Tuesday , March 19 2024

‘Bukan Milikku’ – U9

Sebuah lagi kumpulan muncul untuk mewarnai industri seni tempatan. Kumpulan baru yang dianggotai anak-anak muda ini bergelar U9. Kumpulan U9 ditubuhkan pada pertengahan tahun 2017. Ia di anggotai oleh Hairul sebagai vokalis , Naqib sebagai pemain bass, Syed Ahmad sebagai pemain gitar utama , Dann sebagai pemain gitar ke 2 dan Aiman sebagai pemain dram.

Menurut Hairul selaku vokalis , Bukan Milikku merupakan sebuah lagu yang cukup sinonim dengan jiwa remaja . Tidak hanya itu, single ini boleh diterjemahkan sebagai 100 peratus berkait ruang lingkup kehidupan personal dan karier seninya. Selain itu apa yang lebih menarik kumpulan ini merupakan pelajar di sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur serta aktif dengan acara seni yang lain seperti lakonan dan teater. Lagu ini telah diterima baik dengan tontonan di laman Youtube hampir 116,000 sejak dilancarkan hampir 3 minggu.

Menurut Hairul lagi, cabaran mereka di usia yang muda sekitar 11-15 tahun ialah mereka datang dari negeri berbeza dan selalu berjauhan menjadikan agak sukar bagi mereka untuk mengimbangi masa atas faktor lokasi,pelajaran dan karier dalam muzik. Mereka berharap pergorbanan mereka dapat memberi impak yang positif serta diterima oleh pendengar muzik tanah air,

“Kami memilih lagu ini sebagai lagu pertama kami kerana kebanyakan orang mengalami kisah cinta yang rumit. Tidak semua orang akn mendapat balasan cinta dari gadis yang dicintai mereka. Ia adalah sebuah lagu yg sedih tentang seorang lelaki yang tidak dibalas cintanya tetapi dia memilih untuk meyimpan perasaan untuk gadis tersebut dari jauh sahaja. Ia juga menjelaskan bahawa cinta adalah bukan untuk dimiliki tetapi untuk dihargai,” jelas Hairul lagi.

“Kelainan single ini jika dibandingkan dengan lagu-lagu masa kini ialah keindahan melodi melakolik dan digarap liriknya yang matang. Tidak hanya itu, saya turut menekankan aspek vokal secara total. Begitupun, kalau didengari semula, susunan muzik untuk lagu ini lebih moden dan bercitarasa alaf ini ,” kata Hairul yang cukup ternantikan penggambaran video muzik yang akan dibuat dalam waktu terdekat ini.

Menyambung bicara, pembikinan dan proses di belakang tabir untuk single ini memakan masa selama dua bulan sebelum ia siap sepenuhnya.

“Sejujurnya, komposer lagu ini merupakan seorang individu yang kreatif dan memiliki citarasa tinggi dalam setiap naskhah dihasilkan olehnya. Lebih menarik, dia sanggup bereksperimen sehingga mengeluarkan aneka versi demo Bukan Milikikku sebelum saya membuat keputusan untuk memilih yang terbaik.”

“Harapan saya agar single ini bakal meraih tumpuan peminat sekali gus dapat memberi sokongan terhadap sumbangan kecil hasil seni saya bersama komposer ini. Tidak ketinggalan, saya sentiasa berambisi tinggi untuk terus menghadirkan lagu-lagu berkonsep unik bagi lebih mewarnai kanvas bidang hiburan tempatan.”

Check Also

ROMANIA WINS BIG AT 11TH INTERNATIONAL VOICE OPEN COMPETITON WORLD FINALS IN MALAYSIA!

Romania emerged the big winner at the 11th International Vocal Open Competition when 3 of …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *