Monday , October 25 2021

Jabra Elite Sport Menawarkan Kebebasan Sebenar Tanpa Gangguan

Berikutan kejayaan global Jabra Elite Sport, produk terkini daripada Jabra ini kini tiba di Malaysia dan bakal menaikkan taraf senaman anda ke tahap yang lebih tinggi. Jabra Elite Sport merupakan produk pertama dalam generasi baharu rangkaian set alat pendengaran Jabra tanpa tali tercanggih.

Sebagai penanda aras terkini dalam aspek teknologi dan menawarkan pengalaman baharu bagi pengguna, Jabra Elite Sport merupakan teman setia sebenar bagi golongan peminat sukan. Ia menawarkan kebebasan pergerakan sebenar dan analisa kecergasan bina dalam tercanggih serta membolehkan anda bersenam sambil menikmati muzik. Antara ciri-ciri menarik produk ini termasuk

  • Prestasi audio terbaik menerusi empat mikrofon untuk pertukaran pintar ketika menerima panggilan
  • Gaya pemakaian tanpa tali dan selamat baik dengan satu ataupun dua penggunaan alat pendengaran
  • Analisa kecergasan peribadi canggih menerusi pemantau kadar degupan jantung bina dalam
  • Jaminan perlindungan tambahan bertaraf IP67 selama tiga tahun. Kalis peluh dan air*. Diuji masih berfungsi sekurang-kurangnya 30 minit ketika direndam dalam air setinggi satu meter.
  • Aplikasi kadar degupan jantung dengan 90 peratus ketepatan bacaan
  • Tempoh berbual dan menikmati muzik sehingga tiga jam termasuk enam jam tambahan jika dicas menerusi bekas bimbit

Sesuai untuk semua golongan pengguna, Jabra Elite Sport yang hadir dengan Sport Life App adalah teman terbaik anda ketika bersenam. Pengguna boleh menilai tahap kecergasan mereka menerusi ukuran VO2 Max, selain memperbaiki tempoh larian melalui peramal tempoh larian. Malah, anda juga boleh merancang jadual senaman demi menikmati keberkesanan maksimum melalui penasihat pemulihan. Perkembangan terkini akan dihantar pada masa nyata menerusi bimbingan khusus pintar terus dari alat pendengaran bagi memastikan kelancaran senaman anda tanpa sebarang gangguan.

Aplikasi Jabra Sport Life juga merekod dan menjejaki kadar perkembangan kecergasan anda dari semasa ke semasa dan menyediakan maklumat menyeluruh bagi membantu anda memperbaiki tahap kecergasan anda di masa hadapan. Ini merangkumi jarak larian, kelajuan, perjalanan, jumlah kalori yang dibakar dan hasil daripada latihan anda.

Setakat hari ini, sambutan global terhadap Jabra Elite Sport sangat menakjubkan dan kebanyakan peminat sukan dan kecergasan memilih produk ini sebagai teman setia terbaik ketika bersenam di luar atau di gimnasium. Berikutan sambutan global yang memberangsangkan, gajet ini turut mendapat respons serupa di pasaran Malaysia.

Jabra Elite Sport telah direka khusus untuk 77 peratus** pengguna yang gemar bersenam tanpa gangguan gajet bertali dan 69 peratus** pengguna yang kerap menikmati muzik sambil bersenam.

Fungsi panggilan dan muzik pada Jabra Elite Sport ini berupaya menyokong semua system operasi telefon pintar utama menerusi bantuan Bluetooth. Aplikasi kecergasan dan penjejak prestasinya pula boleh didapati dalam kedua-dua telefon berplatform Android dan iOS. Ketahui lebih lanjut tentang Jabra Elite Sport di laman web : http://www.apac.jabra.com/elitesport

Tanpa Wayar, Tanpa Gangguan – Kebebasan Sepenuhnya

Sebagai alat pendengaran sukan sebenar tanpa tali, Jabra Elite Sport menawarkan pengguna pengalaman audio tanpa sebarang gangguan bertali. Selain itu, produk ini juga menjanjikan prestasi audio terbaik ketika menjawab/membuat panggilan atau mendengar muzik serta menawarkan segala fungsi menyeluruh ketika anda bersenam. Terdapat tiga pilihan ear gel, tiga saiz span alat pendengaran dan tiga pilihan hujung sayap untuk keselesaan serta kesesuaian terbaik mengikut lengkuk dan bentuk telinga anda. Tiada lagi masalah alat pendengaran tercabut atau terjatuh ketika menjalani senaman intensif.

Kualiti Audio Terbaik dengan Fungsi Penyingkiran Bunyi Bising 

Alat pendengaran (earbud) yang canggih ini menawarkan prestasi audio terbaik ketika menikmati muzik atau membuat/menerima panggilan tanpa tali. Hadir dengan dua mikrofon, setiap earbud direka khas untuk ‘menangkap’ suara anda melalui mikrofon pertama, manakala mikrofon kedua pula mengangkat bunyi-bunyi bising luaran. Jabra Elite Sport berupaya bertukar-tukar earbud bagi mengesan bunyi yang kurang bising. Produk ini juga mampu menyingkirkan bunyi bising latar dengan membezakan bahan berasingan yang diterima di setiap alat pendengaran, sekali gus membolehkan anda mendengar dengan jelas dalam apa jua keadaan.

Fungsi panggilan suara dan audio pula membantu anda menguruskan panggilan terus tanpa perlu menyentuh telefon ketika panggilan masuk semasa anda berlari.

Rasai Persekitaran Anda Ketika Berlari

Teknologi HearThrough Elite Sport membolehkan pembesar suara bina dalam menghasilkan semula bunyi-bunyi persekitaran semula jadi selepas diaktifkan. Ini bagi memastikan pengguna sentiasa peka terhadap persekitaran mereka termasuk kehadiran kenderaan atau ancaman bahaya lain yang tidak dijangka ketika menggunakan alat pendengaran.

Mono dan Stereo

Elite Sport hadir dengan dua alat pendengaran (earbud) tunggal. Ini membolehkan pengguna memilih untuk menggunakan satu alat pendengaran (mendengar semula secara mono) dan membuat panggilan melalui earbud utama (kanan) yang berkomunikasi terus kepada telefon pintar pengguna menerusi bantuan Bluetooth. Alat pendengaran sekunder (kiri) pula berhubung dengan alat pendengaran utama melalui teknologi Near Field Communication (NFC) yang boleh digunakan dengan sebarang pengimbas kad jalur magnet akan terus menghubungkan kedua-dua alat pendengaran secara automatik jika diletakkan dalam lingkungan jarak 25cm. Ini sekali gus membolehkan peralihan tak berkelium antara perbualan dan muzik stereo.

Kredibiliti Bertaraf Perubatan

Sebagai peneraju dalam pengeluaran produk audio khususnya alat pendengaran sukan dan bantuan pendengaran, Jabra yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan GN telah memahami kepentingan kualiti audio terbaik ketika mereka dan menghasilkan Jabra Elite Sport. Produk ini telah direka dengan kerjasama barisan jurutera dari ReSound yang memiliki kepakaran dalam penghasilan solusi produk audio bertaraf perubatan dan peneraju Smart Hearing Aids. Jabra Elite Sport terhasil daripada kepakaran melebihi 145 tahun dalam bidang pengeluaran produk pendengaran.

Menerajui Produk Jabra Generasi Baharu

Jabra Elite Sport dilancarkan selepas dua gajet audio sukan pertama di dunia diperkenalkan.

Produk terkini ini dikhususkan untuk mengoptimumkan tahap kecergasan pelari, Jabra Sport Pulse Edisi Khas (alat pendengaran sukan pertama di dunia yang menawarkan penilaian kecergasan VO2 Max secara automatik dan berterusan). Jabra Sport Coach Edisi Khas yang dikhaskan untuk mengoptimumkan tahap kecergasan pengunjung gymnasium pula merupakan alat pendengaran sukan pertama di dunia yang menawarkan pengiraan berulang secara automatik melalui pengesan pergerakan TrackFitÔ. 

Menerusi semua peranti ini, Jabra menawarkan satu rangkaian pilihan menyeluruh set alat pendengaran tanpa tali bagi sesiapa saja yang ingin aktif bersenam. Seperti Jabra Elite Sport, kedua-dua peranti ini memberi jaminan perlindungan tambahan selama tiga tahun terhadap peluh. Rangkaian produk ini turut mengukuhkan kedudukan Jabra sebagai peneraju dalam bidang pengeluaran solusi audio pintar khususnya bagi golongan yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Pengedar Jabra Terkini di Malaysia

Sementara itu, GN Netcom baru-baru ini telah melantik AMT PC Distributors Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal bagi semua produk Jabra di Malaysia. Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi pengagihan dan penjenamaan bagi mengangkat jenama Jabra dan mendekatkan pengguna dengan produk Jabra, khususnya bagi segmen gajet sukan dan kecergasan yang sentiasa pesat berkembang.

Harga Elite Sport di Pasaran

Jabra Elite Sport kini boleh didapati pada harga RM1,259 di semua kedai dan pengedar sah produk Jabra terpilih seperti All IT Hypermarket, ViewNet Computer, Thundermatch Technologies, Mobile Arena, NOP Cellular, HLK Superstore dan Lazada.

Check Also

Nikmati Lexis Staycation 2.0 Dari Harga Serendah RM360

Penduduk Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang lengkap divaksin yang telah lama menanti percutian idaman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *