Sofea /SYJ, Farasu dan Suffercation Bakal Gegar Hard Rock Kuala Lumpur

Para peminat muzik tanah air khasnya peminat irama rock dan ekstrim metal tempatan berpeluang untuk menyaksikan kehebatan kumpulan-kumpulan yang kini sering meniti di bibir para peminat yang dahagakan persembahan hebat mereka..  Sofea/SYJ, Suffercation dan Farasu bakal disatukan di atas satu platform di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 28 Ogos ini.

Ianya merupakan konsert yang dianjurkan khas  oleh Garam Gula Production untuk menyatukan ketiga-tiga jentera yang rata-rata mempunyai fanatika tersendiri. Kegemilangan kumpulan Sofea/SYJ yang cukup dikenali di pentas arena muzik tempatan satu ketika dahulu pastinya bakal mengimbau nostalgia buat peminat yang membesar dengan alunan lagu-lagu daripada Sofea/SYJ. Mereka pernah hadir dengan lima buah album iaitu Kembali (1987), Anak Liar (1988), Boneka Pentas (1989), Khudrat (1990) dan Mimpi & Airmata (1992).

00sofea
Sofea

Sofea/SYJ yang pernah mendapat jolokan ‘Motley Crue Malaysia’ juga sukar dilupakan oleh pelbagai syarikat rakaman malah ramai yang masih berminat untuk menerbitkan album baru selepas lebih 20 tahun mereka tidak muncul dengan sebarang lagu mahupun album baru.

Sofea/SYJ kini dianggotai oleh Amir (vokalis), Man Rani (bass), Shamil (dram) dan Sham (gitar) adalah individu yang cukup luas pengalaman muzik dalam bidang masing-masing. Kumpulan yang pernah popular dengan lagu seperti Debu Khayalan, Hujan, Kembali, Orang Timur dan Anak Liar ini mula diperkenalkan dalam album kompilasi dan konsert bergerak Battle of the Bands pada tahun 1985.

13726634_10208901408525268_8030886377071558531_n

Kami cukup teruja kerana diberi peluang dan ruang untuk tampil di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, malah kami berjanji untuk memberikan sesuatu yang cukup istimewa untuk peminat yang tidak pernah jemu untuk menyokong perjuangan kami”, ujar Amir selaku vokalis kumpulanSofea/SYJ.

Apa yang lebih membanggakan showcase di HRC Kuala Lumpur ini turut menampilkan 2 buah kumpulan yang berlainan genre dengan konsep yang berbeza.  Ianya sedikit sebanyak bakal mempengaruhi persembahan kami.  Pastinya dengan genre yang berlainan serta penggemar yang berbeza akan mengoptimumkan persembahan kami nanti”, tambahnya.

Jika sebelum ini pentas Hard Rock Café Melaka pernah di digegarkan oleh kumpulan Farasu dan Suffercation.  Namun  atas permintaan peminat yang tidak berkesempatan menyaksikan persembahan mereka tempohari maka pihak penganjur sekali lagi membariskan Farasu dan Suffercation untuk beraksi di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Farasu yang bermula pada penghujung tahun 2002, ditunjangi oleh Shah Zaini, Nahak, Ordil Jay Sven, Apai dan Mus Fidayyin tampil dengan album pertama yang berjudul “Menongkah Arus” (2010).  Album yang bernadikan eastern metal ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan penggemar muzik berat tempatan. Album kedua “Against Tyranny” telah diterbitkan pada tahun 2015 terus membuka ruang dan peluang buat Farasu untuk pergi lebih jauh.

farasu
Farasu

“Sebelum ini kami cukup teruja kerana dapat beraksi Hard Rock Café Melaka malah keterujaan itu terus menyemarakkan semangat kami untuk tampil dengan semangat yang lebih jitu di Hard Rock Café Kuala Lumpur nanti”, ujar Nahak

“Kami akan memberikan kelainan untuk persembahan di Hard Rock Café Kuala Lumpur nanti, apatah lagi kami dapat beraksi dengan 2 lagi jenama hebat yang ternyata cukup dikenali di persada muzik bawah tanah amnya dan industri muzik rock khasnya”.

Bagi peminat muzik underground sudah tentu anda mengenali nama Suffercation. Penyatuan anggota asal kumpulan Suffercation pastinya sentiasa dinantikan oleh penggemarnya.  Jeff, Ly, Rob, Wan Kamal dan Loli adalah tulang belakang yang memantapkan muzik Suffercation itu sendiri.  Album pertama “Day Of Darkness” keluaran Valentine Sound Production pada tahun 1992 sentiasa menjadi bualan peminat dari dulu sehingga kini.

Setiap album yang dilahirkan pastinya menjadi bualan serta tampil dengan konsep yang berlainan. Malah ada di kalangan peminat yang memberi reaksi negatif apabila Suffercation tampil dengan album melayu yang di lihat cukup bertentangan dengan konsep Suffercation itu sendiri.

suffer
Suffercation

Sehingga kini Suffercation telah hadir dengan 6 buah album, Day Of Darkness, Cryptic Existence, In Sufferance, Karisma..Rialiti..Abadi.., Pendekar dan As We Breathe..

Farasu, Suffercation dan Sofea/SYJ bakal di satukan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 28 Ogos ini.  Dengan tiket serendah RM60.00 anda bakal disajikan dengan santapan muzik yang sentiasa malar segar seraya mengembalikan nostalgia sewaktu anda membesar dengan muzik-muzik mereka.  Showcase eksklusif ini akan bermula sekitar jam 2 petang dan berakhir pada jam 6 petang.

Pastikan janji temu anda bersama mereka, sebarang pertanyaan boleh hubungi Hard Rock Café Kuala Lumpur di talian 03-2715 5555  atau datang sendiri ke Hard Rock Café Kuala Lumpur.  Bagi peminat setia Sofea/SYJ anda boleh lawati fb:www.facebook.com/sjy@sofeafanclub.Sofea untuk mengetahui informasi terkini.

 

Check Also

Roh dan Fitrah Bakal Diterjemahkan Menerusi Konsert “Oh Irama Oh Nyawa Kugiran Wak Jeng”

Usah di nilai pada nama yang tampak tidak begitu komersil, tetapi hargailah dan pandanglah pada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *