KUALA LUMPUR, 30 September 2025 – IslamiCruise International (ICI) dengan bangganya melancarkan laluan baharu pelayaran halal jarak jauh Jeddah–Banda Aceh–Port Klang, yang disifatkan sebagai transformasi industri pelancongan halal global. Pelayaran ini menggabungkan perjalanan rohani penuh keberkatan dengan pengalaman percutian mewah bertaraf dunia, menjadikan Malaysia titik penting dalam peta pelancongan Islam antarabangsa.

Pelayaran Halal Eksklusif Dengan Pengisian Rohani
Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif ICI, YBhg. Suhaimi Abd Ghafer, menegaskan bahawa pelayaran ini bukan sekadar cuti di atas kapal, sebaliknya sebuah pengalaman gaya hidup Islam moden. Kapal pelayaran ini dilengkapi ruang solat berjemaah, kuliah agama, hiburan beretika, serta sajian halal sepenuhnya.

Pengisian rohani akan dipimpin oleh dua tokoh agama terkenal, Ustaz Wadi Anuar (Malaysia) dan Ustaz Abdul Somad (Indonesia), yang akan mengiringi jemaah dengan kuliah, tazkirah dan bimbingan rohani sepanjang pelayaran.
Pakej Family & Friends
Laluan istimewa ini berlangsung selama 16 hari 15 malam, merangkumi pelayaran lima negara: Malaysia – Oman – Maldives – Indonesia – Arab Saudi. Pakej turut termasuk pengalaman Umrah selama 3 hari 2 malam di Makkah.

Harga pakej bermula daripada RM13,289 seorang (Balcony Quadruple Cabin, 15–30 Januari 2026) dan RM13,489 seorang (3–18 Februari 2026). Tawaran ini termasuk penginapan kabin mewah, sajian eksklusif, serta pengurusan visa, pengangkutan dan ziarah yang lengkap.
Trip Excursions & Destinasi Persinggahan

Antara persinggahan menarik termasuk:
- Salalah Port, Oman – lawatan bandar & lokasi sejarah.
- Male Port, Maldives – aktiviti pantai, snorkeling & dolphin watching.
- Banda Aceh, Indonesia – lawatan ke Masjid Raya Baiturrahman, Muzium Tsunami, PLTD Apung, Kapal Atas Rumah & Pasar Aceh.
Laluan ini menelusuri semula jejak sejarah perdagangan dan dakwah Islam, sekaligus menambah nilai warisan kepada setiap destinasi.
Promosi Terhad
Sempena pelancaran, IslamiCruise menawarkan promosi terhad:
- Buy 2 Free 2 untuk tempahan Balcony Cabin dan ke atas (termasuk Khuzama Suites).
- Kanak-kanak bawah 11 tahun berlayar percuma (hanya perlu bayar cukai pelabuhan & tip).

Promosi ini sah sehingga 31 Oktober 2025 dan boleh ditempah melalui agensi rasmi:
Andalusia Travel & Tours, Rayhar Travel & Tours, Jay Ibrahim Travel dan Insaff Travel.
Impak Ekonomi & Sokongan Strategik
Pelancaran ini dijangka memberi limpahan manfaat kepada ekonomi Malaysia, khususnya sektor pelancongan, hospitaliti, pengangkutan dan perniagaan komuniti. Usaha ini turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia, Saudi Tourism Authority dan Tabung Haji Travel & Services (THTS), selain selaras dengan kempen Visit Malaysia 2026.
Penutup
Dengan pelayaran halal Jeddah–Banda Aceh–Port Klang ini, IslamiCruise International membuka lembaran baharu pelancongan Islam – sebuah pengalaman yang menggabungkan warisan, iman, keselesaan dan keberkatan.

“Ini bukan sekadar laluan baharu, tetapi transformasi pelancongan halal global – membawa ummah berlayar dengan penuh kebanggaan dan doa yang termakbul,” ujar Suhaimi.