SME Market Expansion Showcase mencipta impak positif apabila menghimpunkan lebih 30 perniagaan terpilih bersama pengunjung serius di CityStage @ KL City Walk, Kuala Lumpur. Acara sulung ini tampil sebagai platform pertumbuhan bisnes untuk usahawan tempatan yang mahu berkembang lebih jauh.

Bukan sekadar pameran jualan, acara ini turut membuka ruang kepada jenama untuk promosi, jualan terus, jaringan strategik dan sesi forum bersama pakar industri. Program sehari itu menerima kehadiran pemilik SME, usahawan, profesional korporat, pembeli serta pelabur.
LEBIH 30 BISNES DALAM SATU PLATFORM
SME Market Expansion Showcase dianjurkan oleh Tanker Collaborative Sdn Bhd sebagai platform yang menyatukan pelbagai sektor perniagaan. Fokus utama termasuk penglibatan pelanggan secara langsung, peluang jualan segera dan sesi networking bersama pembuat keputusan.

Penganjur turut menekankan konsep kolaborasi antara vendor agar peserta boleh membina leads, berkongsi peluang serta memperluas rangkaian pelanggan selepas acara berakhir.
FORUM ESG, GRANT DAN PEMBIAYAAN
Antara tumpuan utama ialah sesi forum berkaitan ESG, strategi pengembangan pasaran, AI untuk pertumbuhan digital, pembiayaan dan geran perniagaan. Janet New berkata bahawa SME merupakan tulang belakang ekonomi negara.

Sesi ESG diketuai oleh Stacia Lim yang menjelaskan kepentingan ESG kepada SME. Panel turut disertai Alan Chin dan Shu Yi Kuek mengenai geran, insentif cukai serta green financing.
KESIHATAN DAN DIGITAL TURUT DIBERI PERHATIAN
Acara ini tidak hanya fokus kepada kewangan, malah merangkumi kesihatan usahawan. Dr. JC Wong berkongsi topik penjagaan jantung, pemilihan minyak sihat dan pengurusan kolesterol semula jadi.

Selain itu, Kien Lim membincangkan strategi menembusi pasaran baharu, penggunaan saluran digital dan scaling bisnes tanpa kos operasi tinggi.
ACARA LEBIH BESAR BAKAL MENYUSUL
Kejayaan edisi pertama ini membuka peluang untuk penganjuran lebih besar selepas ini. Tanker Collaborative yang beroperasi di Malaysia dan Hong Kong dilihat berpotensi membawa konsep sama ke peringkat serantau.

Dengan sambutan memberangsangkan, SME Market Expansion Showcase dijangka menjadi antara platform penting buat komuniti usahawan tempatan pada masa akan datang.
Selebriti Online Portal Hiburan Dan Gaya Hidup Malaysia