Saturday , October 1 2022

Dato Sri Rohani Karim Turun Padang Ke Beladin Lihat Perkembangan Penduduk

image209

KUCHING, 26 Februari: Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Dato Sri Rohani Abdul Karim bakal meneruskan perjalanan ke Beladin untuk melihat keadaan dan perkembangan penduduk di sana.

Mengambil masa selama lima jam dari bandar Kuching, Rohani Karim dilihat begitu komited sekali dalam memastikan rakyat di Sarawak berada dalam keadaan selesa dan terjaga.

Tidak hanya berada di pejabatnya di Kementerian, Rohani antara menteri yang sering melakukan kerja amal dalam memastikan penduduk di kawasan pendalaman juga wajar diberi perhatian.

Enggan dilabel ahli politik yang turun padang hanya menjelang pilihan raya, Rohani amat komited dalam menjalankan tugas sebagai seorang menteri dan juga ahli parlimen Batang Lupar.

Sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan, keprihatinan Rohani Abdul Karim terhadap penduduk di bumi Sarawak wajar dicontohi oleh ahli parlimen dari kawasan masing-masing.

 

Check Also

PTTI beri penghargaan 335 pelajar cemerlang SPM 2021

Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus konsisten …

Leave a Reply

Your email address will not be published.