TV9 Raih Lebih 2.5 Juta Penonton Siaran Langsung Kelayakan PIALA ASIA 2023

Skuad Harimau Malaya bangkit menunjukkan taringnya ketika berdepan Bangladesh dengan keputusan 4-1, hasil jaringan Safawi Rasid, Dion Cools, Syafiq Ahmad dan Darren Lok, sekaligus membawa Malaysia ke pentas Piala Asia 2023 secara merit selepas 42 tahun. Kejayaan pasukan Malaysia ini turut diraikan di saluran TV9 dengan meraih lebih 2.5 juta penonton menyaksikan perlawanan mendebarkan ini. Sementara itu, lebih daripada 335,000 penonton telah menyaksikan secara strim langsung dalam definisi tinggi HD menerusi platform digital tonton. (sumber Nielsen TV Audience Measurement).

Tahniah kepada seluruh skuad Malaysia, dari barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Kim Pan-Gon, para pemain, dari penjaga gawang hingga penyerang, penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil,rakyat Malaysia yang mengikuti setiap Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023. Liputan perlawanan antara Malaysia lawan Bangladesh di TV9 malam tadi menampilkan Asrul Nizam Kadir selaku pengacara, Hanif Miswan selaku pengulas serta tetamu jemputan, Syed Adney Syed Hussein Nizam Kadir yang juga merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia.

Nantikan perlawanan bola sepak terkini dalam dan luar negara dari masa ke semasa di TV9. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial.

Check Also

Dato' Khadijah Ibrahim menghadiri acara eksklusif AIGNER di IOI City Mall Kuala Lumpur.

AIGNER MERAIKAN DATO’ KHADIJAH IBRAHIM DALAM ACARA EKSKLUSIF DI KUALA LUMPUR

Jenama barangan kulit mewah dari Jerman, AIGNER, meraikan penyanyi legenda tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, …

Hock Kee Heritage membuka cawangan kedua di The Gardens Mall.

HOCK KEE HERITAGE BAWA NOSTALGIA KOPITIAM KE THE GARDENS MALL

Hock Kee Heritage terus mengembangkan jenamanya dengan pembukaan cawangan kedua di The Gardens Mall, sekali …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *