Flash 2 Menjalin Kerjasama Dengan Lazada Untuk Promosi Sempena Tahun Baru Cina

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2016 ini, Flash 2 bersama dengan platform e-commerce terbesar di Asia Tenggara, Lazada, melancarkan promosi bertema “No Excuse to Miss Flash 2” yang menawarkan harga serendah RM499 kepada para pembeli.

“Melalui harga promosi istimewa ini, kami ingin menunjukkan penghargaan kepada para pengguna Flash 2 dan berharap peranti kami dapat membantu mereka merakam dan dapat mengongsikan saat-saat indah bersama orang-orang tersayang sempena sambutan Tahun Baru Cina ini”, kata Yogi Babria, Pengurus Operasi E-commerce, Mobile Internet Group, TLC Communication. “Untuk memenuhi kehendak pengguna mewarnai telefon pintar Flash 2, kami akan memasarkan, tidak lama lagi, dua warna baharu penutup bateri iaitu Rose Gold dan Mica White untuk membawakan keriangan kepada pengguna.”

Flash 2 telah menjadi produk jualan hangat di pasaran Asia Tenggara kerana fungsi kameranya yang hebat, sistem operasi Android stok yang disenangi ramai, prestasi, kos yang unggul serta disukai pembeli tempatan yang telah mencapai beberapa rekod jualan. Pengeluaran pertama Flash 2 telah habis dijual dalam tempoh sepuluh minit selepas pelancarannya. Flash 2 menjadi telefon pintar dengan jualan terbaik untuk peranti dalam lingkungan USD150 di semua negara di Asia Tenggara. Dalam pesta membeli-belah online “Double 12” di Lazada baru-baru ini, Flash 2 telah menjadi item kedua paling laris dijual diantara semua produk dalam kategori yang sama. “Saya percaya dengan promosi besar Tahun Baru Cina ini, akan menaikkan lagi populariti Flash 2 ke tahap baru,” tambah Yogi Babria.

Flash 2 adalah produk ketiga di dalam siri Flash, dimana dua lagi adalah Flash dan Flash Plus. Setakat ini, ketiga- tiga produk ini telah mencapai jualan sebanyak 200,000 unit. Flash 2 memasuki pasaran Asia Tenggara pada tahun 2013 dan telah berjaya membina nama antara kalangan pengguna dalam masa yang singkat. Pada tahun 2014, Flash Plus memperoleh kejayaan luar biasa dalam platform e-commerce di Asia Tenggara apabila mencatat rekod jualan sebanyak 1,000 unit dalam 1 minit sebanyak 4 kali berturut-turut di Indonesia dan Filipina. Flash 2 pula, yang dilancarkan kurang daripada setengah tahun yang lalu, telah menjadi antara telefon pintar paling popular di Asia Tenggara. Baru- baru ini, TCL Communication telah mengumunkan bahawa mereka telah berjaya menjual 83.55 juta telefon bimbit dan juga produk yang lain pada tahun 2015, dimana 90% daripaa nilai jualan tersebut disumbangkan oleh pasaran luar negara. Selain daripada nilai jualan di luar negara, prestasi jualan yang kukuh di Asia Tenggara juga merupakan faktor utama perkembangan TCL Communication di luar negara.

Bagaimana Flash mampu mengukir nama di Asia Tenggara hanya dalam masa 2 tahun dan mampu menjadi antara jenama telefon bimbit paling popular? Selain kelebihan Flash dari segi kualiti fotografi serta prestasinya, Flash juga berjaya memanfaatkan zaman kegemilangan telefon pintar di Asia Tenggara. Menurut statistik, permintaan telefon pintar telah menjadi tinggi apabila jumlah alat berkenaan telah melebihi jumlah penduduk. Ini terjadi apabila seorang individu memiliki lebih daripada satu telefon pintar. Satu lagi penyumbang kepada kejayaan Flash adalah kerjasama yang dijalinkan bersama Lazada, platform e-commerce terbesar di Asia Tenggara yang menyediakan akses penghantaran produk kepada 550 juta pelanggan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Flash, sila layari laman sesawang

http://www.alcatelflash.com/flash-2/

http://www.lazada.com.my/alcatel-flash-2/

Check Also

Pertunjukan Cahaya dan Bunyi di JBL Rewind Revolution

JBL®, jenama audio gaya hidup terkenal di bawah Harman International, memperkenalkan “JBL Rewind Revolution Roadshow” …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *