SO Staff

Hidangan Lazat dengan MAGGI, Bagaikan Magik

Syarikat Makanan, Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan terunggul, Nestlé, telah memperkenalkan produk terkininya, MAGGI® Magic MealsTM, “Cara Baru Menyediakan Hidangan Lazat Dengan Periuk Nasi Anda, Bagaikan Magik” semasa pelancaran media yang berlangsung di The Bee, Publika Kuala Lumpur.Nestlé telah menunjukkan komitmennya dalam memberikan tumpuan kepada kesejahteraan pelanggan mereka dan percaya bahawa makanan yang lazat adalah asas kepada kehidupan yang sejahtera. Inilah usaha yang telah dilakukan oleh Nestlé untuk keluarga Malaysia sejak 100 tahun lalu dan akan terus dilakukan untuk 100 tahun yang akan datang.

Kini, rangkaian baharu iaitu, MAGGI® Magic MealsTM diperhebatkan lagi dengan inovasi terunggul di mana produk ini adalah yang pertama dan satu-satunya produk di Malaysia yang direka khas untuk dimasak di dalam periuk nasi.  Ini merupakan cara masakan yang unik di mana lauk dimasak di dalam beg masakan MAGGI® dan dimasak bersama nasi di dalam periuk nasi.  Beg masakan MAGGI®  adalah selamat untuk dimasak serta mematuhi peraturan US dan EU FDA serta tahan haba.  Memasak dengan beg masakan MAGGI® membantu mengekalkan rasa dan khasiat daging dan sayuran untuk menjadikan hidangan lebih lazat dan penuh rasa. Tambahan lagi, MAGGI® Magic MealsTM ialah pilihan yang lebih baik kerana ia tidak memerlukan minyak untuk dimasak.

Dengan hanya 4 langkah mudah, pengguna dapat menyediakan hidangan yang lazat di rumah. Langkah pertama ialah menambah daging dan sayur ke dalam beg masakan MAGGI® bersama dengan perencah MAGGI® Magic MealsTM. Kemudian ikat beg masakan dan gaulkan dengan sebati. Selepas itu, letakkan beg di atas beras di dalam periuk nasi dan masak.  Kemudian, hidangan sedia untuk dinikmati!Terdapat tiga resipi kegemaran rakyat Malaysia untuk dipilih iaitu  MAGGI® Magic MealsTM ‘Kari Ayam Beraroma’, MAGGI® Magic MealsTMSavouri Ayam Masak Merah’ dan MAGGI® Magic MealsTM ‘Ayam Kicap Berempah’ yang dijual pada harga RM3.95 sepaket.

“Sebagai seorang selebriti, usahawan dan juga isteri dan ibu kepada dua orang anak, saya berusaha meluangkan masa untuk menyediakan masakan dirumah untuk  suami dan anak-anak saya walaupun jadual saya sibuk,” menurut Dynas Mokhtar.Selebriti terkenal Sheahnee Iman Lee telah mencuba MAGGI® Magic MealsTM dan sebagai seorang isteri dan ibu yang bekerja, beliau kini  amat gemar menggunakannya.

MAGGI® akan terus menawarkan perkhidmatannya kepada pengguna dengan memberikan idea dan resipi hidangan,  petua memasak dan khasiat melalui pelbagai platform media seperti laman Facebook MAGGI® dan laman web  MAGGI®. MAGGI® Masak-Masak Kitchen akan turut menampilkan konsep yang lebih kontemporari sebagai platform untuk pengguna berkongsi pengalaman dengan menyediakan hidangan mereka sendiri yang bertempat di ibu pejabat  Nestlé®.

 

[nggallery id=144]

Andrea Bocelli Live In Malaysia 2013

Glad to inform you that JS Concert production with Fat Boys will be having ANDREA BOCELLI next on Sunday 5th May 2013 at Putra Indoor Stadium, Bukit Jalail KL.It will be a performance with a full symphonic orchestra ensemble and a full choir line…Malaysia is part of an Asia 4 city tour ie. China. Taiwan. Hong Kong and KL.He will be backed by a full orchestra and choir during his two-hour KL concert. He will be supported by conductor Marcello Rota, soprano Sabina Cvilak, guest act Div4s and guitar duo Carisma.

Tickets for his Kuala Lumpur show, presented by JS Concert Productions, will go on sale online at ticketpro.com.my this Thursday. Prices range RM388 (regular), RM588 (bronze), RM988 (silver), RM1,288 (gold), RM1,888 (platinum) and RM2,888 (diamond). Hotline: 03-7880-7999.

Tickets will also be made available at Rock Corner, The Guitar Store and Victoria Music outlets in the Klang Valley later this month.

 

Maxis Telco Pertama Tawarkan Telefon Pintar Blackberry Z10 Di Malaysia

Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, hari ini melancarkan telefon pintar BlackBerry® Z10 yang baru, dikuasakan oleh BlackBerry® 10 di Malaysia. BlackBerry Z10 yang baru ini akan ditawarkan secara eksklusif oleh Maxis, dan boleh didapati di semua Pusat Maxis di seluruh negara mulai 9 Mac 2013.Maxis adalah yang pertama untuk memperkenalkan pelbagai peranti BlackBerry di Malaysia pada tahun 2004, dan terus menerajui pasaran dalam membawa telefon pintar terbaru kepada pelanggan. Maxis telah menawarkan pelbagai jenis peranti dalam tempoh dua hingga tiga tahun yang lalu.

BlackBerry Z10 yang baru ini adalah telefon pintar BlackBerry yang pertama untuk dilancarkan dengan platform BlackBerry 10 yang direka bentuk semula, diperkaya dan dicipta semula, memberikan pelanggan pengalaman mudah alih pengkomputeran baru yang kuat dan unik. Telefon pintar BlackBerry Z10 ini adalah telefon pintar BlackBerry yang terpantas dan paling canggih, dan menawarkan pengalaman yang lebih pintar yang sentiasa dapat disesuaikan dengan keperluan pelanggan.“Telefon pintar BlackBerry Z10 menyampaikan satu platform baru yang berkuasa untuk pelanggan BlackBerry. Digabungkan dengan rangkaian dan pelan perkhidmatan dari Maxis, pelanggan BlackBerry Z10 akan gembira dengan pengalaman komunikasi yang dicipta semula, multitasking yang  lancar, akses mudah kepada pelbagai rangkaian sosial, dan ketenangan fikiran dengan keselamatan BlackBerry,” kata Annamalai Muthu, Pengarah Negara Malaysia di BlackBerry.

Berikut adalah butiran-butiran harga dan pelan untuk BlackBerry Z10:

 

BB More 55

 

BB More 88

 

BB More 148

 

Komitmen Bulanan

RM55

RM88

RM148

Minit Berkas

200

400

600

SMS Berkas

100

200

500

Data Berkas

500MB

1GB

5GB

Harga Peranti (Tawaran Biasa)

 

 

 

12 bulan

RM1888

RM1708

RM1588

24 bulan

RM1488

RM1268

Harga Peranti (Ahli MOC)

 

 

 

24 bulan

RM988

Selain itu, Hotlink akan memberi ganjaran kepada semua pelanggan setia BlackBerry Prabayar dengan harga istimewa sebanyak RM1,888 untuk BlackBerry Z10, yang ditawarkan bersama dengan 1.5GB data percuma. Tawaran ini adalah sah dari 9 Mac hingga 30 April 2013 sahaja. Hotlink juga akan memberikan pengguna BlackBerry Pas BlackBerry 1-hari percuma bagi mereka untuk terus berhubung secara online sepanjang hari, hanya pada 8 Mac 2013.

Dengan BlackBerry Z10, pelanggan juga boleh menikmati aplikasi-aplikasi eksklusif Maxis. Ini termasuk:

  • MyMaxis, aplikasi bantu diri yang membolehkan pelanggan Maxis untuk mendapatkan maklumat akaun, melanggan kepada perkhidmatan tambah nilai dan hubungi Maxis melalui pelbagai saluran pilihan.
  • Maxis PayPal, yang membolehkan pelanggan untuk membayar bil Maxis mereka dengan mudah dan lebih selamat melalui telefon bimbit mereka, bila-bila masa dan di mana sahaja.
  • MyHealthy Heart, aplikasi yang ditawarkan bersama dengan alat pengesanan kesihatan interaktif seperti pedometer, kaunter kalori makanan Malaysia, kalkulator risiko kesihatan dan keupayaan peringatan ubat serta akses kepada berita kesihatan terbaru dari portal Kesihatan MYLAUNCHPAD Maxis.
  • FINDER 301, aplikasi berasaskan lokasi yang menyediakan pengguna maklumat mengenai makanan, restoran, ATM, bank, klinik, balai polis dan banyak lagi di sekeliling mereka.
  • Maxis BPL 2013, yang menawarkan pelanggan maklumat terbaru mengenai musim BPL 2012/2013. Ini termasuk pemberitahuan masa-sebenar (kick-off, skor langsung, separuh masa, sepenuh masa), liputan penuh perlawanan masa-sebenar, ulasan secara langsung, pratonton perlawanan dan laporan selepas perlawanan dan banyak lagi.
  • Maxis Rewards, satu aplikasi yang menawarkan perkhidmatan khas, keistimewaan, baucar diskaun dan lebih – eksklusif untuk pelanggan Maxis.

Dengan BlackBerry 10, setiap ciri, setiap pergerakan, dan setiap perincian direka untuk menolong pelanggan sentiasa bergerak dan termasuk kemajuan seperti:

  • ‘Megintai’ dan ‘Mengalir’ ke BlackBerry Hub – Satu paradigma pengkomputeran mudah alih baru di mana apa yang penting kepada pelanggan sentiasa boleh didapati dengan hanya satu sapuan
  • Keyboard – Memahami dan menyesuaikan diri kepada pelanggan, supaya mereka boleh menaip dengan cepat dan lebih tepat
  • BBM™ (BlackBerry® Messenger) – Membolehkan pelanggan untuk berkongsi dengan orang-orang yang penting kepada mereka dengan segera
  • Teknologi BlackBerry® Balance™ – Melindungi apa yang penting kepada pelanggan dan perniagaan di mana mereka bekerja.

 

Suria FM Kini Berwajah Baru!!!

Suria FM telah melangkah setapak lagi untuk terus kukuh dengan menampilkan logo dan tagline terbaharu. Selari dengan halatuju tahun 2013 ini, Suria FM mensasarkan golongan pendengar yang lebih urban, moden dan berjiwa muda. Berbeza dengan logo sebelum ini, logo baru ini bercirikan ringkas dan lebih menunjukkan sisi matang Suria FM yang kini telah berusia enam tahun.

Matahari terbit menunjukkan objektif kami untuk terus meningkatkan semangat untuk mencapai impian dan kejayaan. Tona warna yang bertenaga memberikan semangat yang positif kepada semua pendengar. Tampil dengan tagline ‘Menceriakan Duniamu’, Suria FM kini muncul sebagai stesen radio yang menceriakan para pendengar dan mampu meningkatkan emosi semua yang mendengar.

Dengan mengekalkan barisan penyampai yang bertenaga seperti Halim Othman, Adibah Noor, Linda Onn, Reza Mohamed, Seri, Bob Ringgo dan DJ Lin, Suria FM yakin para penyampai ini mampu menjadi medium keceriaan bagi semua pendengar. Masih mengekalkan muzik terbaik 90-an dan terbaru, Suria FM berharap semua pendengar akan terhibur dan mampu menarik lebih ramai pendengar baru untuk setia bersama dengan kami.

Terus dengarkan kami di 105.3FM di sekitar Lembah Klang dan layari www.suriafm.com.my untuk mengetahui frekuensi di kawasan terdekat anda. Anda juga boleh dengarkan kami secara online di laman web yang sama atau muat turun aplikasi Suria FM di Apple Store dan Play Store di telefon pintar anda. Untuk lebih dekat, like dan follow suriafmradio di Facebook, Twitter dan Instagram. Suria FM, Menceriakan Duniamu.

ntv7 siar Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2013

Rakyat Malaysia bakal menyaksikan perlumbaan Formula 1 Petronas Grand Prix 2013 di ntv7 yang bakal menyiarkan sesi pusingan kelayakan dan perlumbaan secara LANGSUNG pada 23 & 24 Mac (Sabtu dan Ahad) ini setelah mendapat hak penyiaran perlumbaan berprestij itu.ntv7 juga bakal membawakan laporan khas yang disampaikan oleh pengacara, Joanne de Rozario yang bakal membawakan berita terkini mengenai perkembangan baru dan memberikan ulasan sebelum dan selepas acara perlumbaan.

 Lebih menarik, Saluran Ceria Anda juga bakal membawakan liputan tambahan acara F1 Street Demonstration yang bakal diadakan pada 17 Mac nanti serta temuramah eksklusif dari Litar Antarabangsa Sepang bagi memberi lebih informasi kepada para penonton.

LIPUTAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2013 di ntv7:

 

Sesi Perlumbaan Kelayakan

23 Mac 2013 (Sabtu)

3.50 petang

Mula

4.00 petang

Sesi Kelayakan (secara langsung)

5.10 petang

Tamat

 

 

Hari Perlumbaan

24 Mac 2013 (Ahad)

3.30 petang

Grandstand (secara langsung)

4.00 petang

Perlumbaan (secara langsung)

6.10 petang

Tamat

*Masa yang ditunjukkan adalah waktu tempatan (Kuala Lumpur)

Hampir 30,000 Peminat Muzik Trance Banjiri ‘ASOT 600: The Expedition World Tour’

 

Hampir 30,000 orang peminat muzik trance semalam membanjiri Sepang International Circuit untuk menyaksikan ‘ASOT 600: The Expedition World Tour’ yang julung kalinya diadakan di Asia. Ia dikhususkan semata-mata untuk meraikan pertunjukan legenda Armin Van Buuren ‘A State of Trance: 600’ (ASOT600) kali ke-600. Acara ini juga akan menyaksikan persembahan artis yang dipilih sendiri oleh Armin seperti, Aly & Fila, Ben Gold, Cosmic Gate, Super8 & Tab dan W&W berkongsi pentas bersama Armin Van Buuren, DJ nombor satu dunia.

Diadakan buat pertama kalinya di Malaysia dan Asia, persembahan ASOT600 oleh Armin Van Buuren hanyalah satu daripada 12 acara yang telah diumumkan bakal berlangsung di peringkat global tahun ini. Malaysia telah disahkan sebagai destinasi tunggalnya di Asia Tenggara. Apa yang penting, ASOT600 di Kuala Lumpur yang merupakan salah satu rancangan radio campuran yang paling popular di muka bumi bakal menarik kira-kira 20 juta manusia di 26 negara serata dunia untuk mengikuti siaran langsung acara bersejarah di Sepang semalam.

 

[nggallery id=143]

 

Album Terbaru Bon Jovi ‘What About Now’ Telah Berada Di Pasaran

Album terbaru Bon Jovi telahpun berada dipasaran pada 11 Mac 2013 yang lalu dengan menampilkan lagu ‘Because We Can’ sebagai single pertama. Single tersebut boleh dimuat turun di  iTunes (http://smarturl.it/BecauseWeCan). Album dipasarkan oleh Universal Music.

Lagu ‘Because We Can’ ditulis oleh beliau sendiri, Richie Sambora dan Billy Falcon.Para peminat boleh juga memuat turun Bon Jovi App di http://bit.ly/WnqZR6

 

 

Filem “Lawak Ke Der 2” Lain Dari Yang Lain


Tarikh Tayangan: 7 Mac 2013
Pengarah: Hans Isaac
Pelakon: Nabil Raja Lawak, Zizan Razak, Johan Raja Lawak, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Harith Iskandar

Sinopsis

Sebuah persembahan pentas berkonsepkan komedi, “Lawak Ke Der 2” menampilkan barisan pelawak terkenal tempatan seperti Nabil, Boboi, Jozan dan Harith Iskander. Filem ini diarahkan oleh Hans Isaac.

 

Dato’ Ruby Khong Rangkul Anugerah Tertinggi Bella Awards

 

Intan (Producer), Airin Zainul (GGM ntv7 & 8TV), Fara Fauzana, Dato Ir Rosaline, Dato Ruby, Gillian Hung, Debbie Goh, Dr Premitha, Low Ngai Yuen

Bella Awards yang julung kali diperkenalkan oleh ntv7 ternyata tidak menghampakan apabila anugerah yang memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada wanita bukan sahaja  berjaya mengangkat martabat wanita malah merupakan acara penuh glamor.Rata-rata tetamu istimewa yang menghadiri majlis tersebut tampil menawan dengan busana pilihan bertemakan “She Sparkles” mewarnai acara karpet merah. Antara yang menarik perhatian adalah Nasha Aziz, Deborah Henry, Aishah Sinclair, Fazura, Lina Teoh, Alex Yoong, Amber Chia, Soo Wincci dan ramai lagi.

Acara kemuncak yang bersiaran tepat jam 9 Malam pada 2 Mac itu menyaksikan Dato’ Ruby Khong merangkul anugerah tertinggi Bella Awards di atas sumbangan dan minatnya yang mendalam dalam berbakti kepada masyarakat. Usahawan wanita berjaya itu sememangnya wajar diangkat dalam memberi inspirasi kepada ramai lagi kaum hawa di luar sana untuk terus berjaya.

“Saya berharap anugerah ini akan mendorong wanita-wanita di luar sana untuk lebih berani dan keluar dari zon selesa mereka untuk membuat perubahan dan mengejar impian sebenar mereka” kata Dato’ Ruby Khong.

Tidak ketinggalan adalah anugerah “Bella On-stage Award” yang membuktikan Dato’ Siti Nurhaliza tetap menjadi pilihan ramai berdasarkan undian sms dan dalam talian. Walaupun tidak hadir pada malam itu, Siti tetap menghantar wakil menghadiri acara penuh makna itu. Beliau juga sempat menghantar pesanan sms penghargaannya kepada pihak ntv7 yang ditujukan kepada para peminat yang tidak jemu-jemu menyokong perjalanan kerjayanya selama ini. Malah anugerah itu merupakan bukti kesetiaan peminat-peminat beliau selain memberi ucapan syabas kepada produksi Bella.

Manakala Fara Fauzana mengungguli anugerah “Bella Radio Award” menewaskan calon-calon lain seperti Serena C, Dilly, Sara Jane-lo dan Yoon Ng. Fara yang terkejut dengan kemenangannya malam itu berucap pendek dan berterima kasih kepada para pengundi dan dan merupakan satu lagi lembaran baru dalam anugerah urban perprofil tinggi ini.Malah Debbie Goh yang dilihat memiliki peluang tipis berjaya merangkul anugerah “Bella On-screen Award” mengalahkan calon kegemaran lain seperti Maya Karin, Lisa Surihani dan Nur Fazura. Ternyata Debbie Goh yang juga Pelakon Wanita Popular Golden Awards tetap mempunyai bisanya tersendiri.

Bella Awards juga melihat nama-nama yang bukan lagi asing memenangi kategori-kategori lain seperti Low Ngai Yuen (Bella Creative Award) yang amat terkenal dengan melalui pengacaraannya dalam 3R dan Gillian Hung (Bella Style Award) yang sudah lama dalam industri fesyen.Sementara itu, “Bella Business Award” diungguli Datuk Ir. Rosaline Ganendra  di atas pencapaiannya dalam dunia perniagaan, Dr. Premitha Damodaran pula memenangi “Bella Beautiful Award”.

Turut mememenagi anugerah pada malam itu adalah atlet negara Cheong Jun Hoong untuk “Bella Sports Award” dan anugerah pengiktirafan khas golongan lelaki, Datuk Jimmy Choo menerusi anugerah “Bella Mars Award”.Selain Rossa dan Joe Flizzow,  penyanyi tampan Marcell Siahaan  dan kumpulan Maliq & D’ Essentials yang juga diterbangkan dari Indonesia bagi meraikan wanita di anugerah tersebut. Marcell membuat persembahan ketika segmen “Fashion Rocks” yang menampilkan 12 koleksi pereka terkenal, Datuk Radzuan Radziwill yang direka khas untuk acara Bella Awards.

Bella Awards 2013 menampilkan bintang sensasi antarabangsa dalam industri hiburan Cina, Gary Chaw yang merupakan penyanyi Malaysia yang telah menempah nama di Taiwan. Selain mereka, turut berkongsi pentas adalah penyanyi Malaysia termasuklah puteri pop Mizz Nina dan Darren Ashley serta kumpulan wanita yang sedang meningkat naik, The Impatient Sisters.Tirai malam itu disempurnakan dengan persembahan mantap artis antrabangsa yang ditunggu-tunggu, Ronan Keating yang menyampaikan hits “When You Say Nothing At All” dan lagu terbarunya, Fires.

Bella Awards 2013 dianjurkan oleh ntv7 bersempena Hari Wanita Sedunia. Ia juga merupakan rancangan anugerah wanita pertama seumpamanya yang diadakan untuk merai, mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada golongan wanita di negara ini.

Jentera Elektrik Sifar Emisi Nissan LEAF Dipamerkan Di UCSI

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah bekerjasama dengan UCSI University untuk memberi peluang kepada para pelajar UCSI untuk melihat Nissan LEAF secara lebih dekat. Pameran LEAF itu membolehkan para pelajar mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teknologi dan inovasi Nissan LEAF. Di samping meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mengurangkan penggunaan bahan bakar berasaskan fosil, emisi karbon dan gas-gas berbahaya kepada alam sekitar.

ETCM berbangga untuk mempamerkan kenderaan elektrik sifar emisi, Nissan LEAF kepada kakitangan dan pelajar di UCSI sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran hijau. Dengan harapan ia akan memberi inspirasi kepada semua orang agar lebih peka terhadap alam sekitar.Parapelajar juga diberi peluang untuk merasai sendiri kuasa dan kesenyapan Nissan LEAF melalui pandu uji yang dijalankan.

Turut hadir ketika pameran dan berkongsi pengalamannya ialah seorang Duta Nissan LEAF ETCM, Hanis Azarea Bt. Mohammad Azman. Beliau bercerita tentang pengalamannya bersama kereta elektrik sepenuhnya, Nissan LEAF selama enam minggu dan bagaimana ia menukar pandangannya mengenai mobiliti mapan.“Kami harap dengan pameran LEAF di UCSI akan memberi lebih kesedaran mengenai kepentingan mengurangkan pengeluaran karbon menerusi pengangkutan emisi sifar. Kami gembira untuk menunjukkan LEAF kepada para pelajar dan kakitangan UCSI, selain membenarkan mereka merasai sendiri apakah sebenarnya kenderaan elektrik (EV),” jelas Pengarah Eksekutif ETCM, Dr. Ang Bon Beng.

“Pameran pada hari ini berjaya membuktikan mengenai pentingnya kerjasama di antara industri dan akademik,” kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan) UCSI, Profesor Emeritus Dr Lim Koon Ong.“Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting buat UCSI dan ETCM. Ia turut menggambarkan bagaimana dua pihak boleh bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran dan menanam ‘mentaliti hijau’ kepada generasi muda,” tambahnya.

ETCM memulakan kempen kesedaran EV pada Mei 2012 melalui pelbagai projek seperti program Duta LEAF, pameran bergerak LEAF dan seminar-seminar EV.

Nissan LEAF merupakan kenderaan elektrik 100 peratus sifar emisi pertama yang dihasilkan secaramassa.  Strategi Nissan adalah tidak menghadkan pembangunan kenderaan-kenderaannya. Sebaliknya mengadakan pendekatan komprehensif untuk mempromosikan mobiliti mapan dengan cara terlibat dalam pembangunan dan jualan bateri, menjalin kerjasama di peringkat global dan tempatan, mengatur infrastruktur pengecasan, mengkaji penggunaan kedua bateri lithium-ion pada EV, menggalakkan kitar semula alat ganti terpakai dalam proses produksi kenderaan serta memperkenalkan konsep-konsep mobiliti baharu.

Nissan memang terkenal dengan pendekatan mobiliti mapan dengan menawarkan model-model cekap bahan api yang menerajui kelasnya dan disokong oleh teknologi-teknologi hijau termaju secara berterusan.

Maklumat lanjut mengenai Nissan LEAF, sila layari laman web:  www.nissan.com.my

Saksikan Pengembaraan Abang Reza Bersama Jay, Chempaka, Bobby, DJ Dan Orked Dalam Geng Bas Sekolah Musim Ke 5

Watak Utama GBS Musim 5

Nilai teladan yang diselitkan dalam penceritaan yang menyeronokkan di sebalik kisah-kisah  penyiasatan yang menarik membuatkan drama Geng Bas Sekolah atau GBS semakin diminati dan menjadi bualan orang ramai dari segenap lapisan umur terutamanya kanak-kanak. Oleh kerana itu, atas permintaan ramai Astro Ceria yang sinonim dengan penerbitan program-program hiburan untuk kanak-kanak dengan berbesar hati membawakan drama bersiri kegemaran ramai Geng Bas Sekolah untuk musim yang kelima. Drama menarik ini bakal bersiaran pada setiap Sabtu, jam 11.00 pagi yang telah bermula pada 9 Mac 2013 secara eksklusif menerusi saluran 611.

Sebagai kelainan, drama bersiri komedi 13 episod ini dibintangi oleh barisan pelakon cilik yang berbakat besar seperti adik Harris Alif yang memegang watak Jay, Jasmine Jessica Cross sebagai Chempaka, Brendan Gabriel Lai sebagai Bobby, Muhammad Shahzuan Aiman sebagai DJ. Istimewanya lagi, musim ini juga turut menyaksikan lakonan mantap pelakon kanak-kanak yang semakin meningkat naik dan diminati ramai iaitu Mia Sara Nasuha yang turut memegang watak sebagai Orked. Selain itu, musim kali ini turut mengekalkan Azrul Zaidi yang mendukung watak Abang Reza selaku pemandu bas.

2 Solo & 10 Kumpulan Berentap Merebut RM200,000 Dalam Bintang Mencari Bintang

 

Para Anak Didik Program Bintang Mencari Bintang

Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Kumpulan Senario (Wahid, Mazlan, Azlee), Raja Azura, Sabri Yunus dan Faizal Ismail (FBI) merupakan nama-nama besar dalam industri hiburan tempatan. Kewibawaan mereka dalam bersketsa komedi dan menyanyi ternyata tidak boleh dinafikan dan mereka ini layak bergelar Sifu. Berbekalkan pengalaman, ilmu serta bakat yang dimiliki, bermulalah peranan kesemua Sifu ini untuk memberikan tunjuk ajar serta menggilap bakat anak didik pilihan masing-masing berkaitan dengan bidang sketsa komedi dan nyanyian bagi memperlengkapkan diri sebagai penghibur versatil.

Sepanjang 15 episod, BMB menampilkan Adibah Noor sebagai pengacara program. Selain itu, BMB turut menampilkan  nama besar di dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya ‘otai’ di dalam bidang hiburan iaitu Fauziah Ahmad Daud dan A.R. Badul sebagai juri tetap untuk program ini.

Sementara itu, penonton berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat kesemua anak didik BMB menerusi KOMIK BMB yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Ahad jam 5.00 petang. Program yang dihoskan oleh pelakon Taiyuddin Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Tai ini juga akan membawa penonton melihat gelagat anak didik serta perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas latihan dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas BMB. Selain itu, penonton juga boleh mengikuti perkembangan para anak didik BMB menerusi program 2 minit, BLOG BMB setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi dan 1.00 pagi.

Untuk musim pertama ini, format permarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar seni persembahan, wartawan, golongan semi-profesional dalam industri sketsa komedi dan nyanyian. Juara BMB akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000.Menerusi paparan sepanjang sesi uji bakat yang disiarkan dalam satu episod pertama BMB pada 3 Mac 2013, pelbagai karenah, ragam dan aksi para para anak didik dapat disaksikan hanya kerana ingin bergelar anak didik BMB. Ikuti program BMB yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam.

Barisan Sifu bersama Juri Tetap (Fauziah Ahmad Daud dan A.R. Badul ), Hos Program BMB (Adibah Noor) & Hos KOMIK BMB (Taiyuddin Bakar)

Di samping itu,’Bintang Mencari Pasal’ yang merupakan program spin off daripada BMB bakal disiarkan menerusi TV9 bermula 13 April 2013 setiap hari Sabtu jam 9.30 malam. Menerusi program 30 minit yang dihoskan oleh pelakon Joey Daud, para penonton dapat menyaksikan gelagat anak didik BMB bersama Sifu tampil membuat persembahan seperti nyanyian, berlakon serta membuat sketsa komedi di hadapan khalayak ramai di sekitar lokasi menarik seperti di Pasar Seni, Bukit Bintang, Padang Kota Pulau Pinang dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang BMB, penonton boleh melayari laman sesawang rasmi BMB di www.tv3.com.my/bintang serta laman sosial Facebook & Twitter TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#bintangTV3) untuk menghangatkan lagi bahang BMB!

Senarai Nama Anak Didik Bintang Mencari Bintang TV3

Sifu : Sabri Yunus

Kumpulan Titan           :  Azizul Ammar Bin Abu Hassan

Fazlisham Bin Mat Hussin

Bog Too                            : Nor Alif Bin Mohd Mokhtar

Mohamad Shafiq Bin Raside

Sifu: Raja Azura

Kelawak                       : Syed Atiq Bin Wan Long

Muhd Maaruf Bin Zamani Lim

Awok                             : Filzah Binti Azmi

Nurul Ain Binti Othman

Sifu: Afdlin Shauki

Bowl                            : Muhammad Danial Lee Bin Muhammad Hadi Lee

Syed Ali Mubarrak Bin Syed Mohd Ridzuan

Bocik                           : Muhamad Fadzlie Bin Mohd Nizam

Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan

Sifu: Faizal Ismail

Ajo                               : Wan Azrul Bin Azizan

Tapaw                         : Mohd Shahrizal Bin Sulaiman

Khairul Faiz Bin Sulaiman

Sifu: Harun Salim Bachik

Achey                          : Mohd Nasir Bin Hamzah

Xoxo                            : Mohd Hazwan Bin Mohd Azani

Hazmeer Bin Hassan

Sifu: Senario

Gegau                          : Mohd Saffuan Samsuddin

Faizal Ibrahim

Tocai                          : Mohamad Tarmizi bin Mustafa

Mohd Faizal Bin Mat Saad