Tag Archives: Estranged

KONSERT ESTRANGED SEPENUHNYA: ‘SETIA SEDEKAD, ITU KAMU’

Siri konsert Sepenuhnya dari Estranged bersambung dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, yang diberi tajuk “Konsert Estranged Sepenuhnya : Setia Sedekad, Itu Kamu”. Diterbitkan oleh Drum Asia, dengan kerjasama Bornaya Records dan Maju Group, konsert itu bakal dilangsungkan di Auditorium Bentley, Wisma Bentley, Mutiara Damansara pada 13 Mei 2017 dan mereka bakal mempersembahkan seorang pemain ‘sapir’, Alena Murang.

Siri konsert ini menyusul dari kejayaan konsert mereka di Kilang Bateri, Johor Baharu pada 3 Februari yang lalu di mana lebih dari 600 penonton memenuhi tempat tersebut. “Sangat hebat. Mereka (Estranged) sangat bagus ketika membuat persembahan ‘live’, bakat mereka hebat dan penonton Johor sangat bersemangat. Kami diperdengarkan dengan lagu-lagu baru dan juga lagu-lagu lama yang kami gemari di konsert tersebut”, komen peminat setia Estranged, Farid Syazwan yang telah menghadiri konsert tersebut. “Estranged adalah kumpulan muzik yang terbaik. Saya tak boleh lelapkan mata sesudah konsert itu berakhir kerana saya masih teruja,” tambah Wesley Joseph,seorang lagi peminat Estranged melalui laman media sosialnya.

Siri Konsert Sepenuhnya dipilih berdasarkan nama album terbaru kumpulan tersebut, iaitu Sepenuhnya Vol 1. Album tersebut dilancarkan pada awal tahun 2016 dan ia merupakan terbitan ahli kumpulan Estranged sendiri iaitu Rich, Din dan Hanafi. Sepenuhnya Vol. 1 memuatkan lima buah lagu, antaranya Inginkan Kau, Seperti Yang Dinantikan (SyD) dan Hancur Aku, yang turut menampilkan Fazura. Lagu terbaru mereka, Maaf, telah dilancarkan bersama muzik video arahan Rich sendiri pada awal Mac 2017.

Kejayaan lagu-lagu mereka, terutamanya Hancur Aku yang mengumpulkan 11 juta tontonan di Youtube serta dimainkan lebih dari 1 juta kali di Spotify adalah From the Estranged Sepenuhnya Concert in Kilang Bateri, Johor Bahru sesuatu yang amat menggembirakan untuk Estranged. Selain itu, album Sepenuhnya Vol 1 turut dicalonkan di dalam kategori Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2016.

Untuk konsert yang bakal dilangsungkan ini, tema “Setia Sedekad, Itu Kamu” telah dipilih untuk meraikan ulang tahun ke-10 single ‘Itu Kamu,’ yang telah menaikkan nama mereka, serta sebagai tanda penghargaan buat penyokong mereka yang setia sejak awal penubuhan mereka di dalam industri seni tanah air.

“Kami mahu sebarkan perpaduan serta aura positif buat peminat lama serta baru melalui muzik kami, dan kami rasa konsert ini adalah cara terbaik untuk melakukannya”, jelas kumpulan ini.

Sebahagian dari hasil kutipan jualan tiket bakal mereka sumbangkan kepada Light Up Borneo, iaitu sebuah perbadanan yang membekalkan tenaga elektrik kepada kawasan dalaman Borneo. Organisasi ini dipilih kerana mereka memberi makna buat kumpulan Estranged, iaitu muzik mereka yang mengangkat martabat bunyian Borneo serta sebagai tanda hormat Rich kepada kampung halamannya di Penampang, Sabah.

Pada konsert yang akan datang ini, Estranged bakal mempersembahkan lagu-lagu lama dan baru mereka secara live, antaranya Hancur Aku, Aurora, Yang Pernah, Baru dan yang paling diminati, Itu Kamu. Drum Asia, selaku pihak pengurusan menyatakan rasa bangga kerana dapat berkerjasama dengan kumpulan tersebut. “Misi Estranged untuk menyatukan kita melalui muzik adalah sesuatu yang Drum Asia banggakan. Kumpulan ini akan menghiburkan rakyat Malaysia untuk jangkamasa yang panjang”, ujar salah seorang wakil dari Drum Asia.

“Kami amat berterima kasih kepada pihak penganjur serta rakan-rakan media kerana terus menyokong perjalanan seni kami dan memberi kami peluang untuk bertemu dengan peminat kami di seluruh Malaysia. Tanpa mereka, tentu perkara ini tidak akan terjadi”, kata kumpulan tersebut selepas menerima sokongan yang amat padu sejak tahun lalu.

Tiket untuk menyaksikan Konsert Sepenuhnya Vol 1 di Kuala Lumpur kini boleh didapati secara atas talian di http://www.galactix.asia/konsert-estranged-sepenuhnya-kl , dan boleh dibeli di pintu masuk Auditorium Bentley pada 13 Mei 2017. Sila layari laman sosial Estranged untuk mendapatkan info lanjut serta kisah terkini tentang persediaan mereka.

http://www.facebook.com/estrangedband/

http://instagram.com/estrangedband

http://youtube.com/user/estrangedband

SIMBIOSIS “LIVE” ESTRANGED DI JOHOR

Menjadi pemuzik, satu hal yang tidak akan putus membunuh adrenalin adalah melakukan persembahan.Menerusi persembahan, sama ada dalam skala besar atau kecil, adalah platform terbaik memperbaiki kredibiliti selain medan menyampaikan karya kepada peminat.

Menyedari hakikat tersebut, Estranged yang sudah mempunyai pengalaman cukup luas dalam bidang muzik, apatah lagi melakukan persembahan sejak lebih 10 tahun lalu tidak pernah lelah untuk melakukan hal yang sama berulang kali. Bagi mereka, persembahan yang dipamerkan dalam bentuk ‘live’ adalah satu rutin seni yang tidak pernah akan mati dalam jiwa pemuzik seperti mereka.

Jika sebelum ini Rich, Din dan Hanafi berjaya dengan siri jelajah kampus mereka, kali ini sayap mereka terus dilebarkan lagi dengan sebuah konsert jelajah yang akan mendarat di Selatan tanah air.Memilih Johor sebagai lokasi jelajah terkini memetakan muzik mereka, Estranged menyifatkan perjalanan yang dilalui menjelang tahun 2017 adalah satu revolusi muzik dan prinsip kumpulan tersebut yang semakin matang.”Banyak ilmu dan perkara yang kami belajar dan kutip sepanjang lebih 10 tahun menghuni belantika muzik tempatan.”Kami mendaki dengan perlahan, mempercaturkan karya yang sesuai pasaran, memenangi beberapa anugerah, membikin karya yang bersifat peribadi dan komersial serta perlu peka selain bersaing dengan banyak band baharu, namun semuanya dilalui dengan baik.

estranged-live-di-jb

 

“Ya, walaupun berdepan dengan banyak cabaran termasuk dari segi kemurungan pasaran muzik tempatan, namun Estranged belum mengalah. Kami percaya dengan kekuatan karya dan semangat yang tidak pernah putus daripada Estranged dan peminat-peminat, mudah-mudahan kami akan dapat terus terbang tinggi.

“Tempoh lebih sedekad ini juga telah mematangkan Estranged dalam banyak segi dan itu yang akan bakal diperoleh peminat lama serta kelompok peminat baharu kami pada persembahan atau karya-karya akan datang dari Estranged,” ujar Rich menyimpulkan ringkas mengenai jatuh bangun Estranged dan hala tuju mereka selepas ini.

Bakal mengadakan persembahan di salah satu lokasi paling happening di Johor Bahru iaitu Kilang Bateri, kunci temu janji kalian bersama pemilik hit Itu Kamu pada 3 Februari 2017 bermula pukul 8.30 malam.

img_9065

Melabelkan persembahan tersebut dengan jenama Konsert Estranged Sepenuhnya Vol 1. sebanyak 1,500 tiket akan dijual pada harga RM25.Turut serta memanaskan panggung sebelum Estranged mempersembahkan peluru seni hebat mereka ialah Velvet yang akan menawan peminat dengan gemersik vokalnya.Tentu sahaja untaian lagu yang bakal dipersembahkan akan merangkumi hit dari album perdana mereka, In Hating Memory sehingga Sepenuhnya Vol. 1.

Aurora, Itu Kamu atau Hancur Aku akan menjadi halwa telinga peminat yang bakal didendangkan secara live, adalah sesuatu yang tidak patut dilepaskan.

Sebenarnya, mereka mempunyai misi besar selepas menawan peminat di Johor pada Februari depan. Malah, negeri tersebut dipilih sebagai lokasi konsert sulung pada tahun 2017 adalah bertepatan untuk menghimpunkan peminat mereka daripada Melaka dan Singapura sekali gus.”Besar harapan kami agar konsert ini mencapai sukses dan menjadi pemula yang baik untuk Estranged melakukan lebih banyak persembahan dalam skala besar pada masa akan datang,” jelas Estranged mengenai konsert yang menerima tajaan daripada Power Root dan Drum Asia.

Tiket-tiket sudah boleh dibeli secara online menerusi www.estrangedtour.om

Juara ‘JoHaRockStar’ bakal membawa pulang wang tunai RM 5,000 dan menjadi peserta AF 2016

Gelombang muzik rock yang melanda industri hiburan tanahair pada tahun ini sememangnya memberikan impak besar terhadap peminat- peminat muzik tempatan. Ternyata, muzik rock yang dihidangkan oleh bakat-bakat tempatan ini menjadi permintaan paling tinggi di corong stesen ERA fm.

JoHaRockStar merupakan sebuah program realiti berbentuk nyanyian anjuran ERA fm yang mencungkil bakat nyanyian rock dikalangan peminat muzik tanahair.

Menurut Pengurus Kandungan Kanan ERA fm, Nazri Noran,

“Kami cukup berbangga kerana dapat bekerjasaman dengan pihak Digi bagi menjayakan program sebegini. Memandangkan permintaan terhadap muzik rock menjadi fenomena di Malaysia, ERA fm buat pertama kalinya berganding bahu dengan lima (5) kumpulan rock popular tanahair bagi meneruskan misi pencarian seorang Penyanyi Rock Malaysia yang baharu menerusi pencarian JoHaRockStar! Antara kumpulan-kumpulan yang bakal terbabit untuk mencari juara JoHaRockStar adalah Hyper Act, Estranged, Projector Band, Kristal dan Khalifah. Peyertaan terbuka kepada semua warga Malaysia dan Singapore berumur 18 hingga 35 tahun dan mestilah menghantarkan video nyanyian mereka menyanyikan apa jua jenis lagu dalam genre rock”

Peminat yang ingin menyertai JoHaRockStar rata-ratanya telah pun memilih dan menghantarkan rakaman video nyanyian rock di Instagram dengan menggunakan kata kunci (hashtag) #Joharockstar dan #jomlive. Sehingga kini hampir Kumpulan rock (Brader Rock) akan dibawa masuk sebagai mentor dan mereka masing-masing akan memilih 3 orang ahli untuk pasukan mereka daripada senarai penyertaan yang terpilih.

Hanya seorang peserta bagi setiap kumpulan akan dipilih untuk membuat persembahan di peringkat akhir.Pada konsert akhir, persembahan akan diadili oleh juri professional, dan kita akan memilih seorang yang terbaik sebagai pemenang. Lagu yang menang akan dimainkan di ERA dan di bakal dipromosikan.Pemenang juga akan mendapat peluang untuk menjadi pelajar AF 2016 dan akan memulakan langkah sebagai pelajar AF 2016.

Impian Estranged Tercapai: Jelajah Kampus bermula di Universiti Malaya

JEDA waktu empat tahun tanpa sebarang produk, Estranged yang kembali dengan karya terkini mereka Januari lalu tidak ‘pulang’ dengan tangan kosong.

Jika peluru mereka mengena tepat ke sasaran dengan hit seperti Itu Kamu yang merupakan Lagu Terbaik pada Anugerah Juara Lagu 2007 dan Aurora, kini menerusi album keempat iaitu Sepenuhnya Vol.1 (EP), Hancur Aku menjadi senjata baharu yang telah menjerat hati peminatnya.Menampilkan kolaborasi manis bersama Fazura, menerusi Hancur Aku, Estranged membuktikan Sepenuhnya sebagai sebuah produk lebih segar tanpa meninggalkan elemen sedia kala bawaan mereka, alternatif rock.

Justeru untuk membuatkan hit mereka terus bertebaran, Estranged rancak mengatur dengan pertemuan-pertemuan unik bersama barisan generasi baharu.Alternatif yang diambil ini adalah sebagai langkah meletak kembali keakraban Estranged bersama peminat selain membawa masuk ‘fahaman muzik’ mereka kepada pelapis muzik baharu.

Bersempena dengan kelahiran Sepenuhnya Vol.1 (EP), Estranged yang dianggotai Rich, Din dan Hanafi kini sudah siap sedia untuk menggempurkan ‘gawang’ pelajar di beberapa universiti.

IMG_0301

Tarikh 6 Mac dipilih sebagai permulaan kembara kampus mereka. Universiti tersohor negara, Universiti Malaya dipilih sebagai kampus pertama Estranged memuntahkan senjata seni mereka.Bergerak ke Borneo, 20 Mac akan menyaksikan Estranged mahu memicu adranelin peminat dan graduan kampus di Universiti Malaysia Sabah, sebelum memilih Kolej Profesional Mara di Kuala Beranang pada 2 April.

Bukan sekadar tiga persinggahan sahaja, sesuai dengan impian mereka untuk melakukan siri jelajah kampus sepanjang tahun 2016, beberapa universiti hebat negara turut berada dalam direktori persinggahan mereka.Antaranya adalah Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, UiTM dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu).

Kata Rich, “Walaupun usaha ini tidak disokong dengan penajaan seperti yang diharapkan, kami sedar yang kami tidak boleh berputus asa kerana selain mahu memenuhi jemputan para pelajar, kami sendiri berasa perlu untuk mendekati dan beramah mesra dengan peminat kami khususnya dan peminat muzik amnya. Kami juga menghargai sokongan pihak Drumasia Studio yang bersetuju menjadi penaja peralatan muzik untuk penggunaan kami di sepanjang jelajah ini.”

Tambah Rich, besar harapan mereka apabila seiring dengan jelajah kampus ini bergerak, Estranged berharap ada pihak yang sudi memberi kerjasama dan tajaan kepada mereka. Sehubungan itu, Estranged juga mengalu-alukan para peminat untuk menghubungi mereka melalui akaun Instagram mereka (@estrangedband), jika ada yang ingin mengundang Estranged untuk membuat persembahan di kampus mereka. 

Sebelum Sepenuhnya, Estranged yang ditubuhkan pada 2001 memiliki tiga album iaitu In Hating Memory (2004), Remain Unknown (2008) dan Anugerah Hidup (2013).