Tag Archives: rossa

ROSSA GEMPARKAN JAKARTA DAN KUALA LUMPUR DENGAN KONSERT “HERE I AM”

KUALA LUMPUR, 14 JUN 2025 — Ratu Pop Indonesia, Datuk Seri Rossa, terus mengukir sejarah dengan menakluki 2 stadium di 2 negara menerusi konsert mega bertajuk “HERE I AM”. Selepas berjaya mencatat sold out dengan kehadiran lebih 12,000 penonton di Indonesia Arena, Jakarta, Rossa membuktikan popularitinya tetap ampuh apabila berjaya menarik lebih 10,000 penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil.

KONSERT “HERE I AM”

ROSSA HERE I AM di Jakarta menjadikan beliau penyanyi solo Indonesia pertama menjayakan konsert berskala stadium tertutup nasional dengan produksi pentas bertaraf antarabangsa. Sambutan hangat di Malaysia pula membuktikan Kuala Lumpur tetap menjadi ‘rumah kedua’ buat diva tersohor ini.

KONSERT “HERE I AM”

Tiket di Kuala Lumpur dijual dari RM288 hingga RM5,000, dengan kehadiran ramai artis dan VIP termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Bella Astillah, Melly Goeslaw, Ivan Gunawan dan Ruben Onsu. Momen paling manis apabila Rossa berduet spontan bersama Siti membawakan lagu popular Percayalah.

KONSERT “HERE I AM”

“Alhamdulillah akhirnya saya dapat kembali lagi ke Axiata Arena selepas 15 tahun. Malaysia memang selalu saya anggap sebagai rumah kedua. Kalian selalu terima saya macam keluarga,” ujar Rossa penuh syukur.

Sepanjang lebih 3 jam, Rossa menghiburkan penonton dengan lebih 30 lagu hits, diiringi penampilan istimewa bintang-bintang popular seperti Ariel, Ernie Zakri, MK K-Clique, Dipha Barus, Hael Husaini, Eka Gustiwana, serta bakat muda dari program Indonesian Idol & One in A Million Malaysia.

KONSERT “HERE I AM”

Istimewanya, Rossa juga mempersembahkan single terbaharu Serasa X Juwita bersama Dipha Barus dan debut eksklusif lagu Sinaran bersama MK K-Clique, bakal dimuatkan dalam album mini ASMARA DANSA.

KONSERT “HERE I AM”

Penampilan glamor Rossa turut mencuri tumpuan dengan 11 gaun eksklusif rekaan pereka terkemuka dari Indonesia dan Malaysia termasuk Adeline Ester dan Khoon Hooi, lengkap dengan kristal Swarovski, menaikkan lagi aura mewah pentas Here I Am.

KONSERT “HERE I AM”

Konsert ini dipersembahkan oleh Inspire Production, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Sah Entertainment, dengan lebih 180 tenaga produksi profesional diterbangkan khas dari Jakarta, selain sokongan pengkarya seni tempatan Malaysia.

“Here I Am adalah refleksi perjalanan seni saya selama 30 tahun. Saya mahu semua orang lebih menghargai diri, menerima diri tanpa rasa rendah diri, dan mencintai diri sendiri,” jelas Rossa.

ROSSA KEMBALI DENGAN KONSERT “HERE I AM” DI AXIATA ARENA

Penyanyi tersohor Indonesia, Rossa, bakal mengadakan konsert solo bertajuk “Here I Am” di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun 2025. Konsert yang dinanti-nantikan peminat ini dianjurkan oleh Inspire Production bersama Prihatin dan SAH Entertainment.

Jualan tiket pra-jualan akan bermula pada 11 November 2024, jam 3 petang waktu Malaysia, secara eksklusif melalui platform Ticket2u. Para peminat boleh memilih dari pelbagai kategori tempat duduk dengan harga istimewa:

• Diamond Center: RM628 (harga asal RM728)

• Diamond: RM478 (harga asal RM588)

• Platinum: RM308 (harga asal RM388)

• Festival: RM148 (harga asal RM188)

• Gold: RM228 (harga asal RM288)

Susun atur tempat duduk konsert ini telah direka dengan teliti untuk memberikan pengalaman terbaik kepada penonton. Venue ini dibahagikan kepada beberapa zon utama termasuk Diamond Center, Diamond, Platinum, Festival, dan Gold, dengan tambahan kawasan khas seperti Royale, First Class, dan Executive.

Pihak penganjur menasihatkan peminat untuk bertindak segera memandangkan tempat duduk adalah terhad. Harga tiket yang dipaparkan tidak termasuk yuran pemprosesan dalam talian.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari Ticket2u.

KONSERT ROSSA 25 TAHUN DI KUALA LUMPUR

Setelah kejayaan penganjuran siri jelajah konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” di Jakarta, Bandung, Surabaya yang menyaksikan kehadiran lebih 15,000 penonton, kini Dato’ Sri Rossa telah tiba di Malaysia bagi mempromosikan siri Jelajah Konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” dan merupakan Konsert Solo Pertama sejak pandemik 2020 yang akan berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 November 2022 ini. Turut diadakan penyerahan bantuan pendidikan ke Menara Gading kepada pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf dan B40 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Aizuddin Mohd Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan YBhg. Dato’ Sri Rossa sendiri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada hari ini. Sumbangan berbentuk dana kewangan, komputer riba dan barangan keperluan yang diberikan ini adalah hasil dari jualan tiket Konsert Rossa 25 Tahun yang telah terjual sepanjang bulan September.

Konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” di Malaysia ini akan dianjurkan dengan kerjasama INSPIRE PRODUCTION Indonesia, YAYASAN PRIHATIN NASIONAL (PRIHATIN), TICKET2U.COM, MYVITALAB dan KOPERASI PRIHATIN NASIONAL (KOPENA). Konsert ini diadakan sempena penglibatan Dato’ Sri Rossa selama 25 tahun dalam industri muzik dan kini sedang menjelajah ke beberapa kota besar di Indonesia termasuk di Kuala Lumpur, Malaysia. Sebahagian hasil jualan tiket yang dijual akan disalurkan ke Tabung Pendidikan Anak Bangsa (TAB) dan Tabung Kasih PRIHATIN bagi kegunaan dan manfaat pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia.

Konsert Dato’ Sri Rossa di Malaysia akan melibatkan empat (4) Pengarah Muzik; Dandy Lasahido, Risyanda, Eka Gustiwana, Andi Rianto termasuk Magenta Orchestra bagi membawakan lebih dari 25 lagu hitsnya. “Rossa 25th Shining Years Concert” ini semakin mengukuhkan nama Rossa dalam sejarah industri muzik serantau, dan selalu menjadi trend setter artis Indonesia di Malaysia.

Menurut Dato Sri Rossa “Alhamdulillah aku bersyukur, akhirnya yang ditunggu- tunggu hampir tiba, sudah tidak sabar ingin ketemu dengan para fans di Malaysia. Setelah menahan rindu selama dua tahun akibat pandemik, senang banget rasanya sudah bisa konser offline lagi di KL.” kata Dato Sri Rossa kepada media Ketika Sidang Media secara online di Jakarta pada Selasa (09/9/2022).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin yang sememang sinonim dengan penganjuran konsert berskala besar berkata, “Penganjuran Konsert Dato’ Sri Rossa ini akan meneruskan kerjasama strategik dengan saya dan PRIHATIN untuk tujuan kebajikan yang telah kami mulakan dan sama-sama berkolaborasi sejak tahun 2012 lagi bakal memanfaatkan pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia yang kurang berkemampuan dan golongan B40 yang akan disalurkan kepada Tabung Tabung Pendidikan Anak Bangsa (TAB) dan Tabung Kasih PRIHATIN. Semua sedia maklum, PRIHATIN amat proaktif dalam menjalankan program-program bersifat kebajikan terutama dalam memperkasakan pendidikan negara ke aras yang lebih tinggi di persada dunia. Saya bersyukur kerana Dato’ Sri Rossa sentiasa prihatin dengan kebajikan di Malaysia dan sentiasa bekerjasama untuk penganjuran konsert yang bukan bersifat komersial semata- mata tetapi dengan turut menekankan konsep ‘Berhibur Sambil Beramal’ dan beliau sendiri bersetuju untuk sama-sama mencari dana bagi tujuan pendidikan melalui jualan tiket seterusnya menyalurkan sebahagian hasil jualan ke tabung tersebut. Dalam masa sama, PRIHATIN turut berterima kasih kepada pihak korporat dan orang perseorangan yang membeli tiket korporat sekaligus memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam bidang pendidikan.”

Pada sidang media ini juga turut diperkenalkan artis Malaysia, Hael Husaini akan turut membuat kemunculan sebagai penyanyi jemputan Malaysia dan bakal bergandingan dengan penyanyi terkenal Indonesia Dato’ Sri Rossa di Konsert Rossa ’25 Shining Years’ yang bakal berlangsung di Dewan Plenary KLCC pada 2 November ini.

Bagi peminat di Malaysia yang masih berminat untuk mendapatkan tiket. Jualan tiket bermula pada harga serendah RM258 sehingga RM3,000. Tiket Konsert ini boleh didapati secara online melalui laman sesawang ticket2u.com.my dan secara offline bagi jualan tiket amal dan korporat boleh ditempah menerusi RSVP di talian (013- 3886533 – Pn. Nelle).