Wednesday , September 22 2021
Kumpulan Tandus

Tandus Tampil Dengan Album Baru

Wirama muzik yang tiada bersempadan pastinya memberi warna yang lebih meriah terhadap industri hiburan tempatan.  Apatah lagi apabila pelbagai genre muzik arus bawah tanah, dan apa yang pasti ianya satu penanda aras yang baik buat peminat serta penggiat muzik sedemikian.

Sebanyak 6 buah kumpulan yang berpaksikan nuansa muzik masing-masing akan mempamerkan kehebatan di atas satu pentas.  Tandus, Narsamum, Logam, Inhuman, Explicit dan Oxidicide adalah kumpulan yang akan memeriahkan showcase istimewa sempena kelahiran album terbaru Tandus yang berjudul “Skuad Pemusnah” yang akan di adakan pada 9 Febuari ini.

Konsert anjuran Muzik Box Production akan bermula sekitar jam 7.30 malam dan akan berlangsung di Rockin Jamz Hall, Jalan Siera Perdana 4/1, Masai Johor Bahru ini pastinya akan meninggalkan momen indah buat peminat serta pemuzik itu sendiri.

Wakil penganjur, Fadzil Puasa berkata, konsert ini pasti akan memberi pengalaman yang cukup manis.  Selain pelancaran album terbaru Tandus yang berjudul “Skuad Pemusnah”, peminat yang hadir akan turut menikmati persembahan istimewa daripada anggota yang pernah membarisi Tandus.

“Walaupun ia berlainan konsep, saya pasti setiap kumpulan mempunyai kelebihan mereka sendiri, selain itu setiap pembelian tiket  peminat akan di hadiahkan sekeping CD” katanya.

Peminat-peminat tegar muzik underdround pada lewat tahun 90an, pastinya masih ingat lagi dengan jentera yang bernuansakan old school thrash metal, Tandus yang telah melahirkan EP berjudul “Logam Maut” yang telah diriliskan oleh Muzik Box Production dengan kerjasama Ultra Hingax Production.

Kumpulan Tandus

“Konsert ini adalah hadiah daripada kami buat semua peminat yang tidak jemu-jemu menyokong kami selama ini.  Skuad Pemusnah seakan memberi nyawa untuk kami, meskipun kami baru sahaja selesai mengadakan persembahan bersama FTG baru-baru ini”, ujar Nasrulhadi selaku vokalis.

Namun seperti resam kumpulan muzik yang lain, anggota kumpulan juga turut silih berganti kerana komitmen dan kehendak masing-masing. Api Tandus tidak akan pernah terpadam malah akan terus marak dengan kehadiran  Bloodhungger (Acun) sebagai penyanyi utama ,One soul Killer ( wan) ,Ain Raptor (Ain), Night screamer (Atoi) dan seorang ahli baru bekas ahli kumpulan logam iaitu Am.

“Jika sebelum ini, kami tampil dengan EP yang berbahasa Inggeris, Skuad Pemusnah pula hanya memperjuangkan lirik dalam bahasa melayu”, ujarnya lagi

InHuman juga tidak harus diperlekehkan kewibawaan serta kehebatan mereka.  Apa yang pasti mereka bukanlah sebuah kumpulan yang baru ditubuhkan, malah jentera yang memperjuangkan wirama ekstrim metal ini telah ditubuhkan sekitar tahun 1991 serta pernah beraksi bersama jentera-jentera hebat  di awal kemunculan mereka.

Kumpulan Inhuman

Mereka pernah tampil dengan EP ‘Awakened At World’s End’ 2015, kesinambungan serta sokongan yang tidak pernah putus menjadikan InHuman terus gemilang .  Bakal tampil dengan album “BaraBesi” yang akan memuatkan 10 buah lagu. Album yang berpaksikan old school thrash/death metal.  Jentera bawaan Fen Malique – Gitar/vocal, Ishan yusoff  – Gitar, Zamri Salleh – Bass dan Shafie Ahmad – Drum pastinya bakal menyajikan persembahan yang cukup dramatik.

Logam yang ditubuhkan pada tahun 1996 di Felda Bukit Waha, Kota Tinggi, Johor turut di beri ruang untuk beraksi bersama. Pernah tampil dengan demo “Metal Invaders 98”, terlibat dalam kompilasi

“A Remembrance Of Brain Dead” dan sebuah lagi kompilasi iaitu “Sengatan Selatan” .

Kumpulan Logam

Pada tahun 2002, Logam mengeluarkan debut album berjudul “Maximum Power Overdrive” yang mengandungi 6 lagu dan 1 lagu bonus .  Album kedua yang berjudul “The Murder Artist” telah diriliskan pada tahun 2012. Logam kini masih aktif bersama Swordist (gitar/vokal), Deanz (gitar), Lanloq (bass) dan Afad (drum).  Mereka kini sedang menyiapkan rilisan terbaru yang bakal diriliskan tidak lama lagi.

Selain Tandus, InHuman dan Logam, anda juga boleh menyaksikan kehebatan kumpulan Narsamum, Explicit dan Oxidicide.  Peminat boleh mendapatkan tiket masuk berharga RM35 (termasuk CD Tandus) di pintu masuk Rockin Jamz Hall.

 

 

Check Also

Album ‘BELAGU’ Dayang Nurfaizah Kini Telah Berada Di Pelantar DIgital

Selepas 15 tahun melancarkan album kontemporari klasik ‘Kasih’ pada tahun 2005, Dayang Nurfaizah hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!