Tag Archives: Heliza Helmi

SOLIDARITI MESRA SETIAWANGSA SATUKAN IBADAH DAN KEMANUSIAAN UNTUK PALESTIN & SUDAN

Keprihatinan komuniti Setiawangsa terhadap krisis kemanusiaan global dizahirkan menerusi penganjuran Solidariti Mesra Setiawangsa – Palestin & Sudan, sebuah program amal berskala komuniti yang berlangsung selama lima hari bermula 25 hingga 29 Disember di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Program Solidariti Mesra Setiawangsa untuk Palestin dan Sudan di Taman Tasik Titiwangsa

Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Zon Setiawangsa (MPPWP Zon Setiawangsa) dengan sokongan rakan strategik, sukarelawan, penggiat seni serta komuniti setempat. Bertemakan “Beribadah Sambil Bersolidariti”, inisiatif ini menggabungkan ibadah, kesedaran kemanusiaan, seni, kebudayaan dan aktiviti kekeluargaan dalam satu ruang kebersamaan masyarakat.


PLATFORM KESEDARAN KEMANUSIAAN BERASASKAN KOMUNITI

Solidariti Mesra Setiawangsa bukan sekadar acara kutipan dana, malah berfungsi sebagai platform pendidikan awam mengenai penderitaan rakyat Palestin dan Sudan akibat konflik berpanjangan, kemusnahan infrastruktur serta krisis kemanusiaan yang kritikal.

Program Solidariti Mesra Setiawangsa untuk Palestin dan Sudan di Taman Tasik Titiwangsa

Pendekatan berasaskan komuniti ini memberi peluang kepada masyarakat untuk memahami isu kemanusiaan secara lebih dekat, menyeluruh dan berterusan, sekali gus memupuk empati, keprihatinan dan tindakan kolektif yang bermakna.


AKTIVITI HARIAN SEPANJANG LIMA HARI PENGANJURAN

Sepanjang lima hari penganjuran, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti komuniti dan kekeluargaan yang dirangka untuk semua peringkat umur.

Program Solidariti Mesra Setiawangsa untuk Palestin dan Sudan di Taman Tasik Titiwangsa

Antara aktiviti utama termasuk khemah jualan dan gerai amal dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam, DJ serta pengumuman kesedaran sepanjang program, selawat, persembahan busking kemanusiaan dan keagamaan, selain persembahan khas Zul Handy Black (Astaka) bersama rakan artis dan komuniti.

Program Solidariti Mesra Setiawangsa untuk Palestin dan Sudan di Taman Tasik Titiwangsa

Program ini turut menampilkan pameran kesedaran kemanusiaan, aktiviti keluarga dan kanak-kanak Pasport Gaza Discovery, sesi riadah komuniti, perkongsian tokoh, tayangan khas, wayang pacak, Malam Seni Solidariti, serta cabutan bertuah motor elektrik setiap malam sebagai tarikan utama kepada pengunjung.


PENGISIAN PROGRAM BERFOKUS NILAI, ROHANI DAN KEKELUARGAAN

Pengisian program disusun secara berlapis bagi merangkumi aspek rohani, intelektual dan sosial, sekali gus memastikan pengalaman bermakna kepada semua lapisan masyarakat.

Hari Pertama & Kedua

Memberi fokus kepada pameran kesedaran kemanusiaan, aktiviti kanak-kanak dan persembahan busking kemanusiaan.

Program Solidariti Mesra Setiawangsa untuk Palestin dan Sudan di Taman Tasik Titiwangsa

Hari Ketiga (Sabtu)

Menampilkan Majlis Perasmian, pameran interaktif serta Malam Seni Solidariti bersama artis dan penggiat seni tanah air.

Hari Keempat (Ahad)

Memfokuskan aktiviti kekeluargaan, sesi perkongsian tokoh serta tayangan khas berunsur kemanusiaan.

Program Solidariti Mesra Setiawangsa untuk Palestin dan Sudan di Taman Tasik Titiwangsa

Hari Kelima (Isnin)

Menjadi kemuncak program dengan rumusan impak, pengumuman jumlah dana kutipan serta persembahan penutup.


SALURAN SUMBANGAN TELUS DAN BERTANGGUNGJAWAB

Kesemua hasil kutipan dana sepanjang penganjuran Solidariti Mesra Setiawangsa – Palestin & Sudan akan disalurkan bagi tujuan bantuan kemanusiaan melalui saluran yang bertanggungjawab, telus dan berintegriti.

Program Solidariti Mesra Setiawangsa untuk Palestin dan Sudan di Taman Tasik Titiwangsa

Penganjur menegaskan bahawa aspek ketelusan pengurusan dana menjadi keutamaan bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.


SERUAN SOLIDARITI UNTUK MASYARAKAT UMUM

Pihak penganjur menjemput seluruh warga Kuala Lumpur dan masyarakat umum untuk hadir bersama keluarga bagi memeriahkan program ini. Kehadiran orang ramai bukan sahaja menyokong usaha kebajikan, malah menjadi simbol solidariti rakyat Malaysia terhadap isu kemanusiaan sejagat.

Program Solidariti Mesra Setiawangsa untuk Palestin dan Sudan di Taman Tasik Titiwangsa

Menurut Dato’ Afdlin Shauki, Pengerusi MPPWP Zon Setiawangsa, program ini merupakan ruang untuk masyarakat bersatu melalui ibadah, perkongsian nilai kemanusiaan dan bantuan kepada mereka yang sedang diuji. Setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, membawa makna yang besar.


ARTIS DAN SELEBRITI TERLIBAT

Program Solidariti Mesra Setiawangsa untuk Palestin dan Sudan di Taman Tasik Titiwangsa

Ery Putra, Noraniza Idris, Norrehan, Salma Mentor, Norlie Tamam Idris, Ako Mustapha, Heliza Helmi, Zizi Kirana, Cat Farish, Johan Raja Lawak, Kavita Sindu, Erma Fatima, Dato’ Afdlin Shauki, Shikin Maembong, Hazwani Helmi, Zul Handyblack bersama Aslam Buskers, serta Datin Umi Aida.


MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh: 25 – 29 Disember
Masa: 8.00 pagi – 11.00 malam
Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Mampukah Filem Pendekar Awang saingi kutipan Filem Mat Kilau?

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah menyelongkar kisah perjalanan Tok Gajah bersama para pahlawan yang tidak didendang yang tidak pernah diberitahu sebelumnya.

Peristiwa di dalam Filem Pendekar Awang ini berlaku selepas kebangkitan pahlawan melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang. Pengambaran Filem Pendekar Awang bermula pada bulan Januari tahun 2023 dan telah menelan kos sebanyak RM15 juta ringgit.Ia merupakan kesinambungan daripada Filem Mat Kilau pada 2022.

Filem ini juga diarahkan oleh dua pengarah iaitu Shahruddin Dali dan Saiful Reza. Ia juga menggandingkan pasangan selebriti terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura dalam sebuah karya yang mengangkat sejarah epik pahlawan tidak didendang.

Menurut Shaharudin Dali, dia berusaha untuk mendapatkan kisah kebangkitan Pahang daripada waris-waris serta cucu cicit selain mengunjungi kubur para pejuang di Kuala Lipis,Pahang.Mendedahkan kajian telah bermula sejak skrip filem pertama terbitannya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ditayangkan, Shaharudin telah bertemu beberapa waris Panglima Awang untuk meminta kebenaran.Menurut Shaharudin Dali juga filem ini merupakan filem fiksyen pahlawan melayu dan bukannya sebuah dokumentari.

Bagi penulis yang telah pun menonton kedua-dua filem dari Studio Kembara, beberapa ‘scene’ dalam Pendekar Awang seperti kehabisan idea dan seperti berulang-ulang ada beberapa ‘scene’ mengambil masa yang lama untuk di habiskan. Ia membuat penonton akan merasa bosan dalam menanti ‘scene’ yang seterusnya.Namun paparan visual sinematik boleh dikatakan lebih menarik daripada filem Mat Kilau.

Penulis memuji penampilan pertama Nadhir Nasar di layar besar, melakonkan karakter lelaki yang beremosi tapi bijak.

Filem ini bakal di tayangkan di pawagam berdekatan anda mulai 11 Januari 2024 ini.

Sinopsis

Berkisar tentang apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat. Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran. Berjayakah Awang menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong serta menewaskan askar terkuat di dunia yang diketuai Kapten Syers kali ini?

Watak Awang dibawa oleh pelakon utama Fattah Amin dan watak Sayang pula digalas oleh Nur Fazura. Berikut merupakan watak utama filem ini:

AWANG –  Anak didik Tok Gajah ini berjiwa pahlawan, berani, mahir memanah. Tegas dengan cara perjuangannya yang berbeza dari Mat Kilau.

SAYANG –  Isteri Awang yang setia dan cekal. Anak perempuan Haji Sulong ini dilatih ilmu persilatan dan memanah. Isteri yang sentiasa memberi sokongan kepada suaminya. Memahami konflik dalaman suaminya.

TAHIR –  Anak lelaki Haji Sulong, adik kepada Sayang. Minat mendalam terhadap ilmu tabib, ilmu alam, ilmu hayat dan mahir ilmu menjejak di hutan.

TOK GAJAH –  Pemimpin masyarakat Pahang, orang yang rapat dengan Sultan Ahmad, imam perang pahang dan istiqamah serta tegas melawan pencerobohan british.

HJ SULONG –  Pemimpin penduduk Kuala Semantan, pengikut Tok Gajah yang setia. Tegas dan dipercayai Tok Gajah.

BRAHIM –  Adik Mat Kilau yang sentiasa menjadi pendamping ayahnya Tok Gajah. Mahir bersenjata tekpi. Brahim kecewa dengan sikap Awang kerana tidak menyertai misi Tok Gajah ke Terengganu.

Senarai Penuh Top 5 ABPBH 2014

Credit photo : NSTP
Credit photo : NSTP

Pencarian Bintang Popular untuk setiap 15 kategori yang dipertandingkan dan Bintang Paling Popular bermula dari 18 Februari hingga 25 Mac 2015. Borang undian pusingan kedua akan disiarkan di akhbar BH dan BH Ahad untuk pembaca memilih artis kesukaan mereka bagi setiap kategori.

Pemenang Bintang Popular dan Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan kiraan undi tertinggi yang diterima oleh BH. Mekanisme yang sama juga digunakan untuk pemilihan pemenang kategori online yang turut bermula dari tarikh yang disebut tadi.

Undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH; www.abpbh.com.my. Selain dari siri jelajah yang diadakan di lokasi seperti Village Mall, Sungai Petani Kedah (6 & 7 Mac), Kompleks Pasir Gudang Johor (13 & 14 Mac) dan lokasi terakhir Berjaya Mega Mall, Kuantan Pahang (20 & 21 Mac), ABPBH tidak ketinggalan meneruskan Program Tanggungjawab Sosial pada tahun ini.

Beliau turut mengumumkan peraduan #abpbhcinta di laman sosial instagramnya bermula 2 Februari hingga 25 Mac depan.

Peraduan yang berlangsung selama empat minggu ini membawa empat tema yang berlainan iaitu minggu pertama, adalah ‘Cinta Alam’ yang bermula pada 2 hingga 11 Februari, minggu kedua ‘Cinta Fauna’ pada 16 hingga 25 Februari, seterusnya ‘Hubungan Akrab’ pada 2 hingga 11 Mac dan yang terakhir adalah ‘Gaya Hidup’ pada 16 hingga 25 Mac.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd pula menaja kereta Toyota Camry dan Vios bagi pemenang utama. Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, HotFM sebagai radio rasmi dan TonTon sebagai platform digital rasmi.

Rakan penaja lain seperti Resorts World Genting yang menaja lokasi rasmi ABPBH 2014 dan Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur yang menaja lokasi sidang media rasmi serta HTC Malaysia Sdn Bhd dan The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd.

Anugerah ‘People’s Choice’ terunggul ini yang sudah memasuki edisi ke-28 akan bersiaran secara langsung dari Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen TV3 dan radio HotFM pada jam 9 malam, 5 April 2015.

Berikut ialah senarai pencalonan top 5 ABPBH 2014:

1 – Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan

2 – Artis Baharu Wanita Popular
Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis

3 – Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak

4 – Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Alyahya

5 – Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama

6 – Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy

7 – Artis Duo/Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz

8 – Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad

9 – Pelakon TV Wanita Popular

Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha

10 – Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin

11 – Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha

12 – Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak

13 – Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse

14 – Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)

15 – Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)

Nurul Izzati Ibrahim Pemenang Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000

Image 1

Nurul Izzati Ibrahim yang berusia 22 tahun mungkin kelihatan muda, namun tenaga serta keyakinan beliau jelas menunjukkan bahawa beliau telah mencapai kejayaan yang membanggakan pada usia muda.  Pengaya hijab muda ini kelihatan teruja menceritakan mengenai salah satu minat beliau iaitu – tutorial gaya berhijab di YouTube yang telah meraih pengikut melebihi 19,000 orang dan menjana lebih lima juta tontonan.  Sunsilk, salah satu peneraju dalam penjagaan rambut bagi wanita yang berhijab, menyedari hakikat ini dan memilih Nurul sebagai pemenang hadiah utama yang memenangi hadiah wang tunai RM20,000 melalui pertandingan, Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000.

Semenjak 15 tahun yang lalu, Sunsilk Lively Clean & Fresh telah berganding bahu dan melangkah seiring dengan wanita yang memakai hijab ketika mereka meniti liku kehidupan, menjalin kisah tersendiri, serta menggapai inspirasi dan impian mereka.  Tahun ini, Sunsilk memberi tumpuan kepada wanita-wanita hebat ini dengan mengundang mereka untuk berkongsi perjalanan berhijab mereka yang tersendiri dan menggamit memori bersama Sunsilk, yang telah dijalin semenjak sekian lama menerusi pertandingan Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000. Pertandingan ini, yang telah berlangsung pada awal tahun ini melalui laman Facebook Sunsilk, telah meraih hampir 1,000 penyertaan dan mencapai kemuncaknya menerusi penceritaan sebuah kisah yang mempamerkan perjalanan Sunsilk Lively Clean & Fresh bermula dari tahun 2000 sehingga sekarang.

“Kami berhasrat untuk memperkasakan semua pemakai hijab di Malaysia dengan menerapkan keyakinan dalam diri mereka untuk merebut peluang dalam kehidupan; jadi kami mencipta sebuah platform untuk meraikan dan mendengar kisah mereka dalam mengapai impian, inspirasi serta menangani cabaran yang hadir.  Amat sukar untuk menentukan pemenangnya kerana kami telah menerima begitu banyak penyertaan yang penuh inspirasi, namun kisah Nurul ternyata paling unggul.  Beliau melambangkan pengaya hijab Sunsilk yang sebenar – mengawal serta melakar kejayaan beliau sendiri dan sentiasa berinspirasi untuk mencapai lebih banyak lagi dalam kehidupan, dan menjadi sumber inspirasi yang sebenar kepada orang lain,” ujar Phoenix Ho, Pengurus Jenama Total Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Image 2
Nurul Izzati Ibrahim memenangi RM20,000 dalam Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000.

“Saya tidak menjangkakan sama sekali.  Satu hari ketika saya membuka email, saya mendapati bahawa saya telah dipilih sebagai pemenang. Saya berasa amat gembira!”  kongsi Nurul.  Pelajar bidang seni bina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini menyatakan bahawa minat beliau untuk menggayakan hijab telah menginspirasikan beliau untuk mencipta saluran YouTube (www.youtube.com/user/icecreambaby44), di mana beliau menunjukkan cara untuk menggayakan hijab bagi pemakaian seharian mahupun ketika menghadiri majlis khas.

Apa yang bermula sebagai hobi kini berkembang menjadi seni yang berterusan, malah ramai gadis-gadis lain yang memakai hijab mula mengikuti gaya beliau dan tidak lama kemudian mula meminta lebih banyak tip mengenai fesyen dan gaya.  Meraih lebih dari sekadar memberi inspirasi kepada orang lain, Nurul mengulas lanjut bahawa dorongan dan sokongan positif yang beliau terima dari para penonton telah membantu memupuk keyakinan diri dan memacu beliau untuk mencapai impiannya.  Pengaya hijab muda ini juga mampu bermain alatan muzik dalam pementasan orkestra di sekolah, dan terlibat secara aktif dalam komuniti pengiat seni tempatan dan berhasrat untuk menjadi seorang pereka seni yang berjaya satu hari nanti.

Sebagai seorang pelajar seni bina, membuat lakaran merupakan sebahagian dari rutin seharian Nurul.  Mungkin itu sebabnya, apabila ditanya apakah perancangan beliau dengan hadiah wang tunai yang dimenanginya, Nurul berkata salah satu dari rancangan beliau ialah untuk menderma kepada KL Sketch Nation, komuniti yang menempatkan pencinta seni lakaran yang sentiasa berusaha untuk memberi sumber inspirasi kepada orang lain melalui seni lakaran.  Komuniti ini, yang mana Nurul berbangga untuk menjadi sebahagian dari mereka, sering menganjurkan ‘sketch walks’ apabila mereka mengunjungi mercu tanda di KL dan kawasan berhampiran dan menampilkan suasana kehidupan di Bandar dan karakter-karakter dari segenap lapisan masyarakat yang dihidupkan melalui seni lakaran.

“Memenangi pertandingan Sunsilk ini akan membantu saya untuk terus melakukan perkara yang saya cintai seperti membuat tutorial memakai hijab dan seni lakaran.  Mengenai berkongsi hadiah kemenangan dengan KL Sketch Nation pula, saya berhasrat agar dapat membantu mereka dari segi kewangan dalam melaksanakan penganjuran lebih banyak aktiviti, pameran dan kelas seni lakaran bagi kanak-kanak dan golongan muda,” ulas Nurul.

Dengan terdapatnya pelbagai platform sosial media masa kini, adalah amat mudah bagi orang ramai melupai seni yang mudah seperti melakar.  Tegas Nurul, “Apabila anda melakar, anda menggapai lebih banyak butiran dan lebih menghargai persekitaran anda berbanding sekadar mengambil gambar.  Saya berharap melalui KL Sketch Nation, lebih ramai orang akan mula meminati seni lakaran dan memupuknya sebagai sebuah hobi yang menyeronokkan.”

Sunsilk sentiasa memahami bahawa setiap wanita mempunyai keperluan penjagaan rambut yang berbeza, termasuklah wanita yang berhijab.  Ia telah mendorong jenama ini untuk menjadi peneraju dalam penjagaan rambut wanita berhijab semenjak 15 tahun yang lalu, bermula dari detik pelancaran Sunsilk Lively Clean & Fresh.  Bagi menangani keperluan penjagaan rambut yang unik bagi pemakai hijab, Sunsilk bersama dengan Dr Francesca Fusco, pakar penjagaan kulit kepala yang terkenal di dunia telah mencipta Lively Clean & Fresh.  Diperkayakan dengan Vitamin Citrus ComplexTM, varian ini membasuh rambut secara menyeluruh, dan seterusnya memberi kesegaran kepada kulit kepala. Hasilnya adalah kulit kepala yang bersih dan segar, yang memberikan pemakai hijab kesegaran sepanjang hari.

Sebagai jenama yang meletakkan golongan wanita di tempat yang teratas, Sunsilk sentiasa memberi sokongan kepada pemakai hijab melalui pelaksanaan kempen yang melambangkan kejayaan golongan wanita ini.  Tahun ini menyaksikan artis muda Heliza Helmi selaku wajah baru Sunsilk Lively Clean & Fresh yang diharap akan berupaya untuk memberi inspirasi kepada wanita yang berhijab.   Tahun lepas kempen Hijabku, Gayaku menampilkan 10 pereka dan model bertuah ke persada antarabangsa melalui pentas  Islamic Fashion Festival (IFF), di mana para pemenang pertandingan fesyen ini telah menggunakan peluang ini sebagai batu loncatan untuk menceburi industri fesyen.

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Sunsilk dan aktiviti yang dilaksanakan, sila kunjungi laman http://www.facebook.com/SunsilkMalaysia.

Sunsilk Umumkan Heliza Helmi Sebagai Duta Lively Clean & Fresh

Sunsilk Lively Clean & Fresh_ Press Conference_ Photo 2

Sebagai peneraju dalam penjagaan rambut bagi wanita yang berhijab, Sunsilk memahami sama ada berhijab atau tidak, keadaan rambut wanita sering dikaitkan secara langsung dengan tahap keyakinannya. Sejak 15 tahun yang lalu, Sunsilk Lively Clean & Fresh sentiasa bersama dengan wanita yang berhijab ketika mereka mencipta perjalanan kehidupan, mereka cerita yang tersendiri, dan mengejar impian serta aspirasi mereka. Tahun ini, Sunsilk meletakkan perhatian pada golongan wanita ini dan menjemput mereka untuk berkongsi dengan dunia tentang perjalanan hijab peribadi mereka.

Jenama tersebut mengumumkan hari ini bahawa, Heliza Helmi ialah permulaan bagi kempen tersebut sebagai penyokong paling kuat Sunsilk, dan kini sebagai duta jenama kami. Heliza mewakili salah satu daripada wanita yang berhijab dengan sentuhan kehidupan oleh Sunsilk, jenama yang didedikasikan dalam menyediakan platform bagi wanita yang berhijab untuk mencapai kejayaan. Sebagai wanita yang berhijab yang sudah membesar melalui peluang dengan Sunsilk, Heliza berkongsi dengan penonton tentang cabaran dan halangan yang dihadapi oleh beliau, dan kisah yang tidak terceritakan tentang pencapaian beliau hari ini. Perjalanan yang bermakna Heliza dengan Sunsilk direalisasikan dalam kehidupan melalui siri imej secara visual yang menawan dipaparkan dalam galeri foto dalam acara tersebut.

Sunsilk Lively Clean & Fresh_ Press Conference_ Photo 1

“Sebagai penyokong yang paling kuat, kami berasa Heliza adalah contoh unggul wanita yang berhijab yang sudah merasai kehidupan dan mencapai impian bersama dengan Sunsilk. Lebih daripada itu, kami berharap untuk menginspirasi dan memperkasakan wanita Malaysia yang berhijab agar yakin untuk hidup dengan sihat dan mengejar peluang, sama seperti gadis-gadis yang lain. Dalam merealisasikan visi ini dalam kehidupan, kami telah memilih Heliza agar mengetuai kempen Lively Clean & Fresh tahun ini, kerana kami percaya beliau adalah wanita yang paling sesuai untuk memimpin siri perjalanan hidup sebenar ini,” Ashlee Ng berkata, Pengarah Jenama Penjagaan Peribadi, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Kempen Sunsilk tahun ini adalah sambutan terhadap wanita yang berhijab, dalam berkongsi kisah impian mereka yang tidak terceritakan, aspirasi dan cabaran mereka. Bagi golongan wanita ini di sebalik hijab tersebut, wujud keinginan yang mahu difahami dan ingin mempunyai peluang sama rata seperti gadis yang lain. Hari ini, jenama tersebut kembali kepada asasnya dalam memberi sokongan untuk wanita yang berhijab, dan memberi fokus pada personaliti sebenarnya serta menginspirasinya untuk berkongsi kisah dengan penuh keyakinan.

Sunsilk Lively Clean & Fresh_ Press Conference_ Photo 4

“Setiap wanita yang berhijab mengalami pelbagai masalah penjagaan rambut unik yang disebabkan dari pemakaian hijab. Sebagai wanita yang berhijab, saya sentiasa mengambil berat tentang bau rambut saya selepas sepanjang hari bekerja di luar, dan ini boleh menjejaskan keyakinan diri saya. Hakikatnya, Sunsilk merupakan satu-satunya jenama penjagaan rambut yang saya dapati menyediakan rangkaian khusus untuk wanita yang berhijab, ini juga satu jenama yang saya tertarik dengannya, kerana saya telah membesar dengan jenama tersebut, bukan sahaja dari segi kerjaya, tetapi juga dari segi keyakinan diri saya. Selepas semua peluang bekerja dengan Sunsilk selama ini, saya amat berbesar hati kerana kini saya adalah duta jenama Lively Clean & Fresh,” dijelaskan oleh Heliza Helmi.

Sunsilk sentiasa memahami bahawa setiap wanita mempunyai keperluan penjagaan rambut yang berbeza, termasuk wanita yang berhijab. Ini telah memberi peluang kepada mereka untuk menjadi peneraju dalam penjagaan rambut bagi wanita yang berhijab sejak 14 tahun yang lalu, dari pelancaran Sunsilk Lively Clean & Fresh.  Sunsilk mencipta Lively Clean & Fresh bersama dengan Dr Francesca Fusco, pakar penjagaan kulit kepala dunia yang terkemuka, untuk menangani keperluan penjagaan rambut yang unik bagi wanita yang berhijab. Diperkayakan dengan Vitamin Citrus ComplexTM, variasi ini dicipta untuk menyingkirkan pembentukan sebum kulit kepala yang berlebihan, menyegarkan kulit kepala dengan cuma satu cucian sahaja. Hasilnya adalah kulit kepala yang tidak gatal dan berbau wangi, memberi wanita yang berhijab rasa yang menyegarkan sepanjang hari, meningkatkan keyakinan diri mereka.

Sunsilk Lively Clean & Fresh_ Press Conference_ Photo 5

Selain daripada menyediakan wanita yang berhijab rangkaian penjagaan rambut khas yang memenuhi keperluan mereka, iklan pertama Sunsilk untuk Lively Clean & Fresh memaparkan Wardina Safiyyah dalam pemakaian hijab. Pada masa itu, ini merupakan berita gempar dalam pasaran penjagaan rambut Malaysia kerana Sunsilk adalah jenama pertama yang cukup berani menyiarkan iklan syampu yang tidak menonjolkan apa-apa rambut. Sebagai jenama penjagaan rambut pertama di Malaysia dalam mencirikan wanita yang berhijab dalam iklannya, Sunsilk telah membuka pintu untuk wanita yang berhijab dan menginspirasi mereka untuk bercita-cita lebih tinggi lagi.

Sebagai jenama yang mendahulukan wanita, Sunsilk sentiasa menyokong wanita yang berhijab melalui kempen yang berkait rapat dengan golongan wanita ini. Kempen Hijabku, Gayaku tahun lepas membawa sepuluh orang pereka fesyen dan model yang bertuah ke pentas antarabangsa Pesta Fesyen Islam (IFF), di mana pemenang pertunjukkan fesyen diberi batu loncatan agar dapat berkecimpung dalam industri fesyen. Tahun ini, Sunsilk menumpukan perhatian dalam kempen Lively Clean & Fresh untuk 2014 pada golongan wanita yang menyokong jenama selama 15 tahun yang lepas.

Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000 adalah pertandingan jenama untuk kempen ini, di mana wanita yang pernah menggunakan Sunsilk dijemput untuk berkongsi kisah mereka yang tidak terceritakan dan kenangan mereka menggunakan Sunsilk pada halaman Facebook jenama tersebut. Semua kisah bermakna wanita ini akan dikumpulkan dalam satu garis masa yang memaparkan perjalanan Sunsilk Lively Clean & Fresh sejak 2000 sehingga ke hari ini. Pemenang hadiah utama akan diberi hadiah wang tunai RM20,000 untuk mencapai aspirasi beliau. Beliau juga akan diberi peluang untuk bersuara dan berkongsi kisah beliau yang menginspirasikan sebagai wanita yang berhijab dengan seluruh dunia .

Product Shot_ Sunsilk Lively Clean & Fresh Range

Untuk menyertai pertandingan dan menjadi sebahagian daripada perjalanan Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000, wanita perlu:

  1. Membeli produk Sunsilk daripada rangkaian Lively Clean & Fresh sebanyak RM15
  2. Berkongsi kisah perjalanan hijab peribadi beliau dengan Sunsilk pada aplikasi Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000 (didapati pada halaman Facebook Sunsilk Malaysia)

Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000 akan berlangsung dari penghujung July tahun ini. Sunsilk akan memberikan hadiah berjumlah RM50.000 kesemuanya bagi menghargai wanita –wanita ini yang telah menyokong Sunsilk selama ini.  Kekal bersama dengan http://www.facebook.com/SunsilkMalaysia untuk maklumat lanjut.

50 Selebriti Bakal Meriahkan MEGA BAZAAR 2014

 

MEGA BAZAAR WEB BANNER 500X300 MIX E-1

Bayangkan, bukan setakat pelakon popular seperti Neelofa, Yana Samsudin dan Hanez Suraya saja bakal berada di sana sepanjang dua hari berlangsungnya bazaar nanti, malah pelakon komedi terkenal seperti Afdlin Shauki, Sharol Shiro, Sharifah Shahora dan dramatis Eira Syazira akan turut memeriahkan bazaar ini dengan menjual pelbagai barang mereka.

Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia seperti Adira, Adam, Afiq dan Fitri akan turut serta bersama bintang popular lain termasuk Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Fiza Elite, CatrionaRoss dan ramai lagi.Kepada anda semua yang sudah pun membeli booth dan ruang niaga masing-masing, ini adalah peluang terbaik untuk anda bukan saja menjana keuntungan malah ia satu platform terbaik bagi membina jenama produk perniagaan masing-masing kerana pengunjung yang dijangka hadir adalah luar biasa.

MEGA BAZAAR WEB PROMO (1)

Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Iffah Zaimi, bazaar terbesar di Malaysia ini bakal mencipta fenomena tersendiri selain direkodkan sebagai himpunan peniaga online terbesar malah Mega Bazaar 2014 akan menjadi kayu ukur bagi menilai kemampuan kuasa beli rakyat Malaysia.”Saya sebagai penganjur sendiri tidak sangka sambutan yang kami terima setakat ini. Lebih mengejutkan lagi apabila hampir 100 selebriti ternama sudah pun membuat pengesahan mereka untuk sama-sama menyertai jualan online terbesar ini nanti.

Justeru saya yakin Mega Bazaar 2014 akan berjaya menarik ribuan pengunjung untuk membeli barangan pelbagai jenis dan pilihan pada harga paling rendah lebih-lebih lagi semua sedang sibuk membuat persiapan awal menjelang Aidilfitri.”Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan ruang niaga, kami masih membuka peluang pada saat akhir ini tapi perlu saya ingatkan, kami hanya tingggal beberapa saja lagi booth yang masih kosong kerana lebih 1000 lain sudah lama ditempah. Jangan tunggu lama dan tak perlu fikir lagi. Hubungi kami untuk membina profil keuntungan anda bersama kami,” katanya.

Mega Bazaar 2014 akan berlangsung selama dua hari pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di MAEPS Serdang. Jangan lepaskan peluang untuk menghubungi +60 12 292 0131 bagi keterangan lanjut. Jumpa anda di sana!