Atlet tunggal BMX Freestyle mewakili Malaysia ke Kejohanan dunia

Pelumba tersohor kebangsaan, Sheikh Muhammad Taslim Shaikh Mohd Raziff berikrar membawa pulang kejayaan pada penampilan kedua nya di Kejohanan Dunia dalam acara berbasikal di Glasgow Scotland pada 3 – 13 Ogos ini.Juara sulung Kejohanan BMX Freestyle Kebangsaan 2023 itu berjanji mahu mengulangi pencapaian manisnya ketika menafikan keaiban untuk kem Malaysia pada temasya dwitahunan Sukan Sea 2019 di Tagaytay, Manila.Pada ketika itu, Sheikh Muhammad Taslim tampil pada hari terakhir disiplin BMX Freestyle untuk menghadiahkan satu-satunya pingat untuk kem Malaysia sekali gus membolehkan skuad kebangsaan negara meneruskan tradisi sentiasa membawa pulang medal pada Sukan Sea.Pelumba kelahiran Selangor dan dibesarkan di Kuantan, Pahang itu yang dikenali Botak kini menganggap penampilannya di Glasgow, Scotland sebagai satu petanda terbaik buatnya untuk mencabar dirinya untuk beraksi dan meletakkan nama Malaysia segaris dengan nama negara yang lain.

“Saya masih ingat detik Sukan Sea 2019. Ketika itu pengurus pasukan (Amrun Misnoh) datang memberi semangat kepada saya sebelum memulakan acara. Arwah hanya berkata gangsa pun sudah memadai.“Sebenarnya saya boleh capai kedudukan yang lebih baik pada ketika itu. Bagaimanapun saya tahu sangat getir kerana semua pihak di Malaysia mengharapkan pingat daripada saya. Tekanannya hanya Allah sahaja yang tahu.“Bagaimanapun akhirnya saya berjaya raih pingat gangsa. Arwah pernah berkata kepada saya pingat gangsa yang saya menang itu umpama emas kepada kem Malaysia.” Katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia.Pengurus pasukan kebangsaan, Becky Zulkepli menyifatkan sudah sampai masa untuk Botak mempamerkan kehebatan di peringkat dunia sekalipun mengalami sedikit kecederaan di bahu kanan.“Botak cedera di bahu kanan. Saya harap ia tidak menganggu persembahan dan konsentrasi Botak.Saya mahu Botak raih medal kerana saya tahu sejauhmana keupayaan beliau. Ayuh rakyat Malaysia doakan kejayaan kami,” katanya.Becky Zulkepli turut menyifatkan cuaca sejuk sebagai salah satu cabaran terbesar untuk Botak. Terima kasih juga kepada NAR Records, Carnada Bikes dan Undernorthbmx kerana bersatu membantu memberangkatkan Botak untuk bertanding di mata dunia.

“Kami tiba di Glasgow pada pagi Isnin dan akan bertanding pada Selasa dan sekiranya Botak berjaya mara ke separuh akhir, ia akan di teruskan pada Rabu dan Khamis. Sy cuma berharap agar Botak boleh beradaptasi dengan perubahan cuaca yang sememangnya menjadi percabar terbesar”katanya.Ramai pelumba berkaliber seperti pelumba Eropah dah seluruh dunia yang turut bertanding dalam kejohanan ini.Botak yang menduduki tangga ke 25 terbaik di dunia juga menjadi atlit tunggal mewakili Malaysia dalam kejohanan dunia kali ini.

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *