Pra-Pelancaran Anugerah Asia Islamic Finance And Investment Industry Awards (AIFIA 2020 ) & #Markamarie Malaysia

Pra-Pelancaran Anugerah Asia Islamic Finance and Investment Industry Awards (AiFIA 2020) bersama #MARKAMARIE Malaysia yang mana sesi ini di Lokasi Conference Room, Menara Citybank, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada jam 10 pagi.

Diantara ucapan dan menandatangani Dewan Perniagaan dan Pelaburan Islam Malaysia (DPPIM) Kolaborasi bersama Markamarie Malaysia SDN. BHD. MoA ialah:

1. Datin Raskidah ALI –
Honorary Chairman of Malaysia Islamic Investments Chamber of Commerce (MIICC).
2. Ismail H. Semin (#MARKAMARIE Global).
3. Franka SOERIA (#MARKAMARIE Global).
4. Datin Sharon M. ZILLAH (#MARKAMARIE Malaysia).
5. Assoc. Prof. Dr. Salina KASSIM –
Dean of IIUM Institute of Islamic Banking and Finance (IIiBF).
ASIA ISLAMIC FINANCE AND INVESTMENT INDUSTRY AWARDS (AiFIA 2020) 
1. AFIA merupakan inisiatif kolaborasi antara Malaysia Islamic Investment Chamber of Commerce (MIICC) dan IIUM Institute of Islamic Banking & Finance (IIiBF) serta Markamarie Malaysia Sdn Bhd.
2. Program ini diperkasakan oleh wanita untuk semua dengan tujuan untuk mengukuhkan lagi para usahawan yang ada serta untuk mencari dan memberi peluang untuk dana kepada pengasas produk atau usahawan supaya lebih berdaya saing.
3. AFIA berharap untuk menjadi platform dan pemben‘ anugerah yang paling berwibawa di dalam industi pelaburan dan kewangan islamik global. Kami sasarkan untuk memilih produk Pelaburan islamik terbaik di serata Asia. Sistem permarkahan yang menilai kedua-dua faktor kualitatif dan kuantitatif diambil kira untuk menentukan pemenang di Anugerah AFIA.
4. Anugerah AFIA bakaI dipersembahkan sewaktu malam gala penuh berprestij pada bulan September 2020 dan penganjuran bakal berlangsung di Kuala Lumpur selaku tuan rumah pada tahun ini.
PENGISIAN ACARA AFIA 2020 
✓ Malam Anugerah
✓ Meet Your Invester (MYI): Bertemu dengan pelabur/penaja yang berpotensi untuk produk islamik yang baru bermula, pendaftaran untuk jenama/pereka fesyen untuk mendapatkan bantuan di dalam AFIA 2020
✓ Meet The Buyers: Pereka/jenama fesyen boleh bertemu dengan pembeli (buyers) dan sesi tertutup bersama mereka di AFIA 2020
#MARKAMARIE

1. #Markamarie memulakan kembara serantaunya di Indonesia pada tahun 2017 dan diasaskan oleh tiga (3) individu yang pakar di dalam bidang mereka. Tiga (3) individu ini terdiri daripada Franka SOERIA (Global Modest Fashion Expert), Ismail SEMIN (Business Development and Marketing Specialist) dan Gokhan SEMIN (Digital and Communication Specialist).
2. #Markamarie menyasarkan untuk menjadi pintu gerbang buat fesyen sopan di Asia (The Gate of Modest Fashion in Asia), dan juga sebagai hab fesyen dan industri kreatif. Berbekalkan pusat operasi serta pejabat di Indonesia dan Turki, #Markamarie telah memulakan momentum yang jitu dalam menyediakan perkhidmatan lengkap A-Z buat jenama fesyen dari segi penjenamaan digital di dalam dan luar talian (online and offline), jemputan serta pembikinan acara-acara fesyen yang berprestij serta membantu sesuatu jenama fesyen itu untuk menakluk pasaran global.
3. Tahun 2020 bakal menyaksikan #Markamarie membuka pejabat di Malaysia dan India, serta diikuti Amerika Syarikat pada tahun 2021.
4. #Markamarie pernah berkolaborasi bersama institusi terkenal dan berwibawa dunia seperti UNHCR dan Official Modest Fashion Weeks (Istanbul-London-Dubai-Jakarta-Amsterdam) 
5. Antara bakal projek besar #Markamarie termasuklah penerbitan buku dan fIIem dengan kerjasama dari Amerika Syarikat serta Italy untuk pasaran global.
6. Projek bersama #MarkamarieMalaysia termasuk:
– Menganjurkan AiFlA & Funding The Founders bersama MICC and IIiBF 
– Asian Blogger Academy bersama MIICC dan Universiti Umum terkemuka Malaysia
– Memasarkan pereka dan jenama fesyen Malaysia melalui platform #Markamarie – Melibatkan pereka dan jenama fesyen di Malaysia untuk projek secara global
PERKSPEKTIF KOLABORASI ANTARA MIICC, lliBF dan #MARKAMARIE 
Penghubung titik pemisah di antara Modest Fashion dan Sektor Kewangan dan Pelaburan. Modest Fashion atau fesyen sopan merupakan satu sektor ekonomi islamik yang penting dan kerana ini adalah mengapa kami memerlukan pelabur yang berwibawa untuk fesyen sopan/islamik di Malaysia.
Kami boleh membantu para pengasas fesyen sopan untuk meningkatkan lagi jenama mereka. Kami disini biasa menghubungkan ekonomi dari bidang kreatif ke sektor kewangan untuk melahirkan Iebih ramai usahawan yang berhasil di dalam lapangan seni kreatif.
Visi kami termasuk: 
1. Melabur untuk para pengasas pemiagaan (Funding The Funders): Kami akan memupuk para pereka dan jenama fesyen melalui beberapa siri kursus yang bakal kami terajui.
2. AFIA 2020 pada September 2020 sebagai malam Anugerah khas buat para pelabur, syarikat serta individu yang mempunyai sumbangan terhadap islam serta pelaburan yang mempunyai nilai-nilai sosial yang murmi. Selain acara utama ini, kami juga akan menganjurkan pameran serta sesi bertemu pelabur dan pembeli bersama para usahawan terpilih.

Check Also

Kejayaan Berryfull Honey Lemon Inayah Beauty: Perisa Baharu yang Meraih RM2.5 Juta

Inayah Beauty, syarikat tempatan yang terkenal dengan produk makanan tambahan Berryfull, Gattox dan Break Oat, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *