Barisan pelakon GOBLIN diterajui pujaan ramai Gong Yoo dan Lee Dong-Wook

Demam drama Korea bakal mencapai tahap tinggi apabila siri baharu yang dinanti-nantikan, Goblin bakal ditayangkan pada Sabtu, 3 Disember pada pukul 7.00 malam. Goblin akan ditayangkan di Oh!K (Saluran Astro 394),  dalam tempoh 24 jam selepas siaran di Korea. Drama ini menampilkan barisan pelakon terkenal termasuk Gong-Yoo (Train To Busan), Lee Dong Wook (Hotel King), Yoo In Na dan juga Kim Go Eun yang baru-baru ini meraih Anugerah Pelakon Wanita TV Baharu Terbaik pada Anugerah Kesenian Paeksang.

https://www.youtube.com/watch?v=IH4Q0DTj2kk

Siri ini ditulis oleh Kim Eun Sook dan diarahkan oleh Lee Eung Bok, perancang utama di sebalik drama yang mendapat pujian ramai, Descendants of the Sun. Goblin menjanjikan peminat drama Korea sebuah siri romantik yang berlatar dunia fantasi hari ini.

Jalan ceritanya menjejak Goblin (Gong Yoo), seorang orang tua yang kacak dan bosan dengan kehidupan abadinya. Satu-satunya cara untuk menamatkan riwayatnya adalah dengan mencari ‘pengantin goblin’, maka membawanya kepada penjumpaan Euntak (Kim Go Eun), wanita yang dia telah jatuh hati. Kisah cinta mereka, seperti kisah cinta hebat yang lain, penuh dengan ranjau dan duri apabila diketahui Euntak sebenarnya sedang melarikan diri daripada Malaikat Maut bernama Reaper (Lee Dong Wook). Reaper, ditugaskan untuk membunuh Euntak, kemudiannya bertemu dengan Sunny (Yoo In Na) seorang jelitawan yang mana beliau pula menaruh hati. Plot cerita memuncak apabila penonton mendapati Goblin dan Reaper berkongsi bilik, menjerumuskan kedua-duanya ke kancah yang begitu rumit, dengan mereka harus bergelut antara perasaan dengan tanggungjawab.

Oh!K juga akan melancarkan laman mikro khusus bagi drama ini (www.ohk-tv.com/Goblin) pada 1 Disember, di mana peminat boleh turut serta dalam kuiz personaliti interaktif bagi mengetahui sama ada mereka bagaikan Goblin atau Reaper, membuat kerangka gambar diri mereka bersama kedua-dua pelakon utama lelaki tersebut dan juga menyertai sistem pengundian hashtag di mana mereka boleh memilih hero kegemaran mereka –#TeamGongYoo atau #TeamLeeDongWook!

https://www.youtube.com/watch?v=gAkkEP54SO4

Saluran Oh!K juga akan menganjurkan kempen tonton dan menang. Mereka yang menonton episode terkini setiap minggu dan mengambil tulis kod siaran yang unik, berpeluang memenangi edisi terhad bantal bersaiz sebenar Gong Yoo dan Lee Dong Wook. Semua penyertaan akan diterima menerusi laman mikro khusus bagi drama Goblin.

Pastikan anda menonton tayangan perdana Goblin di Oh!K (Saluran Astro 394) pada hari Sabtu, 3 Disember pada pukul 7.00 malam, ditayangkan dalam tempoh 24 jam selepas siaran di Korea.  Episod serba baharu akan ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad pada masa yang sama.

Check Also

BLUES GANG APO NAK DIKATO DI KUALA LUMPUR RAIKAN KEMBARA 5 DEKAD

Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *