HARIMAU MALAYA: MARIONEXXES KEMBALI DI KANTIN GOMBAK!

KUALA LUMPUR, 25 OGOS 2025 – Bersempena sambutan Hari Malaysia, acara istimewa “Harimau Malaya” akan diadakan di Kantin Gombak. Acara ini menggabungkan persembahan muzik, puisi, dan sesi interaksi secara langsung bersama artis tempatan dalam suasana santai serta mesra keluarga. Penganjuran acara ini adalah hasil kerjasama antara Kotak Hitam MY, Kantin Gombak dan Hardware.

Persembahan utama pada malam itu akan dibawakan oleh Marionexxes, yang bakal kembali ke pentas seni selepas berehat seketika. Acara ini juga berfungsi sebagai pemanas kepada siri jelajah mereka yang akan datang. Antara kemuncak persembahan ialah lagu popular mereka yang pernah tular, “Harimau Malaya”. Pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan Marionexxes melalui sesi Q&A serta Meet & Greet.

Marionexxes tampil sempena Konsert Harimau Malaya 2025

PENGISIAN UNIK MERIAHKAN ACARA

Selain Marionexxes, persembahan akustik turut dibawakan oleh Otam dan Moda Moody. Turut memukau penonton ialah bacaan puisi yang menyentuh jiwa oleh Doranisa & Friends. Sambil menikmati persembahan seni, pengunjung boleh mendapatkan barangan eksklusif (merchandise) dan menikmati pelbagai hidangan daripada vendor makanan di Kantin Gombak. Acara ini dibuka kepada orang ramai, pemuzik, peminat seni, keluarga, dan pihak media dengan masuk percuma.

Marionexxes tampil sempena Konsert Harimau Malaya 2025

MENGENAI PENGANJUR & LOKASI

Kotak Hitam MY ialah platform media bebas yang memberi tumpuan kepada muzik underground, meliputi wawancara, liputan acara, persembahan akustik, dan segmen reaksi. Misi mereka adalah untuk memartabatkan bakat tempatan dengan menyediakan ruang untuk artis dan band berkongsi karya mereka kepada khalayak yang lebih luas. Manakala Kantin Gombak pula dikenali sebagai ruang santai mesra keluarga yang mempunyai pelbagai vendor makanan dan minuman. Dengan konsep terbuka dan suasana yang relaks, ia menjadi lokasi pilihan untuk pelbagai acara seni dan komuniti.

Acara “Harimau Malaya” ini dijangka akan menjadi platform yang sempurna untuk meraikan Hari Malaysia dengan iringan muzik dan puisi.

Check Also

Poster rasmi Showcase BaraBuragas menampilkan Jinbara dan Dr. Kronik di Ladyboss Studio Ipoh pada 29 November 2025.

JINBARA & DR. KRONIK BAKAL MENGGANAS!

Malam 29 November ini dijangka membara habis apabila Showcase BaraBuragas bakal berlangsung di Ladyboss Studio, …

Monosterio meraikan 20 tahun perjuangan muzik dengan pelancaran album Tari Warna.

MONOSTERIO LANCAR ALBUM TARI WARNA – 20 TAHUN PERJUANGAN MUZIK PENUH JIWA

KUALA LUMPUR – Kumpulan Monosterio melangkah ke satu lagi fasa penting dalam perjalanan dua dekad …

Leave a Reply