anjurkan.  Bermula dari detik itu maka lahirlah beberapa siri pertandingan yang berjaya mencipta puluhan kumpulan yang bernuansakan rock sebagai platform malah terus dikenali sehingga kini.  Juara-Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2 antara beberapa siri pertandingan yang cukup dikenali.

Tidak hanya sekadar menyertai pertandingan, kumpulan yang dinobatkan sebagai pemenang juga diberi peluang untuk merakamkan beberapa buah lagu di dalam sebuah album kompilasi. Bermula dari situlah mereka kemudiannya akan merakamkan album studio.

Salah sebuah album kompilasi yang menjadi medan uji kumpulan-kumpulan tersebut ialah  “Juara-Juara Rock” yang menampilkan MAY, Scandals, Burnmarks, Metalian, D’Febians yang berjaya menonjolkan pelbagai lagu-lagu rock berat seperti Peperangan, Roda Penghidupan, Bukan Untuk Selamanya (D’Febians), Kuasa, Kuasa II, Gadis Kota (Scandals), Kabus, Gerimis Rindu, Aku Dengan Caraku (Metalian), Pemuzik Muda, Derita Bangsa, Gadis Misteri (MAY) dan Makan Hati Ulam Jantung, Insaflah, Snooker (Burnmarks).

Manakala lagu slow seperti lagu Kembalilah Semula, Bayangan Hidup, Skestsa Sebuah Cinta (MAY), Secebis Rayuan, Penantian Sepi, Galeri Kasih (Burnmarks), Rindu, Musnahlah Sebuah Cinta, Penantian Yang Tak Pasti (Scandals), Cinta Pertama, Kehilangan, Kenangan Abadi (D’Febians) dan Tetap Di Sini, Segala Untukmu, Biarkan Aku Sendiri (Metalian).

Kini setelah lebih 3 dekad album kompilasi “Juara Juara Rock” yang menghimpunkan nama-nama besar dalam industri hiburan tempatan khususnya rock malahan lagu-lagunya sentiasa malar segar bakal di satukan di sebuah pentas bagi menghiburkan peminat-peminat tegar rock.

Konsert mini 3 Dekad Juara Juara Rock bakal di adakan di The House G-Tower pada 8 April depan.  Konsert ini merupakan konsert yang cukup eksklusif kerana buat pertama kali ianya akan menghimpunkan semula kesemua anggota kumpulan terbabit selain memberi pengalaman sebenar peminat yang baru hendak mengenali genre rock.

Peminat yang ingin menyaksikan persembahan eksklusif Juara Juara Rock  boleh membeli tiket yang berharga RM98 sehingga RM338 (termasuk minuman ringan) di lokasi atau dengan menghubungi 019-6888739 atau 012-6502352 .

 

Dua Lipa returns to Kuala Lumpur as part of her ‘The Self-Titled Tour’

Dua Lipa fans can rejoice as the singer will be returning to Kuala Lumpur this 3 May 2018 for her very first solo show at KL Live as part of her headlining ‘The Self-Titled Tour’. Doors will open at 7.30pm.

Since bursting onto the music scene, Dua Lipa has taken it by storm. In 2017, her hit song, “New Rules” became the first song in nearly two years by a female solo artist to reach top of the charts in the UK. Most recently, she has also received five 2018 Brit Award nominations, making her the first female artist to do so. Last month, Dua Lipa dropped her latest single, “IDGAF” and fans can look forward to seeing this and her other hits like “Scared to Be Lonely” and “Blow Your Mind (Mwah)” live.

“Based on her last visit to Malaysia, we knew that Dua Lipa fans would love to see more and we’re so excited to be bringing her back to our shores,” said Brian Chow of iMe Group . “This is one solo show you do not want to miss.”

As part of the Asian leg of her ‘The Self-Titled Tour’, Dua Lipa will also be making stops in Hong Kong, Singapore, Seoul and Tokyo.

Tickets for Dua Lipa Live in KL 2018 will go on sale on Wednesday, 14 February via Ticketcharge. Tickets are priced at RM188 for the Upper Deck zone and RM238 for the New Rules zone (Lower Deck). Price of all tickets are inclusive of 6% GST but excluding RM4 processing fee.

For more information, visit:

FACEBOOK: facebook.com/imemalaysia

INSTAGRAM: instagram.com/ime_asia 

Cromok Kuasai Pentas Metal Legends

Satu lipatan sejarah telah terungkap apabila dua jentera hebat yang mewakili genre masing-masing telah mempamerkan kehebatan dihadapan lebih 5000 peminat setia mereka.  Cromok dan XPDC di satukan di atas sebuah pentas yang cukup hebat di MAEPS, Serdang pada 3 Februari lalu.

Peminat telah mula memenuhi lokasi konsert “Metal Legends” sekitar jam 6 petang semata-mata untuk menyaksikan 2 buah kumpulan yang menjadi ikon lantaran membesar dengan lagu-lagu yang didendangkan oleh mereka.Tepat jam 9.15 malam, empat figura yang cukup dikenali oleh fanatika XPDC iaitu Mael, Zua, Amy dan Jeff berada di atas pentas seraya mendapat sorakan serta teriakan padu daripada peminat yang dahagakan rantaian lagu-lagu dambaan XPDC. Bahalol terus di perdengarkan serta berkesinambungan dengan lagu yang berjudul Penyakit Gatal.

Cromok dari kiri Shah, Sam, Miji dan Karl.

Situasi di hadapan pentas mahupun di ruang hardcore zone masih belum panas lantaran kelihatan hanya sekelumit peminat yang melakukan aksi headbanging. Tanpa banyak bicara XPDC terus melontarkan lagu yang berjudul Jangan Tak Mandi serta sebuah lagu yang berentak perlahan iaitu Nafisa.

“Assalammualaikum Selamat malam..Kuala Lumpur..gua rindu sama lu”, ujar Mael yang cukup mesra dengan peminat setianya.

3 buah lagu kemudiannya dipersembahkan kepada khalayak antaranya Raja Kertas, John Jenin dan Hamba Abdi.  Peminat kemudiannya dihiburkan dengan aksi solo Jeff bersama gitarnya.

“Terima kasih buat semua peminat yang sudi hadir menyokong perjuangan Xpdc sejak tahun 90an hingga kini”, ujar Mael sebelum melontarkan lagu Selendang Merdeka yang nyata membuatkan peminat tidak lagi berpeluk tubuh malah melakukan yang sebaliknya.  XPDC meninggalkan pentas dengan lagu Kita Peng Yu.

Pentas kemudiannya di serahkan kepada lagenda thrash metal Malaysia Cromok.  Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1987 dan pernah menempa nama di Australia dan seluruh rantau di Asia itu kini hanya menyaksikan Karl, Sam dan Miji sahaja sebagai anggotanya, memandangkan seorang lagi anggotanya, iaitu Din atau nama sebenarnya Khairuddin Mohamad sudah meninggal dunia pada tahun 1997.

The Ulek yang sudah sinonim dengan Cromok menjadi intro untuk aksi mereka kali ini.  Belum sempat peminat hendak melakukan aksi headbanging, masalah teknikal melanda menyebabkan situasi sedikit terganggu. Hasil gabungan gitar yang cukup berharmoni melalui lagu Misty yang di petik daripada album pertama berjudul Image of Purity akhirnya mengundang pelbagai aksi menarik di kalangan khalayak.

Kekuatan vokal Sam masih lagi sama, tanpa banyak bicara lagu The Other di lontarkan. Karisma,energetik itulah yang boleh di lontarkan kepada Cromok.  Meskipun usia pemacunya sudah mencecah ke angka 50 an namun kredibiliti serta komitmen yang di tunjukkn cukup pesonanya.

Journey sudah pasti kedengaran lantas membawa sejuta nostalgia buat peminat yang membesar dengan lagu-lagu cromok. Peminat setia cromok terus di landa keresahan ketika lagu Memories dan Seedling di persembahan.  Ini adalah penanda aras untuk peminat yang baru mengenali Cromok ketika itu.

Kehadiran sahabat serta Pengurus kepada Cromok sewaktu mereka di Australia dahulu, merupakan kejutan buat peminat di Malaysia.  Insan yang mereka maksudkan adalah Daney Kaleda.

Miji meninggalkan posisi dram untuk bersama-sama dengan Syah, Sam dan Karl melalui lagu Another You yang diperdengarkan secara akustik. Sebagai info lagu ini turut dirakamkn oleh Amuk yang diriliskn dalam versi bahasa melayu.

Mereka kemudiannya mempertaruhkan lagi 3 buah lagu sebagai santapan minda,  Final Ticking, Little One dan I Don’t Belong.  Apa yang pasti sejak di awal persembahan mereka peminat tidak jemu-jemu untuk melakukan aksi headbanging.  Begitu juga aksi-aksi gitar daripada Karl dan Syah sentiasa menjadi intipan peminat yang meminati gitar.

Miji pula dilihat cukup konsisten dengan setiap pukulan dan hentakan padu pada dramnya.  Rata-rata peminat memuji vokal Sam yang masih punya aura apatah lagi menyaksikan konsert ini seakan sedang mendengar putaran kaset atau CD rilisan Cromok.

Sebelum meninggalkan pentas Cromok turut mendendangkan  beberapa buah lagu lagi antaranya adalah Unicorn, Stranger dan Obsessed.  Limpahan cahaya lampu serta sistem bunyi yang di pamerkan oleh Cromok cukup meresapi jiwa, jadi tidak hairanlah mengapa mereka menguasai pentas “Metal Legends” anjuran Dreamstage yang pastinya meninggalkan sejuta memori kepada peminat.

*Semua gambar diambil dengan menggunakan EOS #6DMKII

 

 

Konsert Metal Legends Janjikan Sistem Bunyi Canggih

Dua kumpulan yang berlainan genre bakal di satukan di atas sebuah pentas menerusi konsert “Metal Legends Live In Concert” yang akan berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pukul 8.30 malam pada 3 Februari depan.

Pastinya sebuah konsert yang di nantikan oleh peminat genre thrash metal dan rock apatah lagi ianya dibarisi oleh jentera yang cukup berpengalaman dalam memacu muzik yang dibawa.  Cromok dan XPDC seakan sudah memaku peminat setia mereka untuk memenuhi dan melayari ritma serta melodi yang bakal di persembahkan nanti.

Menariknya, konsert berskala besar ini bakal memberikan impak kepada peminat yang hadir apabila pihak penganjur akan menggunakan sistem bunyi yang cukup canggih malah ianya di import khas untuk konsert itu nanti.  Pastinya ianya bakal meninggalkan nostalgia buat peminat kedua-dua kumpulan itu nanti.

XPDC

Penggunaan sistem bunyi berkuasa tinggi yang cukup mantap dengan sejumlah 64 sub bass dijangka mampu memberi kepuasan kepada peminat di samping dapat menampung situasi lokasi penganjuran konsert.

Usia penubuhan Cromok yang kini memasuki tangga 31 tahun mengukuhkan kredibiliti mereka untuk sentiasa dirindukan peminat.  Band yang di tubuhkan secara rasmi di Australia ini kini dibarisi oleh Sam selaku pemain bass dan vokal, Karl (gitar) serta Miji (dram), Cromok cukup dikenali melalui lagu-lagu seperti Another You, Journey, Misty dan Memories.

Sementara itu, kumpulan XPDC yang sudah beraksi selama 28 tahun dalam industri seni tempatan cukup teruja untuk beraksi bersama dengan Cromok. Biarpun berhadapan kemelut perbalahan antara vokalis XPDC, Mael dan bekas ahli mereka.

Cromok

Selain Mael, XPDC yang juga dikenali dengan gelaran ‘Raja Funfair’ turut dianggotai oleh Zuar selaku bassis, Jeff (gitar) dan Amy (dram).

Tiket konsert kini dijual menerusi www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68 (Thrash Zone), RM120 (Hardcore Zone) dan RM250 (VIP & Backstage Zone).

Tiket-tiket juga dijual di kaunter XPDC Kita Peng Yu Shop di Uptown Kota Damansara dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang).

 

Tayangan Perdana Sedunia Lee Chong Wei Pada Mac 2018

Peminat Badminton dan Datuk Wira Lee Chong Wei bakal menjadi saksi kepada tayangan sulung filem LEE CHONG WEI versi tambahan berdurasi 133 minit pada 9 Mac 2018 di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.

Acara ‘Tayangan Perdana Sedunia Lee Chong Wei Versi Tambahan 133 minit’ itu akan dihadiri Chong Wei dan keluarga, jaguh-jaguh badminton negara, selebriti serta pengarah dan para pelakon filem LEE CHONG WEI.

Filem arahan Teng Bee itu mengisahkan kehidupan awal Chong Wei yang penuh liku sehingga menjadi pemain badminton nombor satu dunia.

Tarikan utama majlis anjuran CB PICTURES dan SKY EVENTS dengan kerjasama MAHU PICTURES ini ialah tayangan filem LEE CHONG WEI versi tambahan berdurasi 133 minit yang tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam.

Filem berkenaan akan ditayangkan di dalam stadium menggunakan layar gergasi LED berukuran 40 meter X 17 meter, sekali gus menjadikannya sebagai majlis tayangan perdana filem terbesar di Malaysia. Ia dijangka dihadiri sekurang-kurangnya 20,000 penonton dan bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records.

Penerbit Eksekutif Filem, Datuk Joe Lee berkongsi, “Chong Wei belum lagi menonton filem berkenaan dan akan menyaksikannya buat pertama kali bersama penonton yang hadir pada majlis yang berlangsung pada 9 Mac. Ia akan menjadi majlis istimewa buat Chong Wei dan semua yang hadir,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, peminat juga boleh menyaksikan acara Permaidani Merah sepanjang 100 meter yang mengalu-alukan kedatangan jaguh-jaguh badminton tanah air, para pelakon filem ini serta tetamu selebriti. Pihak penganjur akan turut menjemput skuad badminton Negara yang menjuarai Piala Thomas 1992 ke acara penuh bermakna ini.

Selain itu, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan para penyanyi popular yang bakal diumumkan kelak. Mereka akan menyanyikan lagu-lagu tema filem.

Sekurang-kurangnya 10 gerai penaja akan diadakan di dalam Stadium Nasional dan ia akan bermula sebaik pintu stadium dibuka untuk penonton bermula jam 4 petang pada 9 Mac.

Tiket untuk acara berharga RM88, RM108, RM128 dan RM168 boleh dibeli menerusi laman web WWW.MYTICKET.ASIA mulai 20 Januari 2018. Sebarang pertanyaan mengenai tiket boleh dikemukakan di talian +603 8605 0195.

Setiap pembelian tiket membolehkan penonton menerima secara percuma, sehelai kemeja-T filem LEE CHONG WEI yang bernilai RM59, sekeping tiket filem LEE CHONG WEI di pawagam GSC, sekeping poster edisi terhad filem LEE CHONG WEI yang ditandatangani terdahulu oleh Chong Wei dan para pelakon serta satu beg tenunan tajaan filem. Semua ini akan diedarkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari tayangan perdana tersebut.

Selain itu, pembeli tiket juga berpeluang memenangi hadiah menarik untuk cabutan bertuah seperti raket badminton YONEX LEE CHONG WEI sebanyak 100 unit, telefon pintar SAMSUNG (5 unit), buku filem (30 unit) dan pelbagai lagi hadiah menarik disediakan.

ARMADA lancar album terbaru dan adakan konsert di Malaysia Mac 2018

Armada terbentuk pada tahun 2007 dengan nama awal Kertas. Band ini beranggotakan lima orang yaitu Rizal (vokal), Radha & Mai (gitar), Andit (drum), dan Endra (bass). Mereka sempat merilis satu album ketika masih bernama Kertas, iaitu ‘Kekasih Yang Tak Dianggap’. Pada tahun 2008 Kertas bertukar  nama menjadi Armada, dan merilis album perdananya yang berjudul ‘Balas Dendam’, album yang membuat namanya makin dikenal banyak orang. Berjaya dengan album pertamanya, Armada pun merilis album kedua mereka ‘Hal Terbesar’ pada tahun 2009. Album ini sangat terkenal dan disukai ramai penggemarnya, terutama dua single utama yang terdapat didalamnya yaitu “Mau Dibawa Kemana” dan “Buka Hatimu”.

Dua dari empat album mereka iaitu ‘Satu Hati Sejuta Cinta’ (2012) dan ‘Pagi Pulang Pagi’ (2014) mendapat predikat multi-platinum kerana penjualannya CD nya melebihi 100,000 keping per-albumnya di Indonesia (lebih 700 ribu unit untuk ‘Satu Hati Sejuta Cinta’ dan lebih 250 ribu unit untuk ‘Pagi Pulang Pagi’) Armada merupakan salah satu dari lima besar band di Indonesia dengan jumlah fans terbanyak.

PASUKAN ARMADA (panggilan untuk para penggemar Armada) yang terdapat di Facebook Page mereka mencapai lebih dari 5 juta orang. Sedangkan followers mereka di Twitter ada seramai 170 ribu. Pada awal tahun 2017 ini Armada melancarkan single baru yang mereka beri judul “Asal Kau Bahagia”. Lagu ini disajikan dengan komposisi balada khas Armada, membuatnya makin sedap didengar, tentu saja tidak melupakan trademark suara Rizal sang vokalis yang merdu, indah dan selama ini berjaya dalam meluluhkan hati para penggemarnya.

Armada kemudian berjaya dengan single “Asal Kau Bahagia” dengan melancarkan album pada bulan Julai 2017 di Indonesia kemudian di lanjutkan pada Januari 2018 ini di Malaysia. Album kelima mereka yang diberi judul “Maju Terus Pantang Mundur” ini boleh  idapati di kedai Cd/Dvd seluruh Malaysia dan di PMP/Tropicjaya Entertainment . Album ini mempunyai 11 Lagu Termasuk lagu Asal Kau Bahagia dan 2 Lagu Bonus VCD karaoke.

Video lirik Armada “Asal Kau Bahagia” merupakan video lirik dengan views terbanyak di YouTube Indonesia dalam durasi waktu satu bulan setelah tayang. Video lirik “Asal Kau Bahagia” meraih jumlah penonton dari Indonesia dan Malaysia sebanyak 16 juta dalam waktu satu bulan, dan mencapai 100 juta views hanya dalam waktu 4 bulan, menjadikannya sebagai video lirik dengan pertumbuhan views tercepat di sepanjang sejarah musik Indonesia. Sebuah pencapaian yang belum pernah diraih sebelumnya oleh pemuzik di Indonesia, sehingga video lirik ini pun  mendapat penghargaan dari Youtube.

  “Lagu Asal Kau Bahagia yang diciptakan Radha, Mai dan Rizal ini  bercerita tentang keikhlasan seseorang terhadap pasangannya, di mana dia merasakan kecurangan dalam hubungannya yang selama ini dia rasakan baik-baik saja, tapi kenyataannya pasangannya merasa tidak bahagia selama dalam hubungan ini. Akibat kecurangan itulah dia harus memilih melepaskannya demi kebahagiaan yang diinginkan pasangannya.” Kata Radha menceritakan tentang maksud lirik “Asal Kau Bahagia”. “Ku rela kau dengannya asalkan kau bahagia”, adalah kalimat yang mampu diucapkan banyak orang, tapi dalam kenyataannya apakah kita mampu? Kerana lagu ini melambangkan kata-kata ketegaran seseorang dengan mengikhlaskan kebahagiaannya untuk pasangan yang dia cintai tanpa memikirkan kebahagiannya sendiri. Mengalah dan ikhlas juga merupakan bagian dari cinta.”, tambahnya lagi.

Dengan Pelancaran album Armada “ Maju terus Pantang Mundur” di Malaysia dan Konsert “Era & Empire Live Present Armada Asal Kau Bahagia Tour” yang bakal berlangsung pada 17 March 2018 di KL Live @ Live Center , lagu versi karaoke “Asal Kau Bahagia”  boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Red Box, Green Box & Red Box PLUS Karaoke Malaysia. Dan dengan tersebarnya single “Asal kau Bahagia ’ ini, Semoga album Armada dapat diterima baik di Malaysia. Terima kasih kepada pendengar di Malaysia yang sentiasa menyokong Armada selama ini.

Tiket konsert berharga RM 109 (tiada cd), RM126 (beserta CD) dan VIP berharga RM194 (beserta CD) sudah mulai dijual di laman https://airasiaredtix.com/armada_asal_kau_bahagia_tour . 

Showcase Istimewa Sempena Penubuhan Pesawat 20 Januari Ini

Pesawat yang pernah popular dengan lagu Mirage kini bersiap sedia untuk kembali menghiasi persada muzik tempatan, buktinya sebuah single terbaru yang berjudul ‘Luluh’ telah pun dihasilkan pada tahun 2017.

Pesawat yang masih kekal dengan empat orang anggota iaitu Jipie (vokal dan gitar), Mann (bass), Kudux (dram) dan Nizam Camel (gitar) serta seorang pemain undangan Paul (synthesizer).  Band yang telah ditubuhkan pada tahun 2005 ini mula dikenali melalui lagu tema iklan Twisties, ‘Mesti Mau’ serta ‘Mirage’ dan juga lagu ‘Rapuh’ juga merupakan lagu runut bunyi filem Kill.

Album pertama PESAWAT berjudul ‘Take Off’ yang dilancarkan pada tahun 2011 turut tercalon dalam kategori album terbaik untuk Anugerah Industri Muzik ke 19.

Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 10 lagu ‘Mirage’, Pesawat bakal mengadakan persembahan istimewa buat peminatnya di Johor pada 20 Januari ini.  Showcase “Kawan X Mirage” akan berlangsung di Blackbox Medini, Johor Bahru dan akan bermula pada jam 8 malam.

Selain Pesawat, showcase eksklusif ini turut menampilkan band yang cukup sinonim dengan irama ska punk iaitu Plague Of Happiness serta Klabu Asap dan Classmates yang akan bertindak sebagai ‘opening band’.

Kepada peminat yang ingin menyaksikan persembahan istimewa ini boleh mendapatkan tiket yang berharga RM30 (online) di Stubapp dan RM40 di lokasi showcase berlangsung.

WWE ® and ASTRO extend long-standing partnership in Malaysia

WWE (NYSE: WWE) and Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro), a Malaysian and ASEAN digital-first media and lifestyle company, will extend their partnership into its 17th year with a new agreement to continue airing WWE programming, including flagship programs Raw® and SmackDown®. Astro will also continue offering WWE Network as a premium channel, which includes all WWE special events such as WrestleMania®, SummerSlam®, Survivor Series® and Royal Rumble®.

“Astro has been a long-time valued partner, sharing our vision for engaging and entertaining our fans,” said Michelle Wilson, WWE Chief Revenue & Marketing Officer. “Their commitment to WWE allows us to continue showcasing our unique blend of action-packed, family friendly entertainment across Malaysia.”

WWE Royal Rumble 2017 – Nia Jax def Sasha Banks

“Astro is entertaining Malaysian WWE fans with 24/7, non-stop WWE action and on-demand content in HD on big-screen TVs, and on mobile devices via Astro Go,” said Lee Choong Khay, Astro Vice President of Sports Business. “The response from the passionate fanbase has been tremendous, with nearly five million viewers in 2017 alone and we hope to serve more fans in years to come.”

Astro’s SuperSport channels 1 – 4 will air Raw, SmackDown, NXT®, Afterburn®, Bottomline®, This Week® and Main Event®, with additional airings on Astro’s Arena sports channel.

WWE Champion Royal Rumble 2017 -John Cena def. AJ Styles

WWE Network is a premium à la carte channel available exclusively in Malaysia on Astro TV and Astro GO. Subscribers can watch all WWE special events live and on-demand, with 24/7 programming featuring groundbreaking original series, reality shows, documentaries and classic matches. For more information, please visit www.astro.com.my.

Kick-start 2018 with the ‘Experience Macao CNY Promotion’

This year, get ready for a vacation like no other! The coveted ‘Experience Macao CNY Promotion’roadshow organised by the Macao Government Tourism Office (MGTO) is back again to share the amazing experiences that holiday lovers can look forward to in the vibrant city of Macao!

Come join us for a fun and joyful day full of activities as we learn about all the treasures that Macao has to offer. The ‘Experience Macao CNY Promotion’roadshow will be happening from 12 to 14 January, 10am to 10pm at the LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid. There will be food sampling booths that offer delectable Macao delights as well as interesting activities like Macao papercraft-making and Chinese calligraphy workshops. What’s best? Special Macao travel packages will also be offered by our travel partners –Prestige Vacation Network and Airlink Travel & Tour –exclusively only to visitors of the roadshow.

The Little Big Club ALL STARS invite you to come sing, dance, dress up and have fun at one of the specially created activities at Sands Cotai Central.

The MGTO aims to showcase all the amazing adventures that Macao has to offer so that travel bugs everywhere will get to experience this culturally saturated and vibrantly beautiful city at least once in their lives. Macao is, in reality, a really unique city that boasts lively festivals and exciting events that will leave every travel bug satisfied all year long.

Visitors can expect to be wowed by a line-up of merriments throughout 2018, starting off with the festive Chinese New Year parade on 18 and 24 February 2018. This will then be followed by the A-Ma Festival on 8 May as well as the prestigious Macao Art Festival happening throughout the month of May.  From 9 to 17 June, flower enthusiasts can indulge themselves in the beauty of lotus flowers at their full bloom at the Macao Lotus Flower Festival. For those who seek adventure and thrill, the adrenaline-pumping Macao International Dragon Boat Race happening from 16 to 18 June will be sure to feed their enthusiasm.

Besides events and festivals, Macao also offers many other attractions to those who are travelling with their families. From now till 28 February, parents can treat their children to a unique experience at the Learn & Play teamLab Future Park at MGM Macao’s Art Space where they can embark on a fun and interactive journey through imaginative installations created using digital technology. Families with little children will also be delighted to find that Thomas & The Little Big Club ALL STARS will be at Sands Cotai Central until 31 March –here, children will have the chance to meet the much-loved characters of Thomas the Tank Engine! The Anim’Arte Nam Van is also a great destination for families who are looking to explore and experience culture and creativity whereas the Macao Tower offers a breathtaking aerial view of the whole city of Macao. Thrill seekers can even opt for the famous ‘Bungy Jump’ off the Macao Tower! Other exciting activities include the “Monkey King Show” fantasy stage play as well as the “Batman Dark Flight” simulation ride.

9th Macao Art Festival happening throughout the month of May

For those who are still looking for the perfect holiday destination for 2018, Macao may just be it! Culturally intriguing with a sense of familiarity and warmth, Macaois a little gem of a city that we should all include in our travel bucket list! Come on to the ‘Experience Macao CNY Promotion’roadshow and start planning your dream getaway to Macao!

For more info, visit the Macao Tourism Malaysia Facebook page, www.facebook.com/MacaoTourismMalaysia.