Syed Adney Enggan Ulas Hubungan Cinta Dengan Siti Saleha

Kalau buah hatinya, pelakon Siti Saleha lebih terbuka untuk mengulas tentang gosip perhubungan cinta mereka meskipun sekadar secara ringkas. Berbeza dengan si jejaka yang juga merupakan penjaga gol pasukan Sabah ni, Syed Adney, bertegas tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai gosip berkenaan.

Memetik kenyataan di murai.com, pemain berusia 26 tahun ini menafikan menjalin hubungan cinta dengan aktres drama bersiri popular, Nora Elena itu. Bagaimanapun, Syed Adney memberitahu isu berkenaan adalah kisah lamanya bersama Siti Saleha.

“Saya minta maaf. Saya tidak mahu komen tentang gosip itu. Kisah ini sudah lama habis. Saya tidak mahu ia diperbesarkan lagi. Apapun, saya menafikan dakwaan tersebut.

“Sebelum ini pun, saya hanya berkawan saja dengan dia dan langsung tidak mempunyai hubungan cinta seperti yang telah digembar-gemburkan.

“Saya tidak mahu cerita lebih-lebih kerana ianya adalah cerita privasi saya. Saya ni pun bukannya siapa-siapa. Saya hanya orang biasa,” katanya.

Dalam pada itu, pemain yang pernah tersenarai sebagai pemain bola paling kacak di Malaysia ni turut berterima kasih dan terima akan pandangan ramai terhadap tittle  yang dimilikinya itu, ujarnya.

Menyentuh mengenai perkahwinan, adik kepada pelakon Sharifah Sofea berkata buat masa ini dia masih belum terfikir lagi untuk menamatkan zaman bujang.

“Saya tidak tahu lagi bila mahu kahwin. Biar Tuhan saja yang menentukannya. Apa yang saya tahu, saya kini kena lebih fokus memandangkan pasukan saya berada dalam keadaan tidak berapa baik,” katanya

Dalam pada itu, pemain yang disenarai sebagai pemain bola paling kacak di Malaysia ni turut berterima kasih dan menerima akan pandangan ramai terhadap ‘gelaran’ yang tersebut.

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *