Pn Nor Zaidah (Zai Collection) Julang Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023

Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M.) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor membangunkan usahawan OKU melalui program Liga Usahawan OKU Malaysia atau SAY LEAD PRO melalui Selangor Youth Community (SAY) disokong oleh Yayasan Hasanah. Usaha ini adalah untuk membangunkan usahawan OKU yang berbeza latar belakang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan melalui program keusahawanan yang telah berlangsung selama 18 bulan.

Pn Nor Zaidah dari Zai Collection dijulang sebagai Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023 dengan mengalahkan 9 pencabar yang lain.Beliau mengalami kecacatan fizikal yang kekal.Manakala produk yang dikeluarkan oleh beliau adalah blaus batik dan tanjak.

Program Liga Usahawan OKU Malaysia ataupun SAY LEAD PRO bermatlamat untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi mereka agar dapat menjana pendapatan yang stabil melalui perniagaan dan seterusnya mewujudkan sebuah komuniti usahawan OKU yang saling membantu serta bermanfaat kepada masyarakat. Terdapat empat fasa program ini iaitu Unearth The Talent, Commercialisation,Sustainability dan Giving Back to Society. Antara teras program ini adalah latihan keusahawanan,penglibatan mentor dari industri, sesi kaunseling dan penglibatan ahli keluarga.

Pada fasa pertama program, seramai 90 usahawan OKU telah dipilih berdasarkan sektor makanan dan minuman (F&B), jahitan dan perniagaan atas talian. Pada fasa ini, peserta diberikan latihan asas berdasarkan sektor mereka dan sejumlah RM90,000.00 telah diberikan kepada 30 peserta terbaik bagi semua sektor sebagai geran permulaan perniagaan.

Pada pusingan akhir Liga Usahawan OKU Malaysia pada hari ini, seramai 10 usahawan OKU telah membuat pembentangan perniagaan di hadapan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. Pelbagai jenis perniagaan telah dibentangkan, antaranya ialah kerepek, minyak wangi, kedai runcit, jahitan baju dan beg batik, tanjak, panipuri, sambal hitam belimbing, rendang dan sebagainya.

Di akhir pembentangan, tiga usahawan akan dipilih memenangi pusingan akhir ini seterusnya dinobatkan sebagai Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023. Pemenang akan membawa pulang trofi Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023 dan geran tambahan perniagaan bernilai RM2,000.00 seorang.

Keputusan Penuh :

TEMPAT PERTAMA: Pn Nor Zaidah binti Ab Rahman.

Jenama: Zai Collection

Jenis OKU: Fizikal

Produk: Blaus Batik & Tanjak

TEMPAT KE-2: Lailatol Mawar binti Mohd Noh

Jenama: Lyla Rose

Jenis OKU: Fizikal

Produk: Tote Bag, Book Cover, Table Runner, Placement

TEMPAT KE-3: Nurzakiah bt Dzulkifli

Jenama: Haruman Perfume

Jenis OKU: Fizikal

Produk: Minyak Wangi

Pusingan akhir Liga Usahawan OKU Malaysia pada hari ini telah diadili oleh juri berpengalaman yang terdiri daripada:

1. Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor merangkap Pengasas dan Penaung Diraja Selangor Youth Community (SAY)

2. YBrs. Encik Zadil Hanief Mohamad Zaidi – Ketua Pegawai Strategi, Yayasan Hasanah

3. YBrs. Encik Rizal Nainy – Ketua Pegawai Eksekutif, SMECorps 4. YBrs. Encik Muhd Firdaus Bin Azharuddin – Ketua Pegawai Eksekutif, INSKEN

5. YBrs. Puan Hairul Azrien Baharudin – Pegawai Pembangunan Usahawan, DDEC, MARA

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *