Tag Archives: vape

SNOWPLUS Lancar Vape Kafein Ediri Kopi Di Malaysia

SNOWPLUS, sebuah syarikat yang berasal dari Beijing, China baru sahaja memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu SNOWPLUS Edisi Kopi. Selaras dengan usaha untuk memberi sebuah alternatif merokok yang lebih selamat, inovasi terkini SNOWPLUS ini juga merupakan vape pertama di seluruh dunia yang mengandungi kafein.

SNOWPLUS Edisi Kopi ini merupakan sebuah pod (vape), dan pek pemulanya mengandungi vape elektronik serta dua botol cecair berperisa kopi. Perisa ini telah diekstrak dan diatomkan oleh biji-biji kopi sebenar, dan ia bebas nikotin. Pod ini direka tahan lasak agar ia dapat berkualiti tinggi dan selamat diguna. Produk ini menepati piawaian keselamatan global, termasuklah di Kesatuan Eropah dan Pendtadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA).

Menurut pengasas SNOWPLUS, Encik Derek Li berkata, ”Kami percaya bahawa pasaran kini tertarik kepada alternatif yang lebih bagus dan selamat. Dengan itu, SNOWPLUS Edisi Kopi ini adalah pilihan terbaik untuk beralih kepada produk bebas nikotin,”

Baru-baru ini, syarikat penyelidikan pasaran iaitu Green Zebras Sdn Bhd mendapati bahawa majoriti perokok di Malaysia (69%) menyatakan mereka berharap akan ada undang-undang yang memberi kelulusan untuk menjual dan mengedar penjualan rokok elektronik berasaskan nikotin, agar mereka mempunyai lebih banyak pilihan untuk membantu mereka berhenti merokok. Sementara itu, pegawai-pegawai kesihatan di Malaysia menjangkakan kerajaan bakal merangka undang-undang baharu terhadap produk rokok elektronik di tahun 2020.

Menurut Dr. Edward Choo selaku Pengurus Besar SNOWPLUS Malaysia berkata, “SNOWPLUS akan sentiasa mempercayai pembuatan, penjualan dan penggunaan produk rokok elektronik yang bertanggungjawab. Syarikat kami telah membuat penyelidikan secara meluas tentang perkara ini, dan kami berharap dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan.”

SNOWPLUS merupakan jenama rokok elektronik ketiga (3) paling besar di dunia. Syarikat ini terdiri daripada pekerja-pekerja yang terunggul dalam industri. Produk SNOWPLUS adalah ciptaan sekumpulan pakar dari luar negara yang mahir dalam bidang teknologi, perkakasan dan Barangan Pengguna Cepat Laris (FMCG).

NCIG (M) SDN BHD bakal menghentikan operasi di Malaysia?

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat NCIG (M) Sdn Bhd, Shariffuddin Bujang, hari ini dengan duka citanya mengumumkan bahawa NCIG (M) Sdn Bhd bakal menghentikan operasinya di Malaysia. Beliau memaklumkan berita itu selepas pelancaran produk-produk terbaharu NCIG – NCIG2 Total Solution di NSummit2 di MIECC Seri Kembangan, Selangor.

“Keputusan ini bukan dibuat dengan mudah kerana ia memberi impak kepada beratus pekerja NCIG di Malaysia. Selagi Malaysia tidak memperkenalkan regulasi  terhadap kandungan nikotin dalam rokok elektronik, ini menjadi halangan buat kami bagi memenuhi misi utama NCIG untuk membantu 8 juta perokok di Malaysia berhenti merokok”- ujarnya.

“NCIG hanya akan memasarkan variasi produk sifar nikotin daripada NCIG Total Solution untuk pasaran tempatan sebagai fasa terakhir sebelum penarikan operasi di Malaysia. Kami merancang untuk menghentikan operasi di Malaysia, dan akan mengutamakan pelaburan kami pada pasaran luar negara di mana regulasi bagi produk rokok elektronik bernikotin telah di luluskan,terutamanya di United Kingdom dan Indonesia”- Shariffuddin

Beliau berkata produk cecair elektronik sifar nikotin bukan penyelesaian masalah untuk Malaysia kerana ia hanya akan menggalakkan lagi orang awam terutamanya yang bukan perokok untuk mula menggunakan vape. Sebaliknya, NCIG menawarkan produk rokok elektronik sifar nikotin digunakan pada fasa terakhir dalam rawatan ketagihan merokok. Disebabkan oleh regulasi yang diguna pakai sekarang, NCIG hanya boleh memperkenalkan produk cecair elektronik yang mengandungi sifar nikotin di Malaysia.

Bercakap mengenai  masa depan industri vape di Malaysia, beliau berkata sekiranya perkara ini masih dilarang oleh pihak berkuasa, ini akan memberi impak besar kepada peniaga tempatan yang lain. Buat masa ini, cecair rokok elektronik buatan Malaysia dianggap premium di pasaran antarabangsa kerana mengandungi Glycerin Sayuran (VG) berkualiti tinggi yang diperolehi daripada minyak sawit tempatan.

“Kami menganggarkan lebih dari 50,000 tan Glycerin Sayuran (VG) digunakan setiap tahun oleh pengusaha vape tempatan dan ini adalah salah satu rahsia kejayaan jenama Malaysia di mata dunia serta menjadikan kami pengeluar cecair rokok elektronik kedua terbesar di dunia selepas USA”

Beliau menambah bahawa industri kreatif juga bakal terjejas kerana syarikat vape menggunakan bakat anak muda tempatan bagi menghasilkan reka bentuk, pengiklanan, pembungkusan, dan juga melabur dalam produk dagangan bagi tujuan promosi. Industri vape tempatan di Malaysia terdiri daripada pengusaha Bumiputera persendirian yang  kebanyakannya mengeksport majoriti produk mereka ke luar negara dan mengupah sehingga 30,000 pekerja tempatan.

NSummit2 – NCIG Total Solution

NSummit2 yang dijalankan di Mines International Exhibition & Convention Centre dikunjungi lebih daripada 5000 pelawat, termasuk usahawan tempatan terkemuka dan wakil-wakil kerajaan. NSummit2 dilancarkan dengan perbincangan bersama pakar antarabangsa terkemuka berjudul ‘Vaping daripada Perspektif Global’. Forum itu disertai oleh Prof.Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Dr. Arifandi Sanjaya dari Indonesia dan Dr Konstantinos Poulas, seorang pakar dari University of Patras di Greece.

“Misi NCIG sentiasa jelas sejak hari pertama – untuk meningkatkan kualiti hidup para perokok dan keluarga mereka dengan menamatkan ketagihan rokok buat selama-lamanya. Kami bukan sahaja sebuah syarikat vape. Kami membina perniagaan ini untuk membantu perokok supaya mereka dapat menamatkan ketagihan mereka dengan selamat dan berkesan,” kata Shariffuddin dalam ucapannya.

Sejak pelancaran NCIG, ia telah pun membantu lebih daripada 170,000 orang perokok dengan mengubah kehidupan mereka dan membantu mereka berhenti merokok sepenuhnya. NCIG berhasrat untuk menjadi penyelesaian untuk rawatan ketagihan rokok yang berkesan secara global.

 

Penafian produk Nasty Juice mengandungi bahan terlarang

NSTY Holdings menafikan sekeras-kerasnya fitnah dan maklumat palsu berniat jahat mengaitkan produk Nasty Juice dengan kandungan bahan narkotik ‘morfin’ yang tular di media sosial baru-baru ini. Pihak syarikat telah membuat dua laporan polis di IPD Tampin pada 8 September 2019 untuk menjelaskan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali. Pihak NSTY kini sedang berkerjasama dengan PDRM untuk membantu siasatan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut.
NSTY Holdings adalah pengeluar jenama global Nasty Juice, produk ‘e-liquid’ yang kini dipasarkan di lebih 80 buah negara. Kualiti dan keselamatan produk-produk Nasty Juice terjamin dengan piawaian OSHA, GMP dan ISO, serta piawaian antarabangsa dari Indonesia, TPD di UK, FDA di Amerika Syarikat, dan CCSPA dari Kanada.
Antara proses dan piawaian yang dipatuhi oleh NSTY Holdings dalam penghasilan semua produk-produk Nasty Juice untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa adalah:
OSHA (Occupational Health & Safety Administration)
Kilang pembuatan Nasty Juice mengamalkan cara-cara kerja yang selamat dan terkawal mengikut undang-undang yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja.
GMP (Good Manufacturing Practices) 
Nasty Juice menerima sijil pengiktirafan GMP, di mana kesemua produk dikeluarkan menggunakan pemprosesan dan pembungkusan yang berkualiti dan selamat.
ISO 9001:2015
NSTY Holdings mengamalkan Sistem Pengurusan Berkualiti ISO 9001:2015 (QMS) di semua peringkat bagi memastikan sistem pengurusan dan pengeluaran menepati piawaian dan speksifikasi yang telah ditetapkan.
TPD (Tobacco Products Directive)
Nasty Juice menerima kelulusan regulasi TPD daripada United Kingdom, di mana setiap produk yang dikeluarkan dan dijual telah melepasi kawalan keselamatan dan kualiti pembuatan. Kesemua produk akan melalui ujian makmal sebelum di benarkan untuk memasuki pasaran baru. Piawaian ini diguna pakai di kesemua negara Kesatuan Eropah.
FDA (Food & Drugs Administration) 
Nasty Juice menerima kelulusan daripada Food & Drugs Administration Amerika Syarikat. Sijil kelulusan ini membenarkan kesemua produk Nasty Juice untuk dijual dan dipasarkan di negara itu. Setiap keluaran produk akan melalui ujian makmal sebelum di luluskan untuk dijual.
CCPSA (Canadian Consumer Product Safety Act) 
Nasty Juice menerima kelulusan berdaftar dari Kanada dimana setiap produk yang dikeluarkan melepasi kelulusan keselamatan dari segi pembungkusan dan pengeluaran.
– CCCR ( Consumer Chemicals and Container Regulations ) 
Kesemua produk Nasty Juice yang di jual di pasaran mendapat kelulusan CCCR Canada. Sijil ini adalah pengiktirafan bahawa produk-produk Nasty. Juice dibuat dan diproses dengan kawalan keselamatan dan kualiti yang ketat.
– Kawalan Produk Tiruan 
Setiap produk Nasty Juice menggunakan botol dan pembungkusan khas yang direka dan dihasilkan dengan kos premium untuk memastikan pengguna tidak tertipu dengan produk-produk tiruan yang menggunakan nama Nasty Juice. Tujuan kami menitik beratkan penggunaan produk asli bukan kerana faktor perniagaan semata-mata. Sebaliknya NSTY Holdings mengutamakan keselamatan pengguna supaya hanya menggunakan produk-produk asli yang terjamin berkualiti dan selamat.
Butiran lengkap dan bukti pensijilan sedia kami kongsikan untuk penelitian pihak media yang berminat, tertakluk kepada persetujuan perjanjian kerahsiaan (NDA). Langkah ini terpaksa diambil kerana dokumen-dokumen dan sijil-sijil tersebut mengandungi Harta Intelek (1P) syarikat yang amat sensitif.
Penting untuk kami tekankan bahawa di semua pasaran antarabangsa di mana Nasty Juice dijual sepanjang lima tahun lalu, tidak pernah ada sebarang laporan kes mengenai bahan larangan atau narkotik dikesan dalam kandungan produk-produk Nasty Juice.