Impian Estranged Tercapai: Jelajah Kampus bermula di Universiti Malaya

JEDA waktu empat tahun tanpa sebarang produk, Estranged yang kembali dengan karya terkini mereka Januari lalu tidak ‘pulang’ dengan tangan kosong.

Jika peluru mereka mengena tepat ke sasaran dengan hit seperti Itu Kamu yang merupakan Lagu Terbaik pada Anugerah Juara Lagu 2007 dan Aurora, kini menerusi album keempat iaitu Sepenuhnya Vol.1 (EP), Hancur Aku menjadi senjata baharu yang telah menjerat hati peminatnya.Menampilkan kolaborasi manis bersama Fazura, menerusi Hancur Aku, Estranged membuktikan Sepenuhnya sebagai sebuah produk lebih segar tanpa meninggalkan elemen sedia kala bawaan mereka, alternatif rock.

Justeru untuk membuatkan hit mereka terus bertebaran, Estranged rancak mengatur dengan pertemuan-pertemuan unik bersama barisan generasi baharu.Alternatif yang diambil ini adalah sebagai langkah meletak kembali keakraban Estranged bersama peminat selain membawa masuk ‘fahaman muzik’ mereka kepada pelapis muzik baharu.

Bersempena dengan kelahiran Sepenuhnya Vol.1 (EP), Estranged yang dianggotai Rich, Din dan Hanafi kini sudah siap sedia untuk menggempurkan ‘gawang’ pelajar di beberapa universiti.

IMG_0301

Tarikh 6 Mac dipilih sebagai permulaan kembara kampus mereka. Universiti tersohor negara, Universiti Malaya dipilih sebagai kampus pertama Estranged memuntahkan senjata seni mereka.Bergerak ke Borneo, 20 Mac akan menyaksikan Estranged mahu memicu adranelin peminat dan graduan kampus di Universiti Malaysia Sabah, sebelum memilih Kolej Profesional Mara di Kuala Beranang pada 2 April.

Bukan sekadar tiga persinggahan sahaja, sesuai dengan impian mereka untuk melakukan siri jelajah kampus sepanjang tahun 2016, beberapa universiti hebat negara turut berada dalam direktori persinggahan mereka.Antaranya adalah Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, UiTM dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu).

Kata Rich, “Walaupun usaha ini tidak disokong dengan penajaan seperti yang diharapkan, kami sedar yang kami tidak boleh berputus asa kerana selain mahu memenuhi jemputan para pelajar, kami sendiri berasa perlu untuk mendekati dan beramah mesra dengan peminat kami khususnya dan peminat muzik amnya. Kami juga menghargai sokongan pihak Drumasia Studio yang bersetuju menjadi penaja peralatan muzik untuk penggunaan kami di sepanjang jelajah ini.”

Tambah Rich, besar harapan mereka apabila seiring dengan jelajah kampus ini bergerak, Estranged berharap ada pihak yang sudi memberi kerjasama dan tajaan kepada mereka. Sehubungan itu, Estranged juga mengalu-alukan para peminat untuk menghubungi mereka melalui akaun Instagram mereka (@estrangedband), jika ada yang ingin mengundang Estranged untuk membuat persembahan di kampus mereka. 

Sebelum Sepenuhnya, Estranged yang ditubuhkan pada 2001 memiliki tiga album iaitu In Hating Memory (2004), Remain Unknown (2008) dan Anugerah Hidup (2013).

Check Also

Lebih 200 artis dan pemuzik hadir ke Konvensyen Pemuzik Karyawan 2026 bagi membincangkan isu royalti, AI dan hala tuju industri muzik negara.

KONVENSYEN PEMUZIK KARYAWAN 2026 BINCANG ROYALTI ARTIS, AI DAN MASA DEPAN INDUSTRI MUZIK

Lebih 200 artis, pemuzik dan penggiat industri muzik negara berkumpul di Restoran Saloma Kuala Lumpur …

Luqman Podolski mempromosikan single Ayah sempena Hari Bapa 2026

SINGLE “AYAH” ANGKAT REALITI KEHIDUPAN DALAM KARYA TERBAHARU LUQMAN PODOLSKI

Bersempena sambutan Hari Bapa yang diraikan pada 21 Jun 2026, Luqman Podolski tampil dengan karya …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *