Friday , February 23 2024
Christopher Thompson (Left), Ching Lai Kwan (Centre), Alvin Kiew (Right)

Plantronics Perkenal Fon Kepala UC Stereo Tanpa Wayar yang Pertama

Plantronics Perkenal Fon Kepala UC Stereo Tanpa Wayar yang Pertama  | Plantronics, peneraju global komunikasi audio untuk perniagaan dan pengguna, hari ini melancarkan Voyager Focus UC, fon kepala stereo Bluetooh® wayarles yang pertama dalam industri dengan teknologi aktif pembatalan bunyi (active noise-cancellation, ANC) yang direka untuk mengurangkan bunyi dan gangguan dalam ruang kerja yang lapang, kolaboratif dan jauh.

Sebagai satu produk premium bagi komunikasi bersatu (unified communications, UC) dan aplikasi multimedia, Voyager Focus UC direka untuk pekerja perusahaan di pejabat terbuka atau persekitaran yang bising, menghilangkan gangguan latar ketika panggilan atau semasa waktu fokus. Fon kepala ini memberikan keselesaan sepanjang hari dan mempunyai teknologi sensor pintar intuitif, amaran audio, serta audio jalur lebar dan bunyi stereo hi-fi untuk pengalaman panggilan / muzik yang cemerlang.

Plantronics Voyager Focus UC_1

Reka bentuk fon kepala Voyager Focus UC yang berkualiti tinggi memberikan audio yang unggul kepada kedua-dua belah pihak panggilan. Reka bentuk ‘atas telinga’ (on-the-ear) bermaksud banyak bunyi frekuensi tinggi seperti bunyi dan suara pejabat akan diperlahankan. Pemakai akan mendapati bunyi frekuensi rendah, seperti penghawa dingin, dapat dikurangkan melalui ANC. Bagi mengurangkan bunyi yang dihantar dan terdengar oleh orang lain, tiga mikrofon yang tepat tertala dan algoritma pembatalan bunyi mengurangkan bunyi berpunca daripada bunyi keletak papan kekunci, penutur jarak dekat, dan pergerakan, di samping mengoptimumkan kejelasan suara. Ini bererti orang mendengar suara pembual, bukan persekitaran mereka.

voyager-focus-in-stand

Sorotan Voyager Focus UC yang baru termasuk:

  • Julat Bluetooth yang Diperluas: Bluetooth Kelas 1 mudah suai menyampaikan julat wayarles seluas 150 kaki di samping memelihara hayat bateri.
  • Jaminan mute tanpa bimbang: Teknologi Dynamic Mute Alert – yang pertama dalam industri – mengesan pertuturan dan memberi isyarat bahawa fungsi mute masih aktif. Selain itu, fon kepala secara automatik akan menjadi mute apabila pengguna menanggalkannya dan unmute apabila ia dipakai semula.
  • Keselesaan dan ketahanan: Kusyen telinga kekulit dibalut sekitar memory foam lembut memastikan keselesaan sepanjang hari, manakala cekak kepala logam berkusyen memberi ketahanan dan membantu mengekalkan pemasangan yang selesa dan rapat.
  • Sensor ‘on-board: Sensor ‘on-board’ mewujudkan pengalaman pengguna yang “pintar” dan intuitif. Contohnya termasuk menjawab panggilan dengan hanya memasangkan fon kepala dan memberhentikan audio mudah alih apabila fon kepala tersebut ditanggalkan dan memulakannya semula apabila dipasang semula.
  • Sedia untuk UC: Ujian yang menyeluruh terhadap Voyager Focus UC dengan penyelesaian kerjasama utama daripada Microsoft, Cisco, Avaya, and Huawei menjamin pengalaman yang terbaik mungkin apabila menggunakan aplikasi ini.

Sila layari www.plantronics.com untuk senarai ciri-ciri dan kebolehan yang lengkap.

Harga

MSRP untuk Voyager Focus UC adalah RM1518.00. Dapatkan maklumat lanjut di www.plantronics.com.

Check Also

Siri HONOR Magic mendapat sambutan hangat, prapesan sekarang untuk hadiah percuma bernilai lebih RM2,200

Telefon pintar flagship terbaharu HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic Vs menerima sambutan hangat selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *