Tag Archives: Ayda Jebat

AYDA JEBAT Dilantik sebagai Duta Kempen “Salam Taiwan”

Bagi merebut pasaran pelancongan Muslim bagi tahun 2023, Biro Pelancongan Taiwan telah berbesar hati untuk melantik selebriti muslim Malaysia – Ayda Jebat sebagai Duta Salam Taiwan. Sebuah video promosi “Salam Taiwan 2023” akan dilancarkan terlebih dahulu, dengan harapan untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim untuk memilih Taiwan sebagai destinasi pelancongan mereka, berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh Ayda sendiri.

Pada masa ini, hampir 300 restoran dan hotel di Taiwan telah memperoleh pensijilan halal. Menurut “CrescentRating – Global Muslim Travel Index (GMTI)” bagi tahun 2022 oleh MasterCard, Taiwan berada di tempat ke-2 bagi kategori destinasi pelancongan mesra muslim terbaik di kalangan negara bukan Islam di dunia. Berdasarkan fakta ini, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan projek promosi baharu “Salam Taiwan 2023”, iaitu dengan meneruskan konsep berteraskan Taiwan sebagai negara mesra pelancong Muslim dari seluruh dunia, memperkenalkan logo promosi Salam Taiwan terbaharu, serta menambah sub – slogan “Destinasi Sensasi Mesra Muslim”, yang diharap dapat menyerlahkan dengan lebih jitu lagi akan keistimewaan Taiwan.

Pejabat Biro Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur berkata β€œSalam Taiwan 2023 akan memberi tumpuan kepada empat tema utama -β€œVibrant”, Mesra Muslim, Romantik dan β€œTrending”, serta akan mempromosikan sumber pelancongan unik Taiwan kepada rakan Muslim secara lebih spesifik dan mendalam.”

Sebuah video promosi berdasarkan konsep “Dengarkan Suara Taiwan” telah diterbitkan, dimana Ayda secara peribadi telah melawat Ladang Qin Jing, gunung Hehuan, Alishan, bersiar-siaran di Taipei, taman tema, ladang riadah dan puak orang asli serta tarikan istimewa lain.

Bunyi angin, air, kereta api, nyanyian orang asli, dan penyediaan makanan telah dirakam bagi mempersembahkan pelbagai daya tarikan apabila menikmati pengembaraan ke seluruh Taiwan. Selain itu, suami Ayda, Nabil Mahir, turut membuat penampilan dalam video promosi tersebut, menyerlahkan detik- detik manis serta romantik.

Ketika ditemui, Ayda berkata β€œSaya sangat gembira kerana telah terpilih sebagai Duta Salam Taiwan. Sebelum ini, saya tidak pernah terfikir untuk melancong ke Taiwan, kerana Taiwan adalah sebuah negara yang terlalu asing bagi saya. Tapi, kesudahannya, saya telah jatuh cinta sebaik sahaja menjelajah ke sebahagian besar Taiwan! Baik dari segi kemesraan warga Taiwan, keindahan, keseronokan membeli-belah hinggalah ke pelbagai pilihan makanan halal yang lazat dan mudah untuk dinikmati! Saya tidak sabar untuk berkongsi keistimewaan Taiwan yang cantik dan β€œvibrant” ini kepada peminat saya!

Di majlis pelancaran hari ini, Pengarah Encik Abe Chou dari Biro Pelancongan Taiwan telah berbesar hati untuk menyampaikan sijil pelantikan kepada Ayda sebagai Duta Salam Taiwan di Malaysia, dengan disaksikan oleh Cik Phoebe Yeh, wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia. Cik Phoebe Yeh juga menjelaskan bahawa pada masa ini, adalah amat mudah bagi pelancong Malaysia untuk pergi ke Taiwan kerana terdapat banyak syarikat penerbangan seperti China Airlines, EVA Airlines, dan STARLUX Airlines yang menawarkan penerbangan secara terus ke Taiwan. Pelbagai video promosi telah dirancang untuk dimainkan di kaca TV Malaysia, slot iklan di pawagam tempatan, billboard elektronik dan internet, dengan menyasarkan peningkatan sehingga dua angka bagi peratusan pelancong Muslim dari Malaysia yang berkunjung ke Taiwan setiap tahun.

Drama Dekatkan Jarak Kita capai 9 juta penonton

Drama bersiri β€˜Dekatkan Jarak Kita’ yang telah bersiaran selama 15 episod di slot Samarinda terbukti mendapat tempat di hati penonton seluruh negara. Menurut Nielsen Malaysia, Dekatkan Jarak Kita yang membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Wan Sharmila, Nadia Brian, Catriona Ross dan Azhan Rani telah meraih ratings terkumpul sebanyak 9 juta penonton sepanjang drama itu bersiaran.

Selain di hadapan kaca televisyen, drama Dekatkan Jarak Kita juga telah menjadi perbualan hangat di media sosial melalui tanda pagar #DekatkanJarakKita sehingga telah menjadi sohor kini (trending) nombor satu untuk setiap episod. Selain itu, Dekatkan Jarak Kita telah mencatatkan lebih 80,000 tontonan di portal video tonton dalam masa sebulan.

Dekatkan Jarak Kita adalah sebuah drama Β bersiri 15 episod bertemakan kekeluargaan dan kasih sayang yang diterbitkan oleh JS Pictures Sdn. Bhd di bawah arahan saudara Azman Hj. Yahya @ Jinggo. Drama ini mengisahkan sepasang kembar tidak seiras, Tashriq dan Sofea yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung. Tuan Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupannya. Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Tuan Kamil berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tidak mengetahui bahawa Tuan Kamil mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas harta Umi Khadijah kerana Tuan Kamil sebenarnya telah muflis. Namun, setelah kehilangan Sofea, keluarganya digemparkan apabila Alyssa, yang mirip dengan Sofea kembali untuk menuntut keadilan untuk Sofea dan memperbetul keadaan keluarga itu.

Dekatkan Jarak Kita telah bersiaran pada setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di TV3 dalam slot Samarinda daripada 21 November 2017 sehingga 25 Disember 2017. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia.Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β 

JAKEL BARULAH RAYA

Jakel membuka tirai kempen JAKEL BARULAH RAYA yang pertama kali pada edisi kali ini di Jakel Mall Kuala Lumpur. Majlis berkonsepkan sembang santai ini menampilkan kemunculan Duta Raya tahun ini antaranya Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat. Turut memeriahkan kempen bertemu pelanggan/ peminat pada hari ini adalah wajah baru seperti Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar dan Harith Iskander.

Majlis berlangsung selama dua jam ini telah diketuai oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel; Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Kempen ini merupakan aktiviti wajib dalam kalendar promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Raya Jakel bersama pelanggan.

Selain bertemu pelanggan Jakel, majlis ini dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan untuk koleksi pakaian raya. Dimana, setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. Jakel Mall Kuala Lumpur turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya pada hari ini dengan memberikan baucar membeli-belah secara PERCUMA bernilai lebih daripada RM 70,000 kepada 1,000 pelanggan yang terawal.

Menurut Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel; Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, β€œsempena ulangtahun ke-10 Jakel bertapak di Kuala Lumpur, Jakel mengeluarkan lebih banyak pilihan fabrik dan menampilkan pelbagai variasi koleksi pakaian raya. Jakel sentiasa memainkan peranan penting untuk memastikan kepuasan pelanggan terjaga. Sebagai sebuah pusat tekstil utama tanah air, Jakel juga adalah pengimport secara sendirinya bagi kemasukan

fabrik tanpa melalui orang tengah yang membolehkan pelanggan dapat membeli fabrik dan pakaian pada kadar harga yang cukup murah dan berpatutan. Jakel juga menjangkakan koleksi edisi kali ini bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ianya adalah koleksi terkini dan terbaru yang dikeluarkan oleh JAKEL.

Koleksi kain pada tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden. Memahami keinginan pelanggan, Jakel sentiasa menampilkan koleksi kain terbaru dan terkini untuk pengemar fabrik di luar sana. Jakel yang juga sebagai trendsetter, menjadikan koleksi kain di Jakel mempunyai ciri-ciri eksklusif tersendiri kerana ianya dicipta oleh desingner in-house Jakel sendiri. Setiap design-design yang bakal dikeluarkan telah dibeli dari Eropah dan dibawa ke Jakel untuk dimasukkan corak dan warna bagi disuai padankan dengan kehendak pelanggan masa kini.

Melihatkan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, ramai pengemar fesyen lebih selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif. Sedar mengenai hal ini, Jakel tampil dengan rekaan lebih elegan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.

Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini. Ini bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua, untuk mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel pasti ianya menimbulkan aura keangunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka pasti teserlah.

Jakel sentiasa menambah baik operasi perniagaan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu, Jakel mengamalkan konsep 1 jurujual 1 pelanggan dimana pelanggan akan dilayan dan diberi penerangan serta penjelasan yang lebih mengenai jenis kualiti kain. Ini menjadikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar dan ingin para pelanggan merasai β€œsense of belonging” apabila berbelanja bersama Jakel. Dari segi operasi perniagaan, ianya masih sama dan terus dikekalkan. Dimana Jakel senantiasa menambahbaik perkhidmatan untuk pelanggan.

JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA

Sempena menyambut bulan Ramadan dan hari raya pada bulan hadapan, Jakel juga memberikan penawaran istimewa kepada para pelanggan yang berkunjung membeli-belah di Jakel, dimana para pelanggan boleh menikmati HARGA RUNTUH. Bersempena ulangtahun ke-10 Jakel bertapak di Kuala Lumpur, Jakel mengambil peluang dengan memberikan potongan harga sehingga 85% untuk produk pakaian koleksi lebaran kali ini. Lagi menguntungkan, koleksi pakaian readymade baru untuk persiapan hari raya juga direka khas daripada pereka-pereka dalaman Jakel sendiri.

Jualan hebat sempena Hari Raya yang berlangsung sehingga malam raya memberikan promosi harga yang cukup hebat dan jimat sekaligus membantu pelanggan mendapatkan koleksi pakaian raya yang terbaik. Jualan hebat juga dianjurkan adalah bermatlamat untuk menarik minat lebih ramai pengemar fesyen terutama golongan wanita dan remaja untuk melihat dengan lebih dekat keluaran koleksi terbaru yang diperkenalkan oleh Jakel. Selain daripada itu ianya juga ingin memberitahu kepada pelanggan bahawa mereka boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah berbanding ditempat lain.

Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan PERCUMA sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelian baju melayu. Tahun ini Jakel menampilkan keistimewaan lagi dengan mengeluarkan produk pakaian kurta untuk mereka yang mahukan penampilan ringkas ketika berhari raya dan ianya juga adalah mesra wuduk. Para pelanggan boleh membeli dengan jualan harga murah dan berpatutan serendah RM 100 untuk 2 helai.

Manakala baju kurung wanita dijual dengan harga bermula RM 79 sepasang, jika tahun sebelum ini Jakel menageluarkan pakaian kanak-kanak berjenama Lara Alana, edisi kali ini Jakel melengkapkan pakaian raya kanak-kanak lelaki dibawah jenama Yusuf Iskandar. Pakaian raya kanak-kanak juga memberikan harga yang menjimatkan bermula pada RM 39.

tonton raikan pelanggan VIP dengan Konsert jom tonton

tonton, servis penstriman terbesar tempatan dan pertama di Malaysia baharu menyambut ulangtahun pertama. Dalam masa setahun ini, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh tonton. Sempena dengan sambutan ulang tahun pertama ini, tonton telah menyediakan barisan rancangan hebat yang akan membawa tonton ke kelas tersendiri.

Menyambut ulang tahun pertama, tonton mengajak ahli VIP dan peminat semua untuk bersama-sama meraikan ulangtahun ini dalam sebuah acara – Konsert jom tonton. Konsert jom tonton merupakan sebuah karnival mini yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya street bazaar, sesi ramah mesra bersama selebriti popular, konsert yang menampilkan nama-nama hebat dalam industri hiburan Malaysia dan banyak lagi!. Konsert jom tonton ini akan diadakan pada hari ini bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di ruang Piazza, The Curve, Mutiara Damansara.

Duta baharu tonton Dato’ Seri Vida, Ayda Jebat, Redza Rosli dan ThomasJack juga akan turun padang untuk meluangkan masa untuk bersama-sama dengan peminat. Pasti ramai yang tidak sabar menyaksikan persembahan Ayda yang akan mendendangkan lagu-lagu popular beliau. Bintang Youtube terkenal Jin & Reuben dari JinnyboyTV juga akan turut merancakkan karnival ini.

Selain itu, acara ini turut menampilkan artis-artis Cina antaranya Dr. Soo Wincci, Orange Tan dan Jieying Tha yang akan menghiburkan peminat. Peminat juga berpeluang bertemu dengan pelakon-pelakon drama I Am Not A Loser antaranya Coby Chong, Evan Siau, Shawn Wai, Sherlyn Seo, Ivan Low, Joyce Harn, Josiah Lim dan Lim Jian.

Bagi peminat cilik siri animasi tempatan, ini merupakan peluang keemasan anda untuk bertemu dengan Ejen Ali dan Boboiboy.

Acara kemuncak semestinya konsert yang akan diadakan pada jam 8.00 malam. Konsert ini menampilkan barisan artis popular antaranya Ning Baizura, Kaka Azraff, Sufian Suhaimi, Juzzthin & Aboz, Alvin Chong, Waris, Ara Johari, Azlan & The Typewriter dan Bunkface yang pastinya akan menghangatkan pentas tonton dengan persembahan yang cukup memukau.

Pelanggan VIP tonton juga, berpeluang menikmati diskaun hebat dan pelbagai kemudahan eksklusif di gerai-gerai yang disediakan.

Pastikan anda datang beramai-ramai ke Konsert jom tonton yang akan diadakan di The Curve pada 22 April 2017, dari jam 10.00 pagi hingga jam 10.00 malam.

Pelan langganan VIP bermula dari RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tonton.com.my dan ikuti laman media sosial:

Facebook: tontonMY

Twitter:Β  tontonMY

Instagram: tontonMY

Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP

Anda juga boleh menghubungi kami di LIVE chat service atau di talian 03-2717 2020!

Programme:

TIME ACTIVITY
5.00pm – 6.00pm Performances by tonton Ambassadors

  • Dato Seri Vida
  • Redza Rosli
  • ThomasJack
  • Ayda Jebat

 

6.15pm – 6.45pm

Β 

Performances by Chinese Artistes

  • Dr. Soo Wincci
  • Orange Tan

Β 

6.45pm – 7.00pm

Β 

Artiste Appearance – Meet & Greet / Games

  • Jie Ying Tha

Β 

7.00pm – 8.00pm

Β 

Meet & Greet Session – β€˜I’m Not A Loser’ Cast

  • Dr. Soo Wincci
  • Coby Chong
  • Evan Siau
  • Shawn Wai
  • Sherlyn Seo
  • Ivan Low
  • Joyce Harn
  • Josiah Lim
  • Lim Jian Wen

Β 

8.00pm – 10.00pm jom tonton Concert

  • Elecoldxhot
  • Kaka Azraff
  • Sufian Suhaimi
  • Juzzthin & Aboz
  • Alvin Chong
  • Waris
  • Ara Johari
  • Azlan & The Typewriter
  • Ning Baizura
  • Bunkface

 

OPPO R9s Plus diumumkan selebriti tempatan Min Chen dan Ayda Jebat

OPPO Malaysia telah melancarkan OPPO R9s Plus di sebuah majlis yang dibintangi selebriti OPPO yang merupakan artis tempatan iaitu Min Chen dan Ayda Jebat. R9s Plus yang telah lama dinanti-nantikan ini dikuasakan dengan kamera belakang 16MP IMX398 yang dibangun bersama oleh OPPO dan SONY, f1.7 apertur dengan teknologi fokus dwi-PDAF. Bagaimanapun, pakar telefon pintar kamera tersebut kini memperkenalkan beberapa fungsi yang baru, iaitu Penstabilan Imej Optik (OIS) dengan kawasan anti-ketar yang lebih luas berbanding dengan OIS yang biasa terdapat di pasaran. Para pengguna juga boleh menikmati prosesor Qualcomm Snapdragon 653 yang baru dilancarkan, di samping kapasiti bateri yang dinaiktarafkan, membolehkan pengguna untuk menikmati pengalaman fotografi bertaraf profesional sepanjang hari.

Direka untuk cara hidup pengguna Malaysia yang aktif seperti Min Chen, OPPO R9s Plus dikuasakan dengan kapasiti bateri yang lebih besar supaya pengguna boleh menikmati kesemua fungsi telefon pintar tersebut secara menyeluruh, tanpa perlu bimbang akan hayat bateri. β€œSaya amat suka akan penaiktarafan bateri ini! Sebagai seorang selebriti, saya perlu sentiasa menghadiri pelbagai sesi penggambaran danΒ  mesyuarat, dan saya sering tiada masa untuk mengecas telefon pintar saya. Saya juga amat suka menggunakan OPPO R9s Plus untuk menangkap setiap detik yang berharga. Kini, dengan kapasiti bateri 4,000 mAh yang terdapat pada R9s Plus, saya boleh mengambil gambar sepanjang hari tanpa perlu bimbang akan kehabisan bateri”, ujar Min Chen.

Satu lagi penaiktarafan yang ketara dilihat pada OPPO R9s Plus adalah RAM 6GB, ColorOS 3.0 bersama skrin paparan 6inci, menjadikannya sebuah peranti yang sesuai untuk Ayda Jebat. β€œRAM yang telah dinaiktarafkan dalam OPPO R9s Plus ini amat berguna pada saya kerana saya sering melakukan pelbagai tugas menggunakan telefon pintar saya. Oleh itu, adalah amat penting pada saya untuk menggunakan telefon pintar yang tidak akan lag. Saya kini boleh melakukan sebanyak tugas yang diingini. Paparan 6inci OPPO R9s Plus juga memastikan saya boleh bekerja daripada telefon pintar saya dengan selesa!”, kongsi Ayda.

OPPO R9s yang dilancarkan awal tahun ini telah membawakan kejayaan yang galak di pasaran Malaysia, dengan jualan pra-tempahan dan jualan kedai yang memberangsangkan dan melebihi jualan OPPO F1s sebelum ini. Baru-baru ini, edisi Merah Valentine telah habis dijual di atas talian di dalam masa 48 jam sahaja selepas pra-tempahan bermula, dan telahpun habis dijual kedai OPPO sebelum ianya dijual secara rasminya. Suatu lagi pencapaian OPPO yang berjaya melonjakkan reputasi syarikat tersebut adalah telefon pintar OPPO edisi selebriti – F1s edisi Ayda Jebat dan R9s edisi Min Chen habis dijual dalam hanya masa beberapa hari, membuktikan populariti selebriti tersebut di kalangan rakyat Malaysia.

Penstabilan Imej Optik (OIS), Sensor IMX 398 Terbaharu dan Teknologi Dwi-PDAF

OPPO R9s Plus membawa ke hadapan teknologi yang julung kalinya diperkenalkan pada OPPO R9s, di samping penambahan fungsi kamera yang lain. Yang kekal pada telefon pintar ini adalah kamera belakang 16MP, dilengkapi sensor 1./2.8inci SONY IMX398 yang disesuaikan dan dibangunkan bersama oleh SONY dan OPPO. Turut membuat kemunculan semula dalam R9s Plus adalah apertur f/1.7 ekstra-lebar yang berkebolehan memerangkap 40% lebih cahaya berbanding generasi sebelumnya. Satu tambahan baru pada R9s Plus adalah ciri OIS yang direka dengan kawasan anti-ketar yang lebih besar sebanyak 40%. Ini bermakna R9s Plus mampu mengendalikan lebih ketar, ditambah dengan lebih masa pendedahan yang menjanjikan gambar pemandangan malam yang amat jelas dan menawan.

Sama seperti R9s, kamera belakang R9s Plus menggunakan teknologi Dwi-PDAF, satu peningkatan generasi akan datang dari penyelesaian standard PDAF. Generasi pertama PDAF hanya mempunyai setengah pixel untuk memfokus, sebaliknya Dwi-PDAF meningkatkan sehingga 100% pelbagai kawasan piksel sensor yang dilengkapi dengan fotodiod khas yang diperlukan untuk fasa pengesanan autofokus, membolehkan pemfokusan sepantas kilat, walaupun dalam cahaya rendah dan menghasilkan imej yang sangat jelas.

Prestasi lebih hebat untuk pengalaman fotografi yang menyeluruh

R9s Plus dikuasakan dengan pemproses 1.95GHz Snapdragon 653, dan dilengkapi RAM 6GB dan 64 GB ROM yang boleh dikembangkan dengan tambahan 128 GB bagi memastikan pengguna mempunyai ruang yang secukupnya untuk menyimpan detik-detik bermakna yang ditangkap dengan kamera belakang R9s Plus. Telefon pintar tersebut turut dinaik taraf dari segi bateri. Ia kini disokong oleh bateri berkapasiti 4,000mAh. Kini, penggemar fotografi boleh menangkap gambar yang jelas dan menarik sepanjang hari!

Makin besar, makin baik

Satu lagi penaiktarafan yang wajar diberi perhatian adalah paparan sebesar 6inci yang terdapat pada R9s Plus, dengan resolusi HD penuh, berbanding dengan R9s yang hanya mempunyai paparan sebesar 5.5inci. Ia menggunakan Color OS 3.0 daripada OPPO, berdasarkan Android 6.0.1.. Kini, pencinta fotografi boleh mengagumi karya-karya mereka dengan selesa di atas skrin yang lebih besar. Bukan itu sahaja, aktiviti harian seperti bermain permainan dan menonton drama dengan telefon pintar pastinya lebih mudah dengan paparan 1920 x 1080 piksel yang terdapat pada R9s Plus.

OPPO R9s Plus akan dijual secara rasmi pada harga RM2,498 di atas talian dan kedai OPPO, serta laman web e-dagang dan syarikat telekomunikasi yang bekerjasama dengan OPPO bermula 1 Mac 2017. OPPO turut menawarkan insuran OPPO CARE untuk OPPO R9s Plus ini.

Ayda Rimas Pabila Dikaitkan Dengan Zul Ariffin

Meskipun sudah berkali menegaskan hubungan mereka sekadar teman sekerja dan hanya pasangan di set lakonan, namun nama Zul Ariffin tidak habis-habis dikaitkan dirinya.

Memetik laporan Utusan, Ayda menjelaskan dia rimas dan sudah bosan terutama apabila terpaksa berulang kali menjawab soalan yang mengaitkan dia dengan hero drama Rindu Awak 200% itu.

β€œSudah-sudahlah kaitkan saya dengan dia kerana antara kami tidak ada apa-apa hubungan. Lagipun sekarang dia pun sudah ada kekasih. Kami rapat pun sebab sama-sama berlakon dalam drama Rindu Awak 200%, takat tu sahaja hubungan kami. Tidak ada hubungan yang lebih daripada rakan artis”

β€œYa memang betul saya rapat dengan Zul sebab kami banyak buat projek lakonan sama-sama. Jumpa pun hanya di set penggambaran sahaja. Rimas dan penat juga bila memikirkan kena menjawab hal sama berulang kali,” jelasnya.

Drama M.A.I.D Gandingkan Ayda Jebat Dengan Zul Ariffin

Drama adaptasi karya Suri Ryana ini mendapat sentuhan pengarah Michael Ang dan akan bersiaran bermula malam ini bermula jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (123).

Selain Ayda Jebat dan Zul Ariffin M.A.I.D turut dibarisi pelakon-pelakon berbakat seperti Hefny Sahad, Nina AF2014, Tasha Shila, Redza Rosli, Datuk Eizlan Yusof dan ramai lagi.

Sinopsis M.A.I.D
Pengembaraan Noorul (Ayda Jebat) ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan (Zul Ariffin), yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris sebagai Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk β€˜fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

 

Senarai Penuh Top 5 ABPBH 2014

Credit photo : NSTP
Credit photo : NSTP

Pencarian Bintang Popular untuk setiap 15 kategori yang dipertandingkan dan Bintang Paling Popular bermula dari 18 Februari hingga 25 Mac 2015. Borang undian pusingan kedua akan disiarkan di akhbar BH dan BH Ahad untuk pembaca memilih artis kesukaan mereka bagi setiap kategori.

Pemenang Bintang Popular dan Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan kiraan undi tertinggi yang diterima oleh BH. Mekanisme yang sama juga digunakan untuk pemilihan pemenang kategori online yang turut bermula dari tarikh yang disebut tadi.

Undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH; www.abpbh.com.my. Selain dari siri jelajah yang diadakan di lokasi seperti Village Mall, Sungai Petani Kedah (6 & 7 Mac), Kompleks Pasir Gudang Johor (13 & 14 Mac) dan lokasi terakhir Berjaya Mega Mall, Kuantan Pahang (20 & 21 Mac), ABPBH tidak ketinggalan meneruskan Program Tanggungjawab Sosial pada tahun ini.

Beliau turut mengumumkan peraduan #abpbhcinta di laman sosial instagramnya bermula 2 Februari hingga 25 Mac depan.

Peraduan yang berlangsung selama empat minggu ini membawa empat tema yang berlainan iaitu minggu pertama, adalah ‘Cinta Alam’ yang bermula pada 2 hingga 11 Februari, minggu kedua ‘Cinta Fauna’ pada 16 hingga 25 Februari, seterusnya ‘Hubungan Akrab’ pada 2 hingga 11 Mac dan yang terakhir adalah ‘Gaya Hidup’ pada 16 hingga 25 Mac.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd pula menaja kereta Toyota Camry dan Vios bagi pemenang utama. Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, HotFM sebagai radio rasmi dan TonTon sebagai platform digital rasmi.

Rakan penaja lain seperti Resorts World Genting yang menaja lokasi rasmi ABPBH 2014 dan Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur yang menaja lokasi sidang media rasmi serta HTC Malaysia Sdn Bhd dan The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd.

Anugerah ‘People’s Choice’ terunggul ini yang sudah memasuki edisi ke-28 akan bersiaran secara langsung dari Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen TV3 dan radio HotFM pada jam 9 malam, 5 April 2015.

Berikut ialah senarai pencalonan top 5 ABPBH 2014:

1 – Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan

2 – Artis Baharu Wanita Popular
Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis

3 – Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak

4 – Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Alyahya

5 – Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama

6 – Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy

7 – Artis Duo/Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz

8 – Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad

9 – Pelakon TV Wanita Popular

Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha

10 – Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin

11 – Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha

12 – Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak

13 – Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse

14 – Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)

15 – Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)