Tag Archives: hurr.tv

ERISSA PUTERI Juara MUZIK JAM 3.0 Anjuran HURR.TV

Erissa Puteri (@esstee_puteri) muncul juara bagi peringkat akhir Muzik Jam 3.0 yang telah berlangsung di Auditorium MYEG. Dengan kemenangan itu, beliau membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah telefon pintar edisi terhad HONOR 20 Pro Moschino, set lengkap produk MUCA, fon telinga bluetooth Panasonic dan saguhati khas Spritzer Tinge. Manakala Azim Othaman (@azimothmann) pula muncul naib juara yang turut membawa pulang sebuah telefon pintar HONOR 9X, fon telinga bluetooth Panasonic beserta saguhati khas Spritzer Tinge.

Turut bertanding di peringkat akhir Muzik Jam 3.0 adalah Muaz Mustaqim (@m.muaz) dan Thaqif Idlan (@qiffx). Kesemua peserta dikehendaki menyanyikan dua buah lagu secara LIVE dan individu dengan undian tertinggi oleh penonton muncul sebagai juara. Erissa Puteri menyampaikan lagu Memories oleh Maroon 5 dan Be Alright oleh Dean Lewis mendapat undian tertinggi dengan 27.8%. Azim (Hanya Rindu oleh Andmesh Kamaleng dan Alalala Sayang oleh Azarra Band – 26.7%), Qiff (Honey oleh Irfan Haris dan Nyaman oleh Andmesh Kamaleng – 22.8%) dan Muaz (Di Antara Bintang oleh Hello dan Kekasih Bayangan oleh Cakra Khan – 22.7%). Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengurus Pemasaran Spritzer, Priscilla Lim Ching Hoon dan wakil Bahagian Pemasaran HONOR, Alex Tan Chun Nam.

(L-R) – Azim, Qiff, Muaz, Erissa, Sarah Suhairi _ Bella Khann

Muzik Jam 3.0 telah bersiaran secara langsung bermula 16 Oktober 2019 dengan dihoskan oleh Bella Khann. Penyanyi lain yang ditampilkan pada program ini adalah Isma Sane, Nana Sheme, Wany Kayrie, Sissy Iman, Wani Syaz, Shalma Eliana, Imantroye, Syabil dan Hafizam. Format program ini adalah berdasarkan undian 100% oleh peminat menerusi siaran langsung pada setiap hari Rabu jam 8.30 malam.

Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata, “Kami di hurr.tv teruja menyaksikan kebangkitan bakat-bakat muda Malaysia dalam satu platform khas seperti Muzik Jam. Dengan pendedahan ini, sudah pastinya ia memberikan pengalaman luar biasa serta menyediakan mereka untuk lebih fokus ketika beraksi di hadapan khalayak ramai.”

Muzik Jam 3.0 Grand Finale

Peringkat akhir Muzik Jam 3.0 turut diserikan dengan persembahan juara Muzik Jam pertama, Sarah Suhairi yang juga hos bersama. Program yang disiarkan secara langsung itu dihoskan Bella Khann dengan kehadiran kira-kira 100 penyokong dan ahli keluarga dalam memberikan sokongan kepada peserta pilihan. Kesemua episod Muzik Jam 3.0 kini boleh disaksikan di laman web, YouTube dan aplikasi hurr.tv. Episod penuh peringkat akhir Muzik Jam 3.0 akan disiarkan pada 17 Januari 2020.

Muzik Jam 3.0 dibawakan oleh Spritzer Tinge. Program turut mendapat tajaan bersama oleh jenama penjagaan wajah dan kulit, MUCA. Manakala tajaan hadiah oleh HONOR dan Panasonic.

Aqeesh Aleeya menerima wang tunai RM100,000 dan Proton Saga 1.3(A) Dalam Talian ‘BAKAT OHSEM MALAYSIA’

Membuktikan bahawa umur hanyalah angka, peserta paling muda bagi rancangan realiti bakat dalam talian, Bakat Ohsem Malaysia anjuran hurr.tv Aqeesh Aleeya diumumkan sebagai pemenang bagi peringkat akhir rancangan berkenaan yang diadakan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Petaling Jaya.

Peserta muda dari Selangor itu menewaskan tujuh lagi peserta untuk membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000, sebuah Proton Saga 1.3(A) dan trofi. Aqeesh mempersembahkan lagu berjudul ‘Birds Set Free’ pada pusingan pertama pertandingan dan lagu berjudul ‘Langit Cinta’ pada pusingan kedua yang nyata menambat hati juri serta undian daripada orang ramai.

Kumpulan tarian gaya bebas dan urban, Nasty Rock Crew yang terdiri daripada lima ahli dari Selangor, Muhammad Amirul Hakim Bin Jeffriden (19), Muhamad Alfi Rahim Bin Hambali (21), Muhammad Firdaus Bin Nor Afandi (15), Muhammad Shazmir Bin Norazmi (17) and Muhammad Aniq Syafiq Bin Jemain (19) merupakan naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi.

(L-R), Nasty Rock Crew (tempat ke-3), Aqeesh Aleeya (juara) dan Yazmin Aziz (naib juara) Bakat Ohsem Malaysia

Manakala tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai RM8,000 dan trofi adalah milik penyanyi berusia 18 tahun dari Kuala Lumpur, Yazmin Aziz yang mempersembahkan nyanyian berjudul ‘Ulek Mayang’ dan ‘Only Love Can Hurt Like This’ masing-masing pada pusingan pertama dan kedua pertandingan.

Pencarian BOM berlangsung selama dua bulan antara pertengahan September hingga pertengahan November di mana hurr.tv telah menerima ratusan video dari seluruh negara yang mempamerkan pelbagai bakat antaranya nyanyian, tarian, silap mata dan persembahan kreatif. Setelah melalui proses saringan pilihan juri, wildcard dan peringkat separuh akhir, lapan video terbaik hasil undian orang ramai dan markah daripada juri layak memasuki peringkat akhir.

Kesemua lapan peserta akhir Bakat Ohsem Malaysia

Lapan finalis berkenaan adalah:

1. Iskandar Zambri (Beatbox)

2. Aqeesh Aleeya (Nyanyian)

3. Aizat Osman (Cardistry atau persembahan kad)

4. Adib Yusof (Nyanyian – Soprano)

5. Yazmin Aziz (Nyanyian)

6. Mohd Nuriqram (Tarian)

7. Mathura Bashinii (Rap)

8. Nasty Rock Crew (Tarian)

Pengacara pada pertandingan itu adalah personaliti radio, Haniff Hamzah manakala barisan juri terdiri daripada selebriti Aizat Amdan dan Sherry Al Hadad serta juri jemputan, pelawak-pelakon dan penyampai radio, Nabil Ahmad.

Peserta telah dinilai berdasarkan empat kriteria iaitu kreativiti, bakat, impak persembahan dan persembahan pentas yang merangkumi 50 peratus markah. Manakala, 50 peratus markah lagi adalah daripada orang ramai yang telah membuat undian bermula 20 Disember 2017 hingga peringkat akhir iaitu 23 Disember 2017 yang dilakukan menerusi laman web hurr.tv.

Juri selebriti (L-R), Aizat Amdan, Nabil Ahmad _ Sherry Al Hadad

Selepas peringkat pertama, hanya lima peserta dengan markah tertinggi sahaja berjaya mara ke peringkat kedua pertandingan iaitu Aqeesh Aleeya, Adib Yusof, Yazmin Aziz, Mathura Bashinii dan Nasty Rock Crew.

Bagi pusingan kedua, sistem undian akan diset semula untuk orang ramai mengundi kembali persembahan pilihan mereka. Aqeesh Aleeya yang telah mengumpul undian tertinggi daripada orang ramai dan markah daripada juri melayakkan beliau muncul pemenang bagi pertandingan ini.

Peringkat akhir BOM boleh ditonton di laman web www.hurr.tv/BOM. BOM dibawakan kepada anda oleh penaja utama MyMotor dan penaja fesyen FashionValet serta penghargaan khas kepada lokasi pertandingan Damansara Performing Arts Centre dan penaja bersama AGMO Studio Sdn Bhd, UHY Chartered Accountants, muca dan Awesome Mama.