Traveloka ingin meraikan belia dengan mengembara mengikutcara mereka tersendiri secara percuma

Perhatian Gen Z (individu yang lahir antara 1994 dan 2008),Traveloka mahukan anda!

Sempena kempen baharu “Travel Your Way with Traveloka”, Traveloka, dengan kerjasama para influencer, seperti @elishiaabegail, @kakakqin dan @ewanfauzi, ingin membawa belia-belia ke seluruh destinasi di Malaysia yang tersenarai dalam superapp Traveloka.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah mengikuti @travelokamy di akaun Instagram atau TikTok, dan memuatnaik gambar atau video dengan tema”Traveloka bawa saya ke…” beserta hashtag #TravelokaTakeMeAway darisekarang hingga pertengahan September.

10 kandungan video yang dimuatnaik paling menarik dan mematuhi terma dan syarat Traveloka, akan dipilih sebagai pemenang. Pemenang akan diberi ganjaran dalam bentuk penginapan 2 Hari 1 Malam, dan kupon Traveloka Xperience untuk menikmati percutian di destinasi pilihan.

Selain daripada #TravelokaTakeMeAway, aplikasi pengembaraan super itu juga ingin menghadiahkan Gen Z dengan peralatan teknologi, seperti Apple Watch, Apple Airpods dan Huawei Nova 9 melalui peraduan #MyGangIsBetterThanUrs.

Untuk peraduan ini, Traveloka akan melawat ke enam universiti di sekitar Lembah Klang – Brickfields Asia College, Help University, Segi Kota Damansara, Segi Subang, Taylors University dan Universiti Malaya – untuk cabaran yang melibatkan golongan belia di universiti tersebut.

Apa yang perlu dilakukan oleh peserta ialah mengimbas iklan berjalan Travelokadan mencipta video berdurasi 15 hingga 60 saat dengan memberitahu sebab “geng” atau sahabat-sahabat mereka lebih hebat daripada sahabat orang lain. Video berformat menegak itu perlu disiarkan di Instagram Story dan tag @travelokamy di Instagram.

Peserta yang menerbitkan kandungan video paling kreatif dan mematuhi syarat-syarat peraduan akan dipilih sebagai pemenang.

Tidak menang atau terlepas tarikh akhir penyertaan? Jangan risau. Jimat sehingga RM20 dengan menggunakan kod kupon “LETSGOYOUTH” untuk tempahan seterusnya di Traveloka. Tiada transaksi minimum dikenakan.

Jom hargai keindahan Malaysia pada minggu-minggu menjelang Hari Merdeka dan seterusnya.Lawati Traveloka di https://www.traveloka.com/en-my/promotion/exploreyouth

Check Also

AirAsia rai penerbangan pertama dari Kuala Lumpur ke Kertajati

AirAsia Malaysia (AK) hari ini meraikan penerbangan pertamanya dari Kuala Lumpur ke Kertajati di Jawa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *