Tag Archives: Redza Rosli

JANNA NICK Sertai ANGKATAN TENTERA MALAYSIA!

Tidak mahu lagi terpalit dengan sebarang kontroversi, Janna Nick nekad untuk menukar kerjayanya daripada seorang artis popular untuk menjadi seorang tentera! Macam tak percaya, tetapi semuanya memang betul! Sememangnya Janna telah membuat permohonan untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia tetapi sekadar tuntutan watak di dalam drama terbaharu terbitan JS Pictures Sdn. Bhd iaitu Leftenan Zana yang bakal bersiaran hari ini, 8 Februari!

Drama arahan Azman Hj. YahayaΒ  ini mengisahkan mengenai impian Zana (Janna Nick) yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat (Hairie Othman).Β  Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat. Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat.

Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka. Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah.

Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Qamar (Sheila Rusly) yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental. Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz (Tunku Hanis) yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem.

Adakah Zana akan terus berputus asa dan akhirnya mengaku kalah pada bapanya? Ikuti perjalanan Zana dalam mengharungi cabaran untuk bergelar seorang anggota tentera yang dilakonkan oleh Janna Nick, Sheila Rusly, Redza Rosli, Tunku Hanis, Hairie Othman dan ramai lagi ini setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam.

3,000 Pengunjung Mengimarahkan Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang

Hari kedua bulan Ramadan pengunjung Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang menjadi lebih bermakna apabila mereka berjaya mengimarahkan masjid serta bertemu dan bermesra dengan barisan artis tanah air termasuklah para pendakwah. Acara Jom Masjid ini telah menerima kunjungan seramai 3,000 orang sepanjang program itu berlangsung pada Ahad lepas.

Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang merupakan lokasi pertama siri penjelajahan Jom Masjid tahun ini. Selain bertujuan untuk mendekatkan TV3 dan TV9 dengan para penonton, acara ini juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyertai tadarus Al-Quran, berkongsi maklumat dan mendalami ilmu agama dengan mengambil bahagian dalam sesi rakaman program Al-Kulliyyah bersama Ustaz Wadi Anuar selaku pendakwah jemputan.

Suasana Masjid Baru Daerah Temerloh telah diserikan lagi dengan kehadiran pengacara Dayah Bakar dan Da’i Tajdid Hadhari serta duta-duta Terima Kasih iaitu Elfira Loy, Redza Rosli, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Zainal Ariffin, Fiza Sabjahan dan Fakhrul Radhi Khamaruddin. Turut hadir memeriahkan Jom Masjid ini adalah barisan selebriti dan personaliti TV3 dan TV9 seperti Da’i Azrin, Da’i Aini, Chef Naem, Shah Sulaiman, Anis Al-Idrus, Sabhi Saddi dan Afzan.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen, Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, β€œIni merupakan tahun kedua acara Jom Masjid diadakan di mana kami menyediakan pelbagai pengisian yang berunsur Islamik untuk aktiviti riadah seisi keluarga. Alhamdulillah, acara ini berjaya mendapat impak dan respon yang positif oleh para pengunjung dari daerah Temerloh. Jutaan terima kasih kepada 3,000 orang pengunjung yang telah mengimarahkan Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang pada hari Ahad lalu kerana sokongan mereka semua amat bermakna buat kami.”

Rakaman Program Moreh – artis jemputan – Luqman Hafidz

β€œKami juga ingin berterima kasih kepada pihak berkuasa dan ahli jawatankuasa Masjid Baru Daerah Temerloh yang membantu kami untuk menjayakan acara ini. Insya Allah acara Jom Masjid ini bukan sahaja berjaya mengeratkan ukhwah sesama masyarakat setempat, malahan turut dapat menarik minat anak-anak muda untuk menyertai aktviti yang diadakan di masjid sempena bulan yang mulia ini.” ujar beliau lagi.

Dibawakan khas oleh Lazada, Lifebuoy dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) selaku penaja, program Jom Masjid telah bermula seawal pukul 9.00 pagi dengan rakaman program Moreh yang dihoskan oleh Haziq Hot FM dan Chiwan Chilok bersama tetamu undangan, Luqman Hafidz. Acara diteruskan dengan aktiviti bergotong-royong memasak dan membungkus Bubur Lambuk oleh ahli jawatankuasa di Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang. Di sekitar pukul 3.00 petang pula, sesi rakaman Al-Kulliyyah yang membincangkan topik β€˜Ibrah Hudaibiyyah’ bersama Ustaz Wadi Anuar selaku pendakwah jemputan telah berlangsung di dalam Masjid Baru.

Setelah mendirikan solat Asar, sesi pengagihan bubur lambuk di pekarangan Masjid Baru Daerah Temerloh oleh para duta, barisan selebriti jemputan dan kru Jom Masjid telah dilakukan. Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama barisan pendakwah dan selebriti. Sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa, wakil Media Prima Berhad, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen, Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, bersama-sama Pegawai Daerah Temerloh, YH Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd. Kenali & Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, YBhg. Encik Azlan Bin Mohd. Yaman, telah menyampaikan sumbangan daripada TV3 & TV9 kepada anak-anak yatim jemputan sekitar daerah Temerloh. Para pengunjung juga bertuah kerana berpeluang untuk mendengar ceramah khas daripada Ustaz Fakhrul Radhi Khamaruddin, yang juga merupakan Duta Skuad Terima Kasih sebelum masuknya waktu solat Isya’. Acara ini telah diakhiri dengan sesi moreh bersama-sama jemaah masjid selepas selesainya solat tarawih.

Inginkan akses mudah kepada video eksklusif daripada program popular Raudhah seperti Al-Kulliyyah, Tanyalah Ustaz dan Halaqah? Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi Raudhah yang membolehkan pengguna untuk mengetahui waktu solat atau waktu berbuka yang tepat berdasarkan lokasi, notifikasi azan, dan senarai masjid dan restoran halal berdekatan mereka. Buat penggemar aktiviti rohaniah dan insaniah pula, anda masih berpeluang untuk mengikuti acara Jom Masjid yang seterusnya di Masjid Al-Muttaqin Taman Ria, Sungai Petani, Kedah pada hari Sabtu, 17 Jun 2017.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my, www.tv9.com.my dan juga www.tonton.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube @TV3Malaysia dan @TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai kempen Terima Kasih. Hangatkan perbualan di laman sosial dengan menggunakan hashtag #TerimaKasih.

 

tonton raikan pelanggan VIP dengan Konsert jom tonton

tonton, servis penstriman terbesar tempatan dan pertama di Malaysia baharu menyambut ulangtahun pertama. Dalam masa setahun ini, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh tonton. Sempena dengan sambutan ulang tahun pertama ini, tonton telah menyediakan barisan rancangan hebat yang akan membawa tonton ke kelas tersendiri.

Menyambut ulang tahun pertama, tonton mengajak ahli VIP dan peminat semua untuk bersama-sama meraikan ulangtahun ini dalam sebuah acara – Konsert jom tonton. Konsert jom tonton merupakan sebuah karnival mini yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya street bazaar, sesi ramah mesra bersama selebriti popular, konsert yang menampilkan nama-nama hebat dalam industri hiburan Malaysia dan banyak lagi!. Konsert jom tonton ini akan diadakan pada hari ini bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di ruang Piazza, The Curve, Mutiara Damansara.

Duta baharu tonton Dato’ Seri Vida, Ayda Jebat, Redza Rosli dan ThomasJack juga akan turun padang untuk meluangkan masa untuk bersama-sama dengan peminat. Pasti ramai yang tidak sabar menyaksikan persembahan Ayda yang akan mendendangkan lagu-lagu popular beliau. Bintang Youtube terkenal Jin & Reuben dari JinnyboyTV juga akan turut merancakkan karnival ini.

Selain itu, acara ini turut menampilkan artis-artis Cina antaranya Dr. Soo Wincci, Orange Tan dan Jieying Tha yang akan menghiburkan peminat. Peminat juga berpeluang bertemu dengan pelakon-pelakon drama I Am Not A Loser antaranya Coby Chong, Evan Siau, Shawn Wai, Sherlyn Seo, Ivan Low, Joyce Harn, Josiah Lim dan Lim Jian.

Bagi peminat cilik siri animasi tempatan, ini merupakan peluang keemasan anda untuk bertemu dengan Ejen Ali dan Boboiboy.

Acara kemuncak semestinya konsert yang akan diadakan pada jam 8.00 malam. Konsert ini menampilkan barisan artis popular antaranya Ning Baizura, Kaka Azraff, Sufian Suhaimi, Juzzthin & Aboz, Alvin Chong, Waris, Ara Johari, Azlan & The Typewriter dan Bunkface yang pastinya akan menghangatkan pentas tonton dengan persembahan yang cukup memukau.

Pelanggan VIP tonton juga, berpeluang menikmati diskaun hebat dan pelbagai kemudahan eksklusif di gerai-gerai yang disediakan.

Pastikan anda datang beramai-ramai ke Konsert jom tonton yang akan diadakan di The Curve pada 22 April 2017, dari jam 10.00 pagi hingga jam 10.00 malam.

Pelan langganan VIP bermula dari RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tonton.com.my dan ikuti laman media sosial:

Facebook: tontonMY

Twitter:Β  tontonMY

Instagram: tontonMY

Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP

Anda juga boleh menghubungi kami di LIVE chat service atau di talian 03-2717 2020!

Programme:

TIME ACTIVITY
5.00pm – 6.00pm Performances by tonton Ambassadors

  • Dato Seri Vida
  • Redza Rosli
  • ThomasJack
  • Ayda Jebat

 

6.15pm – 6.45pm

Β 

Performances by Chinese Artistes

  • Dr. Soo Wincci
  • Orange Tan

Β 

6.45pm – 7.00pm

Β 

Artiste Appearance – Meet & Greet / Games

  • Jie Ying Tha

Β 

7.00pm – 8.00pm

Β 

Meet & Greet Session – β€˜I’m Not A Loser’ Cast

  • Dr. Soo Wincci
  • Coby Chong
  • Evan Siau
  • Shawn Wai
  • Sherlyn Seo
  • Ivan Low
  • Joyce Harn
  • Josiah Lim
  • Lim Jian Wen

Β 

8.00pm – 10.00pm jom tonton Concert

  • Elecoldxhot
  • Kaka Azraff
  • Sufian Suhaimi
  • Juzzthin & Aboz
  • Alvin Chong
  • Waris
  • Ara Johari
  • Azlan & The Typewriter
  • Ning Baizura
  • Bunkface

 

Drama M.A.I.D Gandingkan Ayda Jebat Dengan Zul Ariffin

Drama adaptasi karya Suri Ryana ini mendapat sentuhan pengarah Michael Ang dan akan bersiaran bermula malam ini bermula jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (123).

Selain Ayda Jebat dan Zul Ariffin M.A.I.D turut dibarisi pelakon-pelakon berbakat seperti Hefny Sahad, Nina AF2014, Tasha Shila, Redza Rosli, Datuk Eizlan Yusof dan ramai lagi.

Sinopsis M.A.I.D
Pengembaraan Noorul (Ayda Jebat) ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan (Zul Ariffin), yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris sebagai Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk β€˜fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?