Bintang K-POP Turut Sedih & Berdoa Buat Tragedi Kren Runtuh

Assalamualaikum/Anyeong…

Salam takziah Oppa ucapkan buat keluarga mangsa tragedi kren di tanah suci baru-baru, sejujurnya Oppa sangat sedih dan bimbang kerana Oppa tahu ada kenalan dan saudara-mara Oppa yang telah berangkat ke sana untuk menunaikan Ibadah Haji.

Beberapa senior Oppa turut sedih dan bersimpati sebaik saja mereka mendengar tentang berita ini. Malah, ada juga yang sangat risau apabila mendapat tahu ada mangsa yang berasal dari Malaysia dek kerana senior Oppa takut seandainya ada mangsa tertentu mempunyai ikatan dengan Oppa atau pun tidak. Mereka tidak mahu Oppa bersedih dan boleh menganggu jadual dan fokus latihan Oppa.

Apa sekalipun, hidup mesti diteruskan. Sepanjang minggu lalu, rutin harian Oppa semakin sibuk kerana jadual Oppa telah pun bertukar. Setiap hari Oppa dikehendaki menghadiri pelbagai mesyuarat di beberapa syarikat kerana banyak pihak berminat untuk memberikan tawaran baru untuk Oppa dan berkenalan lebih rapat dengan Oppa. 

Hasil dari perjumpaan tersebut, Oppa bakal mengumumkan beberapa berita penting dan diharapkan ia sebagai satu platform yang memudahkan buat peminat untuk mengetahui lebih terperinci mengenai Korea. Dalam perancangan ia bakal dilaksanakan pada Oktober ini.

Hyunmin bersama Jayzme penyanyi dari Korea yang menyertai American Idol.
Hyunmin bersama Jayzme penyanyi dari Korea yang menyertai American Idol.

Selain itu, minggu lalu, Oppa sempat berkenalan dan membantu seorang penyanyi yang sudah lama mendiamkan diri. Nama dia Jayzme atau disebut James. Sebelum mengenali dia, Oppa hanya tahu John Park saja penyanyi berdarah Korea yang pernah melibatkan diri dalam pertandingan nyanyian antarabangsa iaitu American Idol.

Rupa-rupanya Jayzme adalah senior JOHN PARK dan dia menyertai American Idol terlebih dahulu sebelum John Park. Ketika ini, JAYZME sibuk mengumpulkan material baru untuk album solo come back. Sebelum ini, dia bersama syarikat pengurusan yang diterajui salah seorang ahli kumpulan KPOP lagenda H.O.T. 

Memandangkan hujung minggu ini seluruh warga kota Korea akan pulang ke kampung dan bercuti untuk meraikan CHUSEOK bersama keluarga, jadual Oppa semakin padat. 

Antara anak yatim Korea yang rapat dengan Hyunmin
Antara anak yatim Korea yang rapat dengan Hyunmin

Bagaimanapun, tidak kesemua bintang K-POP dapat pulang ke kampung kerana jadual masing-masing termasuklah Oppa. Bercakap mengenai Chuseok, Oppa sekali lagi berkesempatan menyertai program amal bersama anak yatim.

Kali ini, Oppa sempat membuat KOREAN RICE CAKE atau SONG PYEON bersama anak-anak yatim untuk sambutan awal CHUSEOK. Kuih ini merupakan kuih tradisional yang menjadi menu wajib untuk dijamu ketika sambutan CHUSEOK bersama keluarga nanti. 

Sebelum mengundur diri, Oppa ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua yang menyambutnya. Teruslah menyokong Oppa. Jumpa lagi di sisipan selanjutnya. Jangan lupa follow Oppa di instagram HYUNMIN_A. 

Jika anda ada pertanyaan yang ingin diberikan kepada oppa, emelkan soalan tersebut ke hi@selebritionline.com. Oppa akan cuba menjawabnya sebaik mungkin. 

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *