Program Ceria Kembali Ke Sekolah FELCRA Berhad

Menyedari kepentingan sektor pendidikan negara bagi memastikan masa depan pelajar terjamin FELCRA Berhad telah menyalurkan bantuan dalam Program Ceria Kembali Ke Sekolah FELCRA Berhad.Program ini menyasarkan kepada golongan B40 yang berfujuan meringankan beban isi rumah di samping memastikan keselesaan pelajar-pelajar untuk memulakan alam persekolahan bagi tahun 2018.

Bantuan ini disalurkan dalam bentuk kelengkapan persekolahan iaitu pakaian sekolah, beg sekolah, kasut, stoking, buku latihan dan peralatan tulis.Program ini memberikan manafaat kepada melebihi 18 ribu orang anak-anak desa yang terdiri dari anak-anak peserta, anak-anak staf dan penduduk berhampiran kawasan operasi FELCRA Berhad iaitu di Wilayah Johor 2,429 orang, Wilayah Utara (Kedah dan Perlis) 1,008 orang, Wilayah Pahang 2,314 orang, Wilayah Perak 1,285 orang, Wilayah Sarawak 1,500 orang, Wilayah Tengah (Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan) 773 orang, Wilayah Timur (Kelam‘an & Terengganu) 4,422 orang, Wilayah Sabah 3,604 orang dan Ibu Pejabat 762 orang. Jumlah keseluruhan penerima sumbangan adalah berjumlah 18,097 orang dengan perunfukan melebihi RM6.3 juta.

Bertepatan dengan tagline ‘FELCRA Bantu Rakyat Tolong Rakyat‘, semoga program ini, tidak hanya dapat mengurangkan beban kewangan ibu bapa malah akan membantu secara bederusan untuk melahirkan Iebih ramai Iagi golongan cerdik pandai dalam kalangan rakyat kita.

Check Also

Kejayaan Berryfull Honey Lemon Inayah Beauty: Perisa Baharu yang Meraih RM2.5 Juta

Inayah Beauty, syarikat tempatan yang terkenal dengan produk makanan tambahan Berryfull, Gattox dan Break Oat, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *