Tag Archives: Barang Kemas

HABIB RAIKAN SENI PERTUKANGAN MALAYSIA SEMPENA MERDEKA 2025

AMPANG, 8 OGOS 2025HABIB, jenama barang kemas terkemuka negara, kembali dengan kempen Jualan Merdeka yang berlangsung sehingga 1 September 2025 di semua bilik pameran seluruh negara. Kempen ini mengangkat keindahan seni pertukangan tempatan, memadukan warisan budaya Malaysia dengan sentuhan rekaan moden dan mutu kerja halus yang menjadi tanda tangan jenama ini.

Dengan pengalaman lebih enam dekad, HABIB telah menjadi lambang kebanggaan negara melalui setiap rekaan yang sarat nilai seni dan cerita. Setiap koleksi dihasilkan oleh pereka dalaman serta tukang emas tempatan yang mahir, bermula daripada pemilihan berlian dan batu permata terbaik sehingga kepada sentuhan akhir yang teliti.

selebritionline portal hiburan

Antara tarikan utama ialah koleksi cincin warisan seperti Cincin Buah Kana dan Cincin Kapal Terbang yang diberi nafas baharu untuk generasi masa kini. HABIB turut memperkenalkan Merdeka Rings, diperbuat daripada emas kuning dengan motif bulan sabit dan bintang, dihiasi batu permata seperti berlian, delima, safir biru dan kuning yang melambangkan warna Jalur Gemilang.

selebritionline portal hiburan

Selain itu, HABIB menampilkan kalung bertatah tsavorite dan berlian potongan rose-cut yang diinspirasikan landskap hijau Malaysia, menggambarkan semangat kemerdekaan melalui alunan bentuk yang melambangkan perpaduan dan kebebasan.

selebritionline portal hiburan

Mengukuhkan komitmen terhadap bakat tempatan, HABIB turut bekerjasama dengan ikon popular Didi & Friends dan menjalin kerjasama dengan Zoo Negara bagi memupuk kesedaran pemuliharaan biodiversiti. Menurut Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif HABIB Group, kempen ini adalah peringatan bahawa kemewahan sebenar lahir daripada budaya dan pertukangan.

selebritionline portal hiburan

Orang ramai dijemput mengunjungi koleksi ini di semua bilik pameran HABIB atau layari laman rasmi HABIB untuk maklumat lanjut.

Kilauan Berlian Dan Bintang Di Pesta Berlian HABIB 2014

Photo 1

Bulan April ini, peminat berlian tidak perlu menunggu ‘bintang’ jatuh ke riba, mereka hanya perlu menggapai ‘bintang’ dan HABIB akan tunjukkan bagaimana caranya.

HABIB, jenama barangan kemas tempatan telah meraikan kehebatan dan keanggunan ratu segala permata dengan kempen Pesta Berlian tahun ini yang bertemakan “Shoot For The Stars” di acara pelancarannya di Bangsar Village II hari ini.

Kempen “Shoot For The Stars” oleh HABIB telah dilancarkan dengan penuh gaya apabila Dato’ Meer Habib, Pengarah Urusan di Habib Jewels Sdn Bhd memanah bintang menggunakan busur dan anak panah untuk menandakan perasmian acara ini. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ilaria Lanzoni, Pengarah Rekabentuk barang kemas di Hearts on FireÒ – The World’s Most Perfectly Cut DiamondÒ, yang cukup terkenal dengan potongan berlian paling sempurna di dunia dan merupakan jenama barang kemas yang diedarkan eksklusif di HABIB.

Tema “Shoot For The Stars” merupakan ekspresi untuk mengejar impian dan mencuba yang terbaik, dan di dalam konteks Pesta Berlian HABIB 2014, untuk mendapatkan yang terbaik – iaitu barang kemas berlian HABIB. Bagi mereka yang sudah lama mengidamkan untuk memiliki berlian pastinya teruja dan rambang mata dengan pelbagai pilihan barang kemas berlian HABIB sepanjang kempen yang diadakan selama sebulan ini dengan pelbagai aktiviti menarik di semua cawangan HABIB di seluruh negara.

Photo 2

Di antara koleksi HABIB yang diperagakan semasa pertunjukan fesyen di acara pelancaran tersebut adalah barang kemas yang diilhamkan daripada bintang dan galaksi termasuklah barangan kemas berlian dari Hearts On FireÒseperti koleksi Illa dan Copley. Pertunjukan tersebut berlangsung dengan penuh glamor oleh peragawati yang turut menggayakan pakaian dari Dress Tale boutique.

Menurut Dato’ Meer Habib, acara tahunan pesta berlian ini telah menjadi acara yang paling dinanti-nantikan oleh para pelanggan HABIB dan peminat berlian sejak 15 tahun yang lalu di mana HABIB menawarkan koleksi terbesar dan rekaan terkini barang kemas berlian.

Tambah beliau lagi, “Setiap tahun kami sentiasa berusaha untuk membawakan kelainan pada Pesta Berlian HABIB dan kali ini, kami bertuah kerana Ilaria dapat turut serta kerana beliau adalah bintang yang sudah mencipta nama bersama Hearts On Fire, serta bertanggungjawab dalam menghasilkan koleksi yang penuh inspirasi. Kami juga beruntung kerana dapat memberi peluang kepada pelanggan VIP kami mendengar pandangan Ilaria tentang berlian serta trend barang kemas berlian terkini.

Photo 3

“Pesta Berlian HABIB memberi peluang kepada kami untuk menampilkan kepakaran dan minat kami terhadap berlian dengan semua dan tahun ini adalah satu lagi mercu tanda kejayaan bagi kami.  Kami mahu pelanggan kami menggapai bintang di HABIB kerana berlian adalah bintang untuk setiap bulan April.” ulas Dato’ Meer.

Dengan pengalaman dan sejarah pembabitan selama lebih dari 56 tahun, HABIB telah membina reputasi yang dipercayai dalam industri barang kemas dengan rekaan dan hasil pertukangan bertaraf dunia. Kempen Pesta Berlian ini adalah bukti kepada reputasi baik tersebut di mana setiap tahun lebih ramai pelanggan yang tertarik dan hadir untuk membeli berlian berkualiti pada harga berpatutan.

“Kami berharap seperti tahun-tahun sebelumnya, acara ini dapat dijadikan platform untuk kami berkongsi pengetahuan serta memberi nasihat kepada para pelanggan tentang cara untuk membuat keputusan yang bijak ketika membeli berlian, samada sebagai aksesori mahupun pelaburan. Ini juga merupakan peluang terbaik untuk kami berinteraksi dengan pelanggan lebih dari sekadar urusniaga jual beli”, jelas Dato’ Meer lagi.

Photo 6

Pesta Berlian HABIB 2014 berlangsung dari 1 April 2014 hingga 30 April 2014 menawarkan pelbagai aktiviti promosi termasuk diskaun hingga 70% bagi barang kemas berlian dan permata. Disamping itu, para pelanggan juga boleh mengunjungi pameran dan jualan HABIB di ruang legar utama Bangsar Village II dari 3 – 13 April 2014 dan juga bilik pameran HABIB di Alamanda sempena jualan relokasi mulai sekarang hingga 22 April 2014 untuk mendapatkan tawaran hebat bagi barang kemas emas, berlian dan permata HABIB.

Jangan lepaskan peluang yang mempersonakan ini hanya di Pesta Berlian HABIB 2014 dari 1 April – 30 April 2014 di semua 32 bilik pameran HABIB di seluruh negara.