Pencarian ‘Raja Lawak Astro Musim 7’ Kembali Lagi

Pencarian ‘Raja Lawak Astro Musim 7’ kembali lagi setelah Shiro ditabalkan sebagai Juara Raja Lawak Musim 6 yang lepas. Ia terbuka kepada warganegara Malaysia & Singapura yang berumur 18 hingga 45 tahun (pada 15 Februari 2013) dan haruslah berpewatakan ceria dan menarik serta mempunyai bakat & minat di dalam bidang komedi.Sesi ujibakat akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan seperti di bawah.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai sesi uji bakat ini harus membawa Kad Pengenalan Malaysia (bagi wargenegara Malaysia) atau  Pasport Antarabangsa Singapura (bagi wargenegara Singapura) untuk pengesahan maklumat.Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.

Juara musim ketujuh akan membawa pulang wang tunai RM100, 000. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50, 000 & RM30, 000.Dapatkan maklumat lanjut berkenaan ujibakat Raja Lawak Musim Ke-7 seperti syarat-syarat penyertaan, lokasi dan tarik ujibakat serta maklumat-maklumat lain di laman web rasmi Raja Lawak Musim Ke-7 www.rajalawak.com.my atau di laman Facebook www.facebook.com/ZonRajaLawak atau di Twitter www.twitter.com/RajaLawakAstro .

Tarikh Lokasi
16 & 17 Februari 2013 Izora Hotel, Pulau Pinang
23 & 24 Februari 2013 Berjaya Megamall, Kuantan
2 & 3 Mac 2013 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah
9 & 10 Mac 2013 Plaza Angsana, Johor Bahru
16 & 17 Mac 2013 SACC Mall, Shah Alam, Selangor

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *