Saturday , May 15 2021

HYPERSHOE mahu wujudkan konsep masyarakat penyayang di Malaysia

HYPERSHOE telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1996 merupakan salah satu peruncit kasut yang yang dikenali ramai. Sehingga kini, ia telah mempunyai 40 buah kedai di seluruh kawasan lembah Klang. HYPERSHOE juga mempunyai pekerja seramai 200 orang yang sentiasa menyokong dan desikasi mereka terhadap HYPERSHOE.

 Bahkan nama HYPERSHOE sudah menjadi sebutan ramai dan kini boleh dianggap setanding dengan peruncit kasut lain yang terlebih dahulu wujud di Malaysia.Kedai HYPERSHOE yang turut menjual kasut sukan dan peralatan kelengkapan sukan kebanyakannya terletak di lot kedai dan kompleks dengan kedai pertamanya yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Sejak ditubuhkan, HYPERSHOE telah berkembang dengan mantap. Jenama ini telah menaikkan kualiti kehidupan orang sekeliling di Malaysia, dan seterusnya Asia pada masa hadapan.HYPERSHOE menjadi jenama kasut pilihan orang ramai dengan menawarkan kasut yang selesa kepada pelanggan dengan reka bentuk yang dipelbagaikan.

Pada 25 November lalu, HYPERSHOE telah menganjurkan program amal dengan memberi sumbangan kasut sekolah kepada 121 anak-anak Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Anak Kesayanganku, Bandar Bukit Beruntung dibawah jagaan Puan Nurul Baiti Sahrin sebagai pengurus.

Pengarah Urusan HYPERSHOE berkata, sumbangan yang diberikan ini bertujuan untuk mewujudkan masyarakat penyayang dikalangan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

“Kami amat prihatin dengan nasib malang mereka. Dengan cara ini kami juga berharap dapat memberi bantuan kepada anak-anak yatim yang memerlukan kasih sayang.

“Menerusi sumbangan ini diharapkan dapat mengurangkan beban pengurusan Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Anak Kesayanganku.

“Mereka juga boleh pergi sekolah dengan kasut sekolah yang selesa selepas ini. Kos perbelanjaan yang diperuntukkan untuk program ini berjumlah RM10,000,” katanya yang berbangga kerana dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat,” katanya.

Misi mereka tidak terhenti setakat itu kerana pada 13 Disember baru-baru ini, pasukan HYPERSHOE sekali lagi menganjurkan program amal sumbangan kasut sekolah melibatkan Persatuan Belia Seri Cempaka, PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

“Kali ini seramai 147 kanak-kanak bertuah apabila menerima bantuan daripada HYPERSHOE.”

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha Persatuan iaitu Syuja’uddin Ismail kerana memberi peluang buat kami untuk menyertai program ini.”

“Kami sedia memberi sumbangan kepada masyarakat dan menerusi cara ini diharapkan boleh mewujudkan masyarakat penyayang dikalangan kita,” katanya.

Menurutnya, jumlah peruntukan yang dikeluarkan untuk program ini juga sama seperti yang terdahulu iaitu RM10,000.

“Kami juga rasa bangga kerana memberi sumbangan ini. Ia merupakan perkara yang sangat bermakna dan menggembirakan kami serta kanak-kanak tersebut,” kata Pengarah Urusan HYPERSHOE.

 

Check Also

Anugerah Pemaju Hartanah ASEAN 2020 Iktiraf Para Pemaju Di Rantau ASEAN

Anugerah Pemaju Hartanah Des Prix Infinitus Media ASEAN 2020 telah menganugerahkan lebih daripada 50 gelaran …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!