realme X2 Pro Paling ‘Hype’ Dengan Cip Pemprosesan Terkuat 2019 Iaitu Snapdragon 855 Plus

realme telah tampil dengan peranti model terbaru iaitu realme X2 Pro. Peranti terbaru realme iaitu X2 Pro merupakan peranti kuasa model bagi keluaran realme. Kali ini realme X2 Pro bakal dijana dengan teknologi cip pemprosesan terkuat 2019 iaitu Snapdragon 855 Plus. Ia bakal hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 Plus , tiada lagi masalah performance atau lagging ketika anda bermain permainan seperti PUBG Mobile, Fortnite Mobile, Call Of Duty Mobile serta Mobile Legends. Cip pemprosesan Snapdragon 855 Plus merupakan cip pemprosesan terkuat untuk snapdragon pada tahun 2019. Jadi tidak hairan lah jika realme X2 Pro bakal menjadi pilihan pengguna di luar sana yang amat dahagakan sebuah peranti yang berkuasa tinggi serta tiada masalah dari segi performance.

Selain dari cip pemprosesan yang berteknologi tinggi,cip pemprosesan ini merupakan generasi baru Adreno 640 GPU dengan peningkatan kepantasan sebanyak 15% untuk grafik berbanding Snapdragon 855 yang sebelum ini. Selain dari itu,Snapdragon 855 Plus ini juga menyokong Snapdragon Elite Gaming di mana ia dikuasakan dengan Quad HD+ yang mana akan menambah baik pengalaman anda ketika bermain games.

Selain daripada teknologi terkini cip pemprosesannya, realme X2 Pro juga bakal tampil dengan Quad Camera 64MP, 90Hz Ultra Smooth Display, SuperVOOC,20x Hybrid Zoom serta Dolby Atmos Dual Speaker. Jadi tidak hairan lah, realme X2 Pro merupakan peranti yang amat ditunggu-tunggu oleh peminat gadjet di Malaysia. Kita tunggu pengumuman dari realme Malaysia bilakah peranti flaship ini bakal hadir ke Malaysia.

Check Also

AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *