Teater “Gerimis Mengundang” ~ ‎”Benarkah Cinta… Hingga Ke Penghujungnya…?”

Pementasan teater “Gerimis Mengundang” melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya,mengandingkan dua pelakon popular iaitu Kamal Adli dan Mikha Tambayong yang akan bermula pada 27 Mac ini di Istana Budaya. Ia adalah kolabrasi di antara Erama Creative,Excellent Pictures dan Global Networks.

Teater Gerimis Mengundang,di inspirasikan oleh sebuah filem dengan judul yang sama terbitan Erama Creative yang akan ditayangkan pada pertengahan 2012.Untuk pementasan teater juga filem, adalah berdasarkan lagu Gerimis Mengundang yang cukup popular,bukan sahaja di Malaysia,juga Indonesia, dengan dinyanyikan lebih dari 10 dialek berbeza.

Teater ini juga adalah prekuel yang mana pengakhirannya adalah filem Gerimis Mengundang. Oleh itu, wajib menonton teater dan filem supaya mengetahui keseluruhannya.Tiket-tiket berharga RM35, RM55, RM75, RM105, RM155 dan RM305 boleh didapati di laman web www.ticket2u.biz dan juga di kaunter Istana Budaya.Untuk makluman terkini dan berkaitan,peminat boleh melayari www.facebook.com/CeriteraCintaGerimisMengundang atau di twitter @ExcellentPic_My.

 

 

Check Also

Gegaran Warisan 2026 himpunkan Punisher FOR Sniperz dan Amir SYJ

GEGARAN WARISAN 2026 HIMPUNKAN LEGENDA ROCK

Gegaran Warisan 2026 bakal menjadi malam penuh adrenalin buat peminat muzik keras tanah air apabila …

Padangs on Wheels tampil dengan konsep cita rasa Padang moden di Malaysia

PADANGS ON WHEELS REVOLUSI CITA RASA PADANG DI MALAYSIA

Padangs on Wheels semakin dikenali sebagai jenama makanan yang membawa pengalaman Padang moden kepada pelanggan …

Leave a Reply