Hasrat Program Realiti The Band Bentuk Kumpulan Pop Terhebat!

The Band merupakan sebuah program televisyen pencarian bakat yang pertama seumpanya dalam mencari penyanyi baru untuk digabungkan membentuk sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah kumpulan pop wanita yang bertaraf antarabangsa. Bakat-bakat baru ini akan dibimbing oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa. Seramai enam penyanyi lelaki dan enam penyanyi wanita akan dipilih di peringkat akhir bagi membentuk dua kumpulan ‘The Band’ terbaik negara.

Bersesuaian dengan konsep program ini, penekanan akan diberikan kepada keseluruhan aspek yang penting untuk melahirkan kumpulan pop bertaraf antarabangsa seperti kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan, penampilan imej dan juga aura sebagai seorang penghibur.

Pada sesi lawatan media ini juga turut diumumkan kehadiran Damien Mikhail Seet yang akan hadir  selaku juri untuk sesi ujibakat kali ini. Bekas ahli kumpulan VE ini akan menilai peserta yang akan hadir dengan bakat nyanyian dan personaliti masing-masing.

Pihak produksi akan mengunjungi empat buah negeri bagi mengenal pasti peserta-peserta yang dilihat layak untuk menyertai program ini di lokasi-lokasi berikut:

 

NO. NEGERI TEMPAT TARIKH
1. Johor Danga City Mall, Johor Bahru 14 & 15 September 2013
2. Sabah Centre Point, Kota Kinabalu 21 & 22 September 2013
3. Pulau Pinang Gurney Paragon Mall, 28 & 29 September 2013
4. Kuala Lumpur Fahrenheit 88, Bukit Bintang 5 & 6 Oktober 2013

 

** Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

Peserta terbuka kepada warganegara Malaysia lelaki atau perempuan, hadir secara solo atau berkumpulan dan mestilah seorang  warganegara Malaysia, Singapura atau Brunei dan berumur 18 hingga 30 tahun. Para peserta hendaklah membawa salinan kad pengenalan serta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) dan CD minus one lagu pilihan masing-masing.

“Pemenang bakal memenangi kontrak rakaman di bawah label antarabangsa beserta pelbagai hadiah menarik yang lain. Para peminat juga boleh melayari laman web rasmi di www.theband.com.my untuk segala perkembangan terkini dan maklumat lanjut berkenaan The Band,tambah Natasha lagi.

INFO PENTING

Syarat ujibakat:

  1. 1.               Terbuka kepada peserta lelaki dan wanita (solo atau berkumpulan)
  2. 2.               Berumur di antara 18 hingga 30 tahun
  3. 3.               Mestilah merupakan warganegara Malaysia, Singapura atau Brunei
  4. 4.               Kaunter pendaftaran akan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang

Sila bawa:

  1. 1.               2 keping gambar berukuran 4R: gambar profil dan paras pinggang
  2. 2.               Salinan kad pengenalan
  3. 3.               CD minues one lagu pilihan masing-masing

Laman Web Rasmi: www.theband.com.my 

The Band ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Mustika HD (saluran 134) pada bulan Februari 2014 dan penerbitannya merupakan usahasama Astro dengan kumpulan Sedania. Butir-butir lanjut mengenai sesi uji bakat dan program ini akan diumumkan kelak.

 

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *