Tag Archives: Hanez Suraya

Femes Bazaar : #SUPERRAYA

POSTER OFFICIAL

FEMES BAZAAR bazaar No.1 pilihan para peniaga online dan selebriti akan mengadakan bazaar #SUPERRAYA pada 19 & 20 Julai 2014 edisi 1435 hijrah sesuai dengan menyambut ketibaan bulan Syawal tidak lama lagi.

Berikutan sambutan yang amat menggalakkan pada bazaar di bulan Ramadan tahun lepas yang bertempat di Rasta TTDI, FEMES BAZAAR kali ini memilih Tierra Crest, Kelana Jaya sebagai lokasi pilihan dengan fasiliti mudah bagi para peniaga serta para pengunjung untuk membeli-belah. Tempat parkir bangunan ini adalah tiga tingkat dan dapat menampung lebih 200 buah kenderaan. Dengan menempatkan sebanyak 100 buah gerai, di dalam tempat yang luas dan berhawa dingin, bazaar kali ini tentunya memberi kelainan, keselesaan serta seharusnya merupakan ‘syurga’ bagi golongan pembeli yang sentiasa dambakan kepelbagaian dengan harga yang sungguh berpatutan!

Selain daripada menyediakan tapak perniagaan bagi keperluan para peniaga yang ingin menjana pendapatan sampingan, bazaar ini turut ‘menyajikan’ kepelbagaian kepada para pembeli. Bermula dengan barangan pakaian dari hujung rambut ke hujung kaki seperti tudung, baju, dan kasut sesuai buat mereka yang masih tercari-cari busana hari raya mereka. “FEMES BAZAAR menawarkan variasi produk kepada para pelanggan. Segala yang ditawarkan di sini adalah bagi melengkapi keperluan pengguna yang pelbagai dan menariknya pada bazaar #SUPERRAYA kali ini, kesemua peniaga online kita telah bersetuju untuk memakai baju raya pada hari tersebut dan jika pengunjung turut mengikut tema kita pada kali ini, pengunjung akan diberi diskaun istimewa khas daripada peniaga-peniaga FEMESBAZAAR.

Kami juga masih mengekalkan ‘I’M NOT FROM KL’ buat mereka yang tinggal diluar Lembah Klang. Pengunjung-pengunjung ini turut layak menerima diskaun istimewa dengan syarat mereka harus memuat naik poster FEMES BAZAAR #SUPERRAYA dan menunjukkan resit tol semasa sesi jual beli. Bagi pengguna public transport, mereka boleh menaiki LRT PUTRA ke Taman Bahagia dan seterusnya menaiki bas Rapid KL T625 untuk sampai ke Tierra Crest, Kelana Jaya. Tidak lupa juga buat mereka yang mempunyai Smartphone, anda boleh menggunakan aplikasi Waze dan pilih carian Tierra Crest/Unitar KJ,” kata Penganjur FEMES BAZAAR, Yusmarul Ari Bin Khusni.

FEMES BAZAAR juga menampilkan barisan peniaga online terkenal (online shop) yang akan turut berniaga di gerai-gerai yang disediakan. Melalui medium yang diwujudkan ini, para pengunjung berpeluang untuk membeli secara terus (oine) daripada para peniaga online kegemaran mereka lebih-lebih lagi untuk mereka yang ingin membeli baju raya atau kasut raya, mereka boleh mencuba dan melihat sendiri dahulu sebelum membuat pembayaran untuk mengelakkan sebarang kesulitan seperti salah saiz atau kualiti kain yang berbeza dari dalam gambar.

Hal ini tentunya memberi kepuasan maksima kepada pembeli. Para peniaga online yang bakal menyerikan bazaar #SUPERRAYA adalah OH MY HIJAB!, Shining Shop, The BLB Store, Kaleerful, Dewi Diary, dan ramai lagi. Kesemua peniaga online ini adalah yang terpilih bagi menampakkan variasi produk seperti pakaian moden, tradisional, islamik kontemperari dan juga urban. “Pengalaman selama 7 tahun menjadi peniaga online membuatkan saya terdetik untuk memperjuangkan peniaga-peniaga online ini supaya produk mereka mudah mendapat publisiti yang meluas dan secara tak langsung dikenali seluruh Malaysia. Para peniaga online ini mempunyai citarasa yang amat tinggi dan ‘FAST FORWARD’ di dalam fesyen, tetapi malangnya tiada sumber untuk bakat dan citarasa mereka untuk diketengahkan,” kata Yusmarul lagi.

Disamping itu, bazaar ini turut memberi peluang kepada para pengunjung untuk mendekati selebriti-selebriti kegemaran mereka. Sempena FEMES BAZAAR #SUPERRAYA, kami menampilkan seramai 13 orang selebriti tanahair yang bakal menyerikan bazaar #SUPERRAYA bersama produk-produk mereka. FEMES BAZAAR tentunya dapat menghimpunkan para peminat setia barisan selebriti tanah air! Antara artis yang terlibat adalah Wawa Zainal, Intan Ladyana,Kila Fairy, Mizz Nina, Hanez Suraya, Haz Hamidun, Zara Zya, Nad Zainal dan ramai lagi.

“Apa yang paling istimewa dan unik pada bazaar #SUPERRAYA nanti, kita dapat bekerjasama dengan beberapa syarikat yang cukup terkenal seperti Mahligai Creative & Tentda sebagai penaja kanopi istimewa, FRESHIE Juice sebagai minuman rasmi berbuka puasa #SUPERRAYA, Rac Photography sebagai jurugambar rasmi, Azraii Zulkiple sebagai juruvideo rasmi serta rakan media daripada majalah Lisa dan portal online muslimah pertama Malaysia, ATIYA.MY.

Selain itu, kita mengadakan sesi Open-Mic kepada orang awam yang ingin mengetengahkan bakat mereka dan siapa tahu daripada sesi ini kita dapat mengesan bintang-bintang baru berkualiti untuk industri muzik tanahair,” tambah Yusmarul lagi.

50 Selebriti Bakal Meriahkan MEGA BAZAAR 2014

 

MEGA BAZAAR WEB BANNER 500X300 MIX E-1

Bayangkan, bukan setakat pelakon popular seperti Neelofa, Yana Samsudin dan Hanez Suraya saja bakal berada di sana sepanjang dua hari berlangsungnya bazaar nanti, malah pelakon komedi terkenal seperti Afdlin Shauki, Sharol Shiro, Sharifah Shahora dan dramatis Eira Syazira akan turut memeriahkan bazaar ini dengan menjual pelbagai barang mereka.

Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia seperti Adira, Adam, Afiq dan Fitri akan turut serta bersama bintang popular lain termasuk Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Fiza Elite, CatrionaRoss dan ramai lagi.Kepada anda semua yang sudah pun membeli booth dan ruang niaga masing-masing, ini adalah peluang terbaik untuk anda bukan saja menjana keuntungan malah ia satu platform terbaik bagi membina jenama produk perniagaan masing-masing kerana pengunjung yang dijangka hadir adalah luar biasa.

MEGA BAZAAR WEB PROMO (1)

Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Iffah Zaimi, bazaar terbesar di Malaysia ini bakal mencipta fenomena tersendiri selain direkodkan sebagai himpunan peniaga online terbesar malah Mega Bazaar 2014 akan menjadi kayu ukur bagi menilai kemampuan kuasa beli rakyat Malaysia.”Saya sebagai penganjur sendiri tidak sangka sambutan yang kami terima setakat ini. Lebih mengejutkan lagi apabila hampir 100 selebriti ternama sudah pun membuat pengesahan mereka untuk sama-sama menyertai jualan online terbesar ini nanti.

Justeru saya yakin Mega Bazaar 2014 akan berjaya menarik ribuan pengunjung untuk membeli barangan pelbagai jenis dan pilihan pada harga paling rendah lebih-lebih lagi semua sedang sibuk membuat persiapan awal menjelang Aidilfitri.”Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan ruang niaga, kami masih membuka peluang pada saat akhir ini tapi perlu saya ingatkan, kami hanya tingggal beberapa saja lagi booth yang masih kosong kerana lebih 1000 lain sudah lama ditempah. Jangan tunggu lama dan tak perlu fikir lagi. Hubungi kami untuk membina profil keuntungan anda bersama kami,” katanya.

Mega Bazaar 2014 akan berlangsung selama dua hari pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di MAEPS Serdang. Jangan lepaskan peluang untuk menghubungi +60 12 292 0131 bagi keterangan lanjut. Jumpa anda di sana!

 

Tinggal 30 Hari Lagi Mega Bazaar 2014

MEGA BAZAAR WEB BANNER 500X300 MIX E-1

Pejam celik, pejam celik dah tinggal sebulan saja lagi untuk kita sama-sama memeriahkan bazaar terbesar di Malaysia, Mega Bazaar 2014 anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd.Siapa sangka, sudah lebih 900 orang mendaftar sebagai vendor pada 21 dan 22 Jun ini bertempat di MAEPS Serdang. Awalnya macam tidak percaya, tapi itulah hakikatnya apabila kesemua peniaga online berebut-rebut mendapatkan ruang niaga di Mega Bazaar 2014 ini.

Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Puan Iffah Zaimi, pihak penganjur sendiri tidak percaya dengan sambutan yang  diterima.”Tinggal lagi 100 saja gerai yang masih kosong dan belum ditempah lagi. Dalam masa seminggu selepas Sidang Media Mega Bazaar 2014, lebih 500 booth kami sudah ditempah. Ini kerana harga yang kami tawarkan begitu berbaloi untuk dua hari berniaga,” katanya.

EEB MEGABAZAAR MAEPS LAYOUT 100 LEFT
Tinggal 100 Booth sahaja yang masih ada

Menariknya, Mega Bazaar 2014 berbeza daripada kebanyakan bazaar lain kerana ia adalah paling besar dan bakal direkodkan dalam sejarah penganjurannya sendiri.Malah lebih 50 selebriti terkenal seperti Neelofa, Hanez Suraya, Yana Samsudin, Adira, Afdlin Shauki, Amer Forteen dan ramai lagi akan turut memeriahkan Mega Bazaar 2014 ini dengan membuka gerai masing-masing.

Kenapa tunggu lagi? Kepada anda yang begitu aktif berniaga secara online di laman sosial Instagram dan Facebook umapamanya, ini adalah peluang keemasan untuk kita berniaga secara offline.Jangan tunggu lagi. Dapatkan gerai anda sekarang dengan menghubungi +60 12 292 0131. Jumpa anda di sana!