Thursday , October 28 2021

REALME X3 SUPERZOOM

Jenama telefon pintar paling pesat berkembang di dunia, realme kembali dengan satu lagi model baharu, realme X3 SuperZoom. Produk ini dibina dengan cip pemproses Snapdragon 855+ terbaru, penyediaan kamera 64MP Quad dengan 60X SuperZoom dan Paparan Ultra Smooth 120hz. Peranti ini bertujuan untuk menawarkan pengalaman unggulan kepada rakyat Malaysia dengan ciri-ciri superzoom dan superspeed.

“Sebagai jenama trendsetter, kami sangat komited dalam memberikan pengguna pengalaman fotografi terbaik. Kami bermula dengan dua kamera dan terbaharu kami perkenalkan enam kamera dengan 64 megapiksel. Hari ini menandakan satu lagi kejayaan penting bagi realme Malaysia dengan telefon pintar berkelas flagship iaitu realme X3 SuperZoom,” kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.

realme X3 SuperZoom – Prestasi

Prestasi realme X3 SuperZoom telah dipertingkatkan dengan Snapdragon 855+ octa-core yang menampilkan cip pemproses 7nm dan GPU Adreno 640. Ia membolehkan cip pemproses berfungsi 15% lebih pantas dari segi rendering grafik berbanding dengan Snapdragon 855.

Prestasi model realme X3 SuperZoom juga dimaksimum dari segi CPU dan GPU, dan menggunakan UFS 3.0 Boost on ROM untuk mencapai prestasi dan kelebihan yang kuat berbanding pesaing lain. realme X3 SuperZoom juga mencatatkan skor tertinggi bagi telefon pintar yang menggunakan cip pemproses Snapdragon 855+ dengan skor Antutu 517,743.

Selain itu, ia dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair yang baru dipertingkat dengan liputan 100% penuh pada sumber pemanasan teras dan menurunkan suhu untuk mengekalkan prestasi dan kelajuan.

realme X3 SuperZoom – Kamera

realme X3 SuperZoom mempunyai Kamera Quad 64MP dengan 60X SuperZoom, yang terdiri daripada kamera utama 64MP, lensa telefoto periskop 8MP 5x, lensa sudut ultra lebar 8MP, dan lensa makro. Penyediaan Kamera Quad 64MP membolehkan pencinta fotografi dapat menangkap momen berbeza dengan gambar yang lebih besar dengan hanya satu klik.

60X SuperZoom membolehkan pengguna mengambil gambar bangunan dalam jarak 15 kilometer di sekitar anda. Ia juga akan mengoptimumkan tekstur untuk meningkatkan kejelasan gambar dari 0.5 hingga 60 kali.

Dari segi mod kamera, ia dilengkapi dengan Nightscape 4.0 (Mod Pro) yang dipertingkat teknologinya, membolehkan pengguna menyesuaikan ISO, WB, shutter speed dan fokus jarak secara manual. Berbanding dengan Mod Pro biasa, Nightscape Mod Pro menggunakan algoritma multi-bingkai 10+ untuk meningkatkan kualiti gambar dengan lebih ketara. Pengguna kini boleh mengambil gambar malam dengan kesan khas seperti trek cahaya yang diambil dengan pendedahan cahaya lebih lama (long exposure).

Pengguna juga dapat merakam foto bintang dengan Starry Mode terbaharu. Ia menggunakan algoritma AI yang digabungkan dengan pendedahan ultra-panjang dan sintesis multi-bingkai untuk meningkatkan ketajaman dan kecerahan bintang sekaligus memberikan anda foto bintang yang profesional.

Selain itu, kamera depan realme X3 SuperZoom dilengkapi dengan dwi kamera 32MP Sony 80° sudut lebar dengan IMX616 dan kamera ultra sudut lebar 8MP 105°. Ini memberi kelebihan kepada pengguna untuk menangkap gambar pada jarak 2.5 kali lebih banyak dengan Edge Deformity Correction, di mana ia mengenali wajah secara automatik dan mengoptimumkan kontur wajah ketika mengambil gambar selfie.

Kedua-dua kamera hadapan juga menyokong fungsi HDR dan Nightscape Selfie potret, begitu juga rakaman video sudut ultra lebar dengan UIS Video Stabilization.

realme X3 SuperZoom – Paparan

realme X3 SuperZoom mengandungi Paparan Ultra Smooth 120 Hz 6.6 inci dengan kadar penyegaran 120 Hz. Ia mampu menghasilkan 120 bingkai sesaat, yang mana paparan 120 Hz mempunyai kadar penyegaran 100% lebih tinggi jika dibandingkan dengan paparan 60 Hz konvensional. Lebih menarik, ia menghasilkan pengalaman visual yang lancar.

Telefon pintar ini pasti memukau anda, bukan sahaja dengan pengalaman visual terbaik dengan paparan sebesar 16.6 cm, tetapi nisbah skrin-ke-badan yang hebat pada kadar 20: 9, resolusi FHD+ 2400x1080P, nisbah skrin ke badan 90.5% dengan kecerahan puncak 480nits. Paparannya juga dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 5 untuk perlindungan yang lebih baik.

realme X3 SuperZoom – Bateri

Dari segi hayat bateri, realme X3 SuperZoom dilengkapi dengan bateri 4200 mAh dan caj dart 30W. Hanya 55 minit sahaja diperlukan untuk pengecasan bateri penuh dan walaupun semasa permainan berat, ia dapat mengecas lebih daripada 60% dalam masa satu jam.

Ketersediaan Produk & Harga

Versi Warna Info Jualan
 

 

 

realme X3 SuperZoom

(8GB+128GB)

 

RM 1999

 

 

 

Arctic White

&

Glacier Blue

Jualan rasmi pertama pada 2 Jun 2020 secara ekslusif di realme Lazada Flagship Store.

Pautan: https://bit.ly/x3prrm

 

Diskaun RM200 terhad kepada peminat realme yang membuat pembelian di realme Lazada flagship store. (Hanya pada 2 Jun 2020).

 

*Waranti tambahan 1 tahun

 

 

realme X3 SuperZoom

(12GB+256GB)

 

RM 2299

 

 

 

Arctic White

&

Glacier Blue

Variasi 12GB+256GB hanya boleh didapati bermula 6 Jun 2020 di semua pengedar rasmi realme seluruh Malaysia.

 

*Waranti tambahan 1 tahun

 

Setiap pembelian oleh realme fans akan diberi percuma satu unit realme Buds Air.

realme X3 SuperZoom mempunyai sensor cap jari yang dipasang secara side-mounted di lokasi yang sempurna semasa anda menghubungi untuk membuka kunci telefon. Ini memberi pengguna pengalaman membuka kunci yang cepat dan lebih tepat.

Ia juga menyokong dua saluran GPS dalam Jalur L1+L5, yang dapat memberikan perkhidmatan lokasi dan pengalaman navigasi yang lebih tepat. Dari segi kualiti audio, realme X3 SuperZoom dilengkapi dengan 1216 pembesar suara super linear, dan menyokong Dolby Atmos dengan sijil Hi-Res. Memberi anda suara surround yang mengasyikkan semasa bermain atau menonton siri Netflix kegemaran anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara dan promosi kami, ikuti kami di halaman Facebook kami serta Instagram di @realmemalaysia.

 

Check Also

DJI Action 2 Naik Taraf Rakaman Aksi

DJI, peneraju di persada global dalam arena dron awam serta teknologi kamera kreatif, hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *