Puan Zuriati Bekas Pemilik Agensi Takaful Bebas Dari 25 Pertuduhan Di Mahkamah

Sidang Media ini diadakan berikutan daripada suatu Perintah Pelepasan dan Pembebasan yang di berikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur kepada anakguam kami, Puan Zuriati binti Mohamed Yusoff pada 10.3.2023 selepas pertama kali di bawah ke Mahkamah untuk berhadapan dengan 1 Pertuduhan di bawah Seksyen 420 dan 25 Pertuduhan di bawah AMLA yang mana keseluruhannya telah dibicarakan bersama selepas pertuduhan dibacakan kepada Anakguam kami pada 9.10.2020.

Anakguam telah didakwa menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram yang didalam akaun bank milik syarikat Millionaire Synergy Sdn Bhd rententan daripada satu laporan polis di buat yang mana dikatakan Anakguam kami telah memperdaya seorang VVIP bagi mendapatkan satu cek bernilai RM1,849,719.75 dengan memalsukan resit pembelian enam (6) polisi insurans yang mana adalah tidak wujud.

Perbicaraan yang telah berlangsung selama sembilan (9) hari secara keseluruhannya merangkumi keterangan-keterangan yang diberikan oleh dua puluh empat (24) orang saksi pendakwaan sebelum Hakim Mahkamah Sesyen mengarahkan Anakguam kami untuk membela diri dan enam orang (6) saksi telah dikemukakan oleh Anakguam kami di peringkat pembelaan termasuk seorang saksi pakar.

Saksi utama kes Pendakwaan telah memberi keterangan bahawa cek bernilai RM1,849,719.75 di berikan kepada Anakguam kami bagi urusan pembelian polisi insurans walaupun pada hakikatnya wujud bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wang tersebut dimasukkan untuk tujuan pelaburan emas sebagai galang ganti untuk kerugian pelaburan unit amanah yang dimasuki seorang VIP atas arahan yang diberikan oleh ayam tambatan VIP tersebut yang juga merupakan salah seorang daripada saksi utama pihak Pendakwaan.

Atas bayangan pertuduhan AMLA yang mengekori kehidupan harian Anakguam kami, dalam tempoh empat tahun ini juga, selain sumber pendapatan Anakguam menjadi terbatas, Anakguam kami juga terpaksa melepaskan hasil keringat yang dibina sepanjang 20 tahun berkecimpung di dalam bidang insurans dengan menyerahkan agensi beliau iaitu KL Billionaire Partner kepada successor ataupun pengganti beliau demi untuk menjaga nama baik syarikat takaful yang Anakguam kami wakili.

Walaubagaimanapun, Anakguam kami percaya pertempuran dalam menafikan dakwaan yang dibuat ke atas Anakguam kami adalah tidak mudah dan sumber sokongan daripada keluarga, sahabat handai dan agen-agen beliau dalam bidang takaful merupakan salah satu kuasa yang sentiasa menjadi pemangkin untuk Anakguam kami bergerak kehadapan. Sikap positif yang diterapkan dan dipancarkan terutama melalui penulisan Anakguam kami di media sosial juga adalah satu wasilah untuk Anakguam kami redha dengan ketetuan Sang Pencipta dan merupakan satu kekuatan untuk terus bangkit menongkah arus kehidupan dengan berlapang dada.

Setelah hampir dua minggu selepas Penghakiman dikeluarkan, Anakguam kami bersyukur dengan perintah pelepasan dan pembebasan ke atas kesemua Pertuduhan yang dibuat ke atas Anakguam kami dan akhirnya Anakguam kami dapat keluar daripada bayangan Pertuduhan AMLA.

Pejuangan beliau secara keseluruhan membuktikan setiap agen Unit Amanah dan Takaful di Malaysia mempunyai hak untuk berjuang atas segala tuduhan pelanggan mereka di makamah.

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *