Friday , February 23 2024

Di Denda Selepas Jadi Mangsa Hacker Fanatik K-POP

Salam/Anyeong…

Terus-terang, sejak Oppa bergelar trainee di Korea, banyak benda baru yang Oppa belajar. Malah, rasanya macam mimpi lagi walaupun sudah lebih 2 tahun menjalani kehidupan di sini.

Mungkin ramai tidak tahu hakikat sebenar kehidupan seorang trainee. Tidak semuanya indah dan tidak semuanya sukar.Malah trainee bukan warganegara Korea dan trainee anak jati korea ada perbezaan jadualnya. Secara tidak langsung, memandangkan Oppa beragama Islam, jadual Oppa amatlah berbeza. Begitu juga, walaupun mempunyai kumpulan, tawaran dan jadual memang berbeza. Terpulang kepada pengurusan dan kerana itulah Oppa tidak berada di Jepun bersama ahli Plus M yang lain.   

Syukur, pengurusan tidak pernah menghalang untuk Oppa berhenti dari latihan seketika kerana ingin menunaikan solat lima waktu. Apapun, jadual Oppa setiap hari banyak berubahan seperti perubahan cuaca yang amat drastik sekarang ini di Korea.Adakalanya panas dan adakala sejuk seperti musim salji. Jadi, Oppa pun kena lebih jaga kesihatan. Minggu lalu, ramai senior Oppa demam akibat terlalu penat dan perubahan cuaca sejuk yang mengejutkan.

Sejujurnya, setiap pengurusan mempunyai peraturan yang berbeza untuk artis mereka. Dek kerana itulah, mungkin anda tahu tidak semua Idol mempunyai laman sosial sendiri atau di sini lebih di kenali SNS.Baru-baru ini, ramai senior Oppa menghadapi masalah di SNS selepas akaun mereka digodam termasuklah nombor telefon mereka. Disebabkan kami berhubungan, Oppa juga menjadi mangsa godam yang mana untuk sementara waktu, Oppa tidak boleh dihubungi dengan kerap sama ada di SNS atau pun telefon.

Oleh kerana itu, Oppa terputus hubungan seketika dari menggunakan SNS atau apps yang melibatkan nombor telefon termasuklah whats’app, kakao talk, line, facebook dan twitter. Nombor telefon juga tidak ada sekarang ini.Oppa harap anda semua faham. Bercakap mengenai SNS, akaun Instagram Oppa bukanlah dikawal sepenuhnya oleh Oppa. Ada ketika, pihak pengurusan akan memantau dan delete segala apa yang dirasakan tidak bersesuaian.

Malah, mereka juga membaca segala maklum balas dan komen yang tertera. Jadi, Oppa berharap sangat kepada anda semua supaya faham keadaan Oppa di sini. Oppa masih lagi belajar dan mengenali corak kerja dan budaya orang Korea.Apapun, pihak pengurusan Oppa amat memahami. Malah, mereka juga memberi peluang Oppa untuk bergaul dengan rakan Oppa yang bukan terdiri dari trainee.

Di kesempatan ini, Oppa akan mengunjungi komuniti di sini untuk bertemu teman baru dan secara langsung belajar bahasa dan budaya Korea.Jika anda ada pertanyaan yang ingin diberikan kepada Oppa, emelkan soalan tersebut ke hi@selebritionline.com. Oppa akan cuba menjawabnya sebaik mungkin.

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *