Astro meraikan Tahun Baru Cina bertemakan Xi Xi Ha Ha Xi Yang Yang dengan barisan program paling menarik sebagai permulaan yang penuh bermakna dan berseri untuk Tahun Kambing.
En. Choo Chi Han, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Pelanggan Cina Astro berkata, “Xi Xi Ha Ha mewakili tawa riang manakala Xi Yang Yang dalam Bahasa Mandarin bererti kegembiraan. Justeru, Astro bakal menyediakan pengalaman yang cukup meriah sempena perayaan ini buat rakyat Malaysia, menerusi pengisian program tempatan dan antarabangsa yang komprehensif serta karnival yang menyeronokkan, di samping maskot dan album esklusif Tahun Baru Cina yang menampilkan bintang-bintang terkenal Astro.”
Album Xi Xi Ha Ha Xi Yang Yang menggabungkan lebih daripada 60 artis dari Astro, MY FM dan Melody FM. Diilhamkan oleh padanan vintaj-moden, album Tahun Baru Cina ini mengandungi tujuh buah lagu termasuk sebuah lagu tema yang digubah khas untuk perayaan tahun ini. Enam lagu selebihnya adalah adaptasi daripada lagu-lagu perayaan klasik kegemaran yang dinyanyikan oleh artis dari racangan televisyen popular Astro Ben Di Quan, Astro Star Quest dan Astro Hua Hee Dai serta penyampai radio MY FM dan MELODY FM. Album Tahun Baru Cina ini turut memuatkan DVD video muzik yang difilemkan di beberapa destinasi popular merentasi 14 negeri di Malaysia bagi memperlihatkan keceriaan dan warna-warni kehidupan yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia.
Lebih menarik lagi, lagu tema Tahun Baru Cina kali ini turut diadaptasikan ke Bahasa Malaysia dan dinyanyikan oleh peserta-peserta Ceria Popstar 2014 iaitu Masya, Iqbal, JoMeGo, Kashika, Wafiy dan Erissa. Berjudul Ceria Xi Yang Yang, video muzik lagu ini menggambarkan mereka sama-sama meraikan perayaan ini dalam suasana budaya Tionghua dan berpakaian tradisi Tionghua. Dengan penampilan isitmewa artis Astro Ben Di Quan, penyanyi Elizabeth Tan yang menempa nama melalui YouTube dan Uncle Frankie yang terkenal melalui filem The Journey, video muzik ini disiarkan di semua saluran Bahasa Malaysia Astro di sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina.
Maskot Astro untuk Tahun Kambing adalah set tiga patung mainan berbeza warna dan ekspresi – Xi Xi (magenta), Ha Ha (hijau) dan Yang Yang (putih) – yang menyerikan lagi sambutan Tahun Baru Cina kali ini.
Program tempatan utama sempena Tahun Baru Cina termasuklah telefilem ‘Aunty Goes Young’, terbitan sampingan daripada ‘Super Comedian’, rancangan pencarian bakat komedi Bahasa Cina pertama di Astro. ‘Aunty Goes Young’ akan menghiburkan penonton pada Malam Tahun Baru Cina, 18 Februari pada pukul 8 malam di Astro AEC (Saluran 301) dan Astro AEC HD (Saluran 306). Cerita berkisar tentang seorang suri rumah yang mengubah penampilan secara drastik selepas dia terpaksa meninggalkan rumah dan mendapati keluarganya dapat meneruskan hidup dengan baik tanpanya. Selain pelakon popular tempatan seperti Steve Yap, Rosa Chong, Loo Aye Keng, Stephanie Liew dan Justin Ng Zi Xuan, telemovie ini turut dibintangi lima pelawak yang sedang bersaing untuk mengungguli gelaran ‘Super Comedian’. Mereka akan menerima undi dalam talian dan melalui SMS daripada penonton. Keputusan akan diumumkan semasa Peringkat Akhir ‘Super Comedian’ yang dijadualkan bersiaran secara langsung pada hari Chap Goh Mei yang jatuh pada 5 Mac akan datang.
CNY Countdown Gala Astro akan terus menarik perhatian penonton tahun ini dengan persembahan muzikal yang menakjubkan, berlatarbelakangkan tahun 1970-an ke 1980-an dan diilhamkan dari filem ‘The House of 72 Penyewa’. Lebih 70 artis Astro, setiap daripada mereka mewakili satu suku dialek terdiri daripada Kantonis, Hokkien, Hakka, Teochew, Hainan dan sebuah kumpulan Barat, bertanding untuk mempamerkan pelbagai bakat masing-masing di The Neighbourhood House Annual Gala dengan matlamat yang sama untuk mengatasi kumpulan suku dialek lain dan memenangi anugerah Bakat Terbaik. Bertempat di Jinjang Utara, Kuala Lumpur, Countdown Gala bakal membuat lintas langsung ke beberapa lokasi lain – Pulau Pinang, Yong Peng, Batu Pahat, Kota Kinabalu dan Kuching, dengan SIARAN LANGSUNG di Astro AEC dan Astro AEC HD, dari 10 malam sehingga tengah malam pada 18 Februari.
Seterusnya, pemenang Astro Star Quest iaitu Uriah See dan Geraldine Gan akan membawa penonton dalam suatu pengembaraan muzik di Negara Matahari Terbit melalui ‘The Rhapsody of Japan’ yang bakal ditayangkan di Astro Wah Lai Toi (Saluran 311) dan Astro Wah Lai Toi HD (Saluran 310) pada jam 1 petang dari 19 Februari selama enam hari berturut-turut. Diiringi dengan gitar akustik dan biola, pengembaraan mereka ke bandar Osaka, Hokkaido, Tokyo dan Hiroshima untuk meninkau tradisi lama, landskap yang memukau serta budaya mempesona, akan diceritakan melalui muzik.
Kanak-kanak akan dihiburkan dengan rancangan ‘Kids Talent Show Musical’, sebuah pementasan berunsurkan elemen pengembaraan, fantasi dan pendidikan yang mengetengahkan 30 kanak-kanak dan bakat Astro seperti Danny Koo, Jie Ying, Ron Phang dan Elaine Lee pada 22 Februari, pukul 9 malam di Astro Xiao Tai Yang (Saluran 325).
Astro turut menyajikan ‘Hua Hee Musical’ (Huan Xi Ji Xiang), sebuah rancangan muzikal televisyen Hokkien yang mesti ditonton pada hari kelapan Tahun Baru Cina, menjelang ulang tahun kelahiran Maharaja Jed yang diraikan oleh kaum Hokkien. Barisan personaliti dari saluran Hua Hee yang diterajui oleh Freddie Ng, Xiao Feng Feng, Jentzen Lim, Phoebe Yap serta bakat baru Zhiny Ooi, Kevin Soo, dan Fancy Goh memberi persembahan hebat di Pulau Pangkor yang menjadi lokasi penggambaran program ini. Freddie Ng membawa watak sebagai pemandu pelancong, dan beliau secara diam-diam jatuh cinta dengan Xiao Feng Feng yang menjalankan perniagaan hotel.
Pelbagai peristiwa berlaku berikutan tibanya sekumpulan pelancong yang tinggal bercuti di hotel, lalu hubungan mereka perlahan-lahan berubah. ‘Hua Hee Musical’ akan disiarkan di Astro Hua Hee Dai (Saluran 333) dan Astro Hua Hee Dai HD (Saluran 332) pada 26 Februari, jam 10.30 malam.
Untuk maklumat lanjut dan informasi program, sila layari www.facebook.com/bendiquan.
Astro menambah dua saluran Korea Berdefinisi Tinggi (HD), iaitu saluran Oh!K HD (Saluran 394) dan saluran Channel M HD (Saluran 395) pada 16 Februari 2015, justeru mengukuhkan lagi tawaran hiburan Korea di Astro. Semua pelanggan Astro yang memiliki peranti B.yond boleh menikmati pratonton percuma bagi saluran Oh!K HD dan saluran Channel M HD hingga hujung bulan Februari 2015. Seterusnya, saluran Oh!K HD dan saluran Channel M HD akan menjadi sebahagian daripada pakej baharu iaitu Korean Pack yang berharga RM 10 sebulan.
Agnes Rozario, Naib Pengerusi, Kumpulan Pengurusan Kandungan, Astro, berkata, “Astro merupakan peneraju siaran saluran Korea 24/7 di Malaysia menerusi saluran KBS World dan saluran ONE HD. Kini, saluran KBS World boleh diakses oleh semua pelanggan Astro dan saluran ONE HD merupakan salah satu saluran yang paling banyak ditonton tidak kira di kaca TV mahupun melalui Astro on the Go (AOTG). Saluran Channel M HD adalah antara saluran yang paling kukuh yang berorientasikan belia dan muzik Asia di rantau ini dan menerajui menyebarkan budaya Korea di seluruh dunia. Saluran Oh!K HD menawarkan kandungan yang terbaru dan yang terbaik dari MBC di Korea. Dengan semua penawaran kami iaitu saluran Channel M HD, Oh!K HD, ONE HD dan KBS World, Astro adalah destinasi yang tiada tandingan bagi hiburan Korea dari sudut drama, K-pop dan hiburan variati berbentuk HD dan boleh ditonton pada skrin pilihan anda sama ada di TV atau AOTG pada PC, Tablet atau telefon pintar. ”
“Saluran Oh!K dan saluran Channel M HD juga akan turut menyiarkan rancangan terbaharu hanya beberapa jam selepas siarannya di Korea, justeru memastikan Astro kekal sebagai cara yang paling mudah dan cepat untuk pelanggannya menonton rancangan Korea kegemaran mereka. Oleh itu, kami yakin bahawa saluran-saluran HD baru ini akan diterima dengan baik oleh pelanggan-pelanggan kami. ”
Phil Nelson, Naib Presiden Kanan Turner International dan Pengarah Urusan di Asia Tenggara, Asia Utara dan Pasifik, berkata: “jenama terkemuka Turner – CNN dan Cartoon Network – telah menjadi tunggak saluran berita dan saluran kanak-kanak dalam portfolio Astro selama bertahun-tahun, justeru, kami tidak sabar untuk menggembirakan penonton Malaysia dengan saluran hiburan umum terkini kami, saluran Oh!K HD. Sejak penampilan sulung serantau Oktober lalu, saluran Oh!K HD telah menjana populariti yang kukuh, dengan beberapa siri drama Korea yang terbaik dan hiburan variati dalam masa 24 jam siaran asal mereka. ”
Saluran Oh!K HD (Saluran 394) membawa drama siri premium, rancangan variati dan program muzik oleh penyiar Korea, MBC, dengan tajuk drama seperti, ‘Shine or Go Crazy’, yang disiarkan pada hari yang sama seperti di Korea; ‘Rosy Lovers’ dan ‘Four Legendary Witches’. Kandungan muzik dan program variati popular yang terkandung dalam saluran tersebut termasuklah ‘Infinate Challenge’ dan ‘I am a Singer’ (Musim ke-3)
Vineet Puri, Ketua Sektor, Malaysia, Saluran Fox International berkata, “Saluran Channel M HD, adalah saluran yang menyeluruh, dan menyediakan pelbagai jenis kandungan termasuk drama, K-pop, variati, program realiti dan gaya hidup untuk menghiburkan penonton dari semua peringkat umur dan gaya hidup. Dengan pemahaman yang baik terhadap keperluan penonton kami, pengeluaran produksi tempatan dilakukan sebagai usaha menjadikan Saluran Channel M HD sebagai saluran yang dapat merapatkan jurang antara hiburan Korea dan budaya tempatan penonton. Saluran Channel M yang bertempat di Asia Tenggara, berada dalam kedudukan yang terbaik untuk membawa gelombang Korea, dan kami juga membawa kandungan hiburan terbaik dari Korea. ”
Saluran asal kepada program anugerah popular, MNet Asian Music Awards (MAMA), saluran Channel M HD (saluran 395) menawarkan kandungan yang komprehensif dari trend terkini ‘Hallyu’, K-Pop, variati, drama dan program gaya hidup. Saluran Channel M HD menyalurkan kandungan K-Pop yang terkini dengan program carta muzik popular, ‘M! COUNTDOWN’ yang boleh ditontonkan 24 jam selepas siarannya di Korea. Program popular lain termasuk drama ‘Bad Guys’; dan program variati, ‘Over Flower Series’; ‘Get It Beauty’; ‘Pony’s Diary’; dan ‘K Chef Battlefield 2’.
Di Astro kami komited ke arah lokalisasi dan untuk tujuan ini, saluran Oh!K HD dan saluran Channel M HD akan mempunyai pilihan sari kata terdiri daripada Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina, berserta dengan pilihan audio dalam Bahasa Korea, dan program terpilih yang dialih bahasa dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Malaysia. Untuk kemudahan tambahan pelanggan kami, kedua-dua saluran Oh!K HD dan saluran Channel M HD juga boleh didapati melalui Astro on the Go bagi membolehkan pelanggan kami untuk memilih skrin pilihan mereka sama ada di televisyen, dalam talian atau di telefon bimbit.
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro), sebuah syarikat kumpulan hiburan media pengguna bersepadu terkemuka di Asia Tenggara, dan GS Home Shopping Inc., sebuah syarikat runcit multimedia terkemuka Korea dengan berbesar hati mengumumkan pelancaran GO SHOP iaitu sebuah perkhidmatan membeli-belah 24 jam terbaharu di Astro TV (Saluran 118), Astro On The Go dan platform atas talian serta mudah alih GO SHOP.
GO SHOP merupakan penglibatan pertama Astro dalam domain e-dagang yang membolehkan rakyat Malaysia membeli-belah pada bila-bila masa dan di mana jua menerusi platform pilihan mereka sama ada telefon mudah alih, tablet ataupun komputer peribadi.
“Rakyat Malaysia kini semakin pantas berhubung, bijak dan mudah mendapatkan maklumat serta menginginkan yang terbaik. Oleh itu, Go Shop menandakan komitmen kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik buat para pelanggan dengan membawa lebih banyak pilihan, kemudahan dan pengalaman buat seluruh rakyat Malaysia,” kata Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro. “Ia juga membantu kami mempelbagaikan rangkaian perniagaan dan menembusi industri global yang sedang berkembang, yang dianggarkan bernilai RM3.6 bilion di Malaysia menjelang tahun 2020 dengan arah aliran kaedah membeli-belah dalam talian yang semakin mendapat tempat.”
Jumlah permodalan syarikat usaha sama ini ialah sebanyak RM70 juta dan dijangka menjana hasil tahunan sehingga RM500 juta dalam masa lima tahun.
“Kami memilih untuk bekerjasama dengan salah satu syarikat peneraju perniagaan beli-belah dari rumah di Asia yang mempunyai rekod pencapaian yang terbukti selama lebih 20 tahun,” tambah Dato Rohana lagi. “Dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur terkini yang dimiliki Astro seperti kemudahan penyiaran, pusat panggilan, platform saluran dan studio rakaman serta ditambah pula dengan kepakaran tepat dan terbaik khusus untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dalam menjadikan usaha ini satu kejayaan”.
GO SHOP akan menjadi pemangkin pertumbuhan yang kukuh untuk Astro dari segi pertumbuhan pendapatan masa depan, dengan menyasarkan pasaran sedia ada sebanyak 4.3 juta buah kediaman dan 17 juta pengguna. Arah aliran pertumbuhan global e-dagang pada hari ini membuktikan bahawa inisiatif membeli–belah dari rumah adalah segmen runcit yang semakin berkembang pesat, mengatasi pertumbuhan pasaran runcit fizikal. Capaian pelbagai platform GO SHOP ini bertujuan untuk memenuhi tuntutan rakyat Malaysia yang mencari pengalaman membeli-belah yang menghiburkan, menyeronokkan dan memudahkan.
“Sebanyak 55% pengguna internet di Malaysia hari ini membeli-belah secara dalam talian menerusi pelbagai peranti. Kadar ini dijangka akan berkembang seiring dengan peningkatan penembusan jalur lebar, peningkatan pendapatan, perkembangan kad kredit dan debit serta kepercayaan rakyat Malaysia dalam mengiktiraf manfaat membeli-belah,” kata Dato Rohana. “Komitmen kami dalam usaha untuk menyediakan para pelanggan kami hanya yang terbaik secara global adalah untuk memberikan pengalaman dalam e-dagang secara menyeluruh meliputi saluran televisyen membeli-belah dari rumah, sehingga ke Astro On The Go, dalam talian dan platform mudah alih dengan menyediakan produk yang tepat, harga yang berpatutan dan hak logistik rantaian bekalan serta memberikan pelbagai pilihan kaedah Gerbang Pembayaran Astro termasuklah kad kredit dan debit, pindahan wang melalui bank secara dalam talian dan pelan Pembayaran Mudah.
Pada masa sama, GS Korea menyedari sepenuhnya potensi perkongsian perniagaan ini yang luas dan yakin bahawa persekitaran perniagaan yang dinamik di Malaysia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perniagaan.
“Membeli-belah dari rumah menambah baik kehidupan, menghiburkan dan meluaskan lagi konsep runcit dalam dimensi baru yang menarik,” kata Huh Tae-Soo, Ketua Pegawai Eksekutif, GS Home Shopping Inc. “Malaysia sebagai pasaran antarabangsa ketujuh GS akan mendapat manfaat daripada pengalaman pengurusan dan pelarasan model runcit yang berdekad-dekat dan terbukti berjaya.”
“Elemen infotainment dan TV realiti yang menarik disuntik ke dalam setiap segmen bagi memperkaya pengalaman tontonan,” tambah Dato’ Rozalila Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Astro GS Shop Sdn Bhd. “Trend terkini dalam digital dan elektronik, perkakasan rumah dan peralatan dapur, gaya hidup, aksesori fesyen dan produk kosmetik akan ditawarkan dan ditambah baik melalui penggabungan produk, lantas membezakan kami daripada pasaran runcit tradisional.”
Sejak prapelancarannya pada 1 November 2014, GO SHOP telah menerima sokongan yang sangat memberangsangkan dengan tempahan lebih daripada 115,000 produk sehinggan kini. Buat masa ini, terdapat sebanyak 60 produk yang dapat diperolehi dengan perancangan untuk meningkatkan jumlah ini ke dua kali ganda dalam tempoh setahun.
Para pelanggan boleh membuat panggilan menerusi talian bebas tol 24 jam GO SHOP di 1800-82-0088 atau layari http://www.goshop.com.my untuk membuat tempahan produk.
Masa penghantaran adalah antara dua hingga lima hari bekerja di seluruh negara dan pelbagai pilihan pembayaran tersedia termasuk kad kredit dan kad debit keluaran tempatan, Pelan Pembayaran Mudah, pemindahan melalui bank secara dalam talian dan bayaran tunai semasa penghantaran.
Untuk musim kali ini, empat nama besar yang bertindak selaku juri tetap turut dibawa masuk untuk memastikan pencarian peserta Kilauan Emas 5 lebih mantap. Mereka ialah Dato’ Hattan, Ayai Ilusi. Siti Hajar dan Syafizawati Sharif (cikgu Shafi).
Juri tetap akan menilai para peserta melalui segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, tempo, keserasian, harmoni serta kreativiti dan penghayatan persembahan.
Program ini juga masih mengekalkan format asal dan terbuka kepada warganegara Malaysia serta Singapura yang berumur 40 tahun ke atas.
Juara Kilauan Emas 5 bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula akan menerima wan tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.
Manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang wan tunai berjumlah RM30,000 dan RM10,000 beserta trofi.
Ujibakat bermula pada 31 Januari ini. Kaunter pendaftaran akan dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Peserta digalakkan untuk hadir lebih awal bagi mengelakkan kesesakkan.
Jangan lupa untuk membawa dua keping salinan kad pengenalan atau passport serta gambar berukuran 3R(gambar profil dan paras pinggang).
Para peserta dikehendaki membuat persembahan berdasarkan senarai lagu wajib yang disediakan seperti berikut:
Pilihan Lagu Wajib Lelaki
Memburu Impian – Kristal
Opera Hidup – Wings
Zakiah – Sweet Charity
Selamat Tinggal Bungaku – Tan Sri SM Salim
Kau Lupa Janji – Dato’ Jamal Abdillah
Berkorban Apa Saja – Tan Sri P Ramlee
Selamat Tinggal Pujaan – S. Jibeng
Bourgenvilla – Spring
Still Got The Blues – Gary Moore
Salam Terakhir – Sudirman Hj Arshad
PILIHAN LAGU WAJIB WANITA
Senggol Senggolan, Cubit Cubitan – Mas Idayu
Nuri – Ella
Apa Khabar Mu Di Sana – Ramlah Ram
Wajah Siapa Di Hatimu – Azlina Aziz
Gelombang – Salamiah Hassan
Asmara – Anneke Gronloh
Mengapa Dirindu – Saloma
Kekal – Ziana Zain
Langit Ke Tujuh – Sharifah Zarina
The Power Of Love – Jennifer Rush
BERIKUT MERUPAKAN LOKASI UJIBAKAT KILAUAN EMAS 5:
31Januari 2015 – Borneo Hypermall, KK (Sabah)
7 Februari 2015 – The Hills Shopping Mall, Kuching (Sarawak)
21 Februari 2015 – Berjaya Megamall, Kuantan (Pahang)
28 Februari 2015 – Berjaya Waterfront Mall, JB (Johor)
7 Mac 2015 – Megamal Pinang, Seberang Prai (Pulau Pinang)
Pelakon terkenal Bollywood Kajol hadir dimajlis pelancaran saluran baru Astro iaitu BollyOne HD (Saluran 251) di J.W.Marriot malam semalam.Turut hadir sama adalah pelakon Aaron Aziz dan Lisa Surihani.
Saluran yang berdefinisi tinggi ini bakal memulakan siarannya pada 1 September ini.Mulai 1 September 2014 sehingga 18 September 2014 ia merupakan pra-tonton kepada semua pengguna Astro HD.
Untuk pelanggan HD yang sedia ada,boleh ke Saluran 200 untuk melanggan Saluran BollyOne HD dengan kadar RM5 sebulan.Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Saluran BollyOne HD iaitu www.bollyonehd.com.
Sempena Hari Kemerdekaan ke-57 Malaysia, Astro akan menjalankan dua kempen Merdeka yang bermula dari 15 Ogos 2014 hingga 16 September 2014 sebagai tanda penghormatan kepada Malaysia dan semua rakyat Malaysia. Kempen pertama, Negaraku akan mempersembahkan Malaysia melalui 48 program baru di beberapa saluran TV Astro untuk meraikan keindahan dan kepelbagaian negara Malaysia. Kempen Merdeka yang kedua, Kempen Derma Darah #kitasama di seluruh negara yang bertujuan untuk memperkuatkan mesej kami iaitu “Semangat Perpaduan Mengalir dalam Diri Kita”
Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, “Sempena sambutan Merdeka ini, kami akan menjalankan dua kempen. Kempen Negaraku akan menyiarkan 48 program tempatan dan antarabangsa yang baru untuk meraikan kepelbagaian, keunikan, keindahan dan perpaduan Malaysia. Untuk menambahkan lagi elemen keseronokan dalam kempen ini, kongsilah detik-detik kemerdekaan anda bersama kami dengan menggunakan hashtag#kitasama. Pada masa yang sama, kempen derma darah #kitasama ini menekankan kepentingan perpaduan kebangsaan dan sifat tolong-menolong antara rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang”.
Terdapat 48 rancangan baru, antaranya ialah ‘Saloma’ (Astro First, CH480), ‘Selempang Kuning’ dan ‘Kerana Anggun’ (Astro PRIMA, CH105), ‘Sambanthan’ (Vaanavil, CH201) dan ‘Family GO CUTI’ (Astro AEC, CH301), ‘Jiwa dan Ragaku’ (Astro Arena, CH801), ‘Oh My English!: 1957 Merdeka Part 1 & 2’ (Astro TVIQ, CH610), dan banyak lagi.
Kepelbagaian dan kebudayaan Malaysia juga akan menjadi fokus kali ini dalam saluran TV antarabangsa Astro dengan rancangan-rancangan utama seperti ‘Ride & Seek: Borneo’ (HISTORY, CH555), ‘Jonathan Phang’s Gourmet Trains’ (AFC, CH703), ‘Time Capsule Malaysia’ (HISTORY, CH555), ‘Malaysia Street Food Circus with Makansutra’ (TLC, CH707), ‘Megastructures: The Penang 2nd Bridge’ (National Geographic Channel, CH553), ‘KL Enforcers’ (CI, CH732) dan ‘Eye on Malaysia: Malaysia’s Best Teachers’ (Discovery, CH551).
Dato’ Dr Faraizah Bt Dato’ Abd Karim, Timbalan Pengarah Pusat Darah Negara berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana menjemput kami untuk menjadi sebahagian daripada kempen derma darah #kitasama. Kempen ini juga disokong oleh sekumpulan artis yang boleh meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kempen ini. Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk menggalakkan lebih banyak rakyat Malaysia untuk menderma darah kepada Pusat Darah Negara kerana hanya terdapat 2.5% daripada rakyat Malaysia yang menjadi penderma.”
Bakat-bakat dan artis Astro telah meluangkan masa untuk menyertai kempen derma darah #kitasama. Sarimah Ibrahim dari MIX FM, Radio Astro menyatakan bahawa, “Kempen derma darah #kitasama ini bertujuan untuk menyampaikan mesej penting bahawa walaupun kita mungkin berbeza dalam pelbagai aspek, tetapi akhirnya, kita semua sama sahaja dan dapat bersatu padu sebagai satu negara. Saya berasa amat bangga menjadi sebahagian daripada kempen yang menggariskan kepentingan perpaduan negara.” Sementara itu, Asmawi Bakiri dari Astro Arena juga menyebut bahawa, “Saya berharap bahawa kami dapat membantu kehidupan orang lain dan menghimpunkan orang ramai untuk membantu sesama rakyat Malaysia yang memerlukan darah.”
Kempen derma darah ini akan diadakan di 8 negeri termasuklah Malaysia Timur untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya menderma darah kepada Pusat Darah Negara Malaysia. Orang ramai dijemput untuk menyertai kempen derma darah ini di:
KSL City Mall, JB (15 & 16 Ogos),
East Coast Mall, Kuantan and Greentown Mall, Ipoh (23 & 24 Ogos),
Cheras Leisure Mall, Klang Valley (30 & 31 Ogos),
Stadium Sultan Mizan, Planet Gempak Kuala Terengganu (5 & 6 September),
Prangin Mall, Penang and Centerpoint, Kota Kinabalu (13 & 14 September), and
Plaza Merdeka, Kuching (16 September).
Para penonton boleh melayari www.astro.com.my/Negaraku untuk mendapatkan jadual rancangan Merdeka dan juga maklumat lokasi kempen derma darah #kitasama
Meneruskan kesinambungan program-program istimewa yang ditayangkan sepanjang bulan Ramadan Al Mubarak, pihak Astro dengan berbesar hati membawakan lebih daripada seratus buah program istimewa termasuk 55 buah program baru yang bakal memeriahkan musim perayaan ini di rangkaian 13 buah saluran Astro yang terpilih iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Mustika HD (134), Maya HD (135), Astro Ceria (611), Astro TVIQ (552), Astro Awani (501), Astro Arena (801), Bintang (141) dan Pelangi (142).
ASTRO RIA (SALURAN 104)
[Hiburan] Raya Line Clear (Siaran Langsung)
Ahad, 27 Julai, 9.15 malam
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit x 1 episod
Jemputan Artis: Nabila Huda & anak, Izzue Islam & isteri, Eira Syazira & Azad Jasmin, Hazama
Sebuah program secara langsung Transmedia pada malam Raya untuk menangkap kekacauan dan detik-detik gembira orang dan selebriti sebagai persediaan untuk Hari Raya.
[Filem] Hantu Bonceng
Ahad, 27 Julai, 11.15 malam
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Mengisahkan Amran (Johan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.
[Hiburan] Romantika Raya
Mulai 28 Julai, Isnin – Sabtu, 12.30 t/hari
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 30 minit x 6 episod
Barisan Selebriti: Rozita Che Wan & suami, Aril & isteri, Ruminah Sidik & suami, Faizal Ismail (FBI) & isteri, Sazzy Falak & suami, Marcell & isteri
Ikuti kisah pasangan selebriti terkenal dalam persiapan mereka menyambut Syawal.
[Hiburan] Hari Hari Hari Raya
Mulai 28 Julai, Setiap Hari, 12 t/hari
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 30 minit x 10 episod
Hos: AC Mizal & Nana Mahazan
Barisan Artis: Amir Raja Lawak, Rahim R2, Nadia Mustapha, Sharifah Shahora, Michael Ang, Arja Lee, Atu Raja Lawak, Shamsul Ghau Ghau, Pizal Jaafar, Nas T, Yasin SYJ, Syuk SYJ, Altimet, Fard Bocey, Ezlynn, Ieda Moin, Izzue Islam, Hanis Zalikha, Shasha Al Khred, Acey Bocey, Azwan Ali, Mat Redho, Arin Raja Lawak, Zahid Era, Azhar AF, Hael AF, Cat Farish, Zizan Nin, Nabil Mahir Live, Shalma Hlive, Kenchana Devi, Ifa Raziah, Emelda, Thanuja, Dafi, E-One Fourteen, Wan Wala, Bell Ngasri, Ameer Fourteen, Aziz Fourteen
Sebuah program Raya unik yang memaparkan barisan artis dengan tujuan untuk melayan dan melibatkan penonton yang ‘sporting’ dengan barisan bintang kegemaran mereka untuk mengambil bahagian dalam siri permainan menyeronokkan.
[Hiburan] Aaron Zizan Raya Seram Sejuk
Isnin, 28 Julai, 1 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 60 minit x 1 episod
Pengacara: Aaron & Zizan
Aaron & Zizan Raya Seram Sejuk adalah sebuah rancangan 60 minit yang menampilkan selebriti popular Aaron Aziz dan Zizan membuat pelbagai kejutan kepada peminat mereka dalam keadaan yang tidak di jangka. Selebriti yang terlibat adalah Ning Baizura, Aziz M. Osman, Fauziah Nawi.
[Hiburan] MeleTOP Raya
Isnin, 28 Julai, 4 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 90 minit x 1 episod
Pengacara: Neelofa & Nabil
MeleTOP Raya adalah sebuah program istimewa sempena Aidilfitri, di hoskan oleh Nabil dan Neelofa. Selebriti tanah air seperti Aaron Aziz & isteri, Siti Saleha, Angah Raja Lawak, Hazama, Alyah dan ramai lagi berkongsi kisah kejayaan mereka. Konsert mini ini diadakan dalam keadaan yang penuh santai dan dihiburkan dengan persembahan dari artis jemputan.
[Telefilem] Tolong Aku Nak Puasa!
Isnin, 28 Julai, 10 pagi
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon : Farid Kamil, Faralyna Idris
‘Tolong, Aku Nak Puasa’ berkisarkan tentang AMIR seorang mat rempit yang sering berjanji ingin berubah tetapi tidak pernah berubah sehinggalah ayahnya meninggal dunia. Semua janjinya tidak membuahkan hasil yang positif. Amir masih dengan sikapnya yang tidak bersungguh dalam perkerjaan bahkan sering bertukar kerja.
[Filem] Highland Tower
Isnin, 28 Julai, 11 malam
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Mikail Andre, Shima Anuar & Adibah Yunus
Mengisahkan pengembaraan Shima yang merupakan pengacara untuk satu program televisyen. Shima mahu menghasilkan sebuah dokumentari mengenai paranormal dan memilih lokasi popular tragedi Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Kelang yang pernah runtuh pada 11 Disember 1993. Penggambaran telah dilakukan pada waktu malam. Shima asyik mengambil gambar di sekitar kawasan itu untuk bahan kajiannya dan tanpa disedari lensa kameranya telah merakam objek misteri dan disitu bermula pelbagai kejadian aneh.
[Filem] Jidin Sengal
Isnin, 28 Julai, 2 petang
Durasi: 120 minit
Sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib.
[Filem] Adnan Sempit
Isnin, 28 Julai, 5.30 petang
Durasi: 120 minit
Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya.
[Filem] Wawa Semput
Isnin, 28 Julai, 9 malam
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia.
[Filem] Ular
Isnin, 28 Julai, 1 pagi
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Ular mengisahkan Myra (Lisa Surihani) seorang wartawan jenayah yang digantung kerja telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau. Myra yang ditemani jurukameranya, Remy (Yusry) tidak pernah menyangka tugasannya kali ini bukanlah satu tugasan biasa apabila percutian hebat yang dimenangi oleh 10 orang pemenang cabutan bertuah bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri yang tidak terduga.
[Hiburan] Suka Lattew Raya
Selasa, 29 Julai, 4 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 60 minit x 1 episod
Hos: Shahrol Shiro & Alif Satar
Meriahkan Syawal anda dengan keletah dua hos ternama, Shahrol Shiro dan Alif Satar didalam pelbagai segmen-segmen menarik di Suka Lattew Raya.
[Hiburan] Berdendang Raya y’all
Selasa, 29 Julai, 1 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 60 minit x 1 episod
Pengacara: AC Mizal
Mengenang kembali memori lalu bersama-sama artis. Program ini juga menampilkan persembahan daripada peserta-peserta AF. Mereka juga akan melakonkan semula lagu-lagu Feminine dan juga memperkenalkan barisan baru ForUToC.
[Telefilem] Ustaz Ku Takut Kau Datang
Selasa, 29 Julai, 10 pagi
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Pelakon: Ajak Shiro, Yus Jambu
Shuib dan Harun merupakan dua orang sahabat baik yang nakal sifat mereka, tetapi sedang mencuba berhijrah menjadi orang yang baik. Shuib seorang Mat Despatch sementara Harun seorang bekas penyeluk saku yang sudah insaf.
[Filem] Baik Giler
Selasa, 29 Julai, 2 petang
Durasi: 120 minit
Baik Giler mengisahkan Afik yang mengalami tekanan perasaan selepas adik angkatnya, Amy meninggal dunia dalam kemalangan.
[Filem] Adnan Sempit 2
Selasa, 29 Julai, 5.30 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Setelah berjaya menempuh pelbagai dugaan dalam filem sebelumnya, hubungan antara Adnan (Shaheizy Sam) dan Nadia (Intan Ladyana) semakin intim sehinggakan mereka bercadang untuk berkahwin. Namun, hubungan intim mereka kurang disenangi oleh bapa Nadia, Datuk Ithnin (Datuk Ahmad Tarmimi Siregar) yang merasakan Adnan sepatutnya berperwatakan seperti ahli korporat.
[Filem] KL Gangster 2
Selasa, 29 Julai, 9 malam
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 150 minit
Filem KL Gangster 2 ini mengisahkan bagaimana dua orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.
[Filem] Hantu Kak Limah Balik Rumah
Selasa, 29 Julai, 11 malam
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Husin yang telah 2 tahun bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila sampai ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.
[Hiburan] Pureen Chak Chak Syawal
Rabu, 30 Julai, 1 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 60 minit x 1 episod
Pengacara: Jihan Musa
Jemputan Artis: Scha AlYahya, Didie Alias & Rozita Che Wan
Chak Chak Syawal mendedahkan percubaan dan rintangan kehamilan Scha Al Yahya, Didie Alia dan Rozita Che Wan menjelang Hari Raya ini bersama pengacara Jihan Musa
[Hiburan] Suara Anak Jantan
Rabu, 30 Julai, 4 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 60 minit x 1 episod
Artis: Hafiz, Hazama & Akim
Suara Anak Jantan merupakan sebuah rancangan musical dengan konsep unik, yang menampilkan Hazama, Hafiz dan Akim. Program ini akan memaparkan lifestyle mereka diselitkan dengan persembahan mereka. Setiap orang akan menyanyikan lagu orang lain. Artis terkenal juga akan dijemput untuk berduet bersama mereka.
[Telefilem] Jihan Buat Rumah Terbuka
Rabu, 30 Julai, 10 pagi
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Pelakon: Jihan Raja Lawak, Wan Wala
Jihan terpaksa membuat rumah terbuka untuk meyakinkan seorang pelabur supaya melabur dalam syarikat miliknya. Disebabkan rancangan Jihan, pelbagai kerenah dan perwatakan lucu telah berlaku.
[Filem] Aku Terima Nikahnya
Rabu, 30 Julai, 2 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Filem Aku Terima Nikahnya mengisahkan perjalanan cinta tragis antara Johan dan Arlisa. Selepas diijabkabulkan, mereka menjalani kehidupan yang begitu bahagia kerana masing-masing dipertemukan atas dasar cinta yang mendalam. Namun ajal maut, jodoh dan takdir itu di tangan Tuhan apabila pasangan romantis ini dilanda dugaan terbesar dalam hidup mereka.
[Filem] Adnan Sempit 3
Rabu, 30 Julai, 5.30 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Adnan Sempit 3 mengisahkan mengenai Adnan dan Nadia serta Bobby dan Wawa yang sudah pun melangsungkan perkahwinan. Adnan juga sudah mula pandai berjinak-jinak dengan perniagaan bapa mentuanya. Apa yang menarik, Nadia dan Wawa didapati mengandung dan pelbagai konflik yang muncul dalam melayari alam rumah tangga mereka.
[Filem] Tokan
Rabu, 30 Julai, 9 malam
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Tokan mengisahkan sindiket pengedaran dadah. Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua Tokan di Malaysia termasuk Tuan Kamil yang dilakonkan Wan Hanafi Su. Tuan Kamil adalah Tokan terbesar di Melaka dan mempunyai dua anak perempuan iaitu Suri serta Wana. Ada tujuh lagi Tokan lain antaranya Mat Lobe di bawah Tuan Kamil.
[Filem]Ngangkung
Rabu, 30 Julai, 11 malam
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Ngangkung merupakan perbuatan memuja untuk mendapatkan nombor ekor dengan membawa barang untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya.
[Hiburan] Projek Raya Pak Nil & Lisa Surihani
Khamis, 31 Julai, 4 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 60 minit x 1 episod
Pengacara: Pak Nil & Lisa
Sebuah program di mana dua selebriti terkenal tanah air, Dato Aznil Nawawi & Lisa Surihani menghias Rumah Anak Yatim sempena menyambut Syawal.
[Berita Hiburan] Hlive Raya
Khamis, 31 Julai, 1 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 60 minit x 1 episod
H Live! Raya ialah episod khas sempena Syawal dimana selebriti Malaysia seperti Zizan Razak, Fazura, Dato Ac Mizal, Lisa Surihani, Scha And Awal and Zizan Razak dikumpulkan dibawah satu bumbung dan berkongsi kisah ekslusif mereka sempena Raya selain segmen “Kenal Ke?”; “15 Soalan”; “Tweet Nakal”
[Filem] Chikaro
Khamis, 31 Julai, 2 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Chikaro mengisahkan seorang gadis kampung bernama Anggun yang mendapat peluang menjalankan latihan praktikal di sebuah syarikat media di Kuala Lumpur. Gelagatnya telah menarik minat Mukhriz, seorang bekas mat rempit yang turut bekerja disitu.
[Filem] Bencinta
Khamis, 31 Julai, 9 malam
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Filem BenCinta ini mengisahkan tentang Fathia(Nora Danish), seorang gadis cantik yang mempunyai perwatakan yang menarik serta keperibadian yang baik. Fathia merupakan seorang Chef di sebuah kafe milik sahabatnya Jane ( Angeline Tan). Di kafe tersebut Fathia menemui Faizal (Farid Kamil), seorang ahli perniagaan yang kacak dan kaya. Mereka menjalinkan hubungan cinta dan akhirnya mendirikan rumahtangga.
[Filem] Nongkrong
Khamis, 31 Julai, 11 malam
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Mengisahkan tiga orang pemuda, AMAN, BADA dan CUMI yang cuba mencari kekayaan dengan menggunakan jalan yang tidak sepatutnya iaitu meminta nombor ekor. Cumi yang terdesak ingin meminang kekasihnya, LIN manakala Bada dan Aman yang mahu mengubah nasib keluarga tekad menemui bomoh bagi melaksanakan hasrat mereka.
[Filem] Halim Munan
Jumaat, 1 Ogos, 11 malam
Durasi: 120 minit
Halim Munan mengisahkan remaja lelaki, Halim bin Munan. Dia sering di ejek dan dibuli rakan-rakannya iaitu Ajak, Pawi dan Kimi kerana sikap Halim yang agak lurus dan namanya yang dianggap pelik. Halim sendiri sebenarnya menganggap dirinya sebagai ‘halimunan’ dan dia suka berangan sehingga dewasa.
[Telefilem] Satu Syawal
Jumaat, 1 Ogos, 9 malam
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon : Eira Syazira, Sharnaaz Ahmad
Komedi yang mengisahakan tentang Kazman dan Laila, pasangan yang telah berkahwin dan dikurniakan seorang anak, Ehsan. Tiap kali Ramadan, mereka masing masing berkelakuan pelik, semuanya hanya untuk memastikan mereka dapat beraya di kampung halaman masing masing. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk menyelesaikan isu itu dengan melakukan one-two-som.
[Telefilem] Propa Raya
Jumaat, 1 Ogos, 10 pagi
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Shiera Iskandar, Atikah Suhaimi & Shima Anuar
Kisah ini menceritakan tentang tiga orang adik beradik perempuan, AZAH, AZIE, AZU. Walaupun mereka adik beradik, mereka sering berjauhan dan tidak rapat. Ibu bapa mereka, PAK RAZIF dan MAK SALMAH berpeluang untuk ke umrah pada bulan Ramadhan yang akan datang. Tontonlah pertemuan semula tiga adik beradik dalam persiapan untuk menyambut perayaan Aidilfitri di kampung mereka.
[Berita Hiburan] hlive Raya : Apa Kata Malaysia
Jumaat, 1 Ogos, 4 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 60 minit x 1 episod
Pengacara : Dato’ Aznil Haji Nawawi
HLive! Raya: Apa Kata Malaysia adalah episode istimewa, rancangan temubual yang bersiaran secara langsung sekali seminggu di Astro Ria , Maya HD dan Awani . Ia diinspirasikan daripada program “Larry King’s Hard Talk” tetapi dengan gaya persembahaan yang lebih mesra. Dikendalikan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi, HLive! Raya: Apa Kata Malaysia menjanjikan temubual secara eksklusif bersama selebriti dengan tema Kosong-Kosong.
[Filem] Kahwin 5
Jumaat, 1 Ogos, 2 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Filem ini berkisarkan tentang seorang usahawan mangkuk plastik yang berjaya dan dikenali sebagai Dr K (Usop Wilcha) yang sudah memenuhi kuota 4 isteri dari 4 negeri yang berbeza iaitu Saadiah dari Selangor (Dian P. Ramlee), Sahara dari Kelantan (Adrea Abdullah), Monalisa dari Negeri Sembilan (Norish Karman) dan Mimi dari Sabah (Marsha Milan).
[Telefilem] Misiku Kusut Raya
Sabtu, 2 Ogos, 10 pagi
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon : Nurkhiriah & Hafizul
Seorang jururawat bernama Misah yang kusut sangat terkenal dengan bisnes sempritnya mengelak dari kekusutan di hospital menjelang hari raya dengan pulang bercuti lebih awal di kampung untuk meneruskan perniagaan biskut sempritnya, namun pelbagai insiden berlaku semasa dia di kampung di mana memaksa dia menjalankan tugas jururawat di kampungnya dan tersepit dengan dua jejaka iaitu Dr Joey dan Faris.
[Telefilem] Nangnok
Sabtu, 2 Ogos, 10 malam
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Nabil, Dira Abu Zahar, Izreen Asmida, Dafi Ismail
Sebuah filem seram yang akan membuat penonton terkejut apabila mereka mengetahui identiti hantu yang sebenar. Nangnok dan suaminya berpindah ke Kuala Lumpur dari kampung mereka kerana mereka diusir oleh penduduk kampung. Kejadian pelik dan misteri mula dibongkar apabila mereka mengetahui sejarah penghuni yang terdahulu.
[Telefilem] Hantu Selfie
Ahad, 3 Ogos, 10 malam
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Zizan & Emma Maembong
Saleh, seorong jejaka muda yang gemar mengambil ‘selfie’dan memuat naiknya ke internet. Suata hari, dia tertangkap gambar hantu cantik bernama Emma. Emma mahu Saleh mencari pembunuhnya dan Saleh ingin Emma monolongnya untuk menambat hati gadis idamannya Tisha.
ASTRO PRIMA (SALURAN 105)
[Filem] Bus Konduktor
Ahad, 27 Julai, 4 petang
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Maiden, Pie & Rose Iskandar
Mengisahkan sebuah syarikat bas express dimana pekerjanya terdiri dari lelaki dan perempuan. Hairani ingin menuju destinasi yang sama seperti bas yang dipandu oleh Pie dan Maidin, maka diajak untuk menaiki bas mereka. Oleh kerana Hairani tiada tempat tinggal, Maidin membawanya bermalam di rumah pemandu dan konduktor perempuan. Hairani diterima bekerja sebagai konduktor bas di syarikat tersebut. Bermulalah kehidupannya sebagai pemandu dan konduktor bas.
[Telefilem] Rock Sangkut
Isnin, 28 Julai, 2 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Hazama, Joey, Along, Acey, Kaza & Kamarul Yusof
Rock Sangkut adalah berorientasikan komedi tele dan agama. Ia adalah kisah tiga pemuda dari kampung yang bercita-cita tinggi untuk menubuhkan sebuah band rock. Mereka perlu melalui pelbagai sakit dan pahit dalam perjalanan untuk mencapai cita-cita mereka. Takdir menjadikan mereka tidak menjadi kumpulan rock, tetapi sekumpulan nasyid terkenal di Malaysia.
[Hiburan] Salam Syawal PRIMAdona
Isnin, 28 Julai, 9 pagi
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 60 minit
Pengacara: Raja Azura, Erra Fazira & Rozita Che Wan
Barisan Selebriti: Anuar Zain, Dato AC Mizal, Jamal Abdillah, Zizan Razak, Saiful Apek, Aaron Aziz, Dato M. Daud Kilau, Dato Siti Nurhaliza, Dato Shila Majid, Jaclyn Victor & Alyah.
Primadona akan membekalkan episod khas yang akan menunjukkan suasana dan rasa Raya di rumah-rumah terbuka syawal.
[Filem] Ghazal Untuk Rabiah
Isnin, 28 Julai, 4 petang
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Jamal Abdillah, Wilma Muhammad, Raja Azura &Ridzuan Hashim
Percintaan Jamal dan Rabiah mendapat tentangan daripada bapa Jamal dan juga Eddy yang pernah menyelamatkan Rabiah serta pernah membantunya mendapatkan tempat perlindungan. Eddy yang sudah beristeri mencintai Rabiah dan mahu menjadikan Rabiah perempuan simpanannya.
[Filem] Lagenda Budak Hostel
Isnin, 28 Julai, 8 malam
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Nora Danish, Angah Raja Lawak, Epy Raja Lawak, Along Cham
Mengisahkan gelagat pelajar hostel atau asrama iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan. Gelagat mereka cukup mencuit hati.
[Filem] Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang
Isnin, 28 Julai, 10 malam
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Shiro (Raja Lawak), Along Eyzendy, Mikail Andre, DJ Irwan, Wak D & Zalif Sidek
Mengisahkan pengembaraan dua sahabat baik selepas mereka terpaksa keluar dari rumah sewa dan kebetulan, seorang rakan, Hamzah memperkenalkan mereka dengan Ustaz Azhar menerusi DVD yang dibawa. Tertarik dengan perkongsian ilmu berkaitan Islam yang mendorong mereka berubah menjadi Muslim sejati, Muiz dan Dadu tekad mengikuti ceramah Ustaz Azhar secara langsung. Tanpa wang dan pekerjaan, misi diteruskan dengan hanya menaiki motosikal. Tetapi di pertengahan jalan, mereka terpaksa menumpang kenderaan lain. Dari situ perjalanan Muiz dan Dadu dipenuhi kejutan termasuk ditahan di lokap, bertemu penjenayah dikehendaki serta 1,001 macam pengalaman baru.
[Drama Muzikal] Menceceh Kilauan Emas Aidilfitri 4
Isnin, 28 Julai, 10 pagi
Durasi: 120 minit
Artis : Arip, Ben, Zain
Sebuah drama muzikal istimewa sempena hari raya aidilfitri yang membawakan kembali semula otai otai Kilauan Emas 4 yang akan memberikan persembahan terbaik mereka.
[Telemovie] Novel Fana
Selasa, 29 Julai, 2 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Aeril Zafril, Wawa Zainal
Sebuah cerita mengenai seorang ahli perniagaan kampung yang sentiasa gagal dengan kasih sayang. Setelah perundingan bapanya, dia bersetuju untuk berkahwin dengan anak perempuan imam. Dia adalah seorang gadis beragama yang sentiasa memakai purdah (tudung) sehingga hanya mendedahkan matanya. Kedua-dua tidak pernah bertemu sebelum ini dan hanya menunjukkan dirinya pada malam perkahwinan pertama dan dia terkejut, tidak berpuas hati dan berasa ditipu. Dan melarikan diri dari rumah dan perjalanannya untuk mencari erti cinta dan kebahagiaan bermula.
[Hiburan] Dapur Chef Ammar
Isnin, 29 Julai, 9 pagi
Durasi: 60 minit
Pengacara: Chef Ammar
Saksikan kehebatan dan kepakaran Chef Ammar dalam menyediakan pelbagai hidangan masakan dan makanan ala Arab yang lazat lagi penuh berkhasiat ini, kali ini dengan bertemakan Hari Raya Aidilfitri
[Filem] Esok Untuk Siapa
Selasa, 29 Julai, 4 petang
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Jins Samsuddin, Noorkumalasari, Norizan &Umi Kalthom
Milah mengahwini Jiman, anak sulung lelaki paling kaya di dalam kampungnya selepas hasrat Milah untuk berkahwin dengan anak bongsu lelaki itu, Ikhsan, gagal. Oleh kerana hatinya sudah hancur dan tidak dapat menolak perkahwinan ini sebab tekanan kedua ibu bapanya, Milah mengucapkan selamat tinggal kepada kekasihnya Osman dan memaksanya supaya tidak menghadiri majlis perkahwinannya nanti. Osman memungkiri janjinya menyebabkan terjadi beberapa peristiwa mengakibatkan Ikhsan mati dan Jiman menjadi tidak siuman.
[Filem] Bini Biniku Gangster
Selasa, 29 Julai, 8 malam
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Yana Samsuddin, Intan Ladyana &Shaheizy Sam
Manja dan Herry adalah sepasang suami yang sangat romantik dan saling menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster.Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan baru suaminya, namun jauh disudut hatinya ada perasaan cemburu melihat kemesraan pasangan itu. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah.
Bidin Al Zaifa (Zizan), mempunyai minat yang mendalam dengan motor berkuasa tinggi. Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar itu dari Kuala Lumpur sehingga ke Thailand. Walaupun merupakan seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi ramai, dan telah ditawarkan untuk berkonvoi bersama–sama dengan kumpulan motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil.
[Telemovie] Ecah Cookies VS Tipah Tailor
Rabu, 30 Julai, 2 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Yasmin Hamid, Enot, Dotty, Raja Ilya & Azhan Rani
Mak Ecah dan Mak Tipah sentiasa bersaing dengan satu sama lain untuk mencapai matlamat peribadi terutama sekali dalam bulan perayaan. Tetapi tidak lama selepas mereka menyedari banyak insiden berlaku. Mereka kemudian sedarsikap cemburu dan bersaing antara satu sama lain tidak akan membawa mereka ke hadapan.
[Hiburan] Jaguh Kampung Khas Raya
Rabu, 30 Julai, 9 malam
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 60 minit
Pengacara: Shamsul Ghau Ghau
Edisi khas Raya dimana pelbagai masakan istimewa akan disediakan sempena Hari Raya Aidilfitri
[Filem] Kembara Seniman Jalanan
Rabu, 30 Julai, 4 petang
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: M. Nasir, Khatijah Ibrahim, Pyan Habib, Dr. Sam, Imuda, Dato Shah Reza &M. Rajoli
Bujang (M. Nasir) merantau ke ibukota untuk mencuba nasib menjadi seorang anak seni. Filem ini mengisahkan perjalanan Bujang di ibukota termasuk apabila dompetnya dicuri oleh Osman (Pyan Habib), bagaimana dia ditolong oleh seorang pemilik kedai burger Brader Joe (Imuda), dan pengalamannya bersama seorang pengusaha syarikat rakaman bumiputera yang tidak ikhlas.
[Filem] Penunggu Istana
Rabu, 30 Julai, 10 malam
Durasi: 120 minit
Pelakon: Siti Nadhirah
Sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.
[Telemovie] Ada Apa Dengan Raya?
Khamis, 31 Julai, 2 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Zul Ariffin, Sariyanti, Namron, Norlia Ghani & Anzalna
Azlan dan Athira adalah kembar tetapi mereka tidak mempunyai wajah yang sama. Mereka belajar di tempat yang sama. Walau bagaimanapun, ibu bapa mereka tinggal di Paris untuk bekerja. Mereka merancang untuk kembali ke kampung halaman mereka di Kedah untuk menyambut raya. Beberapa kesilapan telah membuatkan perjalanan Raya mereka sukar dilupakan.
[Filem] Mr. Os
Sabtu, 31 Julai, 8 malam
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: TBA
Os pemuda miskin mendapat harta peninggalan datuknya sebanyak RM1 juta. Dia mesti menghabiskan wang itu dalam tempoh tujuh hari tujuh malam tanpa membeli harta atau rumah. Sekiranya dia gagal berbuat demikian harta warisan itu akan diserahkan kepada sebuah syarikat. Walaupun Os berbelanja boros, pada hari terakhir sebelum tempoh tamat os masih ada rm20,000.
[Filem] Femina
Khamis, 31 Julai, 4 petang
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Eman Manan,Erma Fatima, Susan Lankester, Azman Abu Hassan &Maria Farida
Tina dan Anita adalah kawan-kawan rapat. Mereka bertanggungjawab untuk pengeluaran majalah yang dipanggil Femina. Majalah ini mewakili gerakan pembebasan wanita. Motif mereka berbeza dari masa ke masa. Anita mengejar pengiktirafan peribadi sebagai pemimpin wanita dan misi Tina adalah untuk memperjuangkan hak-hak wanita. Semua berubah apabila Tina bertemu Pyan. Cara lembut beliau mengubah sikap Tina. Oleh itu, Tina dituduh menjadi pengkhianat dan mengalami tekanan yang teruk.
[Filem] Langgar
Khamis, 31 Julai, 10 malam
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Adi Putra, Nadia Heng, Namron, Bell Ngasri, Zulhuzaimy, Hans Issac & Natasha Hudson
Filem “Langgar” mengisahkan Nizam yang ingin menuntut keadilan berikutan kematian isterinya. Aina yang sarat hamil anak sulung dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan gangster.Nizam ingin mencari darah sebagai galang gantinya. Dia kemudian diperkenalkan kepada Radzi oleh Khairul , seorang teman lamanya. Setelah diuji oleh Loy iaitu orang kanan Radzi, Nizam layak menyertai mereka. Radzi juga berurusan dengan Jimi, seorang pengedar dadah yang mempunyai empayar di beberapa buah negara Asia Tenggara. Amanda merupakan kekasih kepada Radzi dan juga seorang penagih dadah.
[Telemovie] Atie Setan
Jumaat, 1 Ogos, 2 petang
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Remi Ishak, Yana Samsudin
Mengisahkan Atie, seorang agdis yang telah lama meninggalkan kampong halaman telah kembali untuk menyambut Ramadan dan aidilfitri bersama neneknya. Tetapi pertemuan semual dirinya dengan Firdaus Helmi yang selalu emmbulinya sewaktu kecil dahulu telah mengembalikan kenangan silamnya dan Atie nekad untuk membalas dendam.
[Filem] Bro, Nampak Motor Gua
Jumaat, 1 Ogos, 10 malam
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Along Raja Lawak, Mon Ryanti, Along Eyzendy & Shahfiez
Mengisahkan Epol yang mencari motor dari hasil simpanannya selama ini yang hilang. Semuanya atas kecuaiannya sewaktu menunjuk-nunjuk motor barunya pada orang lain. Maka dari situ bermulanya pengembaraannya sendiri untuk mendapatkan motosikalnya kembali. Motorsikalnya telah dicuri oleh dua orang pencuri dan dalam masa yang sama, Epol terjumpa Azura yang beg tangannya dicuri oleh pencuri yang sama. Malang bagi Azura, dalam beg tangannya mengandungi pendrive penting bagi Tan Sri Bakhir, seorang ahli perniagaan yang kaya. Tan Sri Bakhir telah menawarkan sejumlah RM50, 000 kepada Epol jika dia berjaya dapatkan semula pendrive itu. Maka bermulanya pengembaraan Epol bersama Azura yang diselangi dengan babak yang mampu buat anda ketawa. Dan berputik cinta antara Epol dan juga Azura. Apa yang terjadi pada mereka berdua. Adakah Epol berjaya mendapatkan semula
[Filem] Tiada Esok Bagimu
Jumaat, 1 Ogos, 4 petang
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Jins Shamsuddin, Noorkumalasari &Sarimah
Filem ini mendedahkan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam masyarakat atasan yang terdiri daripada Yang Berhormat, peguam dan arkitek muda. Masing-masing mempunyai citarasa dan nafsu yang berlainan. Sebagai orang berpengaruh, Yang Berhormat menggunakan kedudukannya bagi menodai gadis yang lemah. Manakala peguam muda pula mempersoalkan nama baik dan taraf setelah ditunangkan dengan gadis yang ternoda. Arkitek muda tersebut mengabaikan unsur seni Melayu. Filem ini juga membentangkan persoalan kasih sayang di dalam sesebuah keluarga.
[Filem] Jejaka Perasan
Sabtu, 2 Ogos, 4 petang
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: AR Badul, Salleh Yaacob, Liza Abdullah
Filem komedi di zaman 80-an yang dibintangi para pelakon veteren tanah air. Diarahkan oleh A.R Badul yang juga merupakan penulis skrip serta teraju utama filem ini. Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah AR Badul, Salleh Yaacob dan juga Liza Abdullah.
[Filem] Gangster Celop
Sabtu, 2 Ogos, 10.30 malam
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Kamal Adli, Symasul Yusof, Hanis Zalikha &Azad Jazmin
Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman dan Adam yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka dikehendaki menjaga Suzana iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia. Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama.
[Konsert] Konsert Bahagia Marigold Peel Fresh
Sabtu, 2 Ogos, 9 malam
Durasi: 90 minit
Pengacara : Lisa Surihani & Dato’ AC Mizal
Konsert ini menampilkan pelbagai nama-nama besar didalam industri muzik seperti Hyper Act, Hafiz, Indah, Bocey dan ramai lagi untuk menghiburkan anda.
[Konsert] Konsert Tafsiran Alam Ramli Sarip
Sabtu, 2 Ogos, 2 petang
Durasi: 120 minit
Artis : Ramli Sarip
Konsert ijni menyaksikan Ramli Sarip mengimbau semula kenangan lebih 4 dekad lalu sepanjang bergiat dalam pentas seni. Selain lagu-lagu popularnya, penyanyi yang bergelar Papa Rock Malaysia ini juga menyanyikan kembali himpunan lagu-lagu di era kegemilangan Sweet Charity
[Filem] Esok Masih Ada
Ahad, 3 Ogos, 4 petang
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Jins Shamsudin, Azean Irdawaty, Christine Teoh, A. Rahim & Umi Kalthom
Mengisahkan ASP Zamri yang berjaya sebagai seorang pegawai polis tetapi gagal membina sebuah keluarga bahagia. Kematian anaknya akibat penyakit leukemia menghampakan hidupnya. Lantas apabila dia berkenalan pula dengan Marina, anak gadis Encik Cheong dan seorang pengurus bank, sebuah perhubungan mesra telah dibina motornya yang dicuri.
[Filem] Rock Ooo
Ahad, 3 Ogos, 10 malam
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Que Haidar, Sofi Jikan, Khir Rahman &Pekin Ibrahim
Amy Mat Piah (Que Haidar) yang memegang kepada prinsip ‘pantang anak petani moden mengaku kalah’ berhajat untuk menyatukan kembali kumpulan yang pernah menjadi kegilaan ramai, Rimba Bara dan dia berjaya memujuk Jijo (Khir Rahman), Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim) dan Mi Black (Azmi Black). Pelbagai rintangan yang harus dihadapi mereka apabila mereka mengambil langkah besar untuk ke kotaraya Kuala Lumpur demi memartabatkan kembali kumpulan Rimba Bara.
Mengisahkan kesalahan Firman membawa dia ke penjara tetapi bagi Firman ia satu titik permulaan ke arah haluan hidup yang baru. Seperti gadis yang ingin dicintai, Trisya juga begitu tapi apabila cinta menemuinya barulah dia sedar erti cinta yang sebenar. Freez! Dia hanya memikirkan tentang kegembiraan dan berkongsi kegembiraan itu dengan kawan-kawannya. Dan Lara, jiwanya bebas dan dia mahu hidup berdikari. JIWA TAIKO menerokai makna persahabatan dan cinta yang sering disalah erti. 4 watak ini bertemu di WIRA CINTA; sebuah kelab dimana mereka dan kawan-kawan yang lain memperlajari ilmu persilatan. Dan di sana juga mereka menemui siapa diri mereka yang sebenar. Kelab itu dimiliki oleh Kak Pora yang merupakan seorang yang memahami jiwa remaja seperti mereka
[Filem] Sepah The Movie
Selasa, 5 Ogos, 10 malam
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Kumpulan Sepah
Mengisahkan ragam tiga lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang elektronik. Jep, Shuib dan Mamat berkawan rapat sejak dari kecil dan mempunyai hobi yang sama iaitu obses dengan sukan motor lasak atau motor cross. Mereka yang dikenali sebagai ’Sepah’ merupakan juara sukan tersebut di sekitar Johor Bahru. Dalam pada itu, mereka menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka. Munculnya seorang gadis cantik bernama “ Ayu sofea “ ,yang bertugas dibahagian “Training “ (trainer) dikilang elektronik tempat mereka bekerja. Tiga bujang Sepah mengambil peluang tersebut untuk memujuk hati Ayu Sofea terutama Jep. Mampukah Jep memenangi hati Ayu Sofea? Bagaimana Jep berhadapan dengan Shuib dan Mamat dalam mendapatkan semula Ayu Sofea?
[Filem] Tokak
Rabu, 6 Ogos, 10 malam
Durasi: 120 minit
Pelakon : Sabree Fadzil, Airis Yasmin, Diana Johor, Faiz Raja Lawak 4, Julia Ziegler, Abon, Keena Mentor, Lana Nordin
Tokak mengisahkan seorang pengurus hotel, Iskandar yang menemui kotak misteri ketika berjogging di tepi pantai. Perasaan ingin tahu apa yang terkandung di dalam kotak menyebabkan dia membuka kotak misteri itu. Rupa-rupanya kotak itu `dihuni’ roh jahat jelmaan Sungai Raya.
[Filem] Minyak Dagu
Khamis, 7 Ogos, 10 malam
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Fezrul,Yana Samsudin&Fizo Omar
Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangya Emelda kerana kembali kepada bekas kekasihnya, Johan. Azman termakan kata-kata rakan pejabatnya lalu mengesyaki Johan memang telah menggunakan minyak dagu bagi merampas Emelda daripadanya.Keadaan Emelda berubah bila dinikahkan dengan Johan. Emelda seperti dirasuk sesuatu dan dan perkara tersebut merunsingkan kedua ibu bapa Emelda. Keadaan bertambah buruk bila si pengguna minyak dagu terlanggar pantang larangnya dan menyebabkan “khadam” si pengguna minyak dagu itu inginkan darah si pengguna dan orang yang dia sayang. Persoalannya siapakah si pengguna minyak dagu…Azman atau Johan ?
[Filem] Paku Pontianak
Jumaat, 8 Ogos, 10 malam
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Uqasha, Adiba Yunus, Along Eyzendy & Hidayah Ismail
Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda kampung bernama Adam (Pekin Ibrahim) telah terlanggar seorang gadis Melati (Uqasha) ketika pulang dari tempat kerjanya pada waktu malam. Adam kemudiannya telah membawa pulang Melati yang tidak sedarkan diri ke rumahnya.Usaha mencari keluarga Melati tidak berjaya apabila Melati tidak mengingati apa-apa langsung dan menyebabkan Adam sentiasa melindungi Melati. Pada masa sama hal tersebut telah menimbulkan rasa tidak senang hati Seri (Hidayah Samsudin) yang sudah lama meminati Adam, dan ini telah menimbulkan konflik.
[Filem] Paku
Sabtu, 9 Ogos, 10 malam
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Johan As’ari, Aishah Ilias & Diddy Hirdy
Paku mengisahkan Fahmi amat mencintai isterinya Riana dan dia tidak dapat menerima kenyataan Riana sudah meninggal dunia. Oleh kerana ketaksuban terhadap cintanya itu, dia sanggup mencari bomoh untuk menghidupkan semula Riana, mereka disatukan sehingga Riana melahirkan seorang anak.Selepas Fahmi bersama Riana, Fahmi yang selama ini dikatakan malas bekerja dinaikkan pangkat dan mendapat hadiah daripada majikannya, namun pelbagai tragedi menimpa rakan pejabat yang cemburu padanya. Fahmi sedar segala yang diperoleh itu selepas dia hidup semula dengan Riana.
[Filem] Sumpahan Puaka
Ahad, 10 Ogos, 10 malam
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Imuda &Mak Jah
Shamsudin adalah seorang pelukis. Beliau bercadang untuk memasuki ke sebuah kampung untuk mencari ilham untuk melukis. Setelah berada di kampung itu untuk beberapa hari, Shamsudin mengalami pelbagai insiden yang pelik. Mak Jah berjaya memaksa Shamsudin untuk bersumpah supaya akan sentiasa menjaga Mak Jah. Shamsudin mula merasa pelik apabila ada yang memberitahu bahawa Mak Jah sebenarnya telah mati.
ASTRO OASIS (SALURAN 106)
[Bual bicara] Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim Elias S2
Selasa, 29 Julai, 7.30malam
Durasi: 30 minit x 1 episod
UKE bersama ustaz Badli Shah Alauddin dan Ustaz Nuzhan Abdul Halim membicarakan pengertian eidul fitri dalam agama dan bagaimana cara terbaik bagi umat Islam menyambut hari kebesaran Islam itu mengikut zaman berlandaskan sunnah yang dibawa Rasulullah S.A.W. serta ibadah-ibadah yang afdal dilakukan bersama keluarga dan umat Islam lain di hari yang mulia itu.
[Bual bicara] Anta Tanya Ana Jawab S2
Rabu, 30 Julai, 7.30malam
Durasi: 90 minit x 1 episod
Penerangan tentang persiapan dalam menjalani bulan syawal dihoskan oleh Ustaz Haslin bersama
tetamu undangannya, Yassin.
[Telefilem] Syurga Untuk Lelaki
Rabu, 30 Julai 2014, 10malam
Durasi: 120 minit x 1 episod
Barisan pelakon: Namron, Fauziah Nawi, Tasha Syila
Mengisahkan hubungan ibu dan anak antara Mak Temah dan Alif yang sangat erat.Alif tidak mahu berkahwin kerana takut isterinya nanti tidak sayangkan inubyanya.Walau bagaimana pun selepas berkahwin dia sendiri berubah dan memberikan lebih perhatian kepada isterinya dan jarang pulang ke rumah.Alif sebenarnya sakit dan di ambang kematiannya dia telah meminta kedua isteri dan ibunya untuk berbaik-baik.Alif akhirnya meninggal dunia di pangkuan isterinya dan ibunya.
[Bual bicara] Dunia Pencetus Ummah Raya
Khamis, 31 Julai, 9malam
Durasi: 90 minit x 1 episod
Hos: Dr. Ridhuan Tee Abdullah
PU : PU HAFIZ, PU RAHMAT, PU YEOP & PU FAKHRUL
Tetamu Jemputan: Imam Muda Megat
Dengan tajuk “Revolusi Syawal”, para Pencetus Ummah membincangkan serta berkongsi kepada penonton mengenai perkara serta amalan yang dilakukan oleh masyarakat melayu ketika menyambut hari raya. Antara tajuk/isu yang dibincangkan, Rumah Terbuka (PU Rahmat), Seribu Kemaafan (PU Hafiz), Hari Kemenangan (PU Yeop) & Ziarah VS. Duduk Rumah (PU Fakhrul).
ASTRO MUSTIKA HD (SALURAN 134)
[Hiburan] Perjalanan Anak Seni : Hafiz & Friends
Isnin, 28 Julai, 5.30 petang
Durasi: 30 minit x 1 episod
Barisan selebriti: Hafiz, Akim & Hazama
Merupakan sebuah program ‘Behind The Scenes’ berdurasi selama 30 minit. Program ini menampilkan perjalanan Hafiz dan rakan-rakannya iaitu Hazama dan Akim. Selama 30 minit penonton akan dihidangkan dengan ragam dan kerenah anak-anak muda ini dalam persiapan mereka untuk membuat persembahan di Hard Rock Café, Melaka.
[Konsert] Istimewa Hafiz & Friends
Isnin, 28 Julai, 6 petang
Durasi: 60 minit x 1 episod
Pengacara: Aril
Barisan selebriti: Hafiz, Akim & Hazama
Persembahan Live pertama Hafiz dah rakan-rakan di Hard Rock Café, Melaka. Rancangan ini akan menampilkan Hafiz, Hazama dan Akim. Manakala pengacaranya ialah Aril. Sebanyak 14 lagu didendangkan pada malam itu.
[Drama] Kusinero Cinta
Isnin – Rabu, 10 malam
Durasi: 30 minit
Barisan selebriti: Aaron Aziz, Jericho Rosales, Tizz Zaqyah
Perjalanan hidup dua sahabat baik, Fredo dan Izmir yang mengejar cita-cita mereka menjadi chef terkenal dan bertemu Edrinna, gadis cantik yang mengubah hidup mereka.
ASTRO CITRA (SALURAN 131)
[Filem] Longkai
Ahad, 27 Julai, 10 malam
Siaran Serentak: Saluran Mustika HD (134)
Durasi: 120 minit
Barisan pelakon: Faizal Hussein, Niezam, Erra Fazira, Wawa Zainal, Pierre Andre, Dira Abu Zahar, Zul Handyblack, Along Eyzendy, Mohd Mikail Andre b Nazrul Andre
Mengisahkan tentang geng-geng longkai yang sering berebut untuk mendapatkan bisnes. Eddie dan Bada merupakan pasangan adik beradik longkai yang ditugaskan untuk menghantar kenderaan yang ditarik mereka ke bengkel Rimau, seorang wanita yang berjiwa besi..
[Filem] Coriolanus
Isnin, 28 Julai, 11 malam
Durasi: 120 minit
Barisan pelakon: Ralph Fiennes, Gerard Butler, Brian Cox
Caius Martius ‘Coriolanus’, seorang jeneral Rome yang gagah dan ditakuti oleh rakyat, bercita-cita untuk memegang jawatan tertinggi. Dengan bantuan ibunya yang bercita-cita tinggi, Volumnia, mereka cuba memenangi undi daripada rakyat, namun rakyat tidak menyokongnya. Ini menyebabkan Coriolanus marah dan menimbulkan huru-hara sehingga dihalau keluar dari kotanya.
[Filem] Vengeance
Selasa, 29 Julai, 11 malam
Durasi: 120 minit
Barisan pelakon: Nattanun Jantarawetch, Chalad Na Songkhla, Sorachai Sang-aakaat
Sekumpulan polis memburu penjenayah-penjenayah kejam yang lari ke dalam sebuah hutan yang dipercayai telah disumpah sejak berkurun lamanya dan banyak kejadian misteri berlaku di situ. Mereka telah memasuki satu dunia yang aneh dan penuh mistik di mana lagenda mengenai harta karun purba adalah kisah benar, dan mereka cuba untuk merungkai rahsia yang masih terpendam di dalam hutan tersebut.
[Filem] Future Cops
Rabu, 30 Julai, 11 malam
Durasi: 120 minit
Barisan pelakon: Andy Lau, Jacky Cheung, Aaron Kwok
Kisah yang diadaptasi dari permainan video terkenal dunia yang membariskan pelakon-pelakon handalan Hong Kong. Pada tahun 2043, Tuhan Kejahatan (The General/M. Bison) cuba untuk menakhluki dunia namun ditangkap dan dipenjarakan oleh Hakim (Judge). Pengikut-pengikut General iaitu Kent (Ken), Thai King(Sagat) dan Toyota (E. Honda), mengembara ke tahun 1993 untuk membunuh Judge sebelum perlantikannya sebagai ketua keadilan Mereka diburu oleh polis masa hadapan iaitu Broom Man (Guile), Ti Man (Vega) dan Ah Sing (Dhalsim) untuk menghalang plot jahat pengikut General. Mereka menumpang di rumah keluarga Tai Hung, seorang pelajar sekolah tinggi dengan menyamar sebagai pelajar, guru dan pembantu.Di sini, mereka mula berkenalan dengan Chun May (Chun Li), Crab Angel dan Choi Ney.
[Filem] Colombiana
Jumaat, 01 Ogos, 11 malam
Durasi: 120 minit
Barisan pelakon: Zoe Saldana, Michael Vartan, Callum Blue
Selepas menyaksikan pembunuhan kedua-dua ibubapanya, Cataleya membesar dan menjadi seorang pembunuh upahan yang kejam dan berhati keras namun kekerasan hatinya mula melebur apabila dia bertemu dengan seorang lelaki dan dia cuba untuk merahsiakan identitinya…
[Filem] Mr. Magorium’s Wonder Emporium
Sabtu, 02 Ogos, 2 petang
Durasi: 120 minit
Barisan pelakon: Natalie Portman, Dustin Hoffman, Jason Bateman
Molley Mahoney merupakan pengurus di Mr. Magorium’s Wonder Emporium, sebuah kedai permainan yang terpelik dan terhebat di dunia.Namun Molley merupakan seorang yang degil dan tidak yakin dengan kemampuan dirinya sendiri. Apabila Mr. Magorium, tuan punya kedai dan sudah berusia 243 tahun mewariskan kedainya itu kepada Molley, kehidupannya mula berubah di mana kedai yang dahulunya sangat hebat mula bertukar menjadi huru-hara….
[Filem] Pee Mak
Sabtu, 02 Ogos, 11 malam
Durasi: 120 minit
Barisan pelakon: Mario Maurer, Davika Hoorne, Nattapong Chadpong, Wiwat Kongrasri
Kisah komedi seram mengenai Mak, yang meninggalkan isterinya yang jelita iaituNak, yang sedang sarat mengandung anaknya untuk pergi berperang. Mak bertemu dengan 4 askar yang lain dan mereka kemudiannya menjadi sahabat karib. Selepas perang berakhir, Mak menjemput rakan-rakannya ke Phra Khanong, iaitu kampungnya untuk berkenalan dengan Nak. Dalam masa yang sama, khabar angin tersebar di seluruh Bandar bahawa Nak sebenarnya sudah meninggal dunia selepas melahirkan anak.Rakan-rakannya dan penduduk kampung cuba memberitahu Mak namun dihalang oleh Nak. Pelbagai aksi lucu berlaku ketika mereka berusaha untuk memberitahu Mak mengenai kematian Nak.
[Filem] Kisah Paling Gengster
Ahad, 03 Ogos, 10 malam
Siaran Serentak: Saluran Mustika HD (134)
Durasi: 120 minit
Barisan pelakon: Shaheizy Sam, Epy Raja Lawak, Mikail Andre, Wawa Zainal
Kisah Paling Gengster ini mengisahkan Remy (Shaheizy Sam), seorang paramedik pendiam dan lemah yang sentiasa dibuli oleh rakan sekerja.
Pada masa sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga sering kesempitan wang. Pendek kata, Remy seorang ‘loser’.Pada satu hari, Remy telah menyelamatkan nyawa seorang ketua gangster bernama Megat.Bagi membalas jasanya, Megat telah menawarkan kedudukan dalam kumpulannya kepada Remy.Pada mulanya, Remy enggan menerima tawaran tersebut tetapi selepas diugut, dia akhirnya mengalah.
ASTRO WARNA (SALURAN 132)
[Telefilem] Mujibur Mari
Isnin, 28 Julai, 12 t/hari
Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)
Durasi: 120 minit
Barisan pelakon: Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Ilya Senario, Yasha Eliza, Pak Chu Raja Lawak
Dari Bangladesh, akhirnya cita-cita Mujibur untuk bekerja di Malaysia berjaya. Dia kini bekerja sebagai penjual karpet di kedai milik Babu dan antara tugasnya ialah menghantar karpet menaiki motor EX5, dan adakalanya membawa van bersama rakan-rakan Bangladeshnya. Mujibur jatuh cinta kepada kepada Nina ,kepada Aja). Nina suka kepada Mujibur kerana sifat Mujibur yang kelakar, jujur dan tak pernah tinggal solat dan rajin kerja. Namun begitu hubungan ini telah ditentang sekeras kerasnya oleh kerana enggan mendapat adik ipar Bangla! Ajak mempunyai banyak hutang telah melakukan pelbagai cara untuk memisahkan hubungan mereka. Mujibur kecewa dan mahu balik Bangladesh.Ajak pula diugut percepat bayar hutang! Jika tidak seluruh keluarga jadi mangsa.Nina takut dan bagi tahu Mujibur. Secara senyap, Mujibur bayarkan tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Nina. Hasil jualan karpet itulah Mujibur korbankan untuk bayarkan hutang Ajak
[Telefilem] Ketupat Rendang Keju
Selasa, 29 Julai, 12 t/hari
Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)
Durasi: 120 minit
Barisan pelakon: Siti Saleha, Remy Ishak, Zila Bakarin, Kaza
Perkahwinan Adam dan Alysa yang berlainan latar mengalami pelbagai konflik sehingga berlarutan di bulan puasa dan raya. Alysa tidak suka cara hidup di kampung tapi terpaksa juga teruskan. Adam yang ada sikap jimat cermat dan suka membantah sering membuatkan mereka berkelahi. Sebenarnya Adam sedang buatkan satu rumah batu seperti impian Alysa. Di hari raya, Adam tunjukan Alysa apa yang dia masak iaitu Ketupat dan Rendang Keju. Adam melambangkan yang kehidupan mereka suami isteri seperti makanan itu. Walaupun nampak pelik tapi sedap kalau di makan
[Hiburan] Mega Lawak 2013
Selasa, 29 Julai, 8.00 malam
Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)
Durasi: 120 minit x 1 episod
Barisan pelakon: Zizan, Didie Alias, Jambu, Suhaimi Yusuf
Saksikan pelawak-pelawak dari Malaysia dan Singapura di atas satu pentas dengan sketsa dan jenaka mereka
[Telefilem] Warna: Simpul Raya
Rabu, 30 Julai, 12 t/hari
Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)
Durasi: 120 minit
Barisan pelakon: Jambu, Rahim & Emelda Rosmila
Telemovie tentang usaha Yus mencari jodoh sebelum pulang kekampung agar ibunya berpuashati untuk tidak menjodohkan beliau dengan pilihan ibunya sendiri yang merupakan kakak kepada Tauke
[Hiburan] MLM : Haji Pilus Tak Nak Raya
Rabu, 30 Julai, 9 malam
Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)
Durasi: 90 minit x 1 episod
Barisan pelakon: Shuib, Shiro, Bocey, Pak Yus, Rahim, SYJ
Haji Pilus duda yang kedekut dan tak nak beraya. Baginya menyambut Hari Raya akan mengalami kerugian yang besar. Sifat kedekutnya membuat anak dan pekerjanya makan hati. Dari mimpi buruknya, Haji Pilus dapat kesedaran dan buat perubahan yang besar pada dirinya di pagi Hari Raya
[Telefilem] Bocey Beraya
Khamis, 31 Julai, 12 t/hari
Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)
Durasi: 120 minit
Barisan pelakon: Bocey
Tiga sahabat yang merupakan ahli kumpulan K POP terkenal dikampung mereka berselisih faham dalam memiih genre muzik yang ingin mereka perjuangkan.Oleh kerana berbeza pendapat maka mereka bersetuju untuk menjual kuih raya mengikut genre muzik yang berbeza dan kuih genre muzik mana yang paling laku maka itulah keputusannya.Disamping mempunyai pekerjaan yang berbeza mereka juga ingin mencari duit raya lebih kerana kalau boleh raya tahun ini mereka ingin pulang kekampung seperti Jazzy ata Celine Dion.Ini adalak kerana ibubapa mereka dikampung menjadi kebangaan orang kampung kerana dikatakan anak mereka terpilih untuk MISI KE BULAN.Itu sebabnya tahun sebelum itu anak anak mereka tidak pulang kekampung kerana menjalani kursus di Russia. Disamping itu juga kumpulan K POP saingan mereka NIZAM BERSEKUTU JOGET LAMBAK atau NBJL (nama group) turut membuka gerai menjual kuih untuk mencabar mereka.Gerai kuih mereka menjadi perhatian kerana sepanjang melakukan jualan mereka juga ada persembahan tersendiri.
[Hiburan] Karoot Komedia X S3 Raya
Khamis, 31 Julai, 10malam
Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)
Durasi:30 minit x 1 episod
Barisan pelakon: Yus, Ebby Yus, Sabri Yunus, Jep, Dato’ Siti Nurhaliza, Zizan, Rahim
Mengisahkan Haron yang mempunyai tiga orang anak.Along masih belum berkahwin dan tinggal dengannya. Angah pula sudah berkahwin dengan Farah dan tinggal di Melaka manakala Busu sudah berkahwin dengan Mira dan tinggal di Terengganu.Tahun ini sepatutnya giliran anak-anak beraya di rumah Haron, tetapi masing-masing cuba mengelak dengan pelbagai alasan. Tambahan pula, ayah Farah iaitu Zack akan pulang untuk berhari raya dari Australia. Masing-masing mempunyai konflik sesama sendiri.Along mencari jalan untuk menarik adik-adiknya pulang beraya di rumah.Dia mendapat idea untuk menganjurkan pertandingan yang menjanjikan wang tunai lumayan. Akhirnya semua pulang untuk berhari raya di rumah Haron dan sedar hadiah sebenar yang dijanjikan ialah keharmonian keluarga
[Bual Bicara] Sembang Teh Tarik S2
Khamis, 31 Julai, 10.30 malam
Siaran Serentak: Saluran Mustika HD (134)
Durasi: 30 minit x 1 episod
Sembang Teh Tarik musim baru yang dihoskan oleh Dato’ AC Mizal menjemput artis menaiki kereta ‘Vintage’ dan berbual menceritakan tentang kisah hidup dan perjalanan Zizan dan Johan
[Hiburan] Sepah Lenggang Kangkung
Sabtu, 16 Ogos, 12 t/hari
Durasi: 120 minit
Rancangan variasi di Astro Warna
[Hiburan] Raya Rabak
Ahad, 17 Ogos, 12 t/hari
Durasi: 120 minit
Rancangan variasi di Astro Warna
ASTRO INDOPEK BINTANG (SALURAN 141)
[Hiburan] I Boom Raya
Ahad, 27 Julai Julai, 10 malam
Durasi: 60 minit
Hos: Ajak Shiro
Lagu Indonesia terkini…100% artis Indonesia bersama hos tempatan, Ajak Shiro. Episod khas yang bertemakan muzikal & komedi ini akan menampilkan Ajak bersama beberapa artis ternama Indonesia meraikan Syawal bersama anak-anak yatim.
[Konsert] Konsert Ungu Tercipta Untukku
Isnin, 28 Julai, 4 petang
Durasi: 120 minit
Artis: Kumpulan Ungu
Saksikan konsert Ungu Tercipta Untukku yang menyambut ulangtahun ke-17 mereka di dalam industry muzik. Berlangsung di Wholesale City, Star Stage, Kuala Lumpur.
[Konsert] Harmoni Noah Setahun Berkarya
Selasa, 29 Julai, 4 petang
Durasi: 120 minit
Artis: Noah
Acara Harmoni SCTV kembali bersama NOAH dalam rangka merayakan setahun NOAH berkarya di Gedung Arsip Nasional Jakarta. Lagu-lagu hits NOAH disusun oleh Erwin Gutawa dan NOAH serta dibawakan kembali oleh beberapa penyanyi terkenal seperti Cakra Khan, Momo Geisha, dan Citra Scholastika.
ASTRO INDOPEK PELANGI (SALURAN 142)
[Filem] 308
Ahad, 27 Julai, 10 malam
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Shandy Aulia &Denny Sumargo
Naya seorang lepasan ijazah telah ditawarkan untuk bekerja sebagai pembantu di sebuah hotel. Ketika dia bekerja di sana pelbagai kejadian aneh yang menimpa dirinya. Apakah yang sebenarnya menjadi punca kepada kejadian aneh yang menimpa dirinya itu? Dan apa pula kaitannya dengan bilik 308?
[Filem] Comic 8
Isnin, 28 Julai, 10 malam
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Mongol, Mudy Taylor, Kemal Palevi, Nirina Zubir &Nikita Mirzani
Lapan anak muda masing-masing mempunyai alasan dan motif yang bebeza dalam melakukan rompakan bank. Ada yang merompak kerana Galau, Hobby, Iseng, Adrenaline Sport, bahkan ada yang merompak untuk membangunkan panti asuhan dan rakyat miskin.Kesemua perompak tersebut akan terbagi menjadi tiga kumpulan dengan kemampuan dan jam terbang yang berbeza. Aksi berkembang dari rompakan yang awalnya terlihat seperti kebetulan yang aneh, terkepong oleh pasukan polis dengan AKP-nya yang cantik, hingga akhirnya mereka harus saling bekerja sama dan untuk menemukan jawapan dari teka teki yang ada serta mencari jalan keluar terbaik untuk semua.
[Filem] Moga Bunda Disayang Allah
Selasa, 29 Julai, 10 malam
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Shandy Aulia, Fedi Nuril, Alya Rohali, Donny Damara
Karang yang dihantui rasa bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan anaknya telah melarikan diri ke sebuah pulau. Kehidupannya mula berubah apabila Karang di minta untuk mejadi guru kepada Melati. Mampukah Melati mengembalikan diri Karang yang sebenar seperti dahulu?
[Filem] Laskar Pelangi 2
Ahad, 3 Ogos, 3 petang
Durasi: 120 minit
Barisan Pelakon: Lukman sardi, Abimana, Astrid Roos
Mengisahkan tentang keindahan persahabatan anak-anak Laskar Pelangi dalam menggapai mimpi mereka disamping usaha mereka dalam mempertahankan rumah yang bakal ditutup.
Pada Hari Raya kelas 4 Merah telah dijemput oleh Putri ke rumahnya. Pada masa yang sama, Khai juga berbuat demikian. Namun begitu, Khai meminta mereka pergi ke rumah Putri. Para pelajar ke rumah Putri dengan menumpang kereta Henry. Mereka tersesat dan berakhir di suatu kawasan lain. Lebih malang lagi apabila kereta Henry mengalami kerosakan. Mereka berkeliaran mencari pondok telefon untuk menghubungi Putri tetapi sebaliknya mereka sampai ke rumah nenek Hani secara tidak sengaja. Hani membantu mereka keluar dari situ dan mengikuti mereka ke rumah Putri. Mereka berjaya menghubungi Putri melalui telefon tetapi Putri tidak membalas kerana tidak dapat mendengar dengan jelas. Kereta Henry rosak semula. Para pelajar berasa hampa kerana tidak dapat menikmati hidangan hari raya yang lazat. Tiba-tiba muncul Waris . Sebenarnya Waris ialah sepupu Khai. Kemarahan Khai bermula apabila para pelajar memilih rumah Putri terlebih dahulu memandangkan rumah terbukanya lebih sederhana.
ASTRO CERIA (SALURAN 611)
[Hiburan] Projek Ceria
Jumaat, 8 & 15 Ogos, 11.30 pagi
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 30 minit x 2 episod
Zizan Razak memenuhi Impian kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan untuk bertemu dengannya dengan bantuan “Dream team”. Dalam setiap episod, kejutan epik dirancang dengan harapan membawa sinar kegembiraan dan kasih sayang kepada mereka.
[Hiburan] Bam Bam Bil
Jumaat, 15 & 22 Ogos, 11 pagi
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 30 minit x 2 episod
Sebuah program yang mengetegahkan cabaran yang memerlukan mereka membaca petunjuk untuk menyelesaikan cabaran yang diberi. Semasa cabaran, kedua – dua mereka dikehendaki mengumpul blok – blok huruf dari bermulanya cabaran di Kuala Lumpur sehinggalah cabaran terakhir yang dilakukan di Jakarta kerana pada akhir cabaran ini mereka akan menyelesaikan ‘puzzle’ dari huruf yang dikumpulkan. Dalam program ini, kita akan melihat ikon kegemaran kanak-kanak ini akan bersaing antara satu sama lain. Mereka akan bersaing di ibu negara terkenal Malaysia dan Indonesia – Kuala Lumpur dan Jakarta. Di Kuala Lumpur, kebanyakannya mereka akan melakukan cabaran lebih kepada ekstrem dan di Jakarta pula cabaran banyak berkait rapat dengan kehidupan seharian Tegar.
[Muzikal] Konsert Raya Ceria Popstar
Ahad, 17 Ogos, 11.30 pagi
Siaran Serentak: Saluran Maya HD (135)
Durasi: 90 minit
Konsert Raya Ceria Popstar akan menyatukan sekali lagi peserta-peserta Ceria Popstar 2 untuk sambutan Raya tahun ini. Persembahan khas lagu-lagu Raya lama dan baru akan dipersembahkan oleh mereka disamping lawak jenaka dari tunjang utama Ceria Popstar seperti Zizan Razak, Johan, Sleeq, Alyah, Waris dan ramai lagi.
ASTRO MAYA HD (SALURAN 135)
[Drama] Manis
Selasa, 29 Julai, 5 petang
Durasi: 30 minit
Barisan Pelakon: Siti Saleha, Caca Maembong, Nabil Abdul & Mat Redha
Manis adalah sebuah drama bersiri dokumentari mengenai seorang akauntan bernama Anis (Siti Saleha) yang bekerja di sebuah kedai kek dan pastry, yang terpaksa mengambil alih kedai tersebut apabila kedai tersebut hampir ditutup.
ASTRO AWANI (SALURAN 501)
[Berita] Rumah Terbuka Kini Trending
Isnin, 28 Julai, 8.15 minit
Durasi: 15 minit
Pengacara: Ian Johan Ariff, Dzulfitri Yusop & Norsiah Ramli
Meraikan Syawal – perbualan di media sosial
ASTRO ARENA (SALURAN 801)
[Filler] Ucapan Istimewa Raya
Khamis, 17 Julai & Sabtu, 2 Ogos
Hos: Bakat Arena (TV & Radio)
Jemputan: Atlet
Mengucapkan Selamat Hari Raya kepada penonton dan memberikan sedikit nasihat dan bimbingan kepada mereka.
[Filler] Raya Video Muzik
Sabtu, 18 Julai & Ahad, 2 Ogos
Hos: Bakat Arena
Jemputan: Atlet
Lagu Selamat Hari Raya nyanyian Ahmad Jais akan dinyanyikan semula oleh bakat-bakat Arena.
ASTRO FIRST EXCLUSIVE (SALURAN 480)
[Filem] Nostalgila
Barisan pelakon: Sharifah Amani, Christina Suzzane, Modee, Afdlin Shauki & Adibah Noor
Beberapa hari sebelum Raya, dua orang pelajar universiti, Zatul dan Ummi, berkongsi satu dilemma – mereka berdua tidak boleh balik kampung untuk beraya. Kecuali mereka memandu kereta. ‘Nostalgila’ merupakan kisah dua insan yang langsung tidak berkenalan sesama sendiri tetapi bersatu kerana terdesak untuk pulang beraya. Perjalanan yang sepatutnya nostalgik hampir bertukar menjadi tragik kerana seorang waras, seorang lagi tidak pasti.
Mengisahkan Omar yang tidak mahu pulang beraya di kampong isterinya, Aini kerana berasa serik dengan pengalaman lalu dan rimas dengan ipar duainya. Kedatangan Mak Mah, nenek Aini secara mengejut ke rumah mereka membuatkan Omar dan Aini terpaksa pulang ke kampong sebelum hari raya untuk menghantar Mak Mah pulang semula ke kampong. Akhirnya Omar mengalah untuk beraya di kampong isterinya. Pelbagai kejadian buruk yang menimpa Omar akibat kecuaian abang iparnya.
Seusai sahaja acara sukan terbesar dunia, PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL, kini satu lagi acara sukan gergasi iaitu Sukan Komanwel 2014 bakal menjengah dan Astro dengan berbesar hati akan membawakan liputan secara langsung dan menyeluruh melalui platform televisyen dan Astro on the Go. Acara sukan yang diadakan di Glasgow ini dijadualkan berlangsung bermula dari 24 Julai hingga 4 Ogos 2014.
Pelanggan Astro yang melanggan Pek Sukan dan Superpack akan menerima ‘Commonwealth Games Pass’ yang membolehkan mereka menonton acara sukan tersebut melalui saluran khusus yang terdiri dari lapan saluran definisi standard (SD) dan lapan saluran definisi tinggi (HD) serta akses percuma untuk menonton tujuh saluran dedikasi menerusi tablet, telefon pintar dan komputer melalui Astro on the Go.
Bagi pelanggan Astro yang lain pula boleh membeli pas khas ‘Commonwealth Games Pass’ ini dengan harga RM20 dan pembelian boleh dilakukan menerusi saluran 200.
Astro turut memberi peluang buat semua pelanggan Astro dan NJOI untuk mengikuti liputan acara sukan terpilih melibatkan atlet tanah air secara khususnya menerusi Astro Arena Saluran 801. Manakala, seluruh rakyat Malaysia juga boleh menonton saluran Astro Arena menerusi Astro on the Go secara percuma.
Selain itu, bagi mereka yang bukan pelanggan Astro yang ingin mengikuti liputan penuh Sukan Komanwel ini boleh membeli ‘Commonwealth Games Pass’ untuk mendapatkan akses kepada tujuh saluran dedikasi menerusi Astro on the Go. Untuk maklumat lanjut, sila layari onthego.astro.com.my.
Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro berkata, “Astro terus berusaha dalam membawakan liputan secara langsung pelbagai acara sukan untuk rakyat Malaysia antaranya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 Sochi, Piala Thomas dan Uber 2014 dan pastinya PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL . Untuk Sukan Komanwel kali ini, Astro menawarkan liputan menyeluruh lebih dari 2,000 jam menerusi 16
saluran dedikasi (lapan saluran HD dan lapan saluran SD) serta tujuh saluran di platform Astro on the Go. Bagi para pelanggan NJOI dan juga yang bukan pelanggan Astro turut boleh mengikuti acara sukan ini di saluran Astro Arena tanpa sebarang cas tambahan”.
Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 1 300 82 3838.
Pecahan Saluran Khusus Sukan Komanwel 2014 Glasgow : Nombor saluran (SD)
Nombor saluran (HD)
Butiran saluran
820
840
Saluran mozek. Gabungan tujuh skrin yang memaparkan acara sukan yang sedang berlangsung. Mempunyai fungsi interaktif yang memaparkan jadual acara, keputusan, kedudukan pingat dan berita terkini mengenai Sukan Komanwel 2014
821 – 826
841 – 846
Liputan secara langsung dan siaran ulangan
827
847
Saluran yang akan menyiarkan acara-acara sukan terbaik yang dipilih
Sharnaz Ahmad & Keith Foo (Perempuan Lindungan Kaabah)
Tahun demi tahun, Astro menyambut ketibaan Ramadan dan Syawal dengan tema serta barisan program serta aktiviti istimewa untuk dinikmati bersama oleh rakyat Malaysia. Tahun ini tiada berbeza, apabila Astro sekali lagi membawakan sebuah kempen yang malah lebih besar ertinya, bertemakan ‘Kosong Kosong, Buka Lembaran Baru’.
Hadirnya setiap Ramadan Al Mubarak mengajak umat Islam menginsafi serta bermuhasabah diri. Amal ibadat dipertingkatkan demi benar-benar menghayati bulan yang mulia ini. Keampunan dipohon serta diberi setibanya Syawal dengan penuh keikhlasan tanda bermulanya episod baru dalam sesebuah perhubungan dan persahabatan. Seiring dengan semangat inilah, Astro melancarkan ‘Kosong Kosong, Buka Lembaran Baru’, suatu kempen yang diinspirasikan daripada kesucian dan ketulusan hati melupakan sengketa lampau apabila menyusun sepuluh jari.
Ya Ustaz
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, “Melalui platform Tonton, Dengar & Baca yang tersedia di bawah payung Astro – termasuklah Televisyen, Radio, Penerbitan dan Digital – kami mengajak rakyat Malaysia untuk menghayati erti sebuah kemaafan. 4. Program dan aktiviti telah diatur dengan teliti untuk memastikan sajian program yang bukan sahaja bermutu malah mengikut selera semasa, sambil kita juga tidak lupa memenuhi tuntutan kerohanian.
Harapan kami, agar pengisian sepanjang Ramadan ini sedikit sebanyak dapat membantu penonton beragama Islam dalam mendalami ibadah dalam bulan ini.”
Sebanyak lebih 30 program istimewa bakal menemani hari-hari penonton di sepanjang bulan puasa menerusi saluran-saluran televisyen Astro. Ini didahului dengan barisan rancangan di Astro Oasis dengan siri drama bersiri 30 Hari Puasa dan Tanah Kubur Istimewa Ramadan serta filem televisyen Syurga Untuk Lelaki. Dunia Pencetus Ummah, Anta Tanya Ana Jawab, Musykil Muslimah serta Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim Elias turut diteruskan dengan suntikan elemen Ramadan. Manakala Astro Prima menawarkan Primadona Ramadan, Hajat Ramadan 2014 dan sebuah filem televisyen khas bertajuk Masihkah Ada Ramadan.
Jehan (left, host of Resepi Memikat Suami) with guests Nana Mahazan
Sebuah lagi filem televisyen juga bakal disiarkan di Astro Ria, iaitu Taubatan Nasuha di samping rancangan Resepi Memikat Suami, Gaya Raya dan 1001 IDea serta Romantika yang kali ini menampilkan Mizz Nina dan Noh Salleh, Imam Muda Asyraf dan isteri serta Ashraff Muslim dan isteri-isterinya.
Istimewa di Astro Citra, Sinema Sahur di bulan Ramadan akan mempersembahkan tema istimewa iaitu Minggu Istimewa Lisa Surihani, Minggu Istimewa Aaron Aziz, Minggu Istimewa Nora Danish dan Minggu Istimewa Shaheizy Sam yang akan menyiarkan filem-filem lakonan keempat-empat pelakon popular ini.
Astro Radio melalui ERA fm, SINAR fm, THR Gegar dan hitz.fm menyampaikan mesej ‘Kosong Kosong, Buka Lembaran Baru’ secara berterusan dalam segmen-segmennya. Para penyampai dan selebriti turut mengajak pendengar mengambil bahagian dengan berinteraksi tentang kempen ini di ruang udara.
Mizz Nina in Always a Traveller
Saluran TV, stesen radio Astro, Astro Digital dan Astro Shaw juga akan melawat ke pelbagai Bazaar Ramadan dan tempat awam lain sebagai sebahagian aktiviti lapangan di bulan Ramadan ini, terutama dengan persinggahan harian Skuad ERA Bazaar Ramadan ke lokasi-lokasi terpilih. Ini ditambah pula dengan program-program berbuka puasa, serta acara Yok Sahur anjuran portal Murai, kali ini dengan kerjasama Astro Shaw dan Astro Gempak untuk memperluas lagi mesej ‘Kosong Kosong, Buka Lembaran Baru’ dan merapatkan lagi silaturrahim Astro dengan rakyat Malaysia.
Astro mengalu-alukan orang ramai ke laman sesawang www.kosongkosong.com.my untuk terlibat secara langsung dengan berkongsi pesanan atau bingkisan peribadi.
Hajat Ramadan
Ujar Khairul lagi, “Hantarlah pesanan anda, dalam bentuk cerita, imej, video atau audio sambil menggunakan #kosongkosong di laman sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram untuk dikongsi bersama. Perlukan bantuan kami untuk menyatakan kemaafan? Hubungi kami melalui saluran-saluran ini. Mana tahu, kami dapat membantu.”
Ternyata, selain mempersembahkan program berunsur hiburan, Astro mengambil inisiatif 360 darjah untuk memberikan pengalaman Ramadan yang lebih menyeluruh menerusi pelbagai landasan media kami. Kami percaya pelancaran ‘Kosong Kosong, Buka Lembaran Baru’ kali ini menepati suasana bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di Ramadan dan Syawal. Semoga ia dapat mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan antara kita.”
Planet Gempak Ola Bola Astro bakal singgah ke lokasi ketiganya tahun ini, iaitu Perkarangan Plaza Angsana, Johor Bahru pada Jumaat dan Sabtu ini, 13 dan 14 Jun. Dengan slogan ‘Alami Dunia Astro Anda’, karnival Planet Gempak Ola Bola bakal membawakan rancangan terhebat Astro untuk dialami sendiri oleh pengunjung. Warga Johor Bahru bakal dihiburkan hujung minggu ini dengan kunjungan artis dan selebriti popular seperti Farid Kamil, Mior & Mak Ros dari Kilauan Emas, Sakan & Shiro dari Maharaja Lawak Mega, Brian dari rancangan MasterChef All Stars, Altimet, Joe Flizzow, Sona One, Ila Damia.
Antara tarikan utama di Planet Gempak Ola Bola ini nanti ialah dua buah konsert yang bakal berlangsung pada sebelah malam di pentas utama. Konsert pada Jumaat, 8.00 malam menampilkan artis-artis popular khas buat peminat muzik segmen India seperti Sadhana Sargam, Vivek Ji, Geetha, Revathy, Alinda, Shamini, Iris, Dinesh Ruben dan finalis pertandingan bakat Yuttha Medai All Stars.
Konsert Bahagia Marigold Peel Fresh yang akan diadakan pada Sabtu 14 Jun jam 8.00 malam pula bakal mementaskan persembahan daripada Datuk M. Nasir, Hafiz, Misha Omar, Mak Ros, Bocey, Mas Idayu, Azlina Aziz, Liza Aziz, Yusry KRU, , Indah dan Ella serta dihoskan oleh Datuk AC Mizal & Lisa Surihani.
Ini merupakan tahun kedua berturut-turut karnival ini berlangsung di Johor Bahru, selepas tahun lalu Planet Gempak diadakan di tempat yang sama, sekaligus memberikan peluang kepada orang ramai pengalaman istimewa menjadi sebahagian daripada dunia Astro. Rakyat Malaysia yang mengunjungi dan memeriahkan karnival ini tahun lalu bukan sahaja datang dari Johor malah dari tempat lain di sekitar negeri ini, menjadikannya antara destinasi pilihan Astro sekali lagi untuk Planet Gempak Ola Bola tahun ini.
Pelbagai tarikan menanti pengunjung termasuk persembahan kandungan istimewa dari Astro, serta keriuhan PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILÔ. Karnival ini diharap dapat mengumpulkan rakyat Malaysia berbilang kaum dan latar belakang yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Astro, untuk sama-sama merasai sendiri bagaimana program terhebat tempatan dalam semua segmen bahasa utama serta seleksi program antarabangsa ‘dihidupkan’ melalui pelbagai aktiviti promosi dan hiburan yang bermula seawal jam 10.00 pagi.
Kembalinya karnival ini bukan sahaja menawarkan lebih banyak persembahan eksklusif, pameran serta permainan interaktif kepada pengunjung; tetapi juga membawakan demam PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILÔ, kejohanan bolasepak terbesar dan paling dinanti-nantikan. Terdapat perbarisan bendera pesaing kejohanan, papan interaktif untuk meneka juara dan pengunjung dapat mengambil bahagian untuk menyumbang kreativiti di Dinding Grafiti Piala Dunia.
Planet Gempak Ola Bola pastinya juga memberikan peluang kepada pengunjung mendekati dan berinteraksi secara dekat dengan selebriti serta personaliti idola daripada pelbagai program kegemaran ramai. Antara yang membuat penampilan ialah artis-artis Akademi Fantasia dan Kilauan Emas 3, selebriti Fear Factor Malaysia dan MasterChef Malaysia, juga personaliti Maharaja Lawak Mega.
Jangan lupa datang beriadah bersama ahli keluarga dan rakan-rakan ke Planet Gempak Ola Bola di Perkarangan Plaza Angsana, Johor Bahru pada Jumaat dan Sabtu ini, 13 dan 14 Jun bermula pukul 10.00 pagi.
Planet Gempak Ola Bola Astro kini ke lokasi keduanya tahun ini, iaitu perkarangan Stadium Batu Kawan di Seberang Perai, Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini, 17 dan 18 Mei. Dengan slogan ‘Alami Dunia Astro Anda’, karnival Planet Gempak Ola Bola membawakan rancangan terhebat Astro untuk dialami sendiri oleh pengunjung. Warga Pulau Pinang dihiburkan hujung minggu ini dengan kunjungan artis dan selebriti popular seperti Mior & Mak Ros dari Kilauan Emas, Sakan & Saywho dari Maharaja Lawak Mega, Altimet, Aliff Satar, Fiq, Black & RJ, Azhael, Geraldine Gan, Jie Ying, Nicole, Yoke, Astro Star Quest contestants, penyampai radio THR Raaga dan peserta rancangan bakat Yuttha Medai.
Ini merupakan tahun kedua berturut-turut karnival ini berlangsung di Stadium Batu Kawan, selepas tahun lalu Planet Gempak diadakan di tempat yang sama, sekaligus memberikan peluang kepada orang ramai pengalaman istimewa menjadi sebahagian daripada dunia Astro. Rakyat Malaysia yang mengunjungi dan memeriahkan karnival ini tahun lalu bukan sahaja datang dari Pulau Pinang malah dari tempat lain di sekitar negeri ini, menjadikannya antara destinasi pilihan Astro sekali lagi untuk Planet Gempak Ola Bola tahun ini.
Pelbagai tarikan untuk pengunjung termasuk persembahan kandungan istimewa dari segmen Melayu, Cina dan India, serta keriuhan PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILÔ. Karnival ini diharap dapat mengumpulkan rakyat Malaysia berbilang kaum dan latar belakang yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Astro, untuk sama-sama merasai sendiri bagaimana program terhebat tempatan dalam semua segmen bahasa utama serta seleksi program antarabangsa ‘dihidupkan’ melalui pelbagai aktiviti promosi dan hiburan yang bermula seawal jam 10.00 pagi.
Kembalinya karnival ini bukan sahaja menawarkan lebih banyak persembahan eksklusif, pameran serta permainan interaktif kepada pengunjung; tetapi juga membawakan demam PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILÔ, kejohanan bolasepak terbesar dan paling dinanti-nantikan. Terdapat perbarisan bendera pesaing kejohanan, papan interaktif untuk meneka juara dan pengunjung dapat mengambil bahagian untuk menyumbang kreativiti di Dinding Grafiti Piala Dunia.
Planet Gempak Ola Bola pastinya juga memberikan peluang kepada pengunjung mendekati dan berinteraksi secara dekat dengan selebriti serta personaliti idola daripada pelbagai program kegemaran ramai di samping karakter-karakter dari filem dan animasi terkenal yang juga membuat penampilan khas seperti Finn & Jake, The Smurfs serta Ninja Turtles.
Antara yang membuat penampilan ialah artis-artis Akademi Fantasia dan Kilauan Emas 3, selebriti Fear Factor Malaysia dan MasterChef Malaysia, juga personaliti Maharaja Lawak Mega. Terdapat juga kehadiran peserta Top 18 Astro Star Quest dan Battleground serta artis Ben Di Quan.
Selain itu, penyampai radio Anantha, Revathy, Suresh, Akila, Gheeta dari THR Raaga serta Alinda, Iris, Shamini, Jegathisan, Shastan, Dinesh dan Ruben dalam sebuah konsert pada Sabtu malam khas buat peminat muzik segmen India. Mereka turut disertai oleh peserta Raagavin Star dan finalis pertandingan bakat Yuttha Medai.
‘Konsert 1Astro’ yang diadakan pada Ahad malam menghiburkan dengan persembahan hebat daripada penghibur seperti Altimet, SonaOne, Aliff Satar, Sezairi, Black & RJ, Fiq, Asmidar, Azhael, Geraldine, Jie Ying, Nicole, Yoke, Persis Band, VelvetBand, Mior & Band dan penari Battleground.
Yayasan Angkasawan Malaysia, yang bekerjasama dengan Astro TVIQ, juga menjalankan aktiviti di Planet Gempak Ola Bola bagi mempromosikan bidang sains, teknologi dan angkasa kepada pengunjung. Pelbagai aktiviti pembelajaran yang interaktif akan diadakan di sebuah kubah gergasi dengan sebuah Maskot Angkasawan setinggi 40 kaki.
Perjalanan Planet Gempak diteruskan ke lokasi ketiga iaitu Perkarangan Plaza Angsana Johor Bahru (13-14 Jun) dan akhir sekali di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu (5-6 September).
Berita baik buat golongan belia dan generasi muda yang bercita-cita untuk menjadi jagoan badminton negara kerana Astro sekali lagi akan menganjurkan Kem Badminton Astro yang akan mula dibuka untuk pendaftaran khas buat kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun yang mempunyai bakat dan minat mendalam terhadap sukan badminton. Sesi latihan percubaan akan diadakan di enam buah negeri iaitu Penang, Johor, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur dari 17 Mei hingga 23 Ogos 2014.
Kem Badminton Astro adalah sebahagian daripada kerjasama antara Astro, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Sekolah Badminton Li Yongbo. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang buat bakat-bakat muda menjalani struktur latihan dan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan potensi mereka dalam sukan ini dari pemain amatur kepada pemain bertaraf dunia di samping memupuk minat mendalam serta penyertaan yang lebih ramai daripada generasi muda.
David Yap, Pengarah Hal Ehwal Komuniti Astro berkata “Kami sangat berbesar hati dengan maklum balas positif yang kami terima melalui penganjuran program ini. Program ini ternyata telah berjaya menggilap potensi para pemain, meningkatkan kemahiran badminton dan memantapkan kekuatan fizikal serta mental mereka. Penganjuran program pembangunan belia Kem Badminton Astro untuk tahun ini merupakan sesuatu yang istimewa tatkala bakat-bakat muda yang terpilih akan diberikan peluang untuk merasai pengalaman berharga menjalani latihan dan berentap di Sekolah Badminton Li Yongbo yang berprestij”. Untuk tahun ini, program pembangunan belia Kem Badminton Astro dikendalikan oleh barisan jurulatih professional yang diketuai oleh bekas pemain badminton nombor satu dunia, Wong Choong Hann dan beliau akan dibantu oleh tiga orang lagi bekas pemain badminton negara iaitu Lee Wan Wah, Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng.
Seramai 60 peserta yang berpotensi akan dipilih daripada sesi latihan percubaan untuk menjalani latihan intensif selama seminggu bagi meningkatkan tahap kemahiran, kecergasan dan strategi mereka. Seusai sahaja latihan intensif di Kuala Lumpur, seterusnya seramai 30 peserta terbaik akan diberikan peluang untuk menjalani Latihan Intensif Lanjutan selama dua minggu di pusat latihan badminton terkemuka dunia iaitu Sekolah Badminton Li Yongbo di Dongguan, China pada hujung tahun ini. Akademi tersebut yang dinamakan bersempena dengan ketua jurulatih pasukan badminton negara China itu diketuai oleh Tang Xianhu yang bertindak selaku pengetua dan merupakan seorang jurulatih badminton terkemuka yang telah melatih ramai pemain badminton masyhur negara China antaranya Lin Dan. Akademi ini juga menjadi pusat latihan pasukan kebangsaan serta menyediakan salah satu struktur program latihan terbaik di dunia.
Tang Xianhu, Pengetua Sekolah Badminton Li Yongbo berkata, “Saya berasa sangat gembira atas kesedaran sebuah syarikat perbadanan seperti Astro akan kepentingan untuk memupuk serta melahirkan pelapis jaguh badminton dunia sedari awal lagi. Saya teruja untuk melihat kerjasama di antara Kem Badminton Astro dan Sekolah Badminton Li Yongbo dalam melatih bakat-bakat muda dari Malaysia. Untuk berdekad lamanya, negara China dan Malaysia telah melahirkan ramai pemain badminton terbaik dunia. Saya percaya melalui interaksi dan latihan yang dijalani oleh bakat-bakat muda dari dua negara ini akan meningkatkan lagi kualiti barisan jaguh badminton masa depan ke tahap yang lebih tinggi”.
Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, sila mendaftar secara atas talian di www.astrokasih.org/kembadminton. Harap maklum bahawa pendaftaran langsung pada hari sesi latihan (walk in registration) tidak akan dilayan.
Sertai program pembangunan belia Kem Badminton Astro dan rebut peluang ini untuk menjadi pelapis pemain badminton professional negara. Butiran sesi-sesi latihan percubaan adalah seperti berikut :-