Menangi 10 Pas Berkembar & Barangan Eksklusif ‘Jidin Sengal’

Setelah filem Suatu Malam Kubur Berasap berjaya di pawagam pada tahun lepas, Outloud Studios tampil dengan filem terbaru iaitu ‘ Jidin Sengal’. Kali ini ia diarah oleh Nur Esmi Zahara Yusof. Diantara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Angah dan Along Raja Lawak, Jue Aziz, Faezah Elai dan juga Zack Diamond.

Sinopsis

JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib.

Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”.

Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka. Berjayakah Jidin dan Bob tampil ke depan sebagai hero? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal?

Jawab soalan-soalan di bawah:

10x Tiket Berkembar & T-Shirt ‘Jidin Sengal’

10x Poster Jidin Sengal

 

Soalan 1 :  Berikan 2 nama pelakon utama filem Jidin Sengal?

Soalan 2 : Namakan pengarah yang filem ini?

Soalan 3 : Siapakah yang memegang watak Bob Dobot ?

Syarat-syarat penyertaan:

* “Like” Facebook Warisan Chanteq terlebih dahulu..

* Sila email kepada contest@warisanchanteq.com beserta Nama, Alamat, Nick Facebook , No. IC dan No Tel.

*Penyertaan tanpa details yang penuh tidak akan diterima.

* Sila letak tajuk email Contest “Jidin Sengal”.

Tarikh tutup penyertaan: 5 April 2012

 

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *