Dr. Jessica Ong Dinobat Anugerah Khas Selebriti Perpaduan 2023

Baru-baru ini Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw iaitu mantan penyampai berita RTM dan pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah dinobatkan sebagai Anugerah Khas Selebriti Perpaduan 2023 di Malam Gala Anugerah Telenovela 2023 yang dianjurkan di WTC selari dengan Kerajaan Perpaduan dan Malaysia Madani . Anugerah ini disampaikan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan.

Dr Jessica sebelum ini merupakan Penyampai Berita RTM di slot Berita Dunia serta pengacara Selamat Pagi Malaysia dari tahun 2004 sehingga 2020.Beliau juga merupakan pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Felow Majlis Profesor Negara dan Institut MASA banyak menulis untuk akhbar-akhbar utama dan majalah serta kajian khususnya dalam bidang perpaduan, integrasi sosial, bahasa dan komunikasi.Anugerah ini merupakan anjuran bersama Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Majlis Profesor Negara (MPN), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM). Kepakaran Jessica ialah Psikologi Bahasa (Psikolinguistik), Komunikasi, Integrasi Sosial, Media, Pendidikan, Linguistik dan Logistik.

Beliau juga pernah dilantik sebagai jawatankuasa Media dalam COVID-19 Communication Task Force oleh International Academy of Medicine Malaysia. Pada tahun 2022, Jessica telah dilantik sebagai Ketua Kluster untuk Media dan Komunikasi untuk Centre of Women Advancement and Leadership (CWAL) UNiKL.

Jessica memperoleh Sijil Perguruan Pengajian Inggeris, Sijil Eksekutif Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah, Antropologi dan Sosiologi) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2001. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Bahasa Melayu oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2007, Doktor Falsafah dalam bidang Bahasa Melayu Psikologi Bahasa (Psikolinguistik), Komunikasi, dan Linguistik di Universiti Putra Malaysia (UPM) tahun 2010.

Jessica banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja amal dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) sehingga dilantik sebagai Duta Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak USM Kelantan (PEKA) dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia (PPPM).  Penglibatan aktif sebagai Ahli Majlis, Pengerusi Komunikasi Korporat, Timbalan Pengerusi Women in Logistics and Transport (WiLAT) Malaysia dan Auditor Program Akademik di The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) Malaysia khususnya  dalam bidang  Perhubungan Media dan Awam.Jessica merupakan penulis buku Memori Seorang Jeneral, Minda Jessica  ruangan “Lekat di Hati” di akhbar Utusan Malaysia bermula tahun 2012 dan terus menyumbang idea dalam penulisan di majalah untuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan akhbar-akhbar sehingga kini.

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *