Tag Archives: LET’S CANTIK BY NUR SAJAT

NUR SAJAT Miliki Kediaman DATO’ ALIFF SYUKRI

Pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd, hari ini mengumumkan pembelian keseluruhan rumah banglo mewah milik Dato’ Aliff Syukri dalam satu temubual khas di Hotel Royal, Kuala Lumpur. Dato’ Aliff Syukri turut mengumumkan berkenaan pembelian tersebut oleh Nur Sajat tanpa menyatakan nilai tunai dalam laman Instagram miliknya hari ini.

Kehidupan gadis ini tidak bermula dengan emas permata. Membesar dalam didikan sempurna oleh kedua ibu bapanya yang hanya merupakan peniaga di tapak pasar malam, Nur Sajat bertekad ingin mengubah nasib keluarganya ketika itu. Fizikal Nur Sajat menjadi bahan tawa, namun dorongan ibunya menjadi sumber kekuatan untuk gadis ini terus bertahan dan mencapai impiannya.

Menerusi laman Instagram miliknya @nursajat02, beliau turut berkongsi suka duka kehidupannya yang rumit berbanding orang lain. Dihentam dengan tohmahan sehingga hari ini, Nur Sajat bangkit menerima qada & qadar Tuhan selepas terlantar dalam kemalangan. Berbekalkan modal cuma RM500 di ibu kota Kuala Lumpur, gadis ini mula membina empayar jenamanya sendiri tanpa menoleh ke belakang.

Jenama kosmetik Let’s Cantik by Nur Sajat merupakan langkah pertama beliau berkecimpung dalam industri perniagaan bermula pada 2015. Penat lelah selama 2 tahun akhirnya menjadikan gadis ini antara JUTAWAN MUDA di Malaysia hari ini. Nyata strategi pemasaran viral berbekalkan modal wang saku RM500 membuahkan hasil. Nur Sajat kini turut memiliki Pusat Kecantikan Nur Sajat Beautician yang terletak di Ampang dan Shah Alam.

Berbekalkan pengalaman perniagaan sukses, Nur Sajat hari ini mengumumkan penganjuran SEMINAR BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT di seluruh negara bermula Mac 2017. Seminar dengan yuran terendah hanya RM50 ini bertujuan membentuk usahawan baharu dan berkongsi tips pemasaran efektif untuk yang mahu menjana sumber pendapatan menerusi cabang perniagaan.

JADUAL SEMINAR BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT SELURUH NEGARA

  • Hotel Tropicana Inn, Johor Bahru (Sabtu) 04 Mac 2017                          10 pagi – 2 petang
  • Melaka / Negeri Sembilan (Seremban) (Sabtu) 25 Mac 2017                  10 pagi – 2 petang
  • Kuantan / Terengganu (Sabtu) 08 April 2017                                             10 pagi – 2 petang
  • Kelantan (Sabtu) 29 April 2017                                                                      10 pagi – 2 petang
  • Perak (Sabtu) 06 Mei 2017                                                                              10 pagi – 2 petang
  • Kedah / Pulau Pinang (Sabtu) 20 Mei 2017                                                 10 pagi – 2 petang
  • Kuala Lumpur / Selangor (Sabtu) 29 Jun 2017                                           10 pagi – 2 petang
  • Sabah (Sabtu) 08 Julai 2017                                                                            10 pagi – 2 petang
  • Sarawak (Ahad) 09 Julai 2017                                                                         10 pagi – 2 petang

Terhad kepada 50 peserta terawal, mereka yang berminat hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM50.00 ke akaun bank RHB NURSAJAT AESTHETIC SDN BHD: 2122-73000-5272-1 dan mendaftar nama penuh, nombor kad pengenalan serta nombor telefon ke Puan Wati di talian 011-11938834 atau Puan Akmal di talian 016-9888217.

Ikuti laman Instagram @nursajat02 untuk maklumat lanjut serta perkembangan semasa mengenai lokasi terkini seminar di setiap negeri.

Pelbagai Aktiviti Dan Booth Di Hari NBOS 2016

Hari Terbuka NBOS 2016  bakal berlangsung 14-18 Ogos 2016 ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman Malaysia melaksanakan program transformasi sosial berdasarkan prinsip NBOS seperti impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan yang pantas dan mampan. Hari Terbuka NBOS 2016 ini juga memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat lebih meluas serta berkongsi informasi mengenai pelbagai inisiatif di bawah NBOS yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Dijangka lebih 7000 orang akan menghadiri Hari Terbuka NBOS ini dan program ini akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak  pada 16 Ogos 2016 (Selasa).

YAB PM turut dijangka akan melancarkan Buku Laporan (Report Card) NBOS 2016. Hari Terbuka NBOS yang bersempena dengan NBOS International Week ini juga akan dilaksanakan bersekali dengan program-program lain yang antaranya  Pengundian Awam / Cabutan Undi PR1MA (Perumahan Rakyat 1 Malaysia) pada 14 Ogos 2016 (Ahad), hadiah cabutan bertuah untuk pengunjung serta lelongan amal oleh artis-artis popular di Pentas Utama .

Poster - Vendor List

Bazaar NBOS anjuran pihak Roopawan.com bakal menampilkan pelbagai fesyen & jenama terkenal termasuk koleksi barangan selebriti antaranya :

NAMA NO  BOOTH ARTIS  /  SELEBRITI
1 RARA BY ERRA FAZIRA B01 Erra Fazira
2 NANARAYYAN HIJABS BY SND B02 Siti Nordiana
3 LET’S CANTIK BY NUR SAJAT B03 Nur Sajat
4 DOKOH B04 Nik Khairul Amri & Alif
5 ZAPATOS BY ZAIN SAIDIN B05 Zain Saidin
6 MINIME B06 Aisyah Rania
7 A&A APPAREL B07 Anas Abas
8 PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN BRACE BEAUTE B08 Zul Fattah (Blogger)
9 RCW WORLDWIDE B09 Rozita Che Wan
10 BY DAFI B10 Dafi Ismail Sabri
11 BY SAKURA BAND B11 Sakura Band
12 ANIS AL IDRUS WARDROBE B12 Anis Al Idrus
13 HOSPITAL SEHAT B13
14 ROOPAWAN/AFIYA KL/VERMILLION B14 Ezzaty Abdullah & Azwan Kombos
15 AISHA WONG B15 Aisha Wong & Jasmine Wong
16 PRINCESS LOVE BY DIYANAHNADIA B16 Diyanah Nadia
17 PROJEK TRAVEL/PENA BERKALA/ALEGORE MALAYSIA B17 Projek Travel (Blogger)
18 FSYN/BY FAUZI ARYAAN B18 Nisa Kay & Fauzi Aryaan (Blogger)
19 THE BUNKS & BUNKFACE PERFUME B19 Bunkface
20 ABSTRAXX B20
21 WULPAK CLOTHING B21
22 ELITE S7 BY RONNIE HUSSEIN B22 Ronnie Hussein
23 IPPO HAFIZ X CATALEYA SPACE B23 Ippo Hafiz
24 RUBY SOHO BARBERSHOP B24

Sekitar Hari Terbuka NBOS 2015 di KL Convention Centre pada tahun lepas.