Seiring dengan perkembangan budaya kopi atau βcoffee cultureβ dalam kalangan rakyat Malaysia, McDonaldβs Malaysia memperbaharui McCafΓ© sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk menyediakan kopi premium istimewa kepada para peminat kopi dengan harga yang berpatutan pada bila-bila masa.
Dibuat daripada 100% biji kopi Arabica berkualiti premium, dikisar segar dan disediakan khas oleh barista terlatih, McCafΓ© menawarkan kopi yang cukup enak bermula dengan harga serendah RM5.
McCafΓ© kini boleh didapati di kaunter hadapan dan restoran drive-thru McDonaldβs. Tidak lama lagi, pelanggan juga boleh menikmati McCafΓ© di rumah menerusi perkhidmatan McDonaldβs McDelivery.

Menurut Azmir Jaafar, pengarah urusan dan rakan operasi McDonaldβs Malaysia, McCafΓ© memainkan peranan penting dalam aspirasi McDonaldβs untuk menyediakan kopi premium berkualiti tinggi kepada orang ramai. Peranan ini juga bertujuan untuk meraikan kecintaan rakyat Malaysia terhadap kopi dengan menyediakan pengalaman yang berharga dan menyenangkan sementara para pelanggan menikmati secawan kopi kegemaran mereka di McCafe.
βDengan budaya kopi premium yang semakin popular dalam kalangan generasi muda di Malaysia, ini merupakan peluang McDonaldβs untuk turut serta dalam berkongsi kegembiraan sebegini dengan mempertingkatkan lagi nilai yang ada pada McCafΓ©.
βKami sedar bahawa kopi yang enak tidak semestinya mahal dan fokus kami adalah untuk menyediakan persekitaran yang terbuka, selesa dan mesra dimana orang ramai boleh menikmati secawan kopi premium berkualiti tinggi dengan senang hati,β tambah beliau.
Azmir turut menyatakan bahawa masih terdapat peluang pertumbuhan bagi pasaran ini walaupun terdapat banyak rangkaian kedai kopi di pasaran.

βKami memiliki lebih 200 cawangan McCafΓ© di Malaysia yang terus berkembang maju. Dengan budaya kopi yang semakin berkembang, kami berhasrat untuk mengambil peluang menembusi pasaran tempatan serta memperluaskan lagi kemampuan kami dan memperbaharui tawaran menu yang lebih menarik pada tahun mendatang,β tambah beliau yang menyatakan bahawa keuntungan McCafΓ© terus meningkat.
Bagi meraikan pembaharuan McCafΓ© ini, McDonaldβs telah bekerjasama dengan Media Prima Berhad untuk menerbitkan drama mini empat episod bertajuk Mocha Kau Bahagia. Menampilkan Syafiq Kyle, Farah Nabillah, Syazwan Zulkifli, Issey Fazlisham dan Meera James, drama ini mengisahkan tentang cinta tiga segi diantara tiga krew restoran McDonaldβs dalam mengharungi kehidupan seharian bekerja di restoran perkhidmatan segera ini.

Drama ini mula ditayangkan di TV3 pada 1 November 2017, dengan episod akhir dijadualkan pada 2 Disember 2017.Semasa majlis pelancaran, 10 peminat McDonaldβs yang terpilih telah diberi kesempatan untuk menghadiri tayangan awal episod akhir drama ini dan sesi bertemu peminat yang diadakan secara eksklusif bersama Syafiq, Farah dan Syazwan.
McCafΓ© Masterclass turut diadakan semasa majlis ini, dimana tetamu yang hadir diberikan penerangan tentang pelbagai jenis kopi dan perkongsian menarik tentang kesesuaian kopi dan kek yang ingin dinikmati.
Sesi pembuatan seni kopi juga dikendalikan oleh barista McCafΓ© khas untuk untuk lima pemenang Fun Quiz semasa majlis ini.
Selebriti Online Portal Hiburan Dan Gaya Hidup Malaysia














