KONSERT ESTRANGED SEPENUHNYA: ‘SETIA SEDEKAD, ITU KAMU’

Siri konsert Sepenuhnya dari Estranged bersambung dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, yang diberi tajuk “Konsert Estranged Sepenuhnya : Setia Sedekad, Itu Kamu”. Diterbitkan oleh Drum Asia, dengan kerjasama Bornaya Records dan Maju Group, konsert itu bakal dilangsungkan di Auditorium Bentley, Wisma Bentley, Mutiara Damansara pada 13 Mei 2017 dan mereka bakal mempersembahkan seorang pemain ‘sapir’, Alena Murang.

Siri konsert ini menyusul dari kejayaan konsert mereka di Kilang Bateri, Johor Baharu pada 3 Februari yang lalu di mana lebih dari 600 penonton memenuhi tempat tersebut. “Sangat hebat. Mereka (Estranged) sangat bagus ketika membuat persembahan ‘live’, bakat mereka hebat dan penonton Johor sangat bersemangat. Kami diperdengarkan dengan lagu-lagu baru dan juga lagu-lagu lama yang kami gemari di konsert tersebut”, komen peminat setia Estranged, Farid Syazwan yang telah menghadiri konsert tersebut. “Estranged adalah kumpulan muzik yang terbaik. Saya tak boleh lelapkan mata sesudah konsert itu berakhir kerana saya masih teruja,” tambah Wesley Joseph,seorang lagi peminat Estranged melalui laman media sosialnya.

Siri Konsert Sepenuhnya dipilih berdasarkan nama album terbaru kumpulan tersebut, iaitu Sepenuhnya Vol 1. Album tersebut dilancarkan pada awal tahun 2016 dan ia merupakan terbitan ahli kumpulan Estranged sendiri iaitu Rich, Din dan Hanafi. Sepenuhnya Vol. 1 memuatkan lima buah lagu, antaranya Inginkan Kau, Seperti Yang Dinantikan (SyD) dan Hancur Aku, yang turut menampilkan Fazura. Lagu terbaru mereka, Maaf, telah dilancarkan bersama muzik video arahan Rich sendiri pada awal Mac 2017.

Kejayaan lagu-lagu mereka, terutamanya Hancur Aku yang mengumpulkan 11 juta tontonan di Youtube serta dimainkan lebih dari 1 juta kali di Spotify adalah From the Estranged Sepenuhnya Concert in Kilang Bateri, Johor Bahru sesuatu yang amat menggembirakan untuk Estranged. Selain itu, album Sepenuhnya Vol 1 turut dicalonkan di dalam kategori Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2016.

Untuk konsert yang bakal dilangsungkan ini, tema “Setia Sedekad, Itu Kamu” telah dipilih untuk meraikan ulang tahun ke-10 single ‘Itu Kamu,’ yang telah menaikkan nama mereka, serta sebagai tanda penghargaan buat penyokong mereka yang setia sejak awal penubuhan mereka di dalam industri seni tanah air.

“Kami mahu sebarkan perpaduan serta aura positif buat peminat lama serta baru melalui muzik kami, dan kami rasa konsert ini adalah cara terbaik untuk melakukannya”, jelas kumpulan ini.

Sebahagian dari hasil kutipan jualan tiket bakal mereka sumbangkan kepada Light Up Borneo, iaitu sebuah perbadanan yang membekalkan tenaga elektrik kepada kawasan dalaman Borneo. Organisasi ini dipilih kerana mereka memberi makna buat kumpulan Estranged, iaitu muzik mereka yang mengangkat martabat bunyian Borneo serta sebagai tanda hormat Rich kepada kampung halamannya di Penampang, Sabah.

Pada konsert yang akan datang ini, Estranged bakal mempersembahkan lagu-lagu lama dan baru mereka secara live, antaranya Hancur Aku, Aurora, Yang Pernah, Baru dan yang paling diminati, Itu Kamu. Drum Asia, selaku pihak pengurusan menyatakan rasa bangga kerana dapat berkerjasama dengan kumpulan tersebut. “Misi Estranged untuk menyatukan kita melalui muzik adalah sesuatu yang Drum Asia banggakan. Kumpulan ini akan menghiburkan rakyat Malaysia untuk jangkamasa yang panjang”, ujar salah seorang wakil dari Drum Asia.

“Kami amat berterima kasih kepada pihak penganjur serta rakan-rakan media kerana terus menyokong perjalanan seni kami dan memberi kami peluang untuk bertemu dengan peminat kami di seluruh Malaysia. Tanpa mereka, tentu perkara ini tidak akan terjadi”, kata kumpulan tersebut selepas menerima sokongan yang amat padu sejak tahun lalu.

Tiket untuk menyaksikan Konsert Sepenuhnya Vol 1 di Kuala Lumpur kini boleh didapati secara atas talian di http://www.galactix.asia/konsert-estranged-sepenuhnya-kl , dan boleh dibeli di pintu masuk Auditorium Bentley pada 13 Mei 2017. Sila layari laman sosial Estranged untuk mendapatkan info lanjut serta kisah terkini tentang persediaan mereka.

http://www.facebook.com/estrangedband/

http://instagram.com/estrangedband

http://youtube.com/user/estrangedband

Check Also

BLUES GANG APO NAK DIKATO DI KUALA LUMPUR RAIKAN KEMBARA 5 DEKAD

Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *