realme X2 Pro versus Vivo Nex 3

realme Malaysia baru-baru telah melancarkan peranti kuasanya yang terbaru iaitu realme X2 Pro. Peranti ini dilengkapi dengan cip pemprosesan terkini iaitu Snapdragon 855 Plus. Di antara peranti lain yang menggunakan cip pemprosesan yang sama ialah vivo Nex 3. Jom kita tengok perbandingan di antara kedua2 peranti ini.

Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan Android 9.0 namun untuk realme X2 Pro ia bakal di naiktaraf ke Android 10 pada tahun 2020. Ia juga dilengkapi dengan Color OS 6.1.

realme X2 Pro

Untuk rekabentuk realme X2 Pro ia menggunakan SUPER AMOLED dengan kapasiti touchscreen dengan 16M warna.Ia bersaiz 6.5 inci dengan 84.9% ratio skrin.Peranti ini juga dilengkapi dengan 90Hz Ultra Smooth Display.

vivo Nex 3

Untuk rekabentuk vivo Nex 3 ia menggunakan SUPER AMOLED dengan kapasiti touchscreen dengan 16M warna.Ia bersaiz 6.89 inci dengan 93.6% ratio skrin.

vivo Nex 3 5G tersedia dengan network 5G manakala realme X2 Pro hanya 4G namun network 5G masih belum tersedia di Malaysia. Jadi jika anda membeli vivo Nex 3 sekarang, anda hanya boleh menggunakan network 4G sahaja. Sehubungan dengan itu, realme X2 Pro adalah pilihan yang amat tepat ketika ini.

Dengan saiz 6.5 inci ini, realme X2 Pro lebih senang dibawa ke mana2 ketika travel serta untuk gaya hidup masakini.

realme X2 Pro di lengkapi dengan 4 rear kamera iaitu 64MP f1.8, 13MP f2.5 ( telephoto ), 8MP f2.2 ( ultrawide ) dan 2MP f/2.4 ( depth sensor ).Manakala untuk vivo Nex 3 pula hanya dilengkapi dengan 3 rear kamera iaitu 64MP f/1.8, 13MP f/2.5 ( telephoto ) dan 13MP f/2.2 ( Ultrawide ).

realme X2 Pro menggunakan SuperVOOC Flash Charge dengan 50W manakala vivo Nex 3 hanya 44W. Dengan mengambil masa 35 minit sahaja bateri realme X2 Pro akan fully charge.

Satu lagi kelebihan realme X2 Pro berbanding Nex 3 adalah dari segi tona warnanya. Tona warna realme X2 Pro lebih natural berbanding Nex 3. Untuk rear camera, kedua2 model mempunyai EIS, namun untuk camera selfie hanya realme X2 Pro mempunyai EIS.

Potrait Mode

Harga realme X2 Pro di Malaysia dengan kapasiti 12GB + 256GB iaitu RM2,399 manakala harga vivo Nex 3 5G 8GB + 256GB pula RM3,699. Pilihan di tangan anda untuk peranti yang mana anda patut beli. Jika dilihat dari segi spec dan harga ia memberi kelebihan kepada realme X2 Pro iaitu peranti kuasa terbaru dari realme.

 

 

Check Also

AirAsia rai penerbangan pertama dari Kuala Lumpur ke Kertajati

AirAsia Malaysia (AK) hari ini meraikan penerbangan pertamanya dari Kuala Lumpur ke Kertajati di Jawa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *