Sunday , September 24 2023

Selepas ‘Santau Merasuk’..’Amukan Pocong’ Bakal Mengamuk Di Slot Seram TV3

Selepas ‘Santau Merasuk’ tamat pada minggu lepas, tibalah masa ‘Amukan Pocong’ mengamuk di Slot Seram TV3 bermula 15 Mac 2012. Ia adalah terbitan Padi Pictures Sdn Bhd dan menampilkan tiga nama terkenal iaitu Aidilfitri Mohamad Yunos selaku pengarah bergandingan dengan Nor Aliah Lee Abdullah dan Sofea J.Rhyland sebagai penulis skrip.

Antara nama-nama yang bakal membintangi drama ini ialah Azhan Rani,Ezany, Iqram Dinzly,Neelofa,Nabila Huda,Farlyna Idris,Elly Mazlein,Namron,Siti Elizad dan ramai lagi. 

Ia mengisahkan Long Husin seorang kaki judi dan 2 orang rakannya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan ‘alamat’ nombor ekor untuk menang wang menggunakan cara mudah.Walaupun berjaya mendapatkan habuan yang besar, namun tindakan mereka juga telah ‘membangkitkan’ pocong yang kini berkeliaran ganas dan menuntut 13 gadis sunti seperti yang dijanjikan selama ini.

Siapakah yang bakal menjadi mangsa amukan pocong ini dan siapa pula yang berjaya menumpaskan kuasa ilmu hitam ini?

Jangan ketinggalan menonton drama ini dan ia bakal menghantui anda selama 13 episod……

Check Also

Randy Pangalila & Olivia Lubis Jensen Dalam “Hafizah”

Astro Indopek Saluran Pelangi 142 bakal membawakan sinetron terbaru yang berjudul “Hafizah” pada 16 September …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *