Friday , February 23 2024

SHARIFAH KHASIF TARANNUM Medium Imarah AL QURAN

 Syarifah Khasif 1

Sharifah Khasif, nama yang cukup sinonim dengan alunan tarannum dan teknik lontaran suara yang luar biasa apatah lagi selepas dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al Quran Antarabangsa 2009. Beliau bukan sahaja dikenali di Malaysia malah menjadi idola kepada seluruh muslimah yang mencintai Al Quran di seluruh dunia. Mana tidaknya kehadiran beliau memenuhi undangan sehingga ke serata negara Timur Tengah dan Eropah antaranya Iran, Turki, Mauritius, Jerman, Austria, Durban, Cape Town, Kanada, Amerika Syarikat, Indonesia, Singapura dan banyak lagi mendapat sambutan yang luar biasa.

Bakat di dalam seni tarannum juga dimanfaatkan dan diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ilmiah di saluran radio dan stesen televisyen tempatan.

Di sinilah bermulanya karier beliau sebagai seorang qariah dan personaliti tv di negara kita. Sharifah Khasif mula ditawarkan untuk menjadi pengacara tv, program pertama yang dikendalikannya ialah Indahnya Kalam Suci. Sejurus selepas itu, rezekinya sebagai pengacara semakin melimpah apabila diberi kepercayaan mengendalikan program Akademi Quran, Kalamullah, Qari Junior, Tilawah Interaktif Al Quran, Tadbir Ringgit dan yang terkini Shoutul Quran.

Photo

Beliau mendapat ‘sanad’ iaitu pengiktirafan kefasihan bacaan Al Quran daripada Sheikh Fathi Hasan Mohamad Hasan Al-Maliji (Mesir), Syeikh Basheer Hasan Ali Al-Himyari (Yemen) dan Syeikh Inani Nafiq (Mesir).

Di atas minat yang mendalam terhadap Al Quran dan setelah beberapa tahun merancang, kini album tarannum yang dinantikan oleh pencinta seni tarannum akhirnya terhasil.

Sharifah Khasif, 32, menaruh harapan yang tinggi terhadap album tarannum ini kerana baginya ia amat bermakna dan  tidak ternilai harganya. Sepanjang bergelar qariah tersohor negara, penghasilan album ini adalah menjadi impiannya sekian lama. Album tarannum ini merupakan album kedua terbitan syarikatnya sendiri iaitu Sharifahkhasif Production Sdn. Bhd. setelah album qasidah pertama, Al Husna mendapat sambutan menggalakkan.

Album tarannum yang dilancarkan pada 11 November 2014 bertempat di Restoran Al Rawsha memuatkan 7 surah-surah pilihan dengan 7 tarannum asas. Istimewanya album ini ia juga memuatkan satu contoh gaya bacaan pada surah yang panjang berdurasi lebih kurang 17 minit.

Bagi memastikan kelancaran penjualan album ini, pihak Sharifahkhasif Production Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama dengan Warner Music (M) Sdn Bhd yang dilantik selaku pengedar eksklusif untuk pasaran Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Album tarannum ini mula memasuki pasaran mulai esok, 12 November 2014 dan boleh didapati di seluruh outlet muzik dan kedai – kedai buku islamik dengan harga RM21.90.

Check Also

Kisah Tiga Sahabat Dalam MONEY NO ENOUGH 3

Wang tidak pernah cukup! Kisah MONEY NO ENOUGH 3 mengisahkan tentang tiga sahabat baik dari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *